Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

HUTAN (MAMBANG)

 

Setelah mengharungi arus air jeram, petang nie team aku telah sampai ke suatu kawasan lapang yg agak tinggi. Seluas setengah padang bola yg dikelilingi arus air jeram. Aku panggil \"PULAU\". Dimana pulau ini dikelilingi 2 aliran jeram kalau aku duduk di pukul 12. Aliran jeram belah kanan agak besar dari aliran jeram belah kiri. Dan terdapat balak tumbang yg melintangi di aliran jeram belah kiri. Lintangan tu terus ke pulau. Di kawasan pulau, pokoknya tak terlalu banyak dan tak berapa besar. Seberang jeram baru terdapat pokok2 balak yg besar. Memang cantik, permandangan disini ibarat sebuah lukisan.

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Keputusan dibuat maka base akan didirikan di tengah2 pulau itu. Setelah semua barang2 dikumpul mengikut kumpulan (kami berpecah kepada 3 kumpulan), semua bersurai mencari kayu untuk dibuat \"KATIL GANTUNG\" dan kayu api. Ada kumpulan yg ikut jeram besar sebelah kanan. Ada kumpulan yg ikut batang balak yg tumbang (automatik jadi jambatan) dan kumpulan terakhir ikut jeram kecil sebelah kiri tak jauh dari balak tumbang tu. Setelah berpenat lelah selama satu setengah jam, maka siaplah base. Termasuklah \"LUBANG SAMPAH\" iaitu tempat pembuangan sampah. Keluasannya dalam 2 kaki lebar, 3 kaki panjang dan sedalam 2 kaki.

Sekarang hampir pukul 5 petang, masa untuk makan malam. Kami pun terus sambung tugas untuk memasak pula. Selesai makan malam, semua saki baki makanan akan dibuang ke lubang sampah. Dan masing2 ke tempat sendiri untuk berehat. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Di luar sana malam dah menunjukkan wajah sebenar, gelap gelita. Sekali2 suara unggas berlagu memecahkan kesunyian. Suara aliran jeram juga memainkan peranan. Di dada langit indah dengan bulan penuh. Bak kata org tua2, bulan 15. Cahaya bulan terang menyuluh bumi dan diiringi kerdipan2 bintang yg terpamer dalam pelbagai corak. Indah malam ini... Indah sungguh ciptaan Tuhan. Sedang aku asyik mengelamun, tiba2 Junior (JR) panggil aku.

\"Abg... Abg...\"

\"Apa?\"

\"Abg ada benda kat lubang sampah\" orang baru lah katakan.

\"Babi tu, pergi halau\" Lalu JR pun pergi. Tapi selang 15 minit kemudian, JR datang lagi.

\"Dah halau?\"

\"Bukan babi abg\"

\"Binatang apa lagi yg sondol2 cari sisa makanan kat lubang tu kalau bukan babi. Kau budak baru, banyak lagi benda yg kau akan belajar\" kata aku semacam mengajar.

\"Bukan macam tu abg. Maaf abg, saya tak tahu. Tapi kaki dia dua\" kata2 JR tu membuat aku tersentak. Aku pandang tepat ke wajah JR.

\"Kau jangan main2, nanti NKB\"

\"Betul abg. Masa saya nak halau tadi, masa saya suluh. Saya nampak macam monyet. Maaf abg, saya tak tahu\" balas JR dalam cemas nampak gelisah.

\"Kau salah pandang kot... Monyet apa malam2 nie. Tak kan KONGKANG kot\" Kemudian aku cakap dalam nada sedikit tinggi

\"Budak2 baru nie jangan bagi muka, kacau je orang nak rilek!\" JR terdiam.

\"Benda tu dah lari kan?\" kata aku lagi.

\"Dah abg\"

\"Sekarang kau balik ke tempat kau\" aku beri arahan. JR terus beredar tapi kelihatan JR lain macam. Tapi aku biarkan...

 

Jam sekarang pukul 10 malam, setelah puas berehat, aku bangun dari tempat tidur terus ke luar untuk dapatkan JR. Memang di dalam fikiran aku masih tengiang2 kata2 JR.

\"JR... JR...\" panggilan aku terus disahut JR.

\"Ikut aku\"

\"Baik abg\"

\"Bawa lampu suluh sekali. Lalu aku dan JR pergi ke tempat yg dikatakan, iaitu lubang sampah. Lubang sampah terletak di hujung base, disebelah tandas malam(TAHU TAK TANDAS MALAM...TAK TAHU TAK PA NANTI2 BOTAK CERITA) Sampai je disitu, aku arahkan JR untuk menyalakan lampu suluh. Aku perhatikan keadaan di sekeliling takde apa2. Tapi di lubang sampah memang ada tanda2 dimana sisa2 makanan terkeluar dari lubang. Seolah2 ada sesuatu telah menyelongkarnya. Sisa2 makanan tu bertaburan sampai ke balak tumbang. Aku tanya JR

\"Kat mana kau nampak benda tu?\"

\"Abg, masa saya suluh benda tu dia dah lari ikut balak tumbang tu\" Pelik, tak kan babi meniti kat batang balak masuk base. Ketika itu JR masih menyuluh keadaan keliling. Lalu aku arahkan supaya lampu suluh dimatikan.

\"JR, betul ke kau tak salah pandang tadi?\" Aku bertanya tapi hati aku mula tak sedap.

\"Saya tak tahu abg. Muka benda tu macam monyet pun ada. Kaki dua macam org pun ada. Saya tak berani suluh lama2 abg, saya takut\" kata JR dengan muka yg dah berpeluh. Aku termenung sambil memandang sekeliling.

\"Dah, jom kita balik\" Perkara ini aku rahsiakan dari pengetahuan ketua.

 

Pada pukul 12 tengah malam, aku tersedar bila terdengar bunyi tapak kaki laju di tepi tempat tidur aku. Tak semena aku bangun untuk tengok apa yg sedang berlaku. Di luar aku nampak senior aku dalam keadaan kelam kabut. Kelihatan senior sedang bagitau sesuatu pada ketua. Aku hampiri mereka, ketika itu aku terdengar senior menyebut tentang lubang sampah. Senior beritahu ada sesuatu kat lubang tu.

Ketua tanya

\"Benda apa?\"

\"Ada bintang... Eh bukan, ada orang\"

\"Mana satu nie? Ada sapa2 yg buang sampah kat lubang tu?\"tanya ketua pd semua.

\"Bukan orang2 kita ketua\"

\"Habis sapa\"

\"Saya tak tahu!!!\" Senior dah tak tentu arah. Langsung ketua terdiam untuk berfikir. Akhirnya ketua mengarahkan supaya semua ke tempat kejadian. Di tempat kejadian, sisa makanan masih bertaburan macam tadi yg aku lihat. Memang ada sesuatu yg buat semua nie. Dari cahaya lampu suluh, tampak ada kesan tapak kaki di tanah. Seperti kesan tapak kaki manusia tapi besar dalam bersaiz 12 dan berjari enam.

\"Owh, tadi masa aku dan JR datang, bekas tapak kaki nie takde. Aku tau nie mesti bekas baru\" bisik hati aku

\"Pelik, benda apa nie?\" bisik aku. Sisa2 makanan bertaburan sepanjang menuju ke balak tumbang, sama macam yg aku tengok tadi. Lalu ketua mengarahkan semua supaya buat siasatan. Tapi hanya sampai tepi jeram sahaja. Aku dan dua junior pergi menyiasat sampai kat balak tumbang tu. Di permukaan balak tu juga terdapat sisa2 makanan.

 

 

Apabila terkena suluhan lampu, kelihatan kilauan pada batang balak tu. Aku dekati fan amati, ianya macam lendir kanji. Dengan keadaan sunyi dan sepi, dari jauh aku nampak ketua bersendirian sedang memandang tepat ke seberang jeram. Aku tak tahu apa yg sedang bermain2 di kepalanya. Bagi aku, team aku telah masuk ke \"RUMAH ORANG\" Tiba2 ketua mengarahkan semua balik ke base.



\"ALL GROUP\" pun diadakan dan kata sepakat telah diambil. Dimana semua akan sentri di tempat kejadian untuk mengetahui apakah benda tu. Setelah persiapan siap, kedudukan dibuat. Semua orang masuk ke kedudukan masing2, semua senyap. Tiada sebarang pun pergerakan yg berlaku. Kedudukan kami semuanya mengadap ke tempat kejadian. Iaitu lubang sampah dimana umpan telah dipasang. Kami tambah lagi sisa makanan dengan membuka bekalan makanan semua orang. Kedudukan dalam bentuk huruf U. Jam kini pukul 2 pagi, semua senyap dalam kedudukan. Yg bekerja hanyalah mata dan telinga memerhatikan di depan. 15 minit berlalu, tiada apa2 yg kelihatan. Kemudian 15 minit berlalu lagi masih tiada apa2 pun. Semua orang masih dalam kedudukan masing2 masih menunggu dengan sabar. 10 minit berlalu lagi...

 

Tiba2 kedengaran sesuatu dari seberang jeram. Bunyi nie tak pernah aku dengar. Bunyinya macam orang bisu sedang bercakap. Pelik tapi memang bunyi tu datang dari semak hutan menuju ke batang balak. Semua diam, berdebar2 dengan apa yg akan muncul. Kemudia bunyi tu semakin dekat. Dengan bercahayakan bulan di langit, tiba2 muncul satu makhluk diatas batang balak. Makhluk ini dlm tinggi 4 kaki, bertubuh besar dan gemuk. Berjalan terhuyung hayang sebab membawa perut yg besar dan  MEMPUNYAI EKOR. Wajahnya tak berapa jelas, yg nampak hanya fizikalnya. Makhluk tu kini sedang berjalan menuju ke lubang sampah. Kemudian makhluk tu terus membongkok, dicapainya sisa2 makanan dalam lubang. Sesekali makhluk tu akan memerhatikan keadaan keliling. Bila makhluk tu rasa semuanya selamat, baru lah makhluk tu makan dengan \"tangannya\" Makhluk tu makan dengan begitu gelojoh seolah2 dah lama tak makan. Di sini kelihatan begitu jelas dengan sinar cahaya bulan. Aku tak tahu nak kata apa lagi.

 

 

\"Siapakah makhluk ini?\"



Wajahnya kini kelihatan menyerupai burung hantu tapi masih ada iras monyet. Kepalanya takde rambut, yg ada hanyalah kulit kepala. Makhluk itu juga takde cuping telinga, seolah2 telinganya ke dalam. Yg kelihatan hanya lubang telinga sahaja, lubang telinga yg besar. Mempunyai mata bulat besar dan tidak berbulu. Mulut besar juga bergigi tajam besar2. Kulit badannya yg berlendir tu berkilauan bila terkena cahaya bulan (kilauan lendir tu) Makhluk itu takde leher, kelihatan macam banyak lemak yg menggeleber lembik. Tapi warnanya aku tak pasti, agaknya hitam kot atau perang pekat kot... Mempunyai tangan yg pendek tapi besar (berjari enam rasanya) Malah tapak tangannya juga besar dengan kuku yg kasar dan panjang. Kulit tangannya berlendir, lembik dan berlemak. Perutnya buncit terlampau... Opss, nanti dulu. Sebenarnya makhluk tu takde ekor. Rupa2nya ekor yg kami nampak tadi adalah perut buncitnya. Perutnya mencecah ke tanah hingga melalui celah kangkangnya dan terus ke belakang mngkin sejauh 2 kaki. Tapi makin ke hujung perut itu, bentuknya makin runcing. Dan kulit perutnya juga sama seperti kulit tangan, iaitu berlendir. Kaki makhluk nie pendek tapi besar. Berjari 6, yg nie aku confirm dari kesan tapak kaki yg makhluk tu tinggalkan. Apabila makan, makhluk tu akan mengeluarkan bunyi PELIK. Ia makan tanpa henti seolah2 tak tahu erti kenyang. Owh ya, lidah makhluk tu panjang. Bila sisa2 makanan jatuh ke tanah, makhluk tu akan menjilat dengan lidah yg panjang. Jelas kelihatan... Setelah puas makan (ataupun aku rasa makhluk tu tak puas lagi tapi mungkin sebab makanan da habis), makhluk tu pun beredar dari lubang tu.

 

Jam waktu itu menunjukkan 4.30 pagi. Makhluk tu berjalan menggunakan dua kaki. Cuma sekali2 baru tangannya menolong menyokong badannya yg berat tu. Makhluk tu berjalan ke atas batang balak dan terus masuk semula ke hutan. Tiada apa2 tindakan pun yg diambil oleh semua orang. Sebab itu adalah arahan dari ketua. Masa ALL GROUP, ketua telah memberi arahan macam tu. Dari awal lagi ketua dapat rasakan ada sesuatu yg tak kena apabila senior bercerita ternampak ada sesuatu pada lubang sampah itu. Kata ketua kalau terpaksa baru ambil tindakan.

 

 

\"INI RUMAH DIA. KITA YG MASUK KE RUMAH DIA...\"Itulah kata2 ketua masih aku ingat.

 

 

 

 

 

 

\"DS PASTI TUNAI\"

 

 


 

 

Kepala otak-BOTAK 

Ditulis-DIN TWIN

 


 

 

 

 

 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Nasiblah masa dulu selalu pegi camping tak jumpa benda-benda mcm ni.
  • 2) benda macam ni memang ada dalam hutan tepi sungai..masa saya camping dulu..pernah jumpa makhluk macam monyet tapi ada taring tajam sampai ke dagu..masa tu terbangun tengah malam sebab nak terkencing..nampak makhluk tu je..terus tak jadi..terus tidur siap peluk member sebelah..hihihi..

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444