Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mak

 

Seorang mak sedang termenung di jendela di rumah pusaka. Sedang memikirkan nasib yg menimpa dirinya yg telah ditinggalkan anak2 di rumah usang yg bakal runtuh dalam 2-3tahun. Air mata sudah menjadi kawan karib bagi mak. Mak selalu bertanyakan pada diri

\\\\\\\"Kenapa semua ini berlaku? Apakah semua ini dugaan dari tuhan?\\\\\\\" Masih terngiang2 di telinga mak bila anak lelaki sulungnya berkata

\\\\\\\"Kalau mak tak dapat terima pilihan fauzi, fauzi tak kira... Fauzi tetap akan kahwin dengan ana. Takde siapa2 yg dapat halang!\\\\\\\" Fauzi berumur 27 tahun bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat swasta yg terkenal. Disebabkan cinta, fauzi akhirnya sanggup meninggalkan mak. Mak masih lagi termenung di jendela memandang ke depan rumah dengan pandangan jauh tak ketepian. Mak tak lupa bila anak keduanya melemparkan kata2 kesat bila mak menasihati ani supaya jangan bercinta dengan suami orang.

\\\\\\\"Mak jangan nak halang ani! Ani bahagia dengan dia... Mak tak suka ke tengok anak mak bahagia? Mak jenis apa kalau tak suka tengok anaknya bahagia!!!\\\\\\\" Itulah kata2 terakhir ani sebelum keluar dari rumah. Ani seorang bekas pelajar UM. Mempunyai kerja yg bagus juga gaji yg bagus. Mak juga tak dapat melupakan anak ketiganya yg bernama sara menengking mak.

\\\\\\\"Mak jangan nak control sara! Sara bukannya budak2 lagi... Sara nak pergi mana, tu hak sara! Pukul berapa sara nak balik, tu suka hati sara! Kalau mak nak control juga, mak memang bodoh sebab sara dah besar. Sara dah ada kerja, dah ada duit sendiri. Jadi sara boleh hidup sendiri tak perlu lagi nak duduk dengan mak!\\\\\\\" Itulah kata2 sara pada mak sebelum meninggalkan mak. Airmata mak kekal mengalir di pipi apabila terkenangkan ketiga2 anaknya. Dalam airmata yg masih mengalir itu, mak memegang pinggamg belakangnya yg terasa sakit bila tiba waktunya.

 

Kesakitan pinggang belakang mak terjadi akibat tolakan anak lelakinya yg bernama Mizi. Anak keempatnya seorang penagih dadah tegar. Pada suatu hari, mizi minta duit pada mak untuk membeli dadah. Mak kata yg mak takde duit tapi mizi tak percaya. Dalam marah2kan mak, mizi menolak mak. Mak jatuh terduduk ke belakang dalam masa yg sama pinggang belakang mak terhentak ke bucu kayu. Dua hari mak ditahan di hospital. Anak mak yg bongsu bernama Mira. Seorang gadis yg lincah yg bercampur dengan mat rempit. Mira lari dari rumah apabila mak selalu memarahinya kerana balik lewat. Sudah 2-3 kali mak buat laporan polis tetapi mira masih belum dijumpai. Semua yg berlaku ini terjadi 5 tahun yg lalu. Sekarang mak tinggal seorang diri takde seorang pun anaknya yg datang menjenguk mak. Walaupun pada HARI RAYA.

 

Mak berumur 50\\\\\\\'an, seorang ibu tunggal. Sudah lama berpisah dengan suami yg mak pun tak tahu entah ke mana menghilang. Sejak dari itu mak membela anak2nya sendiri. Mak ada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan paru2 berair. Kesian mak ditinggalkan anak2 dalam keadaan sakit. Mak dah tak larat nak bekerja lagi. Tetapi dengan bantuan jiran2, mak masih dapat makan. Ada juga mak meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, tapi tak layak sebab mak masih mempunyai anak (anak2 yg berjaya) Makan tengahari mak, tengoklah apa yg jiran berikan. Mak tidur di tilam, ataupun sebenarnya adalah toto lama yg dah dibuang orang. Selalunya apabila mak sakit, mak hanya banyak berbaring sahaja. Itulah ZAHARAH BT MANSOR.

 

Suatu petang jiran mak datang, makcik mah namanya. Umurnya dalam lewat 40\\\\\\\'an datang untuk melawat mak. Jarak rumah makcik mah dalam lingkungan 100 meter dari rumah mak.

\\\\\\\"Kak... Kak...\\\\\\\" Panggil makcik mah dari luar rumah.

\\\\\\\"Ya, siapa tu?\\\\\\\" balas mak sambil menjenguk dari jendelanya yg usang.

\\\\\\\"Owh, mah. Masuklah\\\\\\\" kata mak lagi.

\\\\\\\"Kak apa khabar?\\\\\\\" kata makcik mah sambil berjalan masuk dan bersalaman dengan mak.

\\\\\\\"Sihat lah jugak mah\\\\\\\" kata mak sambil duduk di lantai papan.

\\\\\\\"Kak, malam nie datang rumah mah ya. Ada buat makan2 sikit\\\\\\\" sambil menjemput mak.

\\\\\\\"Kau buat kenduri ke?\\\\\\\" tanya mak untuk kepastian.

\\\\\\\"Takde lah kak, makan2 biasa je. Nanti mah suruh anak mah jemput kak\\\\\\\" sambung makcik mah yg memang ambil berat tentang mak.

\\\\\\\"Baiklah mah, terima kasih mah\\\\\\\" jawab mak dengan nada perlahan.

\\\\\\\"Baik kak... Mah balik dulu ya\\\\\\\" sambil bersalaman dengan mak.

 

Malam...

Mak dah berada di rumah makcik mah. Mak dijemput oleh anak makcik mah bernama Rina yg bekerja di shah alam. Majlis makan malam ini di sponsor oleh Izat, anak lelaki makcik mah kerana dapat gaji pertama. Ketika mak duduk di kerusi meja makan, mak begitu terharu melihat kebahagiaan keluarga makcik mah.

\\\\\\\"Kenapa keluarga aku tak macam ini?\\\\\\\" bisik hati mak. Tapi mak terpaksa menyembunyikan perasaannya di depan keluarga makcik mah. Lepas makan makcik mah ajak mak duduk di ruang tamu. Ketika itu TV terpasang rancangan ceramah agama sedang disiarkan. Penceramahnya seorang ustaz yg bekas pelajar UIA yg popular. Walaupun ketika itu mak sedang duduk berbual2 dan minum, tapi telinga mak masih dapat mendengar setiap patah perkataan yg diucapkan oleh penceramah didalam kaca TV tu. Tiba2 mak tersentak, terus memandang tepat ke arah TV apabila mendengar beberapa ayat yg diperkatakan. Selang beberapa minit mak meminta diri dengan makcik mah untuk pulang. Saat itu hati mak tak keruan. Lalu makcik mah memanggil anaknya, Rina untuk menghantar mak pulang.

 

Sampai sahaja di rumah dan mengucapkan terima kasih pada Rina. Mak pun masuk ke rumah terus baring di tilam toto usang. Lalu mak menangis semakin lama semakin kuat...

\\\\\\\"KENAPA DENGAN MAK?\\\\\\\" Sebenarnya, mak masih teringat kata2 penceramah tadi.

\\\\\\\"SETIAP PERBUATAN KITA PASTI AKAN DAPAT BALASAN. KADANG2 TAK PAYAH TUNGGU AKHIRAT, KAT DUNIA PUN KITA DAH BOLEH DAPAT BALASAN. SEBAB ITU ANAK2, KALAU ADA TERASA ADA BUAT SALAH DENGAN AYAH DAN IBU, CEPAT2LAH MINTA MAAF\\\\\\\" Itulah dia kata2 penceramah yg mak tak dapat lupakan. Mak menangis sepuas2nya...

\\\\\\\"AYAH, AMPUNKAN ZAHARAH. MAK, AMPUNKAN ZAHARAH\\\\\\\"

\\\\\\\"Kenapa mak minta ampun pada arwah orang tuanya yg dah mati berpuluh2 tahun lalu?\\\\\\\" Mak menangis lagi sepuas2nya, mengenangkan dosa2 yg dilakukannya pada arwah ayah dan arwah ibunya dulu...Mak teringat zaman remajanya...

 

PADA TAHUN 70\\\\\\\'AN...

 

Waktu malam, di sebuah perkampungan di pinggir sebuah bandar di Johor. Di dalam sebuah rumah papan yg mempunyai 2 buah bilik. Di dalam salah satu bilik, berdiri seorang gadis cantik berusia belasan tahun dengan skirt pendek paras peha dan baju berbunga2 di depan cermin sedang bersiap untuk keluar. Setelah selesai bersiap, gadis itu berjalan keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

\\\\\\\"Mak, zah keluar dulu ya\\\\\\\" kata si anak di ruang tamu.

\\\\\\\"Zah, kau baru je balik petang tadi. Nie kau dah nak keluar dah. Lagipun dah malam nie. Semalam kau tidur mana? Sekolah pun kau dah tak pergi...\\\\\\\" kata mak dari dapur berjalan ke ruang tamu.

\\\\\\\"Ahhh! Zah malas sekolah. Lagipun pergi sekolah bukan boleh dapat duit. Mak jangan risau, zah tahu jaga diri. Mak bagi tak zah keluar nie?\\\\\\\" kata zah dengan nada yg dah mula meninggi.

\\\\\\\"Kalau mak tak bagi pun, kau tetap keluar juga. Hati2 bila kat luar nanti zah\\\\\\\" kata mak sedih melihat satu2nya anaknya yg tak nak dengar cakap.

\\\\\\\"Terima kasih mak. Owh ya... Zah tak tahu balik tak malam nie. Mak jangan tunggu zah. Bye mak\\\\\\\" kata zah tersenyum sambil melambaikan tangan melangkah keluar. Mak hanya melihat anak perempuannya keluar. Mak dah tak tahu nak buat apa lagi. Kalau selalu marah nanti, zah lari dari rumah macam dulu. Kata ayah pun zah tak nak dengar.

 

Keadaan ayah kurang baik. Ayah sering2 sakit pinggang. Kaki sebelah kanan ayah kecil, cacat. Jadi ayah terpaksa pakai tongkat untuk membantunya berjalan. Semua ini berlaku kerana kemalangan jalanraya. Dah 5 tahun ayah begitu. Pernah terjadi zah menolak ayahnya hingga jatuh terlentang. Ini terjadi kerana si ayah memarahi zah. Sejak dari hari itu (selepas insiden tu), zah bebas nak buat apa.

 

DIKELAB MALAM...

Di ruang tari, dengan lagu Boney M berkumandang, zah menari bersendirian. Menari dengan cukup asyik dengan gaya menggoda. Setiap jantan pasti tertumpu pada kecantikan body yg dimiliki zah. Zah pun suka menjadi tumpuan, lagipun memang tu pun tujuan zah pakai seksi. Untuk dilihat dan ditatap oleh jantan2(botak lain...hehehehe) Tiba2 seorang jantan berkulit putih, bertubuh kurus tinggi, berumur 20\\\\\\\'an menghampiri dan menari dengan zah. Itulah pakwe zah. Lelaki ini takde kerja tapi berduit sebab mak jantan tu tauke kedai makan. Jantan tu bernama LATIF, latif bukanlah pakwe pertama zah. Mungkin latif adalah pakwe no.30 kot... Dan di rumah sewa latif lah zah selalu bermalam. Zah dan latif masih menari, zah menari dengan gaya aksi yg menghairahkan. Saat itu memang banyak mata jantan2 LAPAR yg memandang mencari peluang untuk mendapatkan zah. Di tempat ini, zah memang popular. Setelah penat menari, zah berjalan ke meja. Apabila duduk saja di sofa, AIR TEH O KAW sejuk diteguk oleh zah... Zah happy betul malam nie.

 

Ketika jam menunjukkan pukul 5 pagi, zah pun keluar dari disko dengan keadaan terhuyung-hayang. Tapi zah masih boleh control sebab zah dah biasa.

\\\\\\\"Zah, kita balik rumah abang ya...\\\\\\\" kata latif sambil tolong pimpin zah.

\\\\\\\"Ala abang nie... Macam tak biasa pulak\\\\\\\" kata zah tergelak2. Lalu mereka pun menuju ke tempat biasa, sebuah perumahan yg majority penduduknya adalah dari kaum cina. Dan di situlah rumah sewa latif. Di dalam bilik sebelum tidur, latif BUKA DAUN NIPAH dan membalut sesuatu didalam daun itu.

\\\\\\\"Barang baik nie ayang, Abg baru tangkap semalam\\\\\\\" kata latif apabila zah memegang barang tersebut. Zah tersenyum sambil membalas

\\\\\\\"Cepatlah bikin...\\\\\\\" Akhirnya zah dan latif hanyut dengan nikmat dunia. Tak cukup dengan ganja, TEPUNG pun zah belasah juga. Masih di rumah sewa latif, zah bangun pukul 3 petang. Selepas mandi dan makan, zah berkata

\\\\\\\"Abang, kita pergi shopping...\\\\\\\"

\\\\\\\"Baiklah, tapi abang kena pergi jumpa mak dulu minta duit\\\\\\\"

\\\\\\\"Ok2... Abang minta banyak2 ya\\\\\\\" kata zah seronok sangat.

Mmm, begitulah cara latif hidup. Kerja malas tapi duit nak. Latif ada 6 beradik tapi latif adalah satu2nya anak lelaki dalam keluarganya. Dan sebab itulah latif BANYAK LEMAK. Zah pulak paling suka jantan yg banyak duit. Bagus, kena lah dua2 tu.  

Seorang penyamun, seorang penyangak bak kata P.Ramlee. Malam tu mereka enjoy sakan sebab plan latif berjaya. Nak diikutkan, sampai muntah2 zah teguk TEH O KAW tu. Sampai di rumah, BELASAH pula TEPUNG LAST SEKALI LATIF BELASAH BARANG ZAH. Nikmat habis zah dalam kehidupan ini. Dalam diam hampir 2 tahun latif bela zah, 2 tahun tu juga lah mereka hidup macam laki bini.

 

Pada suatu petang di rumah sewa, di atas katil... Tiba2 latif mengajak zah kahwin. Pada mulanya zah tersentak tapi kemudian diikuti dengan ketawa. Lalu zah berkata

\\\\\\\"Abang nie tak habis stim lagi ke?\\\\\\\"

\\\\\\\"Tak, abang serius nie\\\\\\\"

\\\\\\\"Abang, macam mana kita nak kahwin? Abang pun takde kerja, nanti tak boleh pergi disko\\\\\\\" kata zah yg hanya mementingkan enjoy sahaja.

\\\\\\\"Abang boleh kerja dengan mak. Kalau kita kahwin pun, enjoy tetap macam biasa\\\\\\\" jawab latif bagi kepastian pada bakal bininya.

\\\\\\\"Betul ke nie abang?\\\\\\\" kata zah yg pelik dengan perubahan pakwenya.

\\\\\\\"Betul! Abang memang nak kahwin dengan zah\\\\\\\" kata latif sambil mengangkat tangan semacam bersumpah.

\\\\\\\"Baiklah bang, zah ikut cakap abang\\\\\\\"

 

Akhirnya zah dan latif berkahwin. Walaupun pada mulanya orang tua zah tak setuju (sebab latif takde kerja) tapi apabila zah menggunakan kuasa VETO nya, akhirnya orang tua zah mengalah. Selepas mendirikan rumahtangga, latif dan zah menetap di rumah sewa latif. Tahun pertama perkahwinan mereka, semuanya nampak indah. Pergi disko sama2, mabuk sama2, kena dadah sama2, boleh dikatakan hidup mereka hanya enjoy 24 jam. Tahun kedua perkahwinan, mereka dapat anak pertama. Latif pun dah mula bekerja dengan maknya (tu pun setakat kerja main2) tapi enjoy tetap macam biasa. Tahun ketiga perkahwinan, mereka dapat anak kedua. Latif dah mula kena kerja lebih sikit dan enjoy pun dah mula kurang. Dan zah mulai tak puas hati sebab dah tak dapat enjoy. Tahun keempat perkahwinan, mereka dapat anak ketiga. Maka enjoy pun dah tiada lagi... Kini latif dah kerja sepenuh masa dengan maknya. Keluar kerja mula pukul 6 pagi hingga pukul 10 malam baru latif balik rumah. Latif pun dah banyak berubah dari JANTAN kini dah jadi LELAKI. Bagi latif, family come first... Dan bukan enjoy lagi. Zah pula tak tahu lah macam mana.

 

Pernah suatu hari zah ajak latif ke disko, tapi latif menolak sebab letih bekerja. Kemudian zah kata kalau abang tak nak, biar zah pergi sorang. Lalu latif terus memarahi zah tak mengizinkannya pergi. Ketika itu zah diam sahaja, tapi tu bukanlah bermakna zah berubah. Semasa anak ketiga mereka tak sampai umur setahun, kedai mak latif terpaksa ditutup kerana tempat tu terpaksa dirobohkan atas alasan pembangunan. Kini latif menganggur, 3 bulan berlalu latif masih takde kerja. Akhirnya latif, zah dan anak2nya berpindah ke rumah orang tua zah sebab dah tak mampu bayar sewa rumah. Kedua orang tua zah menerima kedatangan menantu dan cucunya dengan perasaan gembira dan hati terbuka. Sebulan tinggal di rumah mertua, akhirnya latif dapat kerja sebagai pemandu lori. Pekerjaan sebagai seorang pemandu lori membuat latif selalu outstation. Latif terpaksa meninggalkan keluarga demi mencari sesuap nasi. Latif bekerja dengan bersungguh2. Memang latif dah banyak berubah. Zah pula tak tahu lah macam mana.

Adakah zah sanggup melupakan enjoy demi keluarganya? Jawapannya TIDAK. Sebenarnya setiap kali suaminya outstation, setiap kali tu juga zah outstation pergi ke disko.

\\\\\\\"Zah tak baik kau keluar malam2 tanpa izin suami kau\\\\\\\" kata mak beri nasihat tiap2 kali zah keluar malam.

\\\\\\\"Mak diam! Mak jaga anak2 zah... Zah bayar tau! Kalau mak bagitau kat latif, siap mak!!!\\\\\\\" kata zah dengan biji mata besar marahkan maknya. Mak zah hanya menangis tak dapat nak berbuat apa2. Mak zah hanya mampu tengok sahaja anaknya. Wah, banyak duit zah sekarang. Boleh bayar upah mak untuk jaga anaknya. Tapi mana zah dapat duit?

 

Sebenarnya sejak zah berkecimpung semula dengan enjoy, zah telah berkenalan dengan seorang lelaki cina. Senang cerita zah berkenalan dengan seorang tauke cina berumur 50 tahun. Tauke inilah yg sponsor zah, from A-Z. Dan sebagai balasan, zah benarkan tauke tu nak buat apa2 pada tubuhnya. Zah pun tak kisah. Bagi zah, selagi dia masih muda, masih bergetah, maka banyaklah jantan2 kaya yg mahukan dia. Cukuplah selama nie dia bertahan dengan latif. Nasib baiklah ada anak2, kalau tak dah lama latif ditinggalkan.

Sepandai2 tupai melompat akhirnya dibuat jamu tupai jantan. Bangkai gajah dah tak dapat ditutup dengan tisu burger. Latif dapat bau perubahan zah... Malahan latif hairan melihat zah hidup mewah sedangkan zah tak pernah minta duit padanya selama 6 bulan dia bekerja sebagai pemandu lori. Pada malam tu pertengkaran besar berlaku. Anak2 zah semuanya berada di bilik neneknya. Pertengkaran tu berlaku di ruang tamu. Si ayah cuba untuk menenangkan keadaan.

\\\\\\\"Ayah diam!!! Jangan nak masuk campur urusan rumahtangga zah. Orang tua cacat!!!\\\\\\\" kata zah yg menghina ayahnya sendiri. Si ayah masih bersabar... Dengan bertongkat si ayah berjalan ke anak menantunya.

\\\\\\\"Sabar latif, bawa bertenang. Selesaikan cara elok2. Malu dengan jiran dan anak2...\\\\\\\"

\\\\\\\"Ayah, saya dah bekerja mati2an untuk cari duit untuk sara keluarga saya, tapi isteri saya yg tak kenang dek budi nie pula pergi enjoy dengan jantan lain\\\\\\\" jawab latif pada bapa mertuanya dengan sedih.

\\\\\\\"Ala, bawak duit konon... Banyak mana duit yg awak bawak? Awak nak tau, duit yg awak bawak tu hanya cukup beli nasi lemak je!!!\\\\\\\" kata zah melawan kata suami. Kemudian zah sambung lagi \\\\\\\"Aku tak nak hidup susah lagi! Cukuplah selama nie aku bertahan. Aku masih cantik lagi, buat apa nak hidup susah? Lagi pun banyak lagi jantan kat luar sana yg masih nak kan aku! Kau tu patut berterimakasih pada aku sebab aku tak tinggalkan kau!\\\\\\\" kata zah sambil menunding jari ke arah latif.

\\\\\\\"Celaka punya perempuan!!!\\\\\\\" kata latif meluru utk menampar zah (sebab dah tak tahan mendengar kata2 hinaan isterinya)

\\\\\\\"Pukul... pukullah!!!\\\\\\\" kata zah mencabar latif. Ayah zah dengan bertongkat, cepat2 berdiri diantara mereka berdua 

\\\\\\\"Dah2, bawak bertenang. Banyak2 bersabar...\\\\\\\"

\\\\\\\"Ayah diam!!! Orang tua tak sedar nak mampus...\\\\\\\" kata zah dengan marah sambil meluru menolak kepala ayahnya. Lalu ayah zah terpelanting ke belakang hingga tercampak tongkat di tangannya.

\\\\\\\"Kurang ajar punya perempuan!\\\\\\\" latif bertempik sambil mengangkat tangan kanannya lalu dihayunkan ke pipi zah. Dan zah pun terjatuh ke lantai...

\\\\\\\"Mampus kau lagi bagus!\\\\\\\" kata latif sambil menunding jari ke wajah isterinya. Kemudian latif terus meluru ke pintu, keluar dari rumah. Si mak pun keluar dari bilik, menangis2 terus mendapatkan suaminya. Zah bangun kemudian berlari keluar rumah, 10 minit kemudian zah masuk semula ke rumah terus ke biliknya. Zah keluar dari bilik semula dengan sebuah beg pakaian besar lalu dipanggil anak2nya.

\\\\\\\"Zah, kau nak pergi mana nie?\\\\\\\" kata mak yg ketika itu sedang menyandarkan ayah ke dinding.

\\\\\\\"Zah nak keluar dari rumah nie!\\\\\\\" kata zah sedang menunggu anak2nya keluar dari bilik mak.

\\\\\\\"Macam mana dengan mak? Zah jangan tinggalkan mak dan ayah... Kau sorang sahaja anak kami\\\\\\\" kata mak yg dah berdiri, pelahan berjalan menuju ke arah zah.

\\\\\\\"Zah tak nak ambil tau lagi! Mak nak mati ke, nak apa ke, tu mak punya pasal!!!\\\\\\\" kata zah sambil menyuruh anak2nya keluar dari rumah.

\\\\\\\"Zah... Kesian kat mak dan ayah, zah...\\\\\\\" kata mak merapat ke arah zah sambil cuba memujuk.

\\\\\\\"Ahhh, jangan pujuk zah!\\\\\\\" sambil menghayunkan beg ke arah mak. Dan mak terjatuh ke lantai. Dalam keadaan terduduk, mak merangkak memegang kaki anaknya.

\\\\\\\"ZAH!... Jangan pergi, jangan tinggalkan mak dan ayah\\\\\\\" Entah syaitan mana yg dah masuk ke tubuh zah pun tak tahu lah... Lalu di angkat kaki kirinya lalu dihentak ke bahu maknya.

\\\\\\\"SAKIT MAK, ZAH...\\\\\\\" kata mak meratap sakit dibuat anaknya begitu. Mak pun terpelanting ke belakang. Si ayah tak dapat hendak buat apa2. Ayah hanya menangis melihat anak gadis tunggalnya menderhaka. Zah terus keluar dari rumah, di luar rumah sebuah kereta sedang menunggu. Lalu zah dan anak2nya masuk ke dalam kereta kemudian kereta tu pun meluncur pergi meninggalkan rumah. Pemandu kereta tu adalah tauke cina, projek baru zah.

 

Zah telah bawa anak2nya mengikut tauke tu ke singapore. Tak tahu apa jadi dengan ayah dan mak. Latif pun tak tahu hilang entah ke mana. Hampir 10 tahun juga zah duduk di singapore. Akhirnya zah balik ke malaysia, terus pergi ke rumah orang tuanya. Zah lihat hanya rumah kosong sahaja yg tinggal. Ayah zah dah meninggal dunia. Setahun selepas itu mak zah pula meninggal dunia. Kini zah dah ada 5 orang anak. Tak tahulah siapa ayah yg lagi dua anak zah tu. Mungkin anak tauke tu kot... Kalau tengok2 anak2 tu ada iras rupa macam cina. Tak tahulah zah kahwin ke tak dengan tauke tu? Kenapa zah balik ke rumah orang tuanya? kalau dulu zah sendiri yg nak sangat keluar dari rumah tu... Jawapannya senang, sebab zah tak diperlukan lagi kerana DAH TAK CANTIK dan DAH TUA.

 

SEKARANG...

 

Di dalam rumah pusaka, mak menangis sepuas2 hati.

\\\\\\\"AYAH, AMPUNKANLAH ZAHARAH. MAK, AMPUNKANLAH ZAHARAH...\\\\\\\" Terdengar rintihan mak di malam hari. Penyesalan yg tak sudah. Mak ingat anak2nya dapat menjaga mak bila mak dah tua. Rupa2nya 5 orang anak mak mengikut BAKAT yg sama yg mak buat masa muda2 dulu. Dan mak tahu, inilah balasan TUNAI mak diatas dosa2 silamnya... Inilah yg dikatakan menyesal seumur hidup, menyesal bawa ke mati.

 

Betul manusia tak akan lari dari membuat kesilapan. Tapi tepuk dada tanya selera. Teruskan apa yg kita fikir betul. Inilah salah satu DOSA SONGSANG yg ada di muka bumi ini

 

 

 

 

\\\\\\\"APAKAH ITU DOSA SONGSANG?\\\\\\\"!!!

 

 

Kepala otak-BOTAK
Ditulis-DIN TWIN

 

 

 

                                                                                                                             

                                                                                                                                RJR © 2009 HakciptaTerpelihara

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) cerita pengajaran yang baik..selalunya apa yang terjadi pada anak-anak ada kaitan dengan masa silam roang tua sendiri..koreksi diri bila melihat sikap anak-anak begitu...banyak kisah macam ni..sama juga berbuat baik..jika Allah tak balas sekarang, mungkin balasan Allah pada anak cucu kita..cewah..dah jadi ustazah pulak akak ni..hehehe
  • 2) Adakah mak ayah zaharah dulu pun camtu? Haa.. yang tu kita kena fikirkan juga. Hehe..

    Adakah yang mak bapak baik, anak cam setan maknanya dulu mak ayah camtu lepas tu berubah jadi baik? Adakah anak setan akan berubah juga? Haa .. itu pun persoalan.

    Ok, Botak. Jawab!

  • (Penulis)
    3) Hehehe....yg mak ayah baik tpi anak mcm setan itu bru dinmkn dugaan.kadang2 kita lupa yg mn balasan dan yg mn dugaan.Sbnrnya cte ni utk kita fkir brsama..btl tak

    Botak hanya menulis sja..tksh krena mmbca
  • 4) Saya pernah baca satu luahan seorang ibu..biarlah saya namakan A. A mendapat anak kesemuanya cacat..walaupun A cantik dan kaya raya tapi dia diduga dengan anak istimewa. A mula terfikir mungkin itu balasan Allah padanya kerana masa zaman gadis dulu dia suka menyindir dan mencemuh teman serumah (B) yang tidak berapa cantik dan ada sedikit cacat di tangan. B pula seorang yang miskin..jadi lepas waktu belajar, B bekerja mencari duit lebih di restoran mamak sebagai pencuci pinggan mangkuk..
    Dari situlah, A mula mencemuh B dengan macam2 kata keji...
    Kini A mula faham..dia kini ingin mencari semula B yang dicemuh dulu untuk memohon maaf...walaupun sedar semua itu sudah terlambat baginya..
  • 5) Hidup ni mcm-mcm kan? Kita tak tau?

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444