Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Surat Cinta

 

Farhan,

Dah dua minggu awak pergi. Awak tiada. Tapi saya masih tak dapat berhenti menangis. Tak dapat lupakan awak dan semua kenangan kita. Awak tau tak, waktu abang Farouq beritahu saya, saya tak percaya. Macam tak mungkin awak tinggalkan saya macam tu je. Tanpa pesan. Tanpa kesan. Tapi kemudian saya lihat sendiri. Saya lihat awak dengan mata kepala saya sendiri dan itu membuatkan saya percaya. Awak, dan cincin pertunangan dalam genggaman awak. Saat itu saya hampir gila. Sungguh. Berkali-kali saya memarahi diri sendiri. Saya tak patut lepaskan awak pergi ekspedisi tu. Tapi ini semua takdir, dan saya tak boleh marah takdir. Dulu, pernah saya percaya, saya tak boleh kalau tak ada awak. Tapi sekarang awak dah pun pergi. Saya tak boleh hentikan hidup ini. Hidup mesti diteruskan. Saya tau awak mesti mahu saya terus. Saya sendiri pun ingin jadi kuat dan terus hidup. Tapi setiap kali saya terpandang cincin yang masih ada di jari manis saya ni, saya jadi tak menentu. Saya sangat-sangat rindukan awak. Dulu, awaklah yang selalu bagi kata-kata semangat pada saya. Sekarang dah tak ada lagi. Ada juga abang Farouq cuba-cuba menaikkan semangat saya. Berkali-kali dia cakap yang saya perlu lupakan semua ini. Perlu perubahan. Mudah dia bicara. Enam tahun kenangan kita mana boleh dilupakan begitu saja. Enam tahun awak di sisi berbanding dengan satu bulan awak menghilang. Satu bulan yang macam mimpi ni. Awak faham bukan. Saya tau awak faham. Dan saya harap awak mengerti juga kenapa saya tak sama mengiringi menghantar awak hari tu. Saya tak sanggup. Saya masih tak dapat terima. Banyak kali mak awak telefon, minta temannya hantar awak. Saya memang tak pernah mahu hampakan hati mak awak, tapi saya tetap tak dapat terima pada masa itu. Dan berkali-kali juga mak awak telefon selepas itu, mahu bertanya khabar mungkin. Sayang benar mak awak pada saya. Apapun Farhan, sekarang saya rasa saya perlu jadi lebih tabah dan kuat. Sebab itulah saya tulis surat ini. Untuk pulangkan cincin pertunangan ni dan terima semua yang berlaku pada kita. Ya, saya terima. Tapi saya tak mungkin akan lupakan awak. Selamat tinggal.

Riana.

* * * * *

“Abang, Ana nak cakap sikit, boleh tak?” tanya Riana sambil memintal-mintal hujung rambutnya. Farouq yang sedang leka membaca surat khabar itu terus mengangkat kepala mendengarkan kelainan pada nada suara adik kesayangannya itu, “Apa? Cakaplah,” ujar Farouq, lembut.

“Abang jangan marah tau,” sambung Riana lagi sambil menarik keluar sepucuk surat dari beg tangannya, “Minggu lepas, Ana… Ana…” Riana teragak-agak dan terus memintal-mintal rambutnya. Dia menghela nafas panjang dan meneruskan, “Minggu lepas, Ana tulis surat pada Farhan.”

Terbeliak mata Farouq mendengar pengakuan itu, “Ana, kan abang dah kata…”

“Ana dapat balasan,” pintas Riana cepat-cepat sambil menghulurkan surat di tangannya. Farouq memandang sampul coklat itu dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Risau sungguh dia akan keadaan adik yang seorang ini. Dia mendekati Riana dan memegang kedua-dua bahu gadis kecil itu, “Ana… Ana dengar cakap abang. Farhan dah meninggal, okay. Dan orang yang dah tak ada, tak boleh menulis atau membalas surat. Faham?”

“Ana tahu tu bang, tapi cuba abang tengok dulu surat ni. Betul ada orang balas,” muka Riana yang bersungguh-sungguh itu melenturkan hati Farouq. Dengan hati yang berat, dia menyambut sampul surat yang dihulurkan oleh Riana. Farouq membalikkan surat itu lalu membaca alamat pengirim di belakangnya.

Farhan Ibrahim,
No 180, Jalan Merbok,
Kampung Merbok,
Segamat, Johor.

“Segamat? Apsal pulak surat ni dari Segamat? Kan Farhan tinggal kat Shah Alam,” Farouq membaca alamat yang tertera di belakang sampul itu sekali lagi.

“Ana hantar surat kat alamat dia kat kampung. Kat rumah lama dia,” Riana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tak tahu bagaimana mahu menerangkan tindakannya, “Sebenarnya otak Ana bercelaru minggu lepas. Ana pun tak tahu kenapa Ana tulis surat tu. Ana tak harapkan balasan pun, tapi memang ada orang nama Farhan balas.”

