Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

GEMUK

 

Kali ini botak nak bercerita tentang gemuk ataupun OBESITI, tak kira lah yg sederhana gemuk atau gemuk melampau. Ada orang yg pada masa remajanya tidak gemuk, bila dewasa baru gemuk. Ada juga yg masa bujang tidak gemuk, dah berkahwin baru gemuk. Biasalah makan dan minum dah terjaga... Ada juga yg sejak remaja lagi memang dah gemuk. Walau apapun, kini kita sudah gemuk...


Ada bermacam2 gemuk yg dipanggil... Gemuk air lah, gemuk lemak lah (dah gemuk tentulah banyak lemak) dan gemuk keturunan. Bentuk gemuk pun ada panggilannya juga. Bentuk buah epal, buah pir & mungkin bentuk buah tembikai pun ada kot. Ohhh hampir botak lupa satu lagi gemuk yg tidak ada dalam istilah kedoktoran iaitu GEMUK CARI PASAL. Mana tidaknya, pagi nasi lemak 3 bungkus, tengahari nasi 3 pinggan, petang 3 keping roti canai dan malam nasi 3 pinggan. Kalau perut tu boleh bercakap, tentu dah menjerit, meraung dan menangis dibuatnya. Dah macam nafsu babi... Gemuk ini kalau tuan empunya diri kata

\\\"Dah nasib... Nak buat macam mana\\\" Confirm botak akan jawap.

\\\"Taik babi\\\"

 

Bila seseorang itu dah gemuk, maka terciptalah bermacam2 panggilan buat dirinya. Contohnya zam gemuk, izat gemuk, botak gemuk... Kalau perempuan pulak shima chubby, aishah tembam, nurul banyak air... Dan bermacam2 lah. Kesian mereka... Botak macam mana pulak? Botak pun dalam kategori gemuk jugak... Gemuk macam mana? Ahhh malas nak jawap... hahahahahahah


Ok, sebelum botak menulis lebih lanjut, terlebih dulu botak memohon ampun dan maaf pada semua pembaca jika ada yg tersentuh, terasa dan menangis dengan cerita botak ini.... Maafkan botak (dah macam hari raya pulak). Tujuan botak hanya satu untuk berkongsi, bukan mengutuk dan tidak ada niat pun untuk menghina. Ingat TUHAN itu maha adil & setiap ketetapan yg diberikanNya itu pasti ada hikmah. Amin... Tidak salah kita gemuk jika itu takdir kita. Begitu juga jika kurus.


Botak tahu ada yg akan kata botak hanya pandai menulis saja. BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YG MEMIKUL. Betul jika ada yg kata begitu. Tapi salahkah botak jika ada rasa prihatin dalam ertikata MEMANDANG dari orang lain yg mungkin langsung tak nak MEMANDANG. Botak bukan nak memberi nasihat cuma nak berkongsi keluahan rasa mereka saja. Jom baca cerita botak... Dalam kehidupan serba moden ini, gaya dan penampilan memainkan peranan yg kuat. Yang cantik & yg lawa tentu menjadi top list. Apalagi yg mempunyai tubuh menawan bagi perempuan & tubuh yg sasa bagi lelaki. Perempuan bertudung pun nak kelihatan seksi sekarang... Percaya tak kata botak? Perempuan yg mempunyai tubuh yg menawan pasti akan menonjolkan apa yg mereka ada selagi yg boleh... Begitu juga lelaki yg bertubuh sasa akan memakai t-shirt yg bersaiz S untuk menonjolkan otot2 yg memberahikan pada perempuan. Botak kalau mempunyai tubuh yg sasa pun pasti akan buat begitu, tapi apakan daya niat hati nak peluk gunung tapi tangan ku kudung.... (falsafah pulak).


Macam mana dengan mereka yg gemuk pada hari ini??? Tidak kira lelaki ataupun perempuan, pasti akan rasa ketinggalan, rasa terpinggar  & rasa rendah diri juga hilang keyakinan. Memang ada orang yg gemuk berkeyakinan dan bersemangat dalam diri mereka. Tetapi jumlahnya bagaikan MENCARI SERUMPUN RUMPUT DI SAHARA. Kebanyakkannya mempunyai IGAUAN YG MENAKUTKAN ataupun MIMPI YG NGERI... Ada yg melepaskan secara langsung atau ada juga yg simpan di dalam hati. Ubat pelangsing badan begitu laris di pasaran walaupun ada ubat yg menipu. Jom baca perbualan botak dengan mereka yg gemuk... Satu petang...
 Botak berbual dengan membernya di sebuah kedai mamak di kawasan cheras. Botak nama kan member ini 1. 1 memang dalam golongan lelaki gemuk. Berat dalam 100kg dan bertubuh rendah. 1 bercerita dengan botak...

\\\"Orang gemuk macam aku ni susah nak dapat awek\\\" kata 1 begitu bila meja di sebelah kami duduk sepasang kekasih yg dalam keadaan romantik. Satu gelas air berkongsi bersama, Spender pun share juga kot... Agak2 la botak. Hahahaha. Botak bertanya...

