Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Nerd suka aku?!

Cerpen sebelumnya:
Surat Cinta
Cerpen selanjutnya:
Diari Alia

“Kau ingat kalau dia suka kau, kau dah dapat dia la?! Jangan nak perasan la perempuan!” ek eleh minah sarung nangka ni! Aku lepuk kang baru tau.

           

“Kau pehal? Cari gaduh ngan aku? Dia suka aku, kau peduli apa? Kau frust ke dia tak suka kau? Kau tak payah nak buat filem 30 minit kat sini la,” aku berlalu meninggalkan minah senget tu.

           

“Kenapa minah sarung nangka tu? Macam frust je?” tanya Zilla, kawan rapatku itu.

           

“Dia kata Khirwan suka aku. Otak kat buku lali ke apa minah tu?” minah sarung nangka atau nama betulnya Qisha. Kitorang panggil dia sarung nangka sebab baju yang dia pakai amatlah ketat, betul-betul macam sarung nangka. Macam baju baby pun ada. Nasib baik kau lawa.

           

“Betul ke Khirwan suka kau?!” separuh menjerit Zilla bertanya. Ini lagi sekor. Cik Pencipta Skandal.

           

“Kau ingat muka aku lawa sangat ke sampai dia nak suka aku? Dia dahlah set-set nerd. Aku yang sengal macam ni, takkan dia nak?” balasku.

           

“Betul jugak. Kau dah la selalu ponteng kuliah, kalau datang pun dengar radio, baca komik. Kau ni kasar pulak tu,” sempat pulak dia kutuk aku!

           

“Kau tak payahla nak….”

           

“Tapi Faz, sejahat-jahat kau pun, pointer kau ok je so far. Sekasar-kasar kau pun, kau pakai jugak baju kurung kalau pergi kelas. Jarang nak tengok kau pakai jeans,” sambung Zilla lagi.

           

“Dan apakah kaitan antara kasar dengan baju kurung? …”

           

“Walapun kau tak ada la secantik Qisha, tapi ada possibility Khirwan suka kau jugak,” dia menyampuk lagi.

           

“Zilla! Kau boleh tak berada di alam yang nyata? Khirwan tu ulat buku la. Takkan dia suka aku?! Lagipun.....”

           

“Kau pun ulat buku!” dia menyampuk lagi!

           

“Aku baca komik, majalah, bukan nota!” marahku.

“Kau memang fokus kalau membaca. Tak kisahlah baca komik ke, Remaja ke, Cleo ke, Utopia ke, Hot Gimmick ke, Mastika ke, semua kau baca! Cuma nota kuliah je kau baca bila nak exam. Kalau dah suka, dia terima kau seadanya!” Zilla tengah mencipta skandal. Dulu Zamry, Fauzi, semua dia kata suka aku. Tapi kenapa aku single sekarang?!

“Kau cakap apa-apa lagi, aku blah!” ugutku.

           

“Ok!”

              *********************************************************************************

 

“Rin, kau ada notes Prof Baha tak? Semalam punya?” tanya Khirwan tiba-tiba. Zilla kat sebelah aku dah berdehem-dehem. Kejadah!

           

“Dah 180 kali aku bagitau kau. Panggil aku Faz boleh tak?” lain pulak yang kujawab.

           

“Nama kau kan Fazrin. Sama je,” balas Khirwan.

“Aku dah ambik nota tu kat roommate aku. Nanti aku suruh Cheng copy untuk satu kelas,” malas aku nak layan budak ni. Jumpa aku je minta nota. So, aku panggil dia nerd! Tak sesuai ke? Peduli apa aku. bukannya dia tau.

“Kau balik kolej ke lepas kelas ni?” tanya Khirwan lagi.

“Tak adalah. Aku tidur kat kampus malam ni. Bertapa, cari ilmu secara mendalam. Barulah berkat,” jawabku. Apa punya soalanlah budak ni tanya. Mestilah aku balik kolej?! Hobi aku ialah tidur! Bukan macam kau. Nerd Pencari Nota.

            Khirwan ketawa kecil mendengar kata-kataku.

           

“Manalah tau. Zana kata diorang semua nak keluar. Kau kan rapat dengan diorang. Aku ingat kau join diorang,” katanya.

“Aku home type person. Duduk bilik is always better than Times Square,” kataku malas. Khirwan tergelak lagi. Dia ni ada Kanser Gelak ke?           

            Kami terus berborak sementara menunggu Prof Baha masuk ke kelas. Kalau diikutkan, Khirwan ni hensemlah juga. Tapi dia bukan taste aku. Lagipun, aku tak enjoylah lepak dengan dia. Kadang-kadang dia ni best juga, tapi aku tak berminatlah nak couple-couple dengan coursemate ni. Anyway, kenapa aku cakap pasal ni?! Bajet bagus pulak aku! 

          ******************************************************************************************************

“Qisha suka kau. Kau tau?” kataku kepada Khirwan ketika aku dan coursemate aku yang lain sedang makan di kafe bersama-sama.

           

“Qisha? Dia budak English aku, sama kelas. Dia tak cakap apa-apa pun,” jawab Khirwan. Aku macam tak tanya je mana kau kenal dia? Aku tanya ke?

           

“Dia suka kau. Dia ingatkan kau suka aku..” Khirwan tersedak!

           

“Ken…. Kenapa dia ingat macam tu?” sampuk Khirwan.

           

“Yang kau gelabah sangat ni pehal? Aku tak habis cakap lagi,” marahku.

           

 “Aku terkejutlah!”

           

“Aku pun tak tau kenapa dia cakap macam tu. Kau ngoratlah dia. Dia tengah suka kau tu. Bagitau kat dia aku dengan kau tak ada apa-apa. Tak ada la dia salah sangka,” kataku selamba.

 

“Kau suka Faz ke, Wan?” sampuk Zilla tiba-tiba sampai semua mata memandang Khirwan. Cik Pencipta Skandal ni memang dedikasi terhadap tugas betullah!           

Khirwan terdiam sambil menundukkan kepala. Jantan ni kenapa nak malu-malu pulak?!

           

“Boleh ke?” tanya Khirwan tiba-tiba sambil memandangku.

           

“Kau cakap ngan aku ke?” aku bertanya bodoh.

           

“Iyalah,”.

“Boleh apa?” tanyaku lagi. Nerd Pencari Nota saja buat suspend.

“Kalau aku suka kau?” kali ini aku pula yang diam. Rasa macam tertelan sudu pulak. Inilah pertama kali ada lelaki tanya aku soalan yang pada aku romantiklah. Sebab dia tanya kat aku! Tapi, apa aku nak jawab? Susah tu soalan ni. Tak ada pilihan jawapan ke? Coursemate aku yang lain tengah bersedia nak buat laporan.

“Aku nak buat macam mana kalau orang dah suka aku…” terhambur gelak semua. Perasan betul aku nih! Khirwan tersengih kecil. Tapi aku tak minat kat kau lagi la Nerd oi! Yang kau sengih tu kenapa? 

             ************************************************************************************************

“Aku nak kawan je dulu la,” puas aku menerangkan perasaan gundah gulana aku kat si Nerd ni. “Aku tak ready langsung nak couple lagi,” sambungku.

            Aku bukan nak mengedik, mengada-ngada jual mahal. Tapi sejak putus cinta pertama aku dulu, aku dah 4 tahun single. Mana boleh tiba-tiba tukar status dalam friendster ‘in a relationship”. Kawan la dulu. Kalau hati aku terbuka, bonus la tu.           

“Aku faham, tapi sampai bila?” ada jugak yang makan selipar jamban aku ni kang.

“Sampai masanya nanti, kita akan tahu sendiri,” kan dah keluar ayat skema aku.

           

“Kau tau aku akan tunggu kau kan? Tapi kalau dah lama sangat, kempunanlah aku,” katanya Khirwan lagi.

“Suka seseorang, tak semestinya kita kena couple dengan dia. Suka seseorang kadang-kadang memadai kalau dia gembira, dia ketawa. Suka seseorang kadang-kadang cukup kalau dia buat kita rasa gembira,” sempat pulak aku bermadah. Jangan disangka single 4 tahun bermakna cetek ilmu percintaan!           

           Selama aku single ni, dah ramai lelaki yang aku suka. Tapi semuanya tidak menyukaiku. Hati mereka telah diisi oleh perempuan lain. Lama kelamaan aku sedar, suka seseorang tak semestinya kita couple dengan dia.            

“Kau cakap macam tu, buat aku lagi suka kau!” kata Khirwan tiba-tiba. Aku dah lama tak dengar ayat jiwang macam ni. Geli pulak rasanya!