Farouq mengangguk-angguk kosong sambil mengeluarkan surat itu dan membacanya perlahan-lahan.


Riana,

Saya rasa awak mungkin tersalah alamat. Saya bukan Farhan yang awak cari. Kalau surat biasa, mungkin saya abaikan je. Tapi saya tak sampai hati pulak nak biarkan je surat awak, sebab ada cincin ni. Saya rasa cincin ni tentu bermakna bagi awak, maka saya pulangkan balik pada awak. Saya tumpang simpati terhadap apa yang menimpa diri awak tapi saya memang bukan Farhan yang awak cari. Dan saya betul-betul rasa awak salah alamat sebab dekat Kampung Merbok ni hanya saya seorang Farhan. Saya dah tinggal di sini sejak lahir, memang saya seorang saja Farhan. Apapun, saya minta maaf sekali lagi. Semoga awak ketemu apa yang awak cari.

p/s:
Saya rasa Farhan yang awak cari itu lelaki. Saya ini perempuan.

Farhan.

“Habis, kamu nak abang buat apa?” Farouq bertanya setelah membaca tulisan pendek itu dua kali. Belum sempat adiknya menjawab, dia menyambung lagi, “Dah terang dan nyata dah ni bukan Farhan yang kita kenal. Apa lagi yang Riana fikirkan ni?”

“Abang… Cuba abang baca ayat ni betul-betul,” Riana bangun dari duduknya dan menunjukkan ke barisan-barisan yang dimaksudkan. Farouq membaca ayat itu dan mengerutkan kening. Kurang tangkap maksud adiknya.

“Orang ni kata dia dah duduk situ sejak lahir dan dia sorang je Farhan,” Riana cuba menjelaskan lagi, “And Ana dah tanya mak Farhan, memang diorang pernah duduk kat Kampung Merbok tu. Abang tak rasa pelik ke?”

Diam sebentar. Bila Farouq membuka mulut, dia terus menukar topik, “Kenapa Ana letak cincin ni sekali dalam surat yang Ana hantar?”

“Abang tak jawab soalan Ana lagi.”

“Tak, Ana!” suara Farouq mula meninggi, “Abang tak rasa pelik pun sebab orang yang nama sama memang ramai. The problem here is not who reply to your letter but why you’ve written the letter in the first place. Faham?”

Titisan-titisan jernih mula muncul di pinggir mata Riana. Mahu saja dia menegakkan lagi kata-katanya. Tapi, melihatkan muka Farouq yang memerah menahan marah itu, dia mengalah. Riana terus mencapai beg tangannya, merampas surat dari tangan Farouq lalu berlari mendaki tangga, masuk ke bilik.

“I told you to let it go!” jerit Farouq dari tingkat bawah, tidak puas hati.

* * * *

Farhan merenung sampul surat putih yang baru sahaja dihulurkan oleh abang posmen. Sampul yang sama. Tulisan yang sama, ‘Perempuan hari tu lagi ker?’ detik hatinya. Dia membuka sampul surat itu cepat-cepat, tidak sabar.


Saya tak tahu siapa awak atau apa motif awak. Tapi tolonglah jangan permainkan saya. Awak tak kesian ke pada perempuan yang kematian kekasih empat hari sebelum hari perkahwinannya ni. Dan Farhan saya memang pernah tinggal di Kampung Merbok, saya tahu. Nah. Ini gambar dia kalau awak masih tak percaya. Kalau awak dah lama tinggal kat kampung tu, awak mesti kenal dia.

Riana.


‘Beria-ia benar perempuan ni nak buktikan boyfriend dia wujud. Mana ada Farhan lain dalam kampung ni, aku sorang je. Dah la macam tu, sama pulak nama ayah boyfriend dia dengan nama ayah aku. Common sangat ke nama aku ni? Farhan Ibrahim. Sedap apa nama aku,’ Farhan mengomel seorang diri sambil melipat semula surat tersebut. Kemudian, dia mencari-cari di dalam sampul surat itu akan gambar yang dikatakan ada.

Sebaik sahaja mata Farhan tertancap pada gambar yang dimaksudkan, seluruh tubuhnya kaku sebentar. Matanya tidak beralih-alih dari gambar itu. Dia menyentuh gambar itu berkali-kali, memastikan ia benar. Ya, benar. Farhan Ibrahim. Mana mungkin dia lupa.

“Ya Allah! Dia dah tiada,” Farhan berbisik sendiri. Realiti yang datang bertubi-tubi membuatkan dirinya rasa mahu tumbang. Dengan badan yang masih terketar-ketar, sempat juga dia mencapai pen dan sehelai kertas.