\\\"Kenapa 1?\\\" \\\"Aku tak macam kau, botak... Kau pandai cari awek, aku tak pandai... Dah la muka tak handsome, duit tak ada... Gemuk pulak tu\\\" kata 1 dengan nada perlahan & ada kecewaan di wajahnya. Botak diam, hanya memandang ke wajah 1, kemudian botak alih pandangannya ke meja sebelah. Kelihatan pasangan itu berbual2 mesra dengan mulut masing2 begitu dekat sekali... Ada kot dalam jarak 2 inchi. Dalam hati botak meronta2 berkata

\\\"Cepat la kiss... Aku nak skodeng ni... Hahaha\\\" Kemudian botak pandang ke 1 lalu bersuara...

\\\"Belum sampai masa lagi 1 utk kau dapat awek\\\"

\\\"Belum apa lagi botak... Umur aku dah 32 tahun\\\" jawap 1 seperti mengeluh.  \\\"Botak, aku nak cerita satu rahsia yg selama 32 tahun aku simpan. Aku tak tahu kenapa aku senang nak share dengan kau...\\\" kata 1 lagi...

\\\"Nanti2 kau nak cerita rahsia yg kau simpan 32 tahun pada aku? Kau yakin, kau percaya ke dengan aku???\\\" tanya botak utk kepastian

\\\"Ya botak... Aku tahu kau jahat tapi kau tak menipu\\\" jawap 1

\\\"Baik 1, aku sudi mendengar rahsia kau... Kalau kau percaya pada aku\\\" jawap botak yg kembang2 buntut kena puji

\\\"Botak sepanjang hidup, aku tak pernah ada seorang perempuan kata SAYANG pada aku kecuali mak aku... Aku tak pernah celebrate birthday dengan awek yg aku cinta... Aku belum pernah rasa dapat ucapan dari awek kata RINDU ABG KE, SAYANG ABG KE... Apalagi bercium dengan awek\\\" 1 bercerita dengan penuh emosi. Botak pandang ke wajah 1 yg tembam itu...

\\\"Kau tak pernah bercinta langsung ke 1?\\\" kata botak

\\\"Betul, aku tak pernah bercinta.... Sejak sekolah rendah lagi aku dah gemuk\\\" kata 1 yg banyak menunduk muka. 1 berkata lagi... 

\\\"Ini rahsia aku, botak... Aku tak tahu kenapa dengan kau, aku senang nak luahkan... Yang aku tahu aku percaya kat kau... Aku malu dengan diri dan member2 sebab tak ada awek\\\" kata 1...

\\\"Hello bro, apa lu cakap ni... Malu? Kenapa nak malu?!! Lu tak salah dalam hal ini... Lu dah cuba cari tapi tak dapat, nak buat macam mana... Takkan nak paksa kot... Lu bukan perogol bersiri\\\" kata botak bagi semangat. 1 hanya diam saja.


Botak pernah offer 1 berkawan dengan adik angkat botak. Tetapi 1 menolak. Botak tahu semua orang mempunyai rahsia tersendiri, begitu juga 1 dan termasuk botak. Itu saja yg mampu botak lakukan utk menolong. Botak hanya MEMANDANG... 1 yg MEMIKUL


Satu lagi cerita, botak panggil member ini dengan panggilan 2 je. 2 juga memang dalam kategori gemuk, berat dalam 120kg dan bertubuh tinggi. Beza 1 dengan 2 ialah 2 mempunyai duit. 2 mempunyai awek yg agak menarik. Botak pernah 2-3kali berjumpa dan berbual2 dengan awek 2. Memang best dengan penampilan dan body yg menarik. Satu hari 2 ajak botak lepak2 dan makan di restoran makanan segera... Kebetulan botak free pada masa itu, jadi botak pun setuju. Maka kami berdua pun menuju ke salah satu tempat di ampang.

Di dalam restoran sambil makan dan berbual2...

\\\"2, awek macam mana?\\\" kata botak mula bertanya

\\\"Ok sihat je\\\" ringkas 2 menjawap. Aku tanya, jangan marah 2.

\\\"Tanya la botak dengan kau mana boleh aku marah\\\" jawab 2

\\\"Betul ke aku dengar kau banyak habis duit dengan fiza\\\" kata botak yg macam bussy body tapi memang sikap botak tanya depan2. 2 pandang botak, bukan marah tapi terkejut...

\\\"Mana kau tahu, botak\\\"

\\\"Member2 kita cerita. Baru2 ini kau bawa fiza shopping habis sampai RM2000. Betul ke?\\\" tanya botak

\\\"Betul botak... Salah ke aku berkorban pada orang yg aku sayang\\\" kata 2 menyakinkan botak

\\\"Tak salah tapi betul ke fiza sayang kau atau sayang duit kau\\\" tanya botak yg dah tahu tentang awek 2. 2 diam, pandangannya dialihkan pada orang ramai yg berada dalam restoran... Di pandang ke arah botak semula

\\\"Aku tahu fiza ada skandal dengan mamat lain\\\" kata 2 mula bersuara dengan nada perlahan.

\\\"Habis kenapa kau buat macam tu? Berbaloi ke?\\\" tanya botak bagai menekan 2. \\\"Habis aku nak buat macam mana botak!!!... Aku gemuk, bukan petik jari je boleh dapat awek\\\" kata 2 mengeluh.

\\\"2, jangan jadi bodoh... Kau ada duit, boleh dapat awek lain\\\" kata botak bagi semangat

\\\"Susah botak, aku dah cuba... Fiza je yg dapat terima aku. Aku tak kisah botak, habis duit kerana dia. Yg penting aku ada awek. Aku malu bila orang tengok aku tak ada awek\\\" kata 2 nyatakan hal sebenar.

\\\"2, kau tengok aku... Aku pun tak ada awek tak ada masalah pun\\\" kata botak tentang dirinya.

\\\"Kau lain botak... Kau tak nak couple tapi skandal banyak\\\" kata 2 dengan muka tak bersalah.

\\\"Taik babi lu bro!!!\\\" kata botak sambil tergelak besar. Akhirnya botak ikut kehendak 2, cuma botak ingatkan 2 jangan sampai BERHUTANG kerana nak KEKALKAN JANJI ADA AWEK. Cerita lain...


Botak ada kenal seorang awek yg dalam golongan gemuk... Nampak tak??? Botak tak pilih kasih... Hampir setahun botak berkawan dengan dia. Botak panggil dia \\\"SU\\\". Kadang2 masa bergurau botak panggil su \\\"BANYAK AIR\\\". Berat su termasuk BRA dan SPENDER hampir 95kg. Bertubuh rendah memang BMI tak bagus. Oleh kerana dah lama kenal dan botak pulak jenis jantan... Eik lelaki yg open minded. Maka botak dan su boleh berkongsi A TO Z. Bila kami berbincang tentang seks, su pasti mengeluh...

\\\"Lelaki ni semuanya sama je...\\\" kata su. Botak sebenarnya dah naik berdarah lubang telinga bila dengar ayat2 macam tu tapi botak buat bodoh je...

\\\"Kenapa su?\\\" tanya botak.

\\\"Jantan yg dapat su, yg dapat perempuan gemuk semuanya PROJEK TAK JUJUR\\\" kata su yg nampak fed up.

\\\"Botak tak faham la, su...\\\" tanya botak.

\\\"Ya lah, maksud su. Bila jantan projek dengan perempuan gemuk semuanya sebab AIR DAH PENUH KEPALA... Lepas game over semua blah\\\" kata su yg seolah2 sudah banyak kali terkena.

\\\"Habis kenapa su bagi?\\\" kata botak sambil tersenyum.

\\\"Habis nak buat macam mana botak. Su bukan perempuan cantik, ada body slim yg boleh dapat boyfriend bila2 masa\\\" kata su yg sedikit geram dengan soalan botak. \\\"Ohhh sebab tu...\\\" kata botak yg dah tergelak besar.

\\\"Tengok tu... Gelak pulak\\\" kata su sambil tersenyum.

\\\"Botak, awak macam mana?\\\" kata su

\\\"Macam mana apa su?\\\" kata botak yg masih tergelak.

\\\"Botak macam jantan2 yg su katakan tadi ke?\\\" kata su sambil menjeling.

\\\"Tak, botak tak macam tu... Botak suka perempuan banyak air...\\\" kata botak yg tergelak besar sambil menunduk muka ke meja. Su turut ketawa sambil mencubit ke lengan botak. Tolong jangan buat soalan botak pernah projek tak dengan su? Botak malas nak jawap... Hahahaaa.


Mungkin setelah membaca cerita botak. Pembaca2 akan tahu apa niat botak sebenarnya. Botak memang suka berkongsi masalah dengan sesiapa sahaja. Botak memang dah terbiasa menjadi KAUNTER PERTANYAAN. Botak memang ada masa utk mereka dan mereka bebas untuk meluahkan apa saja yg terpendam di hati. Botak ikhlas sudi mendengar. Itulah sedikit keluhan rasa mereka2 yg mempunyai tubuh gemuk... Masih banyak lagi keluhan mereka, bagaikan ikan di laut china selatan. Berdamping dan berkawan dengan mereka... Baru kita tahu GARAM ITU MASIN DAN CILI ITU PEDAS.

Ingatlah setelah kita berusaha namun gagal... Hanya doa jalan terakhir... Setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya.





\\\"DS PASTI TUNAI\\\"

 

 

Kepala otak-BOTAK

Ditulis-DIN TWIN

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Bersyukurlah dengan keadaan diri yang dianugerahkan Allah...jika gemuk, maka berusahalah untuk kurus..bukan mengeluh..bukannya boleh kurus kalau mengeluh sepanjang masa! Betul tak botak??

  • (Penulis)
    2) Betul,brsyukur pa yg ada...tksh sudi mmbca
  • 3) Kalau kurus tapi tak sihat pun tak elok juga. Yang penting, jaga kesihatan.

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444