“Dah la oi. Aku banyak kerja lain nak buat ni. Kita kawan-kawan dulu. Tiba masa, kita couple kalau ada jodoh. Tak payahlah ambik serius sangat,” kataku malas.

           

Khirwan mengeluh kecil. Kecik hati ke?

           

            Sejak perbualan kami tu, Khirwan tidak lagi mengungkit soal hati dan perasaan. Kami berkawan seperti biasa, belajar hingga tamat pengajian. Kami bekerja di tempat yang berbeza tapi kami tetap berhubung. Kadangkala, kami keluar beramai-ramai. Aku dapat rasakan yang aku sudah bersedia untuk Khirwan, tapi aku malu nak ungkit kisah ni kat dia. Dulu aku yang mintak masa sikit, tapi sekarang malu pulak. Andartu la kau Faz oi! Khirwan pun tidak langsung bertanya apa-apa. Kami berbual tentang kerja, rakan-rakan dan sebagainya. Tapi bukan soal cinta. Tanyalah aku Wan. Kenapa kau tak tanya?!

“Fazrin! Bangunlah! Ada orang datang!” bising betul kakak aku ni. Aku nak tidurlah!           

“Ada orang datanglah! Abah dah bising dah tu! Pergilah buat air!” abah yang bising ke kau? Kenapa bukan kau yang buat air? Mangkuk betul!

“Kaulah buat air!” aku melawan.

           

“Aku nak goreng mee la. Semua aku nak buat, boleh blah!” dia pulak menjawab.

            Dengan lemah gemalai menari mak yong, aku ke dapur. Siapalah yang datang pagi-pagi ni. Pergilah buat air sendiri.

“Dah pukul 10 baru nak bangun! Pergi tukar baju. Orang datang ni!” terdengar pulak suara petir abah. Tukar baju? Aku bukan nak pergi depan pun. Aku buat air, abah hantarlah ke depan! Lain yang aku fikir, lain yang aku buat. Aku ke bilik untuk menukar baju.

“Yang kau tak bagitau abah kawan kau nak datang kenapa?” sergah abah pulak. Kawan aku? Siapa?

“Kawan Faz ke yang datang? Siapa?” tanyaku sambil mengintai-intai ke depan. Kot-kotlah boleh nampak. Padahal, dah terang tang-tang aku tak boleh nampak!

           

“Merisiklah bodoh!” bodoh-bodoh aku tak main ok! Sensitif! Eh kejap? Merisik?!

“Faz, sini sekejap,” jerit abah daripada depan. Jantung aku nak terburai ni, di suruh ke depan pulak? Bagilah aku bertenang mendapatkan oksigen yang macam di sedut habis oleh kakak aku ni. Aku terkocoh-kocoh memakai tudung. Tak sempat tengok cermin! Dahlah orang merisik, nanti dia reject pulak tengok aku dengan taik mata bertakung, tudung selebet. Aduh!

“Ya, bah,” aku ke depan dengan lemah lembutnya. Anak yang baiklah konon!

           

Aku terus menjeling gerangan orang yang datang. Khirwan?!! Jatuh saham aku dengan personality A+ macam ni!

           

“Inilah orangnya, ibu,” kata Khirwan lembut.

“Apa khabar, makcik. Saya Fazrin,” kataku lembut. Saat mata bertentang dengan mata Khirwan, aku tersenyum kecil. Gedik giler! Anyway, siapa yang tolak si Nerd Pencari Nota ni dulu????

'suka seseorang, tak semstinya kita couple dengan dia. sampai masa, kita akan tau jugak. dialah jodoh kita'

Cerpen sebelumnya:
Surat Cinta
Cerpen selanjutnya:
Diari Alia

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
7 Penilai

Info penulis

zira

im just an ordinary girl who loves to write..
nameless | Jadikan nameless rakan anda | Hantar Mesej kepada nameless

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya nameless
Detik Akhirku | 4383 bacaan
Ini Cerita Kami | 2657 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 3 (final) | 4829 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 2 | 4804 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 1 | 4767 bacaan
Kasih Diana | 2523 bacaan
'i do' | 2722 bacaan
Cinta Buta | 1023 bacaan
Impian | 2779 bacaan
Kera Sumbang | 3625 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

19 Komen dalam karya Nerd suka aku?!
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik