Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

It\\\'s Too Late To Apologise

Cerpen sebelumnya:
ANAK
Cerpen selanjutnya:
Violet

Terkocoh-kocoh aku melangkah ke arah stesen LRT. Aku jeling jam tangan. Ah! Aku sudah lewat. Laju aku melangkah menaiki anak tangga jejantas. Orang sekeliling tidak aku hiraukan. Janji aku sampai ke tempat destinasi tepat pada masanya. Di tangan kanan aku pegang beg komputer riba untuk aku buat presentation nanti.

Tiba di stesen LRT, aku terus menaiki tren yang kebetulan baru saja tiba. Melilau aku mencari tempat duduk kosong. Penat berjalan tadi masih belum reda. Tempat duduk pula semua sudah penuh. Aku terpaksa berdiri. Di bahu kiri beg tangan, tangan kanan pula memegang beg komputer riba. Aku terpaksa berpegang pada tiang dengan  tangan kiri. Penumpang semakin ramai bila tiba di setiap stesen. Berhimpit-himpit.

Tiba-tiba  bahu  kanan aku terasa berat. Aku pandang ke kanan. Alamak! Seorang lelaki begitu asyik melentuk atas bahu aku. Aku pandang pula sekeliling. Semua mata memandang ke arah aku. Ada yang tersenyum simpul.

“Err..encik..”

Aku cuba gerakkan bahu aku. Lelaki itu masih tidak sedar. Kepalanya masih di bahu aku. Aku gerak lagi sambil berdehem kecil. Juga tiada perubahan. Aku pandang pula sekeliling. Semua mata tertumpu pada aku dan lelaki itu. Masing-masing senyum. Aku mati kutu. Aku berdehem lagi. Kali ini dengan kuat sedikit. Lelaki itu terjaga. Lelaki itu pandang aku dengan mata separuh terbuka. Mengantuk sangat agaknya.

“Oh! Maaf!”

Lelaki itu senyum memandang aku sambil meminta maaf.  Nampak wajahnya seperti orang yang tak cukup tidur. Mata sudah kuyu. Dia betulkan kedudukannya dan berdiri tegak sambil memegang tiang. Kedua telinganya disumbat dengan mp3. Agak kuat sehingga aku boleh dengar lirik lagu yang berkumandang.

♪It’s too late to apologise…it’s too late..♪

Aku senyum bila mendengar lirik lagu itu. Ayat itu sepatutnya aku hambur saja pada dia. Memang kena lirik lagu itu dengan situasi begitu. Aku pandang lelaki itu. Mula berfikir sendiri. Pukul berapa agaknya lelaki itu tidur malam tadi sampai mengantuk begitu sekali. Pakaiannya sopan lagak untuk ke pejabat siap bertali leher. Kasut pula berkilat. Beg kerja pula disilangkan ke kanan. Sesekali dia mengemaskan rambutnya. Aku pandang pula ke arah tingkap.

Aku lihat lagi jam tangan. Setengah jam lagi aku kena sampai ke destinasi. Aku jeling pula keadaan di luar. Cuaca redup dengan awan yang mula bertukar warna kemungkinan hujan akan turun. Tiba di stesen LRT Kerinchi, aku terus turun di situ. Aku segera ke tempat yang di tuju. Alhamdulillah aku sempat juga sampai pada waktunya. Dalam termengah-mengah begitu aku habiskan juga tugas aku hari itu.

*********

Aku tergesa-gesa ke stesen LRT semula. Setelah membayar tiket, aku mula menaiki anak tangga ke platform. Entah kenapa hari itu terlalu ramai penumpang LRT, tidak seperti hari biasa. Aku melangkah anak tangga agak perlahan. Tiba-tiba kaki aku terhenti. Aku terpaksa melangkah turun setapak bila seorang lelaki di depan aku mengundur setapak. Aku mula pelik. Aku pandang lelaki itu yang hanya nampak dari belakang saja.

“Macam lelaki tadi..dalam tren..” Aku amati baju yang dipakai oleh lelaki di depan aku.

Memang sah. Kedua telinganya disumbat dengan mp3 sambil mendengar lagu. Aku yang berdiri di belakangnya terpaksa mengikut rentak kakinya yang sekejap melangkah ke atas dan sekejap pula melangkah turun. Aku semakin bengang. Aku cuba ke kanan tangga yang agak lebar. Orang yang begitu ramai ketika itu tidak memungkinkan aku untuk berganjak ke kanan. Jelas aku dengar dia menyanyi dengan kuat lirik lagu tadi.

♪It’s too late to apologise..it’s too late…♪

Aku mula bengang. Bila telinga disumbat begitu, keadaan sekeliling sudah tidak dihiraukan lagi.

“Cik..apa hal naik turun ni! Ingat ni tempat joging ke?”

Tiba-tiba satu suara dari belakang aku menegur. Aku menoleh. Seorang lelaki yang agak tua merenung aku. Mungkin dia fikir aku yang sengaja naik turun tangga begitu. Rupanya lelaki itu juga turut berbuat demikian. Naik turun tangga berulang kali.

“Encik..bukan saya yang salah..ni lelaki depan saya ni yang asyik dengar lagu sambil naik turun tangga macam ni..” Aku pertahankan diri.

Lelaki itu jenguk lelaki di depan aku. Dia geleng kepala.

Aku cuit belakang lelaki di depan aku dengan hujung pen. Lelaki itu mula berpaling.

“Encik! Nak dengar lagu bukan di sini! Ni tempat orang ramai.” Aku mula marah-marah.

Lelaki itu segera melangkah ke platform.

AKU mula tunggu lagi LRT sambil duduk di kerusi menunggu sementara tren sampai. Aku pandang ke kiri bila aku terdengar lirik lagu yang sama. Alamak! Lelaki itu lagi! Kumat kamit mulutnya turut menyanyi sama. Matanya terpejam rapat. Begitu menghayati bait lagu itu.

♪It’s too late to apologise..it’s too late..♪

Aku jarakkan sedikit duduk ku di bangku itu. Tiba-tiba aku terasa pipi aku terkena sesuatu. Aku segera pandang lelaki itu.

“Encik..kalau nak menyanyi sekalipun..tangan tu jaga-jaga...ni dah sentuh pipi saya, apa hal?”

Aku mula merenung lelaki itu dengan mata tajam. Dia masih begitu, asyik menghayati lagu dengan mulut kumat kamit. Tangannya pula di angkat-angkat..agaknya menggayakan sesuatu mengikut lirik lagu itu.

Aku bengang. Nampak sangat aku seperti bercakap seorang diri. Aku mula bangun dari tempat duduk itu.

Lelaki itu mula tarik mp3 yang didengar tadi dari telinganya dan letak dalam poket seluarnya. Dia juga turut bangun dan berdiri sebelah aku. Aku jeling dengan mata tajam.

“Ehem..cik ni yang dalam tren tadi kan? Jumpa lagi kita ya! Maaf sebab saya tertidur di bahu awak tadi. Penat sangat. Anyway, saya Aqif!” Lelaki itu kenalkan diri sambil tersenyum manis.

Aku hanya pandang dengan wajah keliru. Biar betul! Hanya itu yang dia ingat, masa di tangga dan di bangku tadi, dia buat-buat tidak ingat ke apa? Aku renung lagi dengan tajam.

“Encik..it’s too late to apologise. It’s too late!”

Aku mula masuk tren bila tren sudah sampai. Sempat aku jeling lelaki tadi yang kelihatan masih senyum. Dia juga turut masuk tren. Aku cepat-cepat meredah di celah-celah penumpang lain ke koc hujung sekali. Ada satu tempat kosong di situ. Aku terus duduk. Aku cuba cari kelibat lelaki tadi. Dia berdiri di koc ketiga sambil menjeling ke arah aku.

Entah bila aku tertidur, bila terjaga aku sungguh terkejut. Lelaki tadi sudah berada di sebelah aku. Alamak! Dia masih mendengar lagu itu lagi sambil memandang aku.

“It’s not too late to apologise..” lelaki itu sengih bila melihat aku buka mata.

Aku tergamam. Di otak mula fikir yang bukan-bukan. Entah-entah lelaki itu buat sesuatu yang tak senonoh masa aku tidur tadi. Aku mula gelisah.

“Err…bila encik duduk di sini?”Aku beranikan diri bertanya.

“Jangan bimbang..saya baru je duduk sini. Saya tak buat apa-apa yang tak senonoh pada awak.”

Aku senyum kelat. Entah bila aku seakan percaya kata-kata lelaki itu. Aku lihat pula diri sendiri. Tidak ada apa yang berubah. Mana tahu kain baju kurung aku terselak ke..

“Cik nampaknya macam seorang pengajar?”

Aku jeling lelaki itu bila melihat dia mula berbicara. Aku diam.

“Cik ni lecturer ke?”

Aku diam lagi.

“Cik! Takkan sombong macam tu sekali? Saya tanya je! Itu pun salah ke?” lelaki itu mula menarik muka masam.

Aku rasa gelihati melihat lelaki itu seperti merajuk. Aku jeling dia lagi. Tiba di stesen KJ, aku mula keluar dari tren. Aku lihat lelaki itu mengekori aku.

“Encik..kenapa encik ikut saya?” Aku mula takut.

Lelaki itu menghulurkan sekeping kad kepada aku dan terus berlalu pergi. Aku pandang kad yang diberi.

“Laa..orang insuran rupanya!” Aku senyum sendiri.

Dalam kepala mula terfikir, mungkin lelaki itu cuba menjual insuran kepada aku. Aku senyum sendiri...

It\\\'s too late to accept your insurance..:)

Cerpen sebelumnya:
ANAK
Cerpen selanjutnya:
Violet

Share!Email

HTML:
'>
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.5
2 Penilai

Info penulis

ciksal

Hidup biarlah berlandasan..
ciksal | Jadikan ciksal rakan anda | Hantar Mesej kepada ciksal

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya ciksal
Suku Suku | 8974 bacaan
Aku Tak Nak Mati Lagi! | 9395 bacaan
Dan Ku Cari Kamu | 2534 bacaan
Sebuah Harapan | 2757 bacaan
Kau Jodohku | 4565 bacaan
Mencari Jalan Pulang | 3734 bacaan
Kerana Biji Gajus | 3348 bacaan
Begitukah? | 2637 bacaan
Dendam Hani | 9523 bacaan
Amin, Sengkenit dan Sengkatik | 2200 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

5 Komen dalam karya It\\\'s Too Late To Apologise
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik