Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

BOLASEPAK

 

Sempena CHAMPION LEAGUE yg baru berlangsung, hati botak terpanggil untuk menulis satu cerita yg ada kaitan dengan bolasepak. Semua orang tahu yg bolasepak mempunyai pengaruh yg kuat sangat besar di seluruh dunia. Tak ada bola, tak ada lah sepak... Teruskan membaca cerita botak nie.

Di pendalaman daerah Grik, kelihatan sekumpulan kanak2 orang asli sedang bermain bolasepak. Mungkin di dalam hati kanak2 tersebut mahu jadi seperti David Beckham, Messi, Ronaldo, Torres bermacam lagi superstar bolasepak masa kini. Petang2, memang inilah rutin kanak2 orang asli. Padang bola ini terletak bersebelahan dengan sekolah dan di bahagian tepi padang di kelilingi hutan. AGUS, begitulah nama salah seorang anak orang asli yg selalu bermain bolasepak di padang sekolah tersebut. Agus berumur 9 tahun tapi baru bersekolah dalam darjah satu. Agus nie memang minat gila tentang bolasepak dan sanggup beli sendiri bola dengan duit dia menolong ayahnya. Rakan rapatnya bernama JAHAK, SENU dan DAMAK. Keempat2 rakan ini mempunyai minat yg sama iaitu bolasepak. Dan mereka selalu bermain bersama2  kadang2 sampai bermain bolasepak didalam hujan. Walaupun padang ini milik sekolah tapi padang ini masih terbuka untuk orang ramai.

 

Pada suatu petang, macam biasa agus bersama2 tiga lagi rakannya awal2 lagi dah turun ke padang. Langit kelihatan mendung sekali tanda yg hujan akan turun.

\"Agus, nampak gaya takde orang main petang nie. Mungkin hanya kita berempat saja, sebab hari nak hujan\" kata jahak yg berkulit hitam, sederhana tinggi berambut kerinting.

\"Ala, takpe lah... Kau nie, macam tak biasa je main berempat\" jawab agus sambil ketawa. Agus nie bertubuh rendah tapi berkulit sedikit putih antara rakan2nya. Lalu mereka berempat pun bermain. Memandangkan mereka hanya berempat, jadi mereka pun membentuk dua kumpulan. Dua lawan dua  bermain gol tiang. Maksudnya sebatang kayu sebesar lengan orang dewasa ditegakkan di setiap pihak tinggi kayu lebih kurang dalam dua kaki. Sesiapa yg sepak bola mengenai kayu ini, dikira gol. Sedang mereka asyik bermain, akhirnya hujan pun turun dengan lebatnya. Agus dan rakan2nya tak peduli malah masih terus bermain. Janji jangan ada petir ataupun kilat. Mereka seronok bersorak bermain2 dalam hujan. Tiba2  

\"GOOLLLLLL AGUS BERJAYA MENJARINGKAN GOL\" jerit agus sambil berlari di padang yg dah macam sawah dek air hujan yg bertakung. Itulah trademark agus setiap kali dia menjaringkan gol. Semua kanak2 yg biasa bermain dengan agus pasti tahu trademark ini. Dah hampir pukul 6:30 petang tapi agus rakan2nya masih berseronok lagi bermain bolasepak. Hujan pun dah mula renyai, tiba2 damak yg kurus kering bersuara \"Hoi, dah lah tu... Jom kita berhenti\"

\"Jap lagi la, tgh seronok nie\" kata agus yg macam tak mahu berhenti.

\"Dah lah agus, esok kita sambung lagi\" kata senu yg paling rendah sekali jika dibandingkan dengan rakan2nya. Mungkin kerana desakan rakan2nya yg suruh berhenti bermain, lalu agus hilang fokusnya. Agus tersepak bola sedikit kuat lalu tersasar jauh masuk ke dalam hutan.

\"Aduh, salah tendang pulak\" kata agus sambil melihat bola melambung tinggi masuk ke hutan.

\"Ok kawan2, kita berhenti main. Jap, aku nak ambil bola\" kata agus lagi dengan berlari ke arah hutan untuk mendapatkan bola kesayangannya.

Jahak, senu dan damak hanya melihat agus yg sedang berlari menuju ke hutan, sehinggalah kelibat agus tidak kelihatan. Mereka bertiga duduk menunggu di tepi padang. Sedang menunggu, senu dan damak minta diri untuk pulang dulu sebab mereka dah janji dengan orang tua mereka untuk balik awal. Akhirnya yg tinggal hanyalah jahak seorang yg duduk menunggu agus di tepi padang.  

\"Lambat betul agus nie! Aku rasa dah setengah jam dah aku tunggu...\" bisik hati jahak tengok agus yg masih tak muncul2 lagi. Tiba2 jahak berdiri lalu berjalan menuju ke tepi hutan. Dijeritnya nama agus tapi agus tidak menjawab.  

\"Agus, mana kau... Jangan main2 agus, hari dah malam nie. Agus, aku balik dulu\" Itulah kata2 jahak semasa di tepi hutan sambil melangkah pulang meninggalkan agus. Jahak beranggapan yg agus dah balik  sengaja meninggalkannya di tepi padang. Kerana sebelum nie agus pernah bergurau  buat perkara yg ampsama. Sambil memandang keliling hutan, jahak pun melangkah pulang.

 

Dalam pukul 8malam, ayah agus datang ke rumah jahak.

\"Jahak, kamu nampak agus tak?\" tanya ayah agus di depan pintu rumah jahak.

\"Bukan ke agus dah balik pakcik...\" jawab jahak yg berdiri sebelah dengan bapaknya.

\"Tak... Tak balik lagi\" kata ayah agus lagi tapi dengan wajah gelisah.

\"Jahak, bila kali terakhir kamu dengan agus?\" kata bapak jahak pada anaknya.

\"Kat padang tadi bapak... Masa kami main bola. Tadi jahak tunggu lama tapi agus tak keluar2 pun. Jahak ingat agus dah balik\" kata jahak menceritakan hal sebenar.

\"Tak keluar dari mana jahak?\" tanya ayah agus.

\"Tadi masa kami bermain bola, agus tertendang bola masuk ke hutan. Lepas tu agus pergi ambil bola tu. Jahak ingat agus keluar ikut jalan lain sebab nak main2kan jahak...\" jawab jahak sambil memandang ke arah wajah bapaknya agus.

\"Kamu tahu tempatnya jahak?\" kata bapak jahak sambil memandang tepat wajah anaknya.

\"Tahu... Senu dan damak pun tahu\" jawab jahak.

Lalu bapak jahak memandang ke wajah ayah agus.  

\"Jom kita kumpulkan orang2 kampung cari agus di sana. Mungkin agus tersesat ke, terjatuh ke dalam hutan\" kata bapak jahak bagi pendapat. Dan ayah agus setuju...

 

Maka malam itu, jahak, senu dan damak telah menunjuk arah yg agus lalu semasa agus memasuki hutan kepada orang2 kampung. Bermulalah pencarian agus... Merata2 tempat yg dicari hingga pukul 4pagi. Namun agus masih tidak ditemui juga. Akhirnya pada keesokan paginya, ayah agus telah membuat laporan polis. Dengan bantuan orang2 kampung, polis (dibantu oleh PGA ataupun PPH) askar wataniah, gerakan mencari diteruskan. Tapi masih tiada tanda2 agus. Akhirnya pada sebelah petang hari ketiga, mayat agus dijumpai. Mayatnya ditemui dalam keadaan yg amat tragis. Dimana LEHER AGUS TELAH DIPOTONG HINGGA PUTUS, KEDUA2 KAKI AGUS JUGA TELAH DIPOTONG PUTUS. KEDUA2 TANGAN AGUS TURUT DIPOTONG PUTUS. Di tangan kanan agus kelihatan melipat dan di tengah2nya tersepit bola kesayangan agus. Meraung ayah dan mak agus meratapi kematian anaknya. Mengikut keputusan post-mortem, agus diliwat dulu sebelum dibunuh dengan kejam.

 

Hari ini genaplah 4 hari mayat agus ditemui. Pada pukul 10pagi, jahak berlari ke kebun bapaknya.

\"Bapak, jahak takutlah...\" kata jahak dengan wajah mengelabah.

\"Kenapa jahak?\" tanya bapak jahak yg sedang mencangkul tanah.

\"Semalam ada orang ketuk dinding bilik jahak\" kata jahak sambil menghampiri bapaknya.

\"Siapa yg ketuk?\" ringkas soal bapak.

\"Agus... Dia ajak jahak main bola\" kata jahak yg memandang ke wajah bapaknya.

Terdiam si bapak, berhenti mencangkul & terus memandang tepat ke wajah anaknya.  

\"Kau mimpi ke?\"

\"Tak bapak... Betul agus datang semalam. Jahak nampak agus dari tingkap\" kata jahak berani2 takut.

Lalu bapak jahak diam membisu dan terus mencangkul.

Pada malam hari yg lain dalam pukul 12:30malam, cikgu2 yg tinggal berdekatan dengan padang dapat dengar dengan jelas bunyi orang menendang bola. Dan kemudian mereka terdengar jeritan

\"GOOLLLLLL AGUS BERJAYA MENJARINGKAN GOL\" Pernah terjadi di kalangan orang2 kampung yg lalu di tepi padang pada waktu malam, mereka terdengar bunyi seperti orang sedang menendang bola. Secara tak sengaja, mereka menyuluh ke arah padang. Lalu mereka tergaman ketakutan apabila melihat sepasang kaki tanpa badan yg menendang bola. Pada hari yg lain dalam pukul 12malam, ketika damak sedang berbaring diatas tikar untuk tidur, tiba2 damak terasa ada sesuatu di dinding sebelah luar. Damak hanya mendiamkan diri. Tiba2 dinding papannya diketuk dari luar, diketuk dengan lembut sekali. Damak diam saja lagi tapi dalam hati dah rasa takut. Kemudian kedengaran suara dari luar.  

\"DAMAK JOM MAIN BOLA. JOM DAMAK... TEMANLAH AKU MAIN BOLA. AKU TAKDE KAWAN DAMAK\" Lalu damak menjerit sampai semua orang dalam rumah terbangun.

\"Kenapa nie damak?\" tanya ayah damak terperanjat.

\"Agus datang ayah...\" kata damak menggigil ketakutan.

\"Tak habis2 mengigau...\" kata ayah damak.

 

Akhirnya cerita tentang HANTU AGUS tersebar satu kampung. Semua orang kampung ketakutan dah tak berani nak berjalan malam. Terutamanya hendak lalu di tepi padang kerana pasti ada HANTU AGUS yg sedang bermain bola. Satu lagi perkara, semasa kejadian ini berlaku, semua orang yg berpengaruh di kampung orang asli ini termasuk tok batin tidak ada kerana pergi ke ipoh, ada urusan. Tapi ada seorang PEMUDA dalam pertengahan 30\'an yg sungguh berani.

Pada suatu malam, pemuda ini telah pergi ke padang bola dan duduk di tengah2 padang menunggu HANTU AGUS. Kerana agus pasti menjelma di sana untuk bermain bola. Dalam pukul 12:30pagi, tiba2 pokok2 di tepi padang bergoyang2 dengan kuat. Bagaikan ada ribut melanda sedangkan cuaca pada waktu itu begitu baik, hanya sunyi dan sejuk. Yg peliknya, ia hanya bergoyang setempat sahaja. Lalu pemuda ini pun berdiri dengan berani, menunggu apa saja yg datang. Tiba2 sebiji bola bergolek dari hutan masuk ke padang akhirnya berhenti di depan pemuda ini. Pemuda ini hanya memandang saja bola tersebut tanpa berbuat apa2. Kemudian sekumpulan asap putih dari hutan juga berarak masuk ke padang dan berkumpul di depan bola itu. Pemuda ini masih melihat dengan kedua2 tangannya disilangkan ke belakang. Kumpulan asap itu berpusing2 setempat hingga akhirnya hilang entah ke mana. Lalu muncullah satu tubuh manusia yg sangat pemuda ini kenal. Dia ialah agus, budak yg mati dibunuh dengan kejam. Pemuda ini memandang tajam ke wajah agus, begitu juga agus yg memandang tajam ke wajah pemuda ini.

\"APA KAU NAK???\" kata agus dengan suara bukan kanak2 lagi.

\"AKU NAK MENCABAR KAU!!!\" jawab pemuda ini dengan nekad.

\"KALAU KAU KALAH, APA HUKUMAN KAU???\" kata agus dengan suara yg kasar sambil tangannya menunjuk tepat ke pemuda itu. Tiba2 pemuda ini terdiam, mungkin tak tahu macam mana nak jawab soalan itu. Tiba2 agus berkata lagi  

\"KALAU AKU KALAH, AKU TAK GANGGU ORANG KAMPUNG INI LAGI...\" Serentak pemuda ini menjawab \"KENAPA KAU NAK KACAU ORANG KAMPUNG? KAN INI KAMPUNG KAU...\"

\"SEBAB ORANG2 KAMPUNG BIARKAN AKU MATI TERLALU LAMA!!!\" kata agus marah dengan mata yg berwarna merah.

\"TIDAK! ORANG KAMPUNG DAH BERUSAHA MENCARI KAU DENGAN SECEPAT MUNGKIN. TAPI TAK BERJAYA...\" jawab pemuda ini sambil cuba bagitau hal sebenar.

\"TAK PERLU CARI, SEKARANG AKU DAH DATANG... AKU TANYA KAU, KALAU KAU KALAH, APA HUKUMAN KAU???\" suara agus dah mula tinggi lagi. Pemuda ini masih tak menjawab.  

\"JIKA KAU KALAH, HUKUMAN KAU MATI MACAM AKU!!! SANGGUPKAH KAU?\" kata agus menjawab soalannya. Pemuda ini tenung ke wajah agus dengan perasaan marah.  

\"YA, AKU SANGGUP...\" jawab pemuda ini.

\"HAHAHAAA, MANUSIA BODOH\" kata agus memandang rendah pemuda ini.

Sebenarnya, cabaran pemuda ini pada hantu agus ialah bermain bola. Pemuda ini pun tak tahu apa yg telah dia lakukan tapi untuk menyelamatkan orang2 kampung, pemuda ini terpaksa buat apa saja...

\"SEKARANG, MULAKAN!!!\" kata agus dengan suara bertempik. Tiba2 dengan sendirinya bola itu melambung ke atas. Pemuda ini hanya memerhatikan bola yg sedang melambung itu hingga jatuh ke tanah. Apabila bola itu mencecah saja ke tanah, pemuda ini terus menyepak bola itu dengan sekuat2nya. Tetapi sebaliknya pemuda itu menjerit kesakitan di kaki kerana pemuda ini rasa seperti menyepak sebiji batu malahan bola itu sedikit pun tidak bergerak. HANTU AGUS ketawa mengilai2. Pemuda ini terus pandang ke depan menghadap HANTU AGUS. Alangkah terperanjat dan tergamam pemuda ini apabila dia melihat DUA BELAH KAKI YG TERPOTONG DUA BERDIRI TEGAK DI DEPAN DENGAN LAGAK SEBAGAI PENYERANG  DAN BADAN, KEPALA SERTA TANGAN AGUS PULA BERADA DI PINTU GOL DENGAN LAGAK SEORANG PENJAGA GOL... Lalu pemuda ini tak tunggu lama terus bertindak. Pemuda ini memejamkan mata dengan mulut terkumat kamit membaca sesuatu mentera. Lalu kaki kanan menghentak ke bumi sebanyak 3 kali. Dalam masa yg sama bertempik pemuda ini lalu dilambung badannya ke udara. Masa badannya turun ke tanah, dengan pantas tangan kanannya menepuk ke bola itu.

\"ARGGHHHHH\" Kedengaran suara pemuda ini di tengah padang. Setelah menepuk bola itu dengan menggunakan segala tenaga ilmu yg ada pada dirinya. Lalu diangkat bola itu dan terus dibaling ke belakangnya. Bola itu melambung ke udara, jatuh bergolek2 ke tanah akhirnya jatuh ke dalam lubang. Kemudian kedua2 belah kaki HANTU AGUS berlari mengejar bola itu dan kepala HANTU AGUS melayang ke udara turut sama mengejar bola itu.

\"CELAKA PUNYA MANUSIA!!!\" suara HANTU AGUS yg menjerit dengan kepala yg sedang melayang. Pemuda ini cepat2 berlari ke arah lubang. Sambil berlari, pemuda ini keluarkan suatu BENDA dari poket seluarnya. Kaki dan kepala HANTU AGUS masih mengejar dari belakang. Apabila semakin hampir dengan lubang, pemuda ini terus membaling BENDA itu ke dalam lubang. Tiba2 api marak menyala dengan besarnya dari lubang itu dan dengan serentak juga KAKI, BADAN, TANGAN DAN KEPALA HANTU AGUS serta-merta hilang. Yg kedengaran hanyalah jeritan yg menakutkan.

 

Rupa2nya pemuda ini telah membuat persiapan. Dimana di depan gawang golnya, pemuda ini telah menggali lubang dan di dalam lubang itu telah dituang dengan bahan bakar yg banyak. Pemuda ini awal2 lagi tahu kelemahan HANTU AGUS ialah pada BOLAnya. Bila bolanya terbakar, maka hilanglah HANTU AGUS.


Keesokan harinya, semua orang yg berpengaruh di kampung orang asli ini termasuk tok batin telah balik. Maka telah dibuat upacara pemujaan di tempat agus dibunuh mengikut adat orang asli supaya roh agus tenang. Suspek pembunuhan agus ialah seorang pekerja balak yg tinggal berhampiran dengan kampung orang asli. Tetapi suspek masih tak dapat ditangkap kerana telah menghilangkan diri.

 

Cerita ini hanya rekaan botak saja.........

 

\"DS PASTI TUNAI\"

 

Kepala otak-BOTAK 


Ditulis-DIN TWIN

 

 


       RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Best!!. Bola kelemahan hantu Agus!
    Hebat pawang tu!..
    Ngeri pulak bila baca badan Agus DIKERAT LAPAN!! Teringat kes Datuk Mazlan dulu di Batu Talam...kononnya nak ilmu kebal..
  • 2) kejam benor aih! kut ye pun nak liwat awatnya hang pi kerat budak tu, mental sungguh.

    *yangtaipceritainilagikejam*

  • (Penulis)
    3) Hehehehehe....tksh
  • 4) Pbaca waktu tgh hari pun seram tau yang ni

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444