Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Diari Athena Bulan Jun

Cerpen sebelumnya:
LEMBUT
Cerpen selanjutnya:
HADIRKAH DIA?

Athena Bulan Jun.

20thJun, 2012.

Hai diariku. Sudah lima hari aku tidak menulis dan meluahkan perkataan dalam keping kertas putih kanvas ini. Dalam masa terluang ini, biarlah aku menulis sedikit penutup untuk bulan Jun ini. Sambil cuping telingaku dihidangkan dengan lagu-lagu pop Barat yang boleh mengundang runtun jiwa kacau.

Cubalah dengar lagu Careless Whisper ketika merindu. Tak gila hati kau meremuk?

Aku bersyukur dengan takdir yang telah menemukan aku dengan Athena. Ia merupakan kisah di mana aku berjumpa seorang manusia berjantina perempuan yang sungguh unik. Nama sebenarnya Atika, tapi aku gelarkannya Athena; atas kebijaksanaannya menghadapi masalah, dan juga kecantikannya yang tidak boleh dipandang enteng kerana ia boleh menjatuhkan dinding keegoan lelaki normal.

Dan kali ini, hati aku kalah. Kalah kepada tarikan si dia. Namun aku terpaksa menghormati statusnya, dan kenyataan yang dia bukan milikku.

Ada orang pernah berkata padaku yang cinta itu tak perlukan sebab. Kau cuma jatuh cinta tanpa kau sedar. Tahu-tahu, hati kau dah bukan kau yang punya. Ada juga yang pernah berkata.. di saat kau jatuh cinta, adalah saat hati kau bukan lagi hak milik kau. Kau tiada kawalan ke atasnya lagi.

Biarlah aku menambah pernyataan aku sendiri; walau hati kau bukan lagi di bawah kawalan kau, cinta itu tak seharusnya memiliki. Jika benar kau sayangkan seseorang, hati kau sepatutnya menerima untuk biarkan si dia pergi dengan jalan hidupnya sendiri; bahagia apabila si dia gembira.

Kerana cinta itu bukan satu kongkongan.

Unrequited love. Pernah dengar?

Walaupun......

Tak dapat aku nafikan......

Yang aku.......

Sebenarnya rindukan......

Athena.

**************************************

5thJun, 2012

Helmi menelefonku untuk ajak lepak. Macamlah hamba abdi golongan kolar biru macam aku ni tak bekerja keesokan hari. Katanya, ada tetamu undangan khas malam ini. Alah, macam aku tak tahu yang David balik daripada Melbourne minggu ni.

Check Twitter dan Facebook. Sah, mamat David ni baru sampai Malaysia. Confirm-confirm nak lepak jumpa manusia mata sepet tu lah. Aku sebenarnya dalam mode malas. Fikirkan balik kerja aku terus nak menonggeng atas katil berguling-guling sampai pagi. Tapi, hati kawan kena jaga. Maka aku bersetuju. Katanya pukul 9 untuk berjumpa di restoran mamak Zabedah.

Bukanlah aku nak rasis, tapi kalau Melayu tu, memang tak tepat masa la kan. Penat aku tercongok menunggu dari pukul 9, tapi pukul 10 baru muncul. Babi!

Padan muka Helmi kena maki sebakul bila dia sampai. Kahkahkah!

David kelihatan masih tegap seperti dulu. Humornya masih serupa; percakapan Bahasa Melayunya pun masih lagi lancar seperti masa kami masih satu sekolah. Tiada langsung loghat atau dialek Australian yang dibuat-buat. Gelak kami masih lagi sepadu menggegarkan mamak Zabedah.

Sebenarnya, apa yang aku nak ceritakan bukanlah pasal David. Tapi kawan dia yang berjantina perempuan. Biarlah aku gelarkan dia Athena. Kecil sahaja tubuh badan yang berukir elok seperti jam pasir. Bermata galak dengan bulu mata melentik. Rambut panjang beralun. Muka sedikit bujur, tapi putih bersih dan sedikit kemerahan. Lively. Kalau dalam bahasa Arab confirm orang panggil dia Humaira.

Bukan sekali dua aku baru jumpa dan melepak dengan gadis comel. Selalu je Helmi ni hurung awek-awek comel ke sana ke mari. Kalau takpun, aku sendiri, ataupun kadang-kadang David pun ada bawak awek-awek eksotik. Ada yang single, ada yang orang punya girlfriend.

Dan Athena ni memang girlfriend orang pun. Tak hairanlah kan, kalau rupa dah cantik macam tu, mesti ada cop mohor “ini ada orang dah cop”. Dengarnya bukan calang-calang orang yang cop, somebody jugaklah.

Aku buat biasa je, gelak-gelak borak-borak. Buat lawak-lawak double meaning, kutuk-kutuk David. Satu meja tergelak-gelak bila aku dah mula bahan orang. Termasuklah, Athena. Boleh pulak dia faham lawak intelek aku ni.

Sesuatu sungguh dia ni.

Balik tu bersalaman dengan Athena, dan aku notis senyuman dia yang memang manis, sambil tertanam lesung pipit kecil di celah pipi. Aish!

Ah cukup. Curiousity kills the cat. Aku paling tak gemar kalau aku dah mula rasa curious ingin tahu lebih.

Tapi kan... orang cakap cats got nine lives? So kalau mati sekali ni takpe kot?

Mengarut! Aku dah mengarut! Sejak bila aku suka sailang hak orang ni weh?! This is not me! Pantang besar aku itu tak boleh dilanggar!

**************************************

8thJun, 2012.

Aku baru sampai rumah. Sampai sampai terus capai kau ya diari? Yep, aku kena tuliskan apa yang terjadi. Aku dah dapat rasa sesuatu yang berlainan tentang Athena. Naluri dan impresi pertama aku tepat.

Dia bijak dalam hal dunia. Keterbukaan dia dalam berkata tentang hal perkahwinan dan perhubungan adalah lain daripada gadis lain. Pandangan dia terhadap dunia, walaupun sedikit bitter, tapi ada kebaikan yang aku boleh nampak. Masih lagi naif, tapi dalam diam dia boleh membaca perihal orang.

Aku sedar perkara itu kerana aku nampak apa yang dia buat adalah sama dengan apa yang aku buat. Dalam diam dia membaca bahasa tubuh orang lain. Dalam diam kami berkongsi senyum apabila ternampak gerakan tubuh orang lain yang cuba menidakkan apa yang terlancar di mulut.

Dan dalam diam aku membaca gerak tubuhnya. Dalam diam dia juga menyedari perlakuanku. Dan dalam diam dia tergelak bila aku kantoi tengah memerhatikan gerak langkah dia.

Tapi satu yang aku benar-benar tertarik adalah pegangan dia dalam cara untuk berhubung dan melayan setiap orang. Kalau nak memetik kata-kata yang terluncur laju daripada bibir halus cantik itu....

“Hablumminallah wa hablummminannas.”

Maksudnya, berbuat baiklah kepada Tuhanmu dan berbuat baiklah sesama manusia. Peh, tak tersembur asap rokok kau kalau dengar awek comel berambut alun cakap macam tu?

Impressive!

Benda itu tak akan jadi impresif jika yang menuturkannya adalah seorang gadis bertudung litup yang mendapat didikan di SMKA atau SMAP. Tapi Athena bukan gadis yang begitu. Gayanya penuh kebanggaan, urban, sedikit kelelakian (walaupun masih ada ayunya), dan tutur katanya kadang-kadang diselangi profaniti carutan. Jadi bila tiba-tiba dia sebut Arab dengan penuh lancar, memang aku tersedak.

Dan itulah kebaikan dalam dirinya yang aku nampak. Sah, gelombang otak dia dan aku memang sama walaupun gaya kami berbeza!

Terus aku minta Blackberry PIN dia selepas itu. Boleh BBM borak-borak lama sikit kan? Ehem. :P

(Dan kala itu aku langsung tak teringat yang dia sebenarnya milik orang. Baru teringat sebenarnya ni. Damn!)

9thJun, 2012.

Athena sedang bersedih. Kakaknya meninggal dunia akibat sakit kanser, dan kalah pada takdir di bilik pembedahan. Ajal maut di tangan Tuhan. Dan kini dia berada di tahap paling bawah dalam hidupnya.

Jujurnya, aku tak tahu bagaimana untuk menghiburkan dia buat masa ini. Tak apalah, aku cuma membiarkan dia mengambil masa untuk kembali. Aku tak mahu menyibuk di saat somebody is at her lowest point, takut disalah erti menjadi seorang yang opportunistic.

Mungkin ada yang akan kata aku bodoh sebab itulah vulnerability yang sepatutnya diexploit. Tapi aku taknak. Itu pantang aku yang kedua; disalah anggap sebagai seorang yang opportunistic, even though; somehow; I think I am opportunistic.

Semoga roh si mati ditempatkan di kalangan orang yang baik di dunia yang sana.

**************************************

12thJun, 2012.

“Date me for three days” cabar Athena pada aku hari ini.

Sungguh, aku terkesima. Dalam masa yang sama, aku tersenyum. Aku pantang dicabar untuk buat sesuatu yang aku tahu aku boleh buat. Ini bukan cabaran berenang di lautan api atau sesuatu yang cliche. Ini mudah.

“Jadi lepas hari ketiga, awak akan kembali pada hidup yang asal? Pada boyfriend awak?” aku mencabar kembali.

“Well, you bukan jenis yang sailang awek orang, kan? But I know you\'re curious about me, so... I give you a chance to know me. Or read me. Can you?”

Siap dengan kening terangkat-angkat tu yang aku geram!

“Jangan nanti awak yang tergoda kalah dengan saya, saya tak tanggung, tahu?” amaran aku berikan awal-awal.

Challenge accepted!

13thJun, 2012.

Siapa sangka hari pertama aku date dengan Athena, aku dah boleh mendapat tahu hampir kesemua rahsia hidupnya selama 22 tahun? Mungkin aku boleh membaca gerak lenggok tubuhnya; dan ditambah dengan pengalaman hidupku yang sudah lebih suku abad, membuatkan aku berjaya mengorek segala rahsia dan topeng yang dipakainya.

Tidak semuanya indah. Dia pernah menjadi mangsa rakus lelaki durjana yang dengan zalimnya memecah masuk rumah keluarga dia; dan melakukan perkara terkutuk tersebut yang.... (siot, aku sendiri tak sanggup nak tulis!)

Mungkin daripada situlah munculnya perspektif bitter dalam hidupnya. Tapi di sebaliknya, ada jiwa yang meruntun untuk hidup dengan tenang dan gembira, bahagia seperti manusia biasa. Ada banyak lagi yang diceritakan; daripada kisah sedih hinggalah kisah gembira; dan aku dapat lihat pengalaman telah membentuk dirinya.

“Bahagia itu terletak pada tangan awak. Kita sendiri yang menentukan samada kita bahagia atau tidak”

Athena, aku pegang kata-kata kau yang satu ini!

14thJun, 2012.

Athena mengaku dirinya seorang sapioseksual. Maknanya; dia tertarik dan turn-on dengan pengetahuan dan kebolehan intelek. Bukan seperti bimbo lain yang tertarik dengan rupa atau harta. Dua-dua tu, aku tiada. Rupa aku tidak kacak; ketinggian pun renek-renek sedang. Harta? Setakat cukup makan tu bolehlah, simpanan haram takde!

Tapi kalau intelek itu, adalah sikit sikit. Sejarah dan mitos Greek atau Roman nampaknya berjaya menarik perhatian Athena. Tak termasuk lagi kebolehan membaca bahasa tubuh orang, atau pengetahuan aku dalam hipnosis atau permainan minda.

Dalam dunia sebenar, itu semua kurang gunanya.

Tapi bagi aku, ilmu itu tak perlu dijadikan prejudis.

Yang baik, kita gunakan. Yang kurang baik, kita jadikan sempadan.

Itu pegangan aku lah. Dan nampaknya Athena suka dengan pegangan itu. Nampak matanya bersinar-sinar setiap kali ada fakta bodoh yang aku utarakan. Dan setiap kali matanya seperti terbuntang, ia diiringi dengan senyum manis yang menunjukkan lesung pipit kecil. Ah!

Hati, jangan kau goyang. Itu awek orang.

15thJun, 2012.

Hari ini kemanjaan Athena terserlah. Liuk tubuhnya menunjukkan yang dia tertarik denganku. Dan aku tak nafikan, aku juga sebenarnya tertarik dan sudah jatuh sayang padanya. Tiga hari ini aku menjaga dia dan hampir sepanjang masa kami berdua; tak lepas macam belangkas.

Aku cium tangannya selepas makan malam dan aku menghantarnya pulang ke rumah. Tangan lembut itu aku elus perlahan sebelum aku lepaskan. Senyum Athena kendur.

“Kalau saya masih single, saya mahukan awak untuk jadi suami saya.”

Aku cuma tersenyum gembira. Dan cuma mampu membalas...

“Jika awak putus, beritahu saya. Saya akan tunggu.”

Hanya senyumannya yang menjadi imej terakhir aku sebelum dia berlalu pergi sebagai seorang yang istimewa padaku. 

Cerpen sebelumnya:
LEMBUT
Cerpen selanjutnya:
HADIRKAH DIA?

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
5.0
1 Penilai

Info penulis

EmmaAmir

Penari pentas opera yang berjudul Hidup
EmmaAmir | Jadikan EmmaAmir rakan anda | Hantar Mesej kepada EmmaAmir

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya EmmaAmir
Read Me If You Can | 4076 bacaan
Pagi Itu | 1715 bacaan
Bukan Cerita 1001 Malam | 2012 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

7 Komen dalam karya Diari Athena Bulan Jun
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik