Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

TUNAI (PART 1)

 

Cerita ini telah lama berlaku, tapi aku masih ingat sampai sekarang sebab rasa bersalah... Watak aku dalam cerita ini adalah sebagai MIDDLE MAN... Jom baca cerita aku nie.

 

Dulu memang jadi lumrah kalau orang semenanjung hendak ke Malaysia timur sebelum anak2 mereka pergi ke Malaysia timur, family diaorang mesti mahu anak mereka ditunangkan atau berkahwin dahulu. Member2 aku gelarkan semua tu \"IKATAN MAGGIE\" Tapi betul jugak sebab proses bertunang ataupun kahwin, segala2nya di lakukan SEGERA. Kebanyakan yg dah bertunang dan kahwin, semuanya family yg sponsored. Yg penting si anak MAHU. Dulu tak ramai org semenanjung ke Malaysia timur, tak macam sekarang. Antara 15 orang member (termasuk aku), 10 orang sudah ada ikatan (ikatan maggie) Manakala aku yg lagi 4 org je yg betul2 free... Nak dijadikan cerita, termasuklah member aku nie. Budaknya dari selatan (handsome jugak lah) berkulit kuning langsat, tinggi dan bergaya. Biar aku gelarkan dia sebagai 11. 11 sudah ditunangkan oleh family nya. Mereka ambil masa 2 minggu sahaja untuk berkenalan (nama pun maggie) sebelum pergi ke Malaysia timur. Bertunang pulak dengan saudara mara. Aku pernah jugak tanya kat 11 

 \"Lu betul2 nak tunang ke?\" Mula2 kata 11 memang dia taknak. Lagipun dia belum puas enjoy. 

 \"Habis tu kenapa lu terima plan family lu?\"

\"Susah nak cakap botak... Mak gua sampai menangis2 siap kata wasiat lah, pasal mati la. Jadi gua terpaksa la botak. Tapi gua cakap lu, sekarang nie gua memang suka gila kat tunang gua. Cun tahap menangis punya...\" kata 11 sambil gelak macam ada makna. 

 \"Sekarang, lu suka lah dah bertunang nie?\"

\"Lebih kurang macam tu lah\" Tiba2 11 tanya aku 

 \"Botak, macam mana lu boleh tolak plan family lu?\"

\"Family gua takde buat plan. Mereka cuma tanya je dan gua cakap taknak. Dan inilah kelebihan hidup INDIE\" 11 pun diam sahaja. Tapi aku pun tak tahu dia faham ke tak...

 

Tahun pertama duduk di Sarawak, ok je. Boleh dikatakan setiap malam 11 akan bergayut kat public phone. Sekali bergayut, ada kot sampai $20-$30 (takpe, sayang punya pasal) Kadang2 aku sengaja kena kan 11 

\"11 hari nie public phone rosak\" 11 punya lah menggelabah.

\"Betul ke botak?\" aku hanya gelak je. 

\"TAIK BABI LU BOTAK!!!\" kata 11, aku sambut dengan gelak. 

\"Kalau seminggu lu tak dapat call tunang lu, agak2 apa jadi?\"

\"Boleh mati kot...\" 

\"Macam tu sekali\" kata aku. 

\"Lu tak tahu botak. Lu takde tunang\"

\"Ye lah\" kata aku dengan fed-up.

 

 

Masuk tahun kedua, 11 dah berubah. Aku dapat tahu yg 11 dah dapat induk (makwe). Dia bekerja sebagai salesgirl kat sebuah supermarket. Hari demi hari, minggu bertemu minggu, masuklah bulan. Kini telah hampir 3 bulan 11 berkawan dengan induk tu. Aku lihat dari kawan dah bertukar KULIT. Kalau tahun pertama dulu, setiap kali call mesti call tunang, tapi kini dah ada PEMBAHAGIAN MASA. Minggu nie call tunang, minggu depan pulak call induk tu. Call tunang pun dah jarang, seminggu dalam dua kali sahaja. Perubahan telah berlaku.

\"Jantan... Jantan... (termasuklah aku jugak. Hahaha)\"

 

 

Pada suatu petang, aku bertanya pada 11 

 \"Lain macam sekarang? Nak pasang dua ke?\" aku gelak. 11 menjawab 

 \"Entahlah botak. Gua pun dah rasa lain macam. Rasa macam da sayang je kat induk tu\" 

 \"Hahaha..\" aku gelak lagi 

 \"ULAR SAWA DAH TELAN BABI (peribahasa tapi dalam istilah kami)\" 

 \"Lu ingat tak 11, masa lu mula2 kawan dengan induk tu? Apa yg gua cakap kat lu? Pesan gua supaya lu JANGAN MAIN DENGAN API. Kalau boleh, dekat dengan api pun jangan... Tapi lu cakap apa kat gua time tu, boring la, jeles lah tengok member semua keluar bandar ada couple. Sekarang lu tengoklah apa yg dah berlaku. Lu pun dah was2 dengan pertunangan lu... Ingat 11, lu dah buat DOSA SONGSANG\"

\"Habis tu, semua orang buat jugak kan?\" kata 11 

 \"Suka hati lu la...\" aku balas.

 

 

Kini telah masuk 6 bulan 11 berkawan dengan induk tu. Berkawan je ke? Bukan... Dah ada feeling dah pun. You jump, I jump (macam dialog film Titanic) Mereka memang dah mesra... Ada juga 11 bawak induk tu join dinner dengan group kami. 11 juga ada perkenalkan kat kami, termasuklah kat aku. Ok lah, good looking, baik dan matang pada pandangan aku. Tapi dalam hati aku, DAH BERTUNANG TETAP DAH BERTUNANG. Kalau nak cari lain, putuskan dulu pertunangan dahulu. Tapi nak putuskan pertunangan pun kena bersebab. Aku perhatikan, kalau dari segi \"body language\" 11, 11 memang dah sayang pada induk tu (dah bercinta kot) Seolah2 induk tu lah tunang sebenar 11. Aku tahu yg induk tu tak tahu yg 11 dah bertunang. Bagi aku, induk tu tak bersalah. Kini hubungan 11dengan induk tu dah tak boleh nak ditutup dengan A4 Paper lagi. Semua member2 dah tahu. Ada jugak aku dengar gosip \"taik babi\" yg 11 nak kahwin dengan induk tu. Tapi aku diam je... Takpe, lagipun kalau betul, 11 tentu cari aku. Kan aku nie consultant 11 (tapi 11 tak pernah nak ikut nasihat aku. Taik babi betul lah...)

 

 

Hari yg ditunggu2 pun tiba. Suatu petang 11 ajak aku keluar. Aku kata

\"Ok, nak bawak couple sekali ke...\" Tapi 11 kata 

 \"One by one je lah\" Dalam kepala yg botak nie, aku dah terfikir tentang gosip tu. Tapi takpe, kita tengok apa sebenarnya yg berlaku. Setelah semuanya siap, kami pun bertolak. Sampai je di bandar, 11 terus ajak aku lepak di SUGAR BUN (lebih kurang macam KFC) Setelah dapat meja, 11 tanya 

 \"Botak. Nak makan apa? Aku payung\"

\"Wah... Besar payung nie. Ada yg tak kena nie dengan lu\" kata aku. Sebentar kemudian, 11 datang dengan 2 tray. Lalu diletakkan atas meja. Maka UPACARA makan pun bermula. (waktu makan kena diam... Hahaha) Selesai makan, 11 memulakan perbualan 

\"Botak, gua ada benda nak bagitau & mintak tolong kat lu\" 

 \"Dah agak dah\" kata hati aku

 \"Tapi apa dia?\" tanya aku lagi. 

 \"Mula2 gua mintak maaf dulu, lu jangan marah gua. JANJI!\" kata 11. Aku pun terdiam... Lalu 11 paksa lagi

\"JANJI botak!\"

\"Ok2 gua janji\" kata aku. 11 mula bercerita

\"Botak, lu lah member baik gua. Semua taik babi gua mesti cerita kat lu\" aku diam (dalam masa yg sama aku kembang jugak) Lalu 11 meneruskan cerita

\"Ok botak... Sekarang gua dengan induk tu dah bercinta, aku dah janji nak kahwin. Induk tu tak tahu pun gua dah bertunang\" Aku pandang wajah 11. Aku terasa macam nak bagi je penampar TALIBAN kat muka dia. Tapi nasib baik kawan... Nampak gayanya, kenyataan dah berlaku. Aku mula bertanya

\"Macam mana dengan family lu?\" Tahu tak apa kata 11 

 \"Gua dah bagitau family gua minta putus tunang\"  

\"Bila?\" kata aku. 11 jawab

\"Minggu lepas, aku call\" Pantas 11 bersuara lagi

\"Tapi botak, ada masalah lah. Family gua tak setuju\" Dan aku mencelah

\"Memang lah. Lu senang2 je nak putuskan tali pertunangan nie. Lepas tu putus dalam telefon pulak tu. Mmm, lu pernah tak fikir macam mana ayah dan mak lu nak menghadap saudara mara, orang kampung. Dah lah tu, tunang lu daripada kaum kerabat sendiri pulak tu. Lu cuma tau fikir diri lu je. Lu cuma fikir SEDAP lu je...\" 11 menyampuk

\"Botak. Tadi lu janji takkan marah\" Aku kata

\"Gua tak marah. Gua cuma nasihat je sebab bila tengah sedap, kita akan lupa\" Maka terjadilah salah faham antara aku dan 11. Tapi takde la perselisihan sebesar mana pun. Takde lah sampai semua customer kena lari nak selamatkan diri. Keadaan masih terkawal. Perselisihan faham nie pun takde la panjang mana pun... Mungkin disebabkan oleh 11 yg banyak mintak maaf dan banyak mintak tolong. Pertolongan yg dimaksudkan adalah supaya aku jadi Orang Tengah macam Pak Turut. Semua ini sebab family 11 akan datang ke Sarawak kerana ayah dan mak 11 tak setuju, tak puas hati dengan keputusan 11. Aku memang SALAH SERBA. Sebagai kawan keadaan ini adalah seperti Di luah mati mak, Di telan mati bapak. Akhirnya aku pun setuju. Mengikut perancangan, family 11 akan datang pada hujung bulan nie (kira2 dua minggu lagi)

 

 

Hari ini menjadi HARI INI DALAM SEJARAH buat aku. Iaitu jadi Pak Turut. Hari ini aku akan berjumpa dengan family 11, datang sekali dengan 11. Tempat perjumpaan ialah di \"WATER FRONT\" Family 11 sudah sampai malam tadi, sekarang menginap di salah satu hotel di bandar. Dari pukul 9:30 pagi lagi aku dan 11 dah terpacak di sebuah pondok di Water Front. 11 berkali2 mengingatkan aku

\"Botak, lu jangan lupa apa yg gua ajar...\" Aku kata semuanya beres. Sebenarnya, 11 yg buat semua plan nie. Aku memang tak campur. Kan aku cuma setakat Pak Turut je. Dan kini masa yg ditunggu2 pun tiba iaitu pukul 10 pagi, aku pun mengalihkan pandangan setelah 11 memberi signal dengan mengangkat jari tangannya dari bawah (memberitahu aku yg family nya telah tiba)

 

 

Dari jauh kelihatan sepasang suami isteri (suami berumur 60-an dan isteri berumur pertengahan 50-an) sedang berjalan menuju ke arah kami. Bila telah berdepan, aku terus menghulurkan tangan bersalaman.

\"Apa khabar pakcik, makcik?\" Kemudian diikuti oleh 11. Lalu 11 memperkenalkan aku pada family nya. Dalam hati aku, sebentar lagi DRAMA SWASTA akan bermula. (berdebar gila hati aku, tak payah cakap...) Setelah si ayah bertanyakan khabar si anak, tentang kerja si anak dan apa2 yg patut (begitu juga si anak, bertanyakan khabar ayah dan mak) maka bermula lah perbincangan. PERBINCANGAN YG PASTI MEMBAWA KE PERTENGKARAN. Tiba2 si ayah memulakan perbincangan.

\"Kau tak boleh buat macam nie. Cuba kau fikir macam mana perasaan ayah, mak, saudara mara dan org kampung\" Hah, kan sebijik macam yg pernah aku cakap kat 11. Aku lihat 11 diam. Kemudian mak mula menambah

\"Kau tak sayang ke kat tunang kau? Dia sedih sangat tu. Mak kesian tengok dia...\" 11 masih mendiamkan diri lagi, lalu si ayah berkata

\"Kau tak sayang ke kat ayah dan mak?\" 11 jawab

\"Sayang\"

\"Jadi kenapa kau buat macam nie?\" kata ayah lagi. 11 jawab dengan pantas

\"Nak buat macam mana ayah? 11 kena paksa kahwin, 11 kena ugut dengan family perempuan tu. Kalau 11 tak nak ikut kata diaorg, macam2 11 akan kena nanti. Kalau ayah tak percaya, ayah boleh tanya kawan 11 nie \" sambil menunjuk ke arah aku...

\"Betul pakcik! 11 kena ugut, kena paksa\" Itulah tugas aku sebagai Pak Turut. Kemudian aku sambung lagi

\"Kat sini lain pakcik, tak macam kat semenanjung\" Lalu si mak pulak bersuara

\"Kau dah tau kau tu dah bertunang, kenapa kau nak bawak anak perempuan orang pulak?\" 11 pun jawab dengan nada perlahan

\"Ayah... Mak... 11 tahu yg 11 bersalah. 11 mintak maaf. Benda dah berlaku 11 tak boleh bercerai dengan dia. Nanti mati 11, family dia buat. Ayah nak ke kalau 11 mati?\"

\"Amboi, pandai betul lu psycho family lu ek...\" kata hati aku. Ayah, mak 11 terdiam. Tiba2 si ayah berkata

\"Ayah hairan macam mana pegawai kau boleh benarkan kau berkahwin sedangkan pegawai kau tahu yg anak buah dia dah bertunang! Ayah tak puas hati! Ayah nak jumpa pegawai kau!\" kata si ayah yg sudah berdiri.

\"Perrghhh, letih nie...\" 11 dah panik sebab \"Jalan Cerita\" nie takde dalam skrip nie. Malah 11 pun tak terfikir yg ayah akan berbuat begitu. Lalu 11 cepat2 bangun

\"Ayah tak boleh buat macam tu. Nanti, saya yg malu\"

\"Malu kau, kau tahu. Malu ayah, kau tak tahu!\" kata ayah. 11 masih berdiri

\"Jangan ayah, jangan buat macam nie\" Kelihatan ayah 11 macam tak peduli lagi. Memang ayah 11 tak dapat nak terima hakikat yg anak dia dah kahwin. Si ayah masih berdiri

\"Sekarang bawak ayah jumpa pegawai kau!\" Tiba2 11 menyebut nama aku

\"Botak lu cerita!\"

\"Ahh, yg nie pun takde dalam skrip nie. Macam mana aku nak buat nie...\" Aku pun menggelabah puyuh.

\"Betul pakcik... Pakcik tak boleh jumpa pegawai kami. Nanti, 11 kena denda. Lagi pun semuanya dah selesai\" aku main belasah je jawab. Janji ada jawapan. Pada mulanya, kami sangkakan segalanya akan berjalan lancar, tapi tiba2 ayah 11 menjawab dengan nada yg tinggi

\"SELESAI APA! KAU TAK TAHU MACAM MANA ORANG KAMPUNG AKAN CAKAP KAT AYAH! SELESAI KAU CAKAP...\" sambil pandang ke 11. Lalu 11 diam. Aku pulak rasa macam nak lari je dari tempat kejadian. Ayah pun sambung lagi

\"Ayah tak kira! Ayah nak jumpa pegawai kau sekarang jugak. Kalau kau taknak bawak, ayah boleh tanya orang, pergi dengan mak kau!\" Ayah 11 terus meluru melangkah pergi. Kebetulan ketika tu 11 jugak ingin memintas dan menghalang ayahnya. Mungkin disebabkan ketika itu langkah si ayah terlalu laju, entah macam mana si ayah terlanggar badan 11 lalu terjatuh ke belakang. Aku tergamam... Si mak pun menjerit lalu mendapatkan si ayah. Ketika itu ayah 11 telah terjatuh terduduk, mungkin jugak kepala si ayah terkena pada bucu kerusi sedikit. 11 panik, terus mendapatkan si ayah.

\"Ayah, maafkan 11\" Tapi si ayah diam sahaja. Tampak rasa sakit dan kekecewaan di wajah si ayah. Si mak pun tiba2 bersuara dengan nada tinggi sambil menangis

\"INIKAH BALASAN YG KAU TUNJUKKAN PADA AYAH DAN MAK. DISEBABKAN PEREMPUAN TU, SANGGUP KAU BUAT MACAM NIE!\"

\"Mak, maafkan 11 mak. 11 tak sengaja\" kata 11. Ketika itu mak hanya mendiamkan diri sambil membantu si ayah bangun.

Aku pun turut membantu

\"Dah lah bang. Mari kita balik\" kata si mak. Kelihatan si ayah masih diam. Aku nampak ketika itu ditapak tangan si ayah berdarah. Di kepalanya aku tak pasti. Mungkin juga bengkak ataupun luka kot... Lalu si mak terus menarik tangan ayah terus pergi. Maka melangkah lah si ayah dan si mak. Cepat2 11 mengejar sambil memanggil2 ayah, maknya. Tapi tidak diendahkan oleh mereka. Akhirnya, 11 mematikan langkahnya hanya memandang sahaja. Ada tangisan di sana... Aku pulak masih lagi di pondok, tak tahu nak buat apa. Semua salah serba... Suatu kejadian yg di luar dugaan telah berlaku.

 

 

Setelah si ayah dan si mak hilang dari pandangan, 11 terus mendapatkan aku.

\"Botak. Apa yg harus gua buat sekarang nie?\" Aku pandang 11, di wajahnya tampak ada tangisan, kesedihan dan ada kekesalan. Aku kata pada 11

\"Lu pergi ke hotel, tunggu family lu kat sana. Lu mintak maaf kat ayah dan mak lu. Baik pergi sekarang, sebelum terlambat\"

\"Botak, gua tak sengaja\"

\"Aku tahu...\"

\"Pergi sekarang, cepat!!!\" kata aku dengan tegas. Lalu 11 pun mintak maaf pada aku kerana terpaksa membabitkan aku.11 terus pergi ke hotel family nya. Akhirnya tinggallah aku di pondok sendirian.

 

 

Sebenarnya kejadian ini tidak disengajakan terjadi dengan terlalu cepat. Sebenarnya 11 sama sekali tak menolak ayahnya. Tapi disebabkan ayahnya meluru terlalu laju ke arah 11, jadi ayahnya terus jatuh ke belakang apabila terlanggar badan 11. Dan tangan kanan 11 sebenarnya cuba menyambut ayahnya tapi tak berjaya. Tentang putuskan tunang memang 11 yg bersalah. Aku saksi untuk kejadian ini. Dan tentang menipu sudah kahwin, kena ugut pun tu jugak plan 11. 

 

*To be continued...

 

 

 

 

\"DS PASTI TUNAI\"

 

 

 


Kepala otak-BOTAK 

Ditulis-DIN TWIN

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Drama swasta habis ni

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444