* * * *

Riana,

Saya tidak pernah ada rasa untuk mempermainkan awak. Saya ini adalah orang yang benar. Nah, saya berikan bukti. Ini salinan fotostat kad pengenalan serta lesen memandu saya. Saya memang benar. Cuma, saya tersalah bicara. Farhan Ibrahim, bukan? Saya lupa. Tapi sekarang saya sudah ingat semula. Gambar yang awak berikan itu mengingatkan saya padanya...

* * * *

“Farhan Ibrahim?” jerit guru kelasku, lantang sepertimana lantangnya suara dia menjerit nama-nama yang lain. Aku cepat-cepat mengangkat tangan. Hari pertama, semangat masih berkobar. Aku baru sahaja hendak menurunkan tangan bila aku sedar yang mata bulat guru kelasku dan semua pasang mata-mata lain di dalam kelas itu sedang memandang ke arahku dan sesuatu di belakangku. Aku menoleh. Seorang lagi pelajar lelaki yang duduk di sudut hujung kelas sedang mengangkat tangan juga. Aku kehairanan. Gurauan apa ini? Guru kelasku mengangkat sebelah keningnya, kehairanan juga mungkin.

“Farhan Ibrahim?” tanyanya sambil menunjuk ke arahku, “Ya, saya, cikgu,” jawabku dengan suara yang antara dengar dan tidak. Guru kelasku menunjuk pula ke arah pelajar lelaki itu dan mengulangi soalannya. Pelajar lelaki itu hanya mengangguk malas.

* * * *

...
Sejak dari itu, kami memang selalu sahaja dipermainkan oleh rakan sekelas sebab mempunyai nama yang betul-betul sama. Saya memang tinggal di Kampung Merbok ini sejak lahir tapi Farhan awak itu, saya dapat tahu dia baru sahaja berpindah tinggal bersama neneknya. Waktu itu kami di tingkatan empat. Ini gambar kelas kami sewaktu di tingkatan empat. Kalau awak tak keberatan, boleh beritahu saya bagaimana dia meninggal. Saya ingin tahu.

Farhan.

* * * *

Riana menatap salinan fotostat kad pengenalan dan lesen memandu itu. Memang benar. Walaupun gambar-gambar dalam salinan fotostat itu sangat kabur, namun data-datanya terlalu elok untuk diragui. Dia beralih pula pada gambar yang sudah sedikit usang. Tiga barisan pelajar di dalam gambar itu diamati betul-betul. Sukar betul untuk dia mengenal pasti Farhan. Riana terfikir sendiri, bagaimana pula Farhan yang lagi satu itu dapat mengecam gambar baru Farhan yang dia hantar hari itu dengan sangat cepat? Kuat betul ingatannya. Atau pun, mungkin mereka memang sangat rapat satu ketika dahulu. Cemburu mula singgah dalam hati Riana.

* * * *

Farhan,

Berat benar untuk saya bicara tentang kepergian Farhan. Tapi, sebagai teman lama Farhan, saya rasa awak patut tahu apa yang terjadi padanya. Sebenarnya, Farhan menyertai satu ekspedisi mendaki Everest. Entah macam mana, satu runtuhan salji melanggar tempat mereka mendirikan khemah untuk bermalam. Berhari-hari mereka tak jumpa Farhan. Awalnya, saya percaya dia selamat. Saya tak mahu percaya yang lain selain dari Farhan itu memang kuat dan dia adalah selamat. Tapi, empat hari sebelum tarikh perkahwinan kami, mereka jumpa tubuh kerasnya yang telah sempurna kaku. Tangan kanannya erat menggenggam cincin pertunangan yang saya beri padanya sebelum dia pergi. Kalau bukan kerana cincin tu, saya tak akan percaya dia dah tiada. Sudahlah. Sudah berlalu. Erm... boleh saya minta sedikit dari awak. Farhan saya itu tak pernah bercerita tentang zaman sekolahnya. Tapi, saya teringin benar nak tahu. Boleh kamu cerita serba sedikit tentangnya? Hanya kamu satu-satunya teman sekolah dia yang saya kenali. Please.

Riana.

* * * *

Riana,

Sebenarnya waktu awak cakap awak tunangnya Farhan, saya terkejut. Nampaknya, Farhan yang saya kenal satu masa dahulu dah banyak berubah. Dulu, dia sangat susah untuk beritahu orang tentang perasaannya. Sangat sukar bagi saya, atau mana-mana pelajar lain berborak dengannya...

* * * *

“Ok, kelas! Hari ini saya akan lantik dua orang wakil librarian dari kelas ni,” pengumuman oleh guru kelas ku itu menggemparkan suasana kami. Seseorang menjerit dari belakang kelas, “Sorang laki, sorang pompuan ke cikgu?” Puan Khalida mengangguk sambil menulis ‘CADANGAN’ di papan putih. Berebut-rebut rakan kelasku mengangkat tangan, mahu memberi cadangan. Tasha, pelajar perempuan paling popular dalam kelas yang memulakannya, “Saya cadangkan diri saya,” katanya penuh yakin. Pelajar-pelajar lelaki bertepuk bersorak dan pelajar-pelajar perempuan mencebik muka.

“Ini bukan soal main-main tau Tasha,” Puan Khalida mengingatkan, “Awak kena ingat, awak ada tanggungjawab yang kena amek kira.”

Belum sempat Tasha menjawab, seorang lagi menyampuk. Shahril namanya, “Saya cadangkan Farhan Ibrahim cikgu.”

Puan Khalida merenung aku dan Farhan yang lagi satu itu, “Farhan Ibrahim mana?” tanyanya. Serentak dengan itu, sekumpulan monyet-monyet di belakang kelas melompat-lompat sambil menjerit, “Dua-dua Farhan lah cikgu.” Dan Shahril mengangguk-angguk, teruja. Terima kasih kepada monyet-monyet tersebut, kelas menjadi tidak terkawal semula dalam sekelip mata. Semua orang pun berbalah sesama sendiri tentang siapakah yang patut terpilih. Sehinggalah...

Bam!

Puan Khalida menghempas buku perancangan pelajarannya yang setebal dua inci itu ke atas meja guru, “Saya tidak akan bertolak ansur dengan kegilaan ini!” jeritnya, tegas. Dan secara tiba-tiba, seisi kelas itu terus senyap. “Kamu,” dia menunjuk ke arahku, “dan kamu!” dan ke arah Farhan yang lagi satu itu. “Kamu berdua akan jadik librarian dan tak ada sebarang budi bicara lagi,” dengan itu, Puan Khalida terus melangkah keluar dari kelas dengan muncung sepanjang selat Melaka.

Aku tergamam dan kelas kembali kecoh. Dalam kekecohan itu, sempat juga aku menangkap pandangan tajam Tasha kepadaku. Macamlah semua ini salahku. Aku melarikan bola mata. Cuba pula melihat reaksi Farhan... yang lagi satu itu. Ternyata dia juga sedang memandang ke arahku. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang ekspresi tetapi tetap, matanya memandangku.

* * * *

...
Begitulah bagaimana kami jadi rapat. Kami dipaksa bertugas bersama. Setiap Selasa, Khamis kalau tak silap saya. Maaf saya terpaksa cakap, tapi Farhan kamu itu memang liat sungguh untuk menolong saya. Tak pernah, serasa saya dia mengangkat jari melakukan kerjanya. Yang dia tahu hanya datang ke library dan menghabiskan masanya membaca buku.

Satu yang saya ingat tentang Farhan awak itu, dia selalu saja meminjam buku yang pelik-pelik. Buku yang orang lain tak akan pinjam mahu pun baca. Nanti namanya seorang saja yang akan tertulis di kad pinjaman buku-buku itu. Saya kira dia memang suka menulis namanya di kad-kad itu. Saya tak pernah bertanya. Eh, tidak, saya pernah bertanya. Tapi dia hanya merenung saya dan mendiamkan diri. Saya jadi takut untuk bertanya lagi.

Farhan.

* * * *

Farhan,

Membaca? Mungkin benar Farhan yang awak kenal dan Farhan yang saya kenal sudah sangat berbeza. Farhan saya itu, tidak pernah mahu membaca atau pun menyentuh buku. Katanya, dia sudah lama putus asa dengan membaca. Membaca mengecewakan dia satu masa dahulu. Saya pun tak tahu kenapa.

Tapi memang benar dia itu susah betul untuk diajak berbual. Saya tak tahulah itu kerana sifat pemalunya atau dia memang saja malas untuk melayan orang-orang lain. Awak tau, sebenarnya saya saja yang banyak memulakan. Saya yang beria-ia mahu rapat dengannya. Sehinggakan saya juga yang melamar dia. Itupun sebab saya tahu dah berbulan-bulan dia beli cincin tunangan kami, tapi tak mahu melamar saya.

Erm, mungkin saya ni terlampau banyak menuntut memori dan masa awak. Tapi, boleh saya tahu macam mana kamu berdua putus hubungan? Saya tahu Farhan saya itu berpindah selepas SPM, tapi bagaimana kamu boleh terus lupa padanya. Saya nak tahu.

Riana.

* * * *

Farhan melangkah turun teksi itu dan menatap bangunan yang tersergam di depannya. Bangunan yang masih tegak berdiri walau pun dah bertahun ditinggalkannya. Dia mula mengatur langkah, menuju ke satu bahagian yang paling diingatinya. Beberapa minit kemudian, Farhan berhenti di depan sebuah pintu. Dia menarik nafas dalam-dalam, menatap papan tanda yang bertulis ‘PERPUSTAKAAN’ di atas pintu itu sebelum memulas tombolnya.

“Hai. Akak librarian kat sekolah ni dulu. Sajer je nak datang tengok-tengok. Boleh tak?”

“Boleh je. Nama akak saper?”

“Nama akak Farhan Ibrahim.”

“Owh! Akak ke Farhan Ibrahim. Awak, ni lah Farhan Ibrahim tu,” budak perempuan itu mengkhabarkan pada seorang lagi pustakawan di sebelahnya sebelum berpaling semula ke arahku dan tersenyum penuh makna, “ Kitorang dah lama nak jumpa orang yang bernama Farhan Ibrahim ni.” Serentak dengan itu, kawannya tergelak kecil, seperti sangat seronok gayanya. Farhan mengangkat sebelah keningnya, bingung, “Kenapa?”

“Sebelum tu, kitorang nak tanya dulu. Akak selalu tak pinjam buku waktu akak sekolah kat sini dulu?”

Farhan menggeleng-gelengkan kepalanya, masih lagi bingung. Salah seorang daripada kedua budak perempuan di depannya itu mengeluarkan sebuah kotak kecil dari bawah kaunter dan seorang lagi mula membuka mulut, menerangkan satu-satu.

“Macam ni,” katanya sambil membuka kotak kecil itu, “Kitorang jumpa banyak sangat buku yang dipinjam oleh Farhan Ibrahim. Bukan setakat dipinjam oleh Farhan Ibrahim, tetapi hanya dipinjam oleh Farhan Ibrahim. Mula-mula kitorang ingat Farhan Ibrahim ni memang suka membaca, tapi bila kitorang tengok-tengok balik tarikh pinjaman buku-buku ni,” pelajar perempuan itu mengeluarkan sejumlah kad pinjaman perpustakaan dari kotak kecil itu. Farhan meneliti kad-kad itu satu-persatu. Benar. Semuanya hanya tertulis Farhan Ibrahim di bawah ruangan nama peminjam.

“Tarikh pinjaman buku-buku ni semua sehari je. Maknanya, Farhan Ibrahim ni hanya pinjam buku sehari je sebelum dia pulangkan balik.”

Farhan menelan air liur. Makin haru-biru fikirannya. Pelik sungguh. Ya, benar. Memang dia ingat sungguh akan perangai pelik Farhan yang satu lagi itu. Tapi kenapa dijadikan perkara besar oleh budak-budak perempuan ini?

“Ala... akak sure tak paham apa connectionnya, kan?” Farhan menggeleng-geleng lagi macam budak kecil yang tak tahu apa-apa. Salah seorang daripada pelajar perempuan yang hanya diam dari tadi itu mencelah, “Kitorang buat kesimpulan, kalau Farhan Ibrahim ni pinjam buku sehari je, maknanya dia tak baca pun buku-buku tu. Tapi, mesti ada reason Farhan Ibrahim ni pinjam buku hampir tiap-tiap hari.”

“So...” kawannya menyambung semula, “Kitorang decide yang maybe bukan Farhan Ibrahim yang pinjam buku-buku ni tapi someone yang minat Farhan Ibrahim,” pelajar itu berhenti seketika sebelum menyambung semula, “Kitorang ada tanya cikgu yang in charge over library ni, ada tak librarian yang nama dia Farhan Ibrahim dulu. Pastu, cikgu kitorang kata ada.”

“Pastu akak datang hari ni so kira betullah teori kitorang ni,” Farhan memandang wajah pelajar-pelajar perempuan di depannya satu-persatu, dan berbisik di dalam hati, “Macam mana la nak terangkan kat diorang ni?”

“Akak tak nak cerita kat kitorang ke pasal admirer akak ni?”

“Dia ada cakap kat akak tak perasaan dia?”

“Ke akak tak pernah tau pun akak ada admirer ni?”

Soalan yang bertubi-tubi itu mengharu-birukan fikiran Farhan. Tak tahu mana satu yang wajar dijawab dahulu, “Macam ni...” ujarnya sambil berkira-kira di dalam hati, “Korang sure ke ada satu je Farhan Ibrahim yang jadi librarian kat sekolah ni dulu?”

“Hurm. Surelah. Kitorang tengok carta organisasi tahun 1999,” budak perempuan yang mula-mula sekali bercerita itu menjawab. Dia masih lagi teguh dengan pendiriannya.

“Kenapa kak? Ada Farhan Ibrahim lain ke?” yang lagi satu itu pula menyambung. Farhan kebuntuan akal. Kad-kad pinjaman perpustakaan di depannya dibelek-belek tanpa fokus, “Korang ada tengok tak carta organisasi tahun 1998?”

“Tak. Cikgu dah buang yang tu. Paling lama kitorang ada pun tahun 1999.”

“Owh.”

* * * *

Riana,

Saya ingat lagi, hari itu, tiga hari selepas ayah saya meninggal dunia. Sudah seminggu saya tak ke sekolah waktu itu. Menjaga ayah, dan emak yang hampir sakit bersedih. Farhan kamu itu datang mengetuk pintu rumah saya. Dia satu-satunya rakan sekleas saya yang datang menjenguk. Dia beri bunga dan ucapan takziah.

Serentak itu juga, dia berikan saya sebuah buku. Salah satu daripada buku perpustakaan yang dipinjamnya. Dia minta tolong saya pulangkan. Katanya, dia perlu berpindah. Berpindah sekolah, berpindah rumah. Mulanya saya hairan juga, sebab saya pernah dengar-dengar dari kawan-kawan yang lain bahawa dia akan berpindah selepas SPM. Tapi waktu itu kami belum pun tamat tingkatan empat.

Saya soalkan pada dia. Dia hanya cakap yang sesuatu terjadi dan dia mesti berpindah. Dia tak mahu beritahu kenapa dan saya terus berhenti bertanya. Walau pun itu merupakan titik perpisahan tapi kami masih tak banyak bicara. Cuma saya ingat, sewaktu dia melangkah pergi, dia sempat menoleh, melambai dan tersenyum. Itulah senyum pertama dan terakhir saya terima dari dia.

Selepas daripada hari itu, arus hidup yang agak laju dan menuntut sepenuh perhatian ini membuatkan saya lupa langsung tentang dia. Tetapi soalan-soalan daripada awak ini membuatkan saya ingat semula. Sayangnya, ingatan saya mungkin terlalu lambat.

Farhan. * * * *

Farouq kehairanan melihat raut wajah Riana yang masam mencuka sejak semalam. Dia mengalihkan pula pandangannya pada ketulan-ketulan makanan di dalam pinggan adiknya itu yang hanya dikuis-kuis dan ditolak tepi, “Ana tak nak makan ke?” soalnya lembut. Riana hanya mendiam, masih sibuk menguis-nguis makanan. Farouq mengangkat bahu dan meneruskan suapan. ‘Biarlah,’ fikirnya sendiri, ‘Esok lusa hilanglah moody tu nanti.’

“Abang percaya tak that first love will never die?” soal Riana tiba-tiba, memecahkan keheningan makan malam mereka itu.

“Is this about Farhan again?”

“Sort of,” jawab Riana antara dengar dan tidak. Farouq mengangkat sebelah keningnya, bertambah hairan, “Are you okay?”

Riana menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya, “Ana pergi Segamat, kampung Farhan, semalam,” dia menceritakan tanpa diminta. Mukanya yang dari tadi tunduk, diangkat, dibawa bertentang dengan Farouq. Farouq baru sahaja mahu membuka mulut, mempersoalkan tindakan adiknya itu, tetapi kemudian ditukar arah pandu soalannya itu, “Then, what happened?”

“Nothing much. But I saw the other Farhan.”

“Owh,” sahut Farouq, “but I thought I’ve told you to...” ayat itu terpotong sekerat jalan. Mahu sahaja dia habis-habisan melepaskan amarah, tetapi angin Riana yang nyata sekali kurang baik membuatkan dia jadi berbelah bahagi, “How was she? Did you talk to her?” tanyanya, bersahaja.

Riana sekali lagi mengeluh. Dia diam beberapa ketika sebelum menjawab soalan itu, “I didn’t. Ana rasa macam tak perlu je cakap dengan dia,” katanya. Tak lama selepas itu, dia tersenyum sendirian. Entahlah apa yang disenyumkan. Farouq hanya terus mendiam, setia menunggu titik komedi cerita tersebut.

“Abang tau tak, Ana rasa muka Ana betul-betul macam Farhan yang perempuan tu.” Serentak dengan pernyataan itu, Riana terus berpaling menyembunyikan air matanya. Farouq hampir sahaja tersedak melihat kelakuan adik kesayangannya itu. ‘Betul ke sama? Kalau pun sama, apa masalahnya?’ soal Farouq pada diri sendiri. Sungguh, soalan-soalan itu tak perlu ditanya. Mukanya yang sediakala herot-berot cuba memahamkan itu membuatkan Riana memberhentikan sedu dan terus menyambung, “Muka kitorang betul-betul seiras, bang. And to think I’ve spend six years believing he loves me.”

Idea-idea yang serba asing itu mula menyelinap ke segenap pemahaman Farouq. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya, “Ana, if there’s one thing I know, it’s that he really loves you. No doubt ‘bout that. Lagi pun Ana, takkanlah ada orang yang tahan menipu sampai enam tahun.”

“Ana tak kata dia tipu. Ana tau dia sayang Ana. Tapi Ana rasa macam pengganti. Pengganti untuk cinta yang dia tak pernah dapat. Dan rasa itu amat menyakitkan,” air mata Riana yang tadinya susut sedikit kini turun makin deras. Perasaan Farouq tercalar melihatkan adiknya sebegitu rupa. Dia mencari tangan Riana yang letaknya di atas meja dan menggenggamnya erat, “Mungkin at first dia attracted to Riana sebab muka Riana macam Farhan yang lagi satu tu tapi sure lama-lama dia fall for who you are inside, kan? Kalau tak he wouldn’t be with you for the past six years.”

Riana tersenyum tawar mendengar penjelasan itu, “Entahlah abang. Ana pun dah try macam-macam untuk sedapkan hati. Tapi deep down inside, it still hurts. Terer kan Farhan. Dia dah pergi jauh pun dia boleh buat Ana jealous lagi.”

* * * *

Tuk! Tuk! Tuk!

Ketukan pada pagi itu membuatkan aku menyisir rambut dengan lebih cepat sebelum berlari-lari anak menyambut pintu. Bila sahaja pintu terbuka, wajah dua orang pelajar perempuan di perpustakaan tempoh hari tersenyum menegur.

“Assalamualaikum akak. Harap kitorang tak kacau akak pagi-pagi ni. Kitorang dapat alamat rumah akak dari cikgu,” yang pertama dari mereka memulakan perbualan.

“Waalaikumussalam. Owh. Tak apa. Akak tak buat apa-apa pun. Masuklah dulu.”

“Tak apalah kak,” yang kedua pula menjawab. Dia memegang sebuah buku di tangannya, “Kitorang singgah ni pun sekejap je. Kitorang nak tunjuk akak buku ni,” dia menghulurkan buku di tangannya.

Aku mengusap kulit depan buku itu perlahan-lahan. “Secret Lovers,” tajuknya aku baca kuat-kuat walau pun tiada siapa yang mendengar sambil terus-terusan membelek buku tersebut. Aku tak tahu kenapa tapi buku itu rasanya seperti sangat dikenali. Macam deja vu pulak. Penulisnyakah? Penerbitnyakah? Nampaknya seperti biasa sahaja dan entahlah apa yang istimewa. Aku memejamkan mata, masih cuba untuk mengingat. Dan memori itu datang sayup-sayup, sepoi-sepoi seperti angin pantai. Ya, itulah buku terakhir Farhan. Buku terakhir yang dipinjam dan dikirimkan pada aku untuk dipulangkan.

“Cuba akak tengok kad pinjaman perpustakaan buku ni,” celahan daripada salah seorang dari mereka membawa aku pulang ke realiti. Tengok kad pinjaman buku ini? Tentu sahaja tertera nama Farhan Ibrahim, apa lagi yang istimewa tentang itu? Namun sifat ingin tahu menolak aku untuk mengeluarkan kad itu dari kulit belakang buku.

Aku rasa benci pula bila memori aku ternyata benar. Hanya nama Farhan Ibrahim yang tertulis, tiada apa yang istimewa. Aku sendiri yang pulangkan buku itu, tentu aku tahu.

“Pusinglah kad tu kak,” cadang, gesa mereka, teruja. Aku pula, seperti keldai diberi cemeti, mengikut saja. Sebaik sahaja aku membalikkan kad itu, sekali lagi aku mengerah memori untuk bekerjasama. Tetapi memori mengkhabarkan pada aku yang lukisan di belakang kad itu memang belum pernah aku lihat. Mungkin aku terlepas pandang sewaktu pulangkan buku ini dulu.

“Sekarang akak percaya tak akak ada admirer?”

Aku terus menatap lukisan itu dan mengabaikan soalan mereka. Dunia aku jadi bisu seketika. Walau pun lukisan itu bukan sesuatu yang luar biasa, hanyalah lakaran wajahku sendiri, tetapi mataku terus terlekat padanya. Yang ditatap oleh mata ini bukanlah lakaran itu sendiri, tetapi tiga perkataan keramat di bawahnya.

‘SAYA SUKA AWAK’

Tanpa sedar, lututku mati dan aku rebah mengadap tanah di depan pintu itu. Sebak, hiba dan ketar yang ku tahan sejak tahu tentang kepergiannya semua datang dalam satu masa. Air mata yang jarang sekali datang pun turut hadir. Mana tidak aku menangis. Cinta pertamaku hanya terbalas setelah hampir satu dekad berkubur. Cinta yang aku buang jauh-jauh saat aku yakin dia telah tiada terus dari hidup ini. Yang sehingga sekarang, aku masih belum punya ganti.

Itu semua pun dari buta mataku sendiri. Buta yang jadi celik hanya lepas dia pergi selamanya. Aduh takdir, tidak adakah peluang kedua untukku.



Takdir,
tidak pernah menjawab soalan itu. Dia hanya membiarkan aku menangis semahunya di sudut pintu itu sambil menggenggam erat kad perpustakaan yang terlakar gambarku itu. Lantas waktu itu aku menghilangkan semua rindu dan cinta pada dia. Sekali lagi. Selamanya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) haruu. tatau nak cakap apa hoho. kasehan kepada Riana dan juga Farhan.

  • (Penulis)
    2) hurm... kesian pada Farhan yang mana satu yer? Tongue out
  • 3) kedua-dua Farhan. hoho. sorang tatau nak lahirkan perasaan sendiri. sorang lagi tatau apa2. :D
  • 4) sekali lagi..

    idea : wild and free
    penceritaan : getting better and better

    tapi, kalau lepas dah tulis, peram dulu. brush up brush up. ulang baca 5 10 kali. then alter tempo dia. tentu lebih menarik :)

  • (Penulis)
    5) hurm... alter tempo? ke atas atau ke bawah?
    apapun, terima kasih membantu komen dan nilai rakan-rakan!
  • 6) sedikit konfius tapi aku rase aku pulak kene alter tempo aku pasal aku repeat bace sampai 4 kali baru aku faham. tapi aku rase cerite ni lebih seram dari Air Terjun
    • xr
    • 17 years ago

  • (Penulis)
    7) erks... tang mana yang seramnya?
  • 8) “Tak, Ana!” suara Farouq mula meninggi, “Abang tak rasa pelik pun sebab orang yang nama sama memang ramai. The problem here is not who reply to your letter but why you’ve written the letter in the first place. Faham?” <-- rasenye part part ni...
    • xr
    • 17 years ago
  • 9) Saya suka. Cuma permainan bahasa kadangkala sedikit kaku. Tapi saya suka. La la la...

  • (Penulis)
    10)

    xr: masih tak paham apa yang seramnya

    siberkop: yay! yay! siberkop suka! yay! (menari keliling rumah) maaf encik, kalau berkaitan bahasa tak boleh lawan kamu. tapi akan cuba-cuba lagi. Laughing

  • 11)

    yeahh.. aku soka... dah lama tak dpt baca idea yg mcm gini.. lain dari yg lain... lansung takleh predict what will happend... tp awal2 tuh mmg aku memandang rendah sbb ayat nye menunjukkan spt boleh di predict ape yg bakal berlaku.. rupe nye aku salah.. cayalah valium!

    aku terkejut memula tetiba alamat segamat.. aku terpk, org segamat kah? tp bile tgk kampung merbok, aku rasa takde kampung tuh dlm segamat.. haha.. main pilih tempat je ni... hahaha.. 

  • 12)

    whoa!!! akak....

    dah lame sangat nak abis kn citer nie...akhirnya abis gak...

    pape pown..citer nie best!!! truskan usha anda!  chayouk2...

  • 13) you remind me somebody laila.. entah ko tau or x... tp you really remind me of somebody.. [mcm terasa plak time baca] wakaka.. ko ada dejavu x? haha.. bahaya... cerita ko ada resonans ngan life aku dalam 8taun nih

  • (Penulis)
    14)

    zinggof: huhu... lela kenal tidak orang itu?

    kepada semua, vendetta, seperti vanilla adalah adik saya juga! huhu 

  • 15) nieh idea asal ko ker valium? aku teringat satu cite jepun ker korea ntah,, lebih kurang canieh la. serius familiar, anyway good.

  • (Penulis)
    16) hurm... dah lama dah ada idea ni sebenarnya. mana asalnya pun tak tahulah. dah campur-campur itu, campur-campur ini. tapi tak pernah tengok pun cerita korea/jepun tersebut. ada orang cerita kat val dan terpengaruh kot.
  • 17) eh..mmg seram la..
  • 18) seram pekebendanya... haha.. ko sama kelas ngan die ah laila time f5.. old time story.. seb baik aku bukan pustakawan.. hahha
  • 19) emm,da whole idea,story n dialog sebijik cite jepun bertajuk 'love letter'..
  • 20) menarik2
  • 21) ni cite jepun.. love letter!! hahahahaa..xsangka valium memelayukan cite jepun tersebut... yap3... valium, u better tell the truth..pe pon..gudwork sbb brjaya mencerpen cite jepun tersebut!
  • 22) seronok bace cerita ni..mmg xleh predict ape jadi kn.kn.kn.seronok bace gaye tulisan yg sempoi n xderla bunga2 sgt.nice2.klu bleh sy nk copy citer cik valium ni nk letak kt blog saye.harap dapat keizinan lar yer.sbb sy rase budak2 blogger sy x ramai yg tau pasal web kapasitor ni.so just for fun utk diorg kenal hasil tulisan cik valium.ok?)
    sy xtau pape psal bidang penulisan.tp sy suke mmbace n sy minat idea2 awk.ngeh3.

Cerpen-cerpen lain nukilan valium

Read all stories by valium