Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

KERETA

Cerpen sebelumnya:
Amin, Sengkenit dan Sengkatik
Cerpen selanjutnya:
ANAK

Hari rabu, semasa makan tengah hari bertempat di sebuah restoran makanan melayu. Selepas makan sambil duduk2 dengan member ofis, aku buat plan utk pergi ke kampung Anis. Anis berkata,

"Kat kampungnya, abahnya ada 2 buah kolam ikan, ikan pun banyak dan besar"

"Ikan apa, anis ada dalam kolam abah awak tu" tiba2 atan menyampuk yg duduk disebelah aku.

"Macam2 ada " jawap anis tergelak sambil menyirup nescafe panas.......

"Anisss aku serius ni" kata atan fedup yg tengak anis......

"Ok2 ikan pacu ada, rohu ada, patin ada, talapia merah ada, haruan ada , udang galah pun ada tapi kat kolam satu lagi" kata anis dengan detail.

"Ohh ya ikan keli afrika tak ada sebab abah tak suka ikan tu" kata anis lagi yg tahu jenis2 ikan. Power tu tapi biasalah kalau abah dah ada kolam ikan tapi tentang pancing ikan anis ni ikut mood. Kalau pancing jantan tak kot...hahaha. Aku memang terpengaruh dengar cerita anis ni, satu perkara lagi...anis kata memang abah buat kolam ni utk pancing bukan utk dijual. Aku pun pakat2 dengan member2 ofis yg kaki pancing utk ke kampung anis, lagipun hari jumaat ni PUBLIC HOLIDAY ada 3 hari cuti. Pakat punya pakat akhirnya persetujuan tercapai, 5 orang akan ke kampung anis. Aku, En Zam seorang duda mempunyai anak 3, bertugas sebagai penolong HR, Atan(nama panggilan) seorang kerani, Anis seorang gadis lincah minah CLUBBING dah tentu LADY GAGA artis pilihannya. Anis bertugas sebagai kerani akaun dan Fika gadis bertudung islamic bertugas sebagai penyambut tetamu. Fika tak minat memancing, saja nak pergi kampung anis utk tenangkan jiwa sebab baru putus cinta. Kami akan pergi ke kampung anis pada jumaat malam selepas solat isyak dan akan menaiki MPV en zam. Kampung anis tak jauh sangat hanya di REMBAU, NEGERI SEMBILAN. Kami semua akan berkumpul dirumah atan di Ampang.

Pada hari khamis selepas waktu pejabat, kami pergi shopping tapi bukan shopping kat KLCC  cuma ke kedai pancing je utk membeli barang2 tambahan memancing. En zam belikan 1set pancing utk fika.

"Fika ni i belikan utk u" kata en zam sambil menghulur pancing bernama murah yg telah siap dibayar.....

"Ohh betul ke en zam, thank" kata fika tersenyum macam YUNA.....

"Ok, belajar pancing boleh tenangkan jiwa" kata en zam macam faham2 saja masalah fika.

"Ok en zam" kata fika malu2. Aku diam hanya melihat saja tapi dalam dalam hati berbisik

"En zam nak pancing ikan lain ni"  Aku tergelak sendiri.

"Botak, lu pakai pancing apa nanti" tanya atan yg tengah pilih2 mata kail........

"SHINAMO kot" jawap aku sambil membelek2 mata kail di dalam bekas....

"Ala pakai DAM la, apa2 nanti senang" jawap atan sungguh2....

"Tengok la nanti" kata aku ringkas tapi tidak memandang ke arah atan. Setelah selesai membeli kami pun beredar.

 

Hari jumaat malam, selepas solat isyak semua berkumpul di rumah atan menunggu kedatangan en zam. Sedang menunggu itu tiba2 handpon aku berbunyi, tertera di skrin nama en zam.

"Hello en zam kat mana, semua orang tengah tunggu ni".

"Ohh ya ke en zam, tak apa en zam selesaikan dulu masalah en zam, kami tunggu disini"

Aku maklum pada semua, en zam terpaksa datang lewat sebab hantar anaknya ke klinik, semua mengeluh. Tiba2 atan bersuara...

"Pancing malam pun best" Aku diam saja. Dalam pukul 11.30 malam, en zam pun tiba.

"Maaf semua" kata en zam sebaik saja keluar saja dari MPV biru nya......

"Tak apa en zam" jawap fika dengan tudung kepala berwarna biru dan berbaju t-shirt ketatnya. Setelah semua barang2 dibawa ke dalam MPV, maka bermulalah perjalanan ke kampung anis. Aku duduk depan sebelah en zam. Anis, fika duduk di kerusi bahagian tengah dan atan duduk kerusi belakang. En zam tahu jalan ke Rembau cuma jalan ke kampung anis...en zam tak tahu. Anis kata...

"Nanti akan tunjukkan jalan bila dah sampai area rembau"

 

Dari ampang MPV en zam bergerak terus ke cheras, kemudian ke tol sungai besi. Lepas tol bermulalah perjalanan di lebuhraya KL-SELATAN. Baru lima minit di lebuhraya anis menghulur cd pd aku

"Abg, pasang cd ni" kata anis tersenyum sambil memandang ke wajah aku.

"Lagu apa ni" kata aku sambil menyambut cd di tangan anis.

"Lagu clubbing la tu" sampuk atan dari kerusi belakang.

"Budak indie diam" jawap anis sambil menjeling ke atan. Atan dan anis memang macam itu perangainya walaupun di ofis. Seorang anjing...seorang lagi kucing memang tak boleh rapat tapi ada satu perkara yg mereka ngam iaitu bab duit. Masing2 akan tolong antara satu sama lain. Akhirnya aku masukkan cd anis di cd player maka berkumandang lagu "JUST DANCE" nyanyian LADY GAGA di tengah2 malam di lebuh raya. Terenjut2 kepala anis mengikut irama lagu itu. En zam tersenyum saja dan fika mengelamun memandang ke luar tingkap dalam dunianya sendiri. Atan buat2 tutup telinga perli ke anis. MPV en zam terus bergerak laju di lebuh raya sampai saja di Nilai en zam memotong sebuah kereta buatan malaysia yg dipandu seorang wanita muda.

"Nak bawa pelahan masuk la lorong kiri, perempuan2"  kata atan sambil menjeling ke tingkap.

"Biasa la pempuan banyak duit, banyak perempuan pakai kereta sekarang" jawap anis nak memulakan pergaduhan.

"Memang la banyak duit, duit laki2 sponsorkan, betul tak"  kata atan dari tempat duduk belakang.

"Siapa suruh sponsor" jawap anis sambil ketawa. Tiba2 en zam bersuara dengan memandang cermin pandang ke belakang di bahagian tengah.

"Fika kenapa senyap ni"

"Tak ada apa2 en zam" kata fika tersentak.

"Kita kan tengah holiday ni, happy la sikit ni murung je"  kata OTAI penuh makna.

"Ok sorry2" jawap fika yg macam dah tersedar dari lamunan. Cd lady gaga dah lama keluar dari cd player, MPV en zam masih bergerak laju dilebuh raya. Kini MPV en zam telah melepasi kawasan Seremban dan hampir sampai ke persimpangan SENAWANG/KUALA PILAH.

"Botak sampai rumah anis nanti nak terus pancing ke" tanya en zam sambil pandang kedepan.....

"Boleh gak test power" jawap aku sambil pandang ke wajah en zam.

"Anis boleh pancing tak sampai nanti"  kemudian aku bertanya pada anis .

"Nak berkhemah pun boleh" jawap anis sambil tergelak.

"Ke situ pulak" kata aku. 

 

Jam didalam Mpv menunjuk pukul 12.20pagi, tol Pedas/Linggi berada dihadapan. En zam terus menyusur ke lorong kiri masuk ke tol. Selepas membayar tol, terdapat simpang TIGA di depan. En zam belok ke kiri utk ke Rembau.

"Malam ini gelap sungguh, langit pun tak berbintang, cahaya bulan pun tak ada dan lampu jalan raya pun tak menyala" kata anis bercakap bersendirian sambil pandang ke luar tingkap. Dalam 10minit meninggalkan kawasan tol  

"Wah! kereta DRIFT tu" kata atan buat lawak. Semua pandang ke kiri jalan, kelihatan sebuah kereta DATSUN 120Y, plat no NA?? dengan warna PUTIH KAPAS berhenti di tepi jalan.

"Wah kereta lama tu tapi nampak cantik lagi pandai ownernya jaga" kata en zam. Aku hanya memandang kereta itu semasa melintasinya, cuba2 tengok sapa pemandunya tetapi tak nampak .

"Anis,u kenal ke sapa owner kereta tu" tanya en zam..........

"Tak, kereta ni pun tak pernah nampak ini first time nampak"

"Kereta antik tu kan" tanya fika yg turut memandang........

"Lebih kurang macam tu, tapi nampak cantik lagi" kata en zam yg tak habis2 mempuji kereta tu. Sedang asyik berbual tiba2

"YA ALLAH" en zam menekan brek rapat2, MPV berhenti tiba2 secara mengejut dengan bau hangit yg datang dari tayar akibat di brek.

"Kenapa en zam?" kata aku yg masih terkejut.

"Ada kucing hitam tadi melintas" jawap en zam sedikit panik. Aku turun dulu, kemudian en zam dan akhirnya semua orang turun. Aku lihat tak ada apa2 berlaku.

"Betul ke en zam nampak kucing tadi" tanya anis yg masih tak hilang berdebar2.....

"Ya, i confirm i nampak tadi" jawap en zam sungguh2. Atan pusing keliling MPV dicelah tayar pun atan periksa tapi tak ada apa2. Tiba2 fika bersuara

"En zam mengantuk kot"....

"Tak, i masih ok lagi" kata en zam menafikan. Sedang kami berbual2 ditepi jalan, dari jauh sayup2 kedengaran.......

 

~OHHH, AKU TERGODA.....
DARI KERNA MATA YANG MEMPUNYAI KUASA...~

 

"Lagu lama tu" kata en zam.

Semua tertumpu pandang ke arah depan yg bertentangan jalan. Bila lagu itu senyap, tiba2 kedengaran bunyi enjin kereta yg agak pelik macam bunyi "KUDA BERLARI". Akhirnya kereta putih itu menjelma di hadapan kami."

"Ni kereta tadi ni" kata atan sambil pandang ke arah kereta itu. Kereta itu bergerak pelahan2 bertentangan dengan kami, bila berada betul2 sebelah MPV en zam kereta putih itu berhenti. Aku cuba melihat pemandunya tapi tak berjaya kerana cermin kereta putih itu berwarna kekuningan macam lumpur kering melekat kat seluruh cermin kereta itu.

"Tadi tak nampak pun cermin kereta ni warna kuning", bisik hati aku.  

"Macam mana nak memandu kalau cermin macam ni," bisik hati aku lagi. Aku lihat pelik betul BINGKAI CERMIN kereta ni kerana diperbuat dari kayu.

"Hello encik" kata atan di tepi jalan pada tuan empunya kereta tapi tak berjawap. Kereta itu masih berhenti di depan kami tanpa buat apa2 pergerakan pun. Pemandu kereta itu pun tak keluar, cuma bunyi enjin kereta yg pelik itu saja yg kedengaran. Dalam 5minit kereta itu bergerak semula dengan pelahan2 meninggalkan kami.

"Apa maksud semua ini?"  bisik hati aku. Dari jauh kedengaran lagi lagu

 

~OHHH, AKU TERGODA.....
DARI KERNA MATA YANG MEMPUNYAI KUASA...~

 

Bila semua sudah masuk kedalam MPV, en zam menghidupkan enjin MPV dan terus bergerak.

"Siapa tadi" tanya fika pada semua orang. Semua diam tak tahu nak jawap apa2.

"Anis awak pasti tak kenal tuan punya kereta tu" tanya aku sekali lagi pada anis.

"Tak tahu abg" jawap anis ringkas. MPV en zam terus bergerak sampai saja di BULATAN jalan. En zam terus mengambil pukul 3 utk pergi ke Rembau. Didalam MPV, aku buka tingkap utk merokok dalam 3-4 sedutan. Tiba2.....

 

~OHHH, AKU TERGODA.....
DARI KERNA MATA YANG MEMPUNYAI KUASA...~

 

"Lagu tadi..." bisik hati aku. Aku terus pandang cermin sisi tetapi tak nampak apa2, aku terus menoleh kebelakang.

"Kenapa botak" kata en zam.

"Saya rasa kereta tu ada kat belakang kita" kata aku yg masih memandang ke belakang. Aku mengarah semua orang membuka tingkap dan semua mengikut kata aku lalu tingkap di buka kecuali atan sebab MPV en zam tingkap tempat duduk belakang memang tak boleh dibuka. Lagu itu telah senyap, keadaan sunyi seketika hanya kedengaran desiran angin saja. Semua orang diam hanya mata bergerak2 memandang keliling.

 

~OHHH, AKU TERGODA.....
DARI KERNA MATA YANG MEMPUNYAI KUASA...~

 

"Ya2 i dengar" kata fika yg macam dah mengelabah. Aku cuba pastikan dari mana datang lagu itu confirm dari belakang tapi bila aku lihat ke belakang tak ada apa2 pun. 

"Ada rumah orang kot kat sini, mungkin ada orang pasang radio kuat2" kata anis yg cuba buat andaian utk hilangkan perasaan takut.

"Mana ada rumah orang kat sini, cuba tengok" kata atan sambil melihat keluar tingkap. Betul aku lihat di luar kiri kanan jalan hanya semak dan pokok2 saja dan lampu jalan pun tak menyala malam ini.. Tiba2 fika menjerit...

"Eik..kereta tu sebelah ni". Semua orang pandang ke kanan, memang betul kereta itu berada seiring dengan MPV en zam. En zam berkata

"Meter MPV i menunjuk 80 km/j, macam mana kereta tu boleh ada sebelah kita dengan tiba2 je". Semua hanya diam dan melihat apa yg akan berlaku. En zam perlahankan MPVnya dengan niat biar kereta DATSUN 120Y yg berwarna putih itu memotong, sebaliknya kereta putih itu hanya bergerak seiring saja. En zam, fika dan atan yg paling hampir sekali dengan kereta itu. Aku dan anis terpaksa mendongak ke kanan utk melihat. 

"Apa masalah kereta ni" kata en zam .

"En zam tekan minyak" kata aku beri idea. En zam diam hanya mengikut saja.

"Cepat en zam potong kereta tu" kata anis yg menyokong kata aku.

"Cepat en zam" kata anis lagi.

"I dah tekan minyak tapi MPV ni macam tak bergerak saja, jarum meter pun tak bergerak " kata en zam dalam nada yg tinggi. Kereta putih itu masih lagi bergerak seiring dan orang di dalam kereta itu masih tak kelihatan sebabnya cermin kereta itu seperti terdapat lumpur kering yg berwarna kekuningan. Atan tiba2 bersuara.

"Cuba tengok ni, cermin kereta tu terbuka sikit". Dengan mengangkat sedikit badan aku lihat ke arah cermin itu yg telah terbuka separuh. Semua pandang ke arah kanan dengan senyap tanpa berkata apa2, sambil memandang ke arah kereta itu aku bersuara pelahan2.

"Semua tutup tingkap". Semua orang mengikut kata aku sambil memandang ke arah kereta itu. En zam menekan minyak cuba memotong tapi masih tidak berjaya seolah2 MPV en zam melekat pada kereta putih itu. Semasa memandu en zam sempat juga menoleh ke arah kereta itu. Akhirnya tingkap depan dan belakang kereta itu sudah terbuka habis, kelihatan seorang makcik duduk di sebelah pemandu. Makcik itu mungkin berumur dalam lewat 50an dan seorang anak perempuan berumur dalam 6 atau 7 tahun yg duduk dikerusi belakang. Mereka semua hanya duduk diam sambil melihat ke depan walaupun tingkap kereta mereka terbuka. Pakaian mereka semua diperbuat dari kain berwarna putih. Tiba2 atan yg duduk di belakang membuka cermin tingkap di sebelah fika.

"Pakcik dah bagi potong, potong la...bahaya macam ni"  kata atan menjerit marah.

"Atan diam" kata aku pandang ke arah atan dan didalam hati aku berbisik ada yg tak kena ni. Fika bersuara tergesa2

"Tengok2 makcik tu pandang ke kita" Aku yg dalam tak selesa pandang ke kanan dan apa yg aku lihat wajah makcik tu dari tepi pucat seperti tak berdarah. Makcik itu memusing kepala pelahan2 dan akhirnya pandang tepat kearah fika dengan wajah yg serius dgn bertentang mata dengan fika. Dalam masa  bertentang mata itu. Tiba2 MATA  makcik itu terkeluar dan tergantung. Biji mata makcik itu betul2 tergantung di pipinya. Serentak fika, anis menjerit sekuat hati...en zam, aku dan atan hanya tergaman. Dalam keadaan kelam kabut.  

"En zam kerbau di depan" tiba2 aku berteriak. Mujur MPV en zam tak laju dan dapat dikawal. MPV itu berhenti serta merta. Aku pandang ke kanan, kereta itu tiba2 hilang.

"Mana pergi kereta itu" kata atan pandang keliling. En zam dan aku cuba tenangkan anis dan fika....

"Hantu, hantu" kata fika menangis dan mengigil. Anis dah tak bersuara apa2 hanya menutup muka menangis juga mengigil. MPV en zam masih berhenti ditepi jalan

"Anis, fika..You all ok" kata en zam yg memandang ke belakang. Anis dan fika hanya mengangguk2 kepala saja tanpa berkata apa2. Encik zam start enjin MPV dan  bergerak semula, aku lihat fika masih memegang botol mineral yg telah dijampi oleh en zam. Atan diam di tempat duduknya di belakang, masa berhenti tadi atan bagitahu aku. 

"Botak aku nampak real kereta tu tak ada tayar. KERETA HANTU tu " kata atan penuh perasaan takut. Aku hanya diam saja semasa atan cerita semua itu. Sebelum bergerak aku ada tanya en zam apa yg kita nak buat sekarang tapi en zam kata kena terus juga perjalanan. Aku ikut saja kata en zam. 

 

Didalam MPV aku lihat handpon aku tidak ada line, jam di dalam MPV menunjuk pukul 1.30pagi. 

"En zam sepatutnya kita dah sampai ke kampung anis " kata aku sambil memandang ke wajah en zam. 

"I pun tak tahu botak, cuba U tengok di depan" kata  en zam menunjuk jari ke cermin depan.

"Eik tebalnya kabus dah macam rasa kat alam lain " kata aku sambil pandang kedepan. En zam memasang lampu HIGH BEAM kerana kabus tebal itu. Dalam tidak sampai 10 minit MPV bergerak....Tiba2......

 

~OHHH, AKU TERGODA.....
DARI KERNA MATA YANG MEMPUNYAI KUASA...~

 

"Alamak!!!!" bisik hati aku. Aku pandang en zam, en zam pun pandang ke arah aku juga. Bila lagu itu berhenti  saja, dan tidak sampai 1 minit kereta putih itu pun muncul betul2 di depan MPV en zam. En zam menekan brek dengan serta merta, tersentak semua orang di dalam . Semua orang memandang ke depan.

"I nak balik, i nak balik" serentak fika bersuara menangis ketakutan di tempat duduknya. 

"En zam, kita kena patah balik KL, tak payah pergi kampung i " kata anis pula dalam menangis. 

"Dah tak boleh, kita sebenarnya dalam tempat yg sama kita seperti duduk dalam sangkar dan tak tahu mana jalan keluar " kata en zam dalam nada yg agak keras dan en zam macam dah tahu sesuatu.

"Apa en zam, aduh mati... mati macam ni" kata atan mengeluh. Kereta putih itu berhenti bila en zam menghentikan MPVnya. Dalam semua mata tertumpu di depan tiba2 pintu sebelah pemandu terbuka, aku yg dah bersiap tak tahu bersiap utk apa melihat kaki seseorang keluar dari kereta itu dan akhirnya kelihatan seluruh tubuh pemandu itu. Seorang pakcik yg berwajah amat mengerunkan, berpipi cengkung, bertubuh kurus, sederhana tinggi, memakai baju melayu berwarna putih dan seluar putih. Pada mulanya pakcik itu hanya berdiri dengan pandangan tajam memandang ke arah kami, kemudian berjalan perlahan2 menuju ke kami.

"Apa kita nak buat ni, botak" kata en zam.

"Kita reverse, en zam" kata aku dengan nada tergesa2. En zam terus menukar gear Reverse dan bergerak laju ke belakang, makin laju MPV itu bergerak, makin dekat pakcik itu dengan MPV. Seolah2 MPV itu tidak bergerak langsung. Tiba2 MPV berhenti serta merta....

"Kenapa en zam" kata aku pada en zam. 

"I pun tak tahu" jawap en zam. En zam cuba start enjin 2-3 kali namun tetap tidak berjaya.

"Lock semua pintu" kata aku .  

"Prakk" semua pintu MPV terkunci tiada apa yg boleh buat sekarang, semua orang hanya memandang ke arah pakcik itu. Pakcik itu masih melangkah dengan pelahan menuju ke MPV en zam, dalam jarak 10 kaki dari BONET MPV. Tiba2 pakcik itu berhenti., en zam, aku dan atan masih memandang kaku ke arah pakcik itu. Anis dan fika tunduk menutup mukanya ke peha sambil mengigil dan menangis. En zam dan aku yg paling hampir dengan pakcik itu, tidak dapat aku nak katakan hanya tuhan yg tahu macam mana perasaan aku. Pakcik itu masih berdiri dengan pandang tajam ke arah kami. Tiba2 kelihatan kepala pakcik itu bergerak2, bergoyang2 ke kiri dan ke kanan. Dalam masa yg sama tiba2 saja kepala pak cik itu terjatuh, bergolek ke jalan. Pakcik itu masih berdiri menghadap ke kami dengan tanpa kepala, dalam masa tidak sampai seminit pakcik itu tundukkan badannya, dengan tangan kiri terus memegang kepada rambut kepala yg terjatuh itu lalu diangkat. Akhirnya maka berdirilah pakcik itu dengan tanpa kepala dan tangan kiri memegang kepalanya.

"Ya ALLAH!!!" kata en zam yg dalam terperanjat. Aku dah rasa macam tak ada lutut dah. Atan dah hilang dari pandangan, tersorot di belakang kerusi. En zam cuba lagi menghidupkan enjin tapi tetap tidak berjaya lagi. Dengan tanpa kepala, pakcik itu mula melangkah pelahan ke arah MPV en zam.

"Ahhh apa nak buat ni" kata en zam bercakap bersendirian dalam tak tentu arah.  Aku dah nak rasa terkencing pun ada pada masa itu. Anis dan fika dah macam kena histeria, menjerit2 tapi tangan tetap tutup ke muka, sebenarnya mereka tidak tahu apa yg berlaku sebab selepas kejadian pertama mereka lebih banyak menutup muka. Bila dengar suara aku dan atan yg dalam keadaan mengelabah, mereka dapat rasakan sesuatu yg menakutkan berlaku di luar, itu yg mereka jadi histeria. Aku yg dah terselit di bawah dashbox, tiba2 terdengar pintu di sebelah pemandu di buka, aku pasti en zam yg membukanya. Dalam seketika aku dapat dengar suara en zam melaungkan AZAN ke arah pakcik itu. Menjerit pakcik itu dengan suara yg mengerikan. Aku pelahan2 mendongak muka pandang ke depan, apa yg aku lihat semuanya telah hilang termasuk kereta putih itu. En zam masuk ke dalam kereta semula dan meletak kepalanya ke stering sambil mengeluh panjang. 

 

Bila keadaan kembali tenang, tiba2 anis dan fika menjerit sambil membuka pintu MPV. Aku yg baru hilang mengigil terpaksa keluar mengejar mereka, en zam dan atan pun turut mengejar. Aku seorang mengejar anis, en zam dan atan mengejar fika. Fika dah berlari keseberang jalan tetapi en zam dapat menangkap.

"I nak balik, i nak balik" itu jeritan fika yg dapat aku dengar.

"Mengucap fika" kata en zam yg cuba memujuk.

"I takut, i takut....i DATANG BULAN, benda tu suka kacau perempuan yg badan kotor macam i...i takut" kata fika berterus terang.

"No, no.. U jangan percaya... i dengan atan ada ni" kata en zam cuba pujuk lagi fika. Akhirnya fika berjaya di pujuk dan di bawa ke MPV. Anis dah tak banyak bercakap, hanya duduk di tepi jalan dengan menunduk mukanya ke peha dalam keadaan ketakutan. Setelah anis dan fika ditenangkan dengan air jampi yg diberi oleh en zam. Aku bertanya pada en zam.

"Apa kita nak buat en zam" En zam diam berfikir, kemudian bersuara

"kita patah balik KL saja botak" Walaupun en zam tak pasti jalan keluar.

"Ok en zam, saya setuju" jawap aku yg memang suka sangat keputusan itu. Aku lihat atan dah tidak banyak bercakap, sesekali atan cuba memberi kata2 semangat pada anis. Aku bawa anis dan fika masuk ke dalam MPV, setelah semua selesai en zam pun menghidup enjin MPVnya. MPV en zam pun bergerak di jalan raya kemudian sampai pada satu simpang terus membuat U-TURN utk balik ke KL. Dah tidak ada lagi cerita tentang pancing. MPV en zam sedang bergerak lancar, di kiri kanan jalan penuh dengan kabus tebal. Jam di dalam MPV sudah menunjuk pukul 3.30 pagi dan di dalam MPV semua orang senyap saja. Anis dan fika dah tertidur, atan menjaga mereka. Aku membuka tingkap utk merokok, tiba2 en zam minta sebatang rokok dari aku. Aku hanya memandang ke wajah en zam kerana aku tahu yg en zam sudah berhenti merokok hampir 10tahun, tapi aku berikan juga. Sedang en zam nak nyalakan api rokok serentak itu saja......

 

~OHHH, AKU TERGODA.....
DARI KERNA MATA YANG MEMPUNYAI KUASA...~

 

Aku dan en zam saling berpandangan. Aku pandang ke tempat duduk belakang, besar biji mata atan pandang ke arah aku. Aku letak jari telunjuk ke mulut tanda diam kemudian aku tunjuk jari aku pada kedua2 awek itu, maksudnya jangan bagi tahu mereka. Atan faham dengan maksud aku sambil mengangguk2kan kepala. Lagu itu telah senyap, aku dan en zam tahu pasti selepas ini kereta putih itu akan muncul. En zam terus menekan pedal minyak rapat ke lantai MPV cuba jauhkan selagi yg boleh dari kereta putih itu walaupun tidak tahu dari mana kereta putih itu akan muncul. En zam masih menekan pedal minyak MPV di meter menunjuk 120km/j....Tiba2 saja...

"En zam kereta tu depan kita!!!" jerit aku. Dengan pengalaman 27tahun memandu en zam cuba buat yg terbaik, en zam bunyikan hon tanpa henti. Setiap kali en zam cuba mengelak, setiap kali itu juga kereta itu akan menghalang.

"Memang kereta ni nak kita mati" kata en zam sambil pandang ke depan. Aku hanya diam dalam keadaan panik, tangan aku pegang kuat pada pemegang tangan diatas. Tiba2 kereta putih itu hilang serta merta, en zam pelahankan MPVnya sambil melihat keliling tapi tidak kelihatan kereta itu.

 

En zam terus menekan pedal minyak bergerak selaju yg boleh utk meninggalkan kawasan ini. Sedang bergerak itu, tiba2 muncul sebuah kereta yg bergerak bertentangan menuju ke MPV.

"Kereta lain ke ni" bisik hati aku. Ohhh rupa2nya tidak sebenarnya kereta putih itu telah menunjuk wajahnya yg sebenar. Didepan aku kini sebuah kereta buruk yg hanya tinggal rangka dan bumbung saja, tidak ada lagi warna putih yg kelihatan hanya warna karat saja. Betul seperti kata atan, kereta ini tidak ada tayar memang KERETA HANTU. Aku cuba perhatikan lagi bila kelihatan sesuatu di atas bumbung kereta itu, YA ALLAH, aku tergamam dan aku pandang ke arah en zam yg juga terkejut. Rupanya2 PAKCIK HANTU, MAKCIK HANTU, DAN ANAK HANTU yg berada di atas bumbung kereta itu sambil tersenyum memandang ke arah kami dan kereta ini tidak ada pemandu pun.  

"ALLAH...BANGGG" satu bunyi seakan letupan yg kuat kedengaran. Malang memang tidak berbau MPV en zam akhirnya bertembung dengan kereta hantu itu. Aku pengsan, di hospital bila aku sedar kedua2 peha aku telah patah, muka aku penuh kesan luka sebab terkena kaca cermin MPV. En zam telah tercampak keluar dari MPV dan kepala en zam terkena hentakkan kuat di atas jalan raya, tulang rusuk en zam juga patah, sekarang en zam koma. Anis dan fika patah tangan, fika kena 10 jahitan di kepala. Atan yg paling selamat hanya luka2 ringan saja. Polis menyatakan kemalangan ini berpunca dari pemandu yg tertidur lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan. Bagaimana pun aku bersyukur pada tuhan kerana aku, atan, anis,dan fika masih hidup. En zam aku doakan akan sedar dari koma.

 

 

 

 

"DS PASTI TUNAI"

 

 

Kepala otak-BOTAK

Ditulis-DIN TWIN

 

 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

Cerpen sebelumnya:
Amin, Sengkenit dan Sengkatik
Cerpen selanjutnya:
ANAK

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.5
2 Penilai

Info penulis

Zambri Botak

I love Kapasitor
botak_9444 | Jadikan botak_9444 rakan anda | Hantar Mesej kepada botak_9444

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya botak_9444
ANJING (PART 3) | 2155 bacaan
ANJING (PART 2) | 2063 bacaan
ANJING (PART 1) | 2383 bacaan
KUCING 2 | 2309 bacaan
TUNAI 2 | 14008 bacaan
CIKGU | 3692 bacaan
GAZA | 2329 bacaan
IRA | 2449 bacaan
WATI | 2362 bacaan
SOFA | 2398 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya KERETA
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik