Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

TUNAI (PART 2)

 

11 masih belum balik lagi. Sesudah pukul 10:30 malam baru 11 sampai. Aku terus bertanyakan pada 11 

 \\\"Macam mana?\\\" Dengan wajah yg sedih

\\\"Gagal botak. Puas gua cari tapi tak jumpa. Gua tunggu kat hotel pun takde. Dari siang sampai malam gua tunggu kat lobi hotel. Gua siap tanya kat receptionist hotel, tapi diorg kata belum check out lagi. Mmm, gua pun tak tahu mana family gua pergi. Gua dah tak tahu nak buat apa dah nie\\\" Aku kata lagi...

\\\"Sabarlah 11. Yg penting lu dah cuba\\\" 11 pun diam sahaja.

 

Kini hampir sebulan kejadian tu berlaku. Seminggu selepas kejadian tersebut, banyak kali jugak 11 call family nya. Panggilan dijawap, tapi bukan ayah atau mak 11 yg bercakap. Sebaliknya adik beradik 11 yg menjawab panggilan tu. 11 cuba jugak untuk bercakap dengan ayah dan maknya melalui telefon, tapi mereka tak mahu... Jadi dengan adik beradiknya 11 kirimkan salam maaf. Kini 11 dah nampak tenang, hubungannya dengan induk tu berjalan macam biasa, macam suami isteri, mesra, asyik dan bermacam2 lagi.

 

Masuk je bulan kedua, team aku (termasuk 11) telah diarahkan untuk masuk ke hutan. Di salah satu pedalaman di daerah Sarawak. Setelah sampai masa, siap segala persiapan, maka berangkat lah kami ke sana. Perjalanannya mengambil masa hingga 10 jam. Penat amat, sampai pun dah malam. Setelah persiapan dibuat dan arahan dah diberikan, semua pun balik ke tempat masing2 dan

 \\\"ZZZZZzzzzzzz~ \\\" 

 

Pagi sesudah sarapan, team aku (termasuk 11) diarahkan untuk LONG PATROL yg kadang2 memakan masa hingga 3 dan 4 hari. Tapi tengok jugak keadaan muka bumi, halangan dan keadaan. Team aku diketuai oleh Abg 1. Lepas segala2nya siap (dalam pukul 10 pagi), kami pun bergerak. Dalam perjalanan, 11 sempat bagitau aku yg induk tu sedih kena tinggal. Tapi aku membalas

\\\"Induk tu yg sedih ke lu yg sedih?\\\" 11 tersengih saja. Kemudian perjalanan diteruskan lagi. Apabila petang menjelma, team aku pun BASE UP berhampiran anak sungai. Malam tu, (semua dah kenyang) masing2 dengan kroni masing2 duduk berbual. Mmm, biasalah... Apa lagi yg kami bual kan kalau bukan tentang perempuan (termasuklah aku) Tapi 11 lebih banyak menghabiskan masa di Katil Gantung nya. Berbaring sambil tengok gambar makwe la kot... 11 pun dah tak sebut lagi tentang family dia, mungkin jugak dah settle kot. Tiba2 Abg 1 bersuara

\\\"Kalau boleh, kamu semua tidur awal! Sebab esok perjalanan kita mencabar!\\\" Dan kami pun menjawab

\\\"BAIK ABG\\\"

 

Pagi ini semua telah bangun. Semuanya berbaris pergi ke WATER POINT untuk bersihkan diri (ingat tau, botak tak sebut mandi pun... Hahaha) Selesai sarapan, Abg 1 memberi arahan. Arahan paling terperinci, MAP dibuka (perrghh, memang mencabar nie...) kami dapati banyak laluan cerun yg akan ditempuh. Abg 1 bertanya kot2 kami ada apa2 soalan.

\\\"Hati2 semua. Ok, sekarang siap untuk bergerak\\\" sambung Abg 1. Maka bermulalah rondaan kami. Pada pukul 9:30 pagi, semuanya bermula. GOOD MORNING (gunung) pertama pun kami tempuhi. Semua dalam keadaan berhati2. Apabila berjaya sampai di puncak, kami terus menyusur mengikuti permatang (yg kiri kanannya adalah cerun yg dalam) Tiba2 FIRSTMAN memberi signal berhenti. Owh, rupa2nya ada halangan pada permatang, perjalanan tidak boleh diteruskan. Kami terpaksa menukar arah ke kanan ataupun lebih tepat adalah kami terpaksa menuruni cerun. Dan sekali lagi kami kena berhati2. Pada awal turunan, semuanya ok. Keadaan pun ok semasa kami berada pada pertengahan cerun. Kira2 100 meter lagi nak sampai ke bawah (kaki bukit), tiba2 aku terdengar suara orang menjerit tolong.

\\\"Suara 11 tu\\\" bisik hati aku. Ya, 11 telah terjatuh. Sebenarnya kami berjalan dalam satu barisan panjang yg dipanggil BARIS JEPUN. 11 yg ke 3 dalam barisan dan aku ke 6. Jarak antara kami ada dalam 15-20 langkah (tapi tentang jarak tu, ikut keadaan jugak sebab tak tetap) 11 terjatuh, terlanggar SECONDMAN sekali (FIRSTMAN terselamat sempat mengelak) Semua orang bergerak laju menuruni gunung, terus mendapat 11 (11 sudah tergolek sampai ke bawah) Sampai di tempat kejadian, aku nampak banyak barang2 yg bertaburan. 11 terdampar ke tanah tapi masih lagi bernyawa. Kelihatan keluar dan baju 11 koyak. Kami pun berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan aku ditugaskan untuk menolong 2ndMAN. Semasa aku menolong 2ndMAN, aku tak berani nak angkat dia (takut dia patah) Tapi bila aku nampak yg 2ndMAN dah boleh duduk sendiri, baru aku angkat dia dan sandarkan pada pangkal pokok. Keadaan 2ndMAN ok, member2 yg lain mengutip semua barang2nya yg berterabur. 2ndMAN hanya mengalami luka2 ringan. 11 pun disandarkan disebelah 2ndMAN. Keadaan 11 pun ok hanya mengalami luka ringan jugak. Cuma tangan kanan 11 je yg sakit sikit mungkin disebabkan terseliuh. Kemudian Abg 1 memanggil MEDIK. Setelah medik memeriksa keadaan mereka berdua, keputusan pun dibuat yg mereka hanyalah cedera ringan. Takde patah atau pun kecederaan dalaman yg serius. Abg 1 mengarahkan kami untuk menjalankan peranan masing2 untuk menolong mengangkat mereka berdua.

\\\"Nanti sebaik terjumpa waterpoint pertama, terus base up\\\"

\\\"Bagus jugak\\\" kata aku dalam hati. Lagipun dah pukul 2 tengahari nie dan kami belum makan lagi. Hampir sejam masa berlalu akhirnya kami telah jumpa waterpoint. Aku lihat 11 dah ok sikit. Cuma tangan kanannya sahaja yg masih sakit. Abg 1 arahkan supaya semua berhenti, base pun didirikan. Aku menolong 2ndMAN menyiapkan tempat tidur dan member lain tolong masak. Sesudah pukul 4 petang baru aku berpeluang makan tengahari. Selesai makan, semua berkumpul dengan Abg 1. Medik masih terus merawat 11 dan 2ndMAN. Seketika kemudian, medik berjumpa dengan Abg 1.

\\\"Abg... Mereka semua ok. Saya dah DOUBLE CHECK. Takde apa2 kecederaan dalaman, cuma luka2 ringan sahaja\\\" Abg 1 kata

\\\"Macam mana dengan tangan 11? Nampak sakit tu\\\"

\\\"Owh, yg tu cuma terseliuh sahaja. Saya dah periksa, takde patah. Lagipun saya dah berikan ubat\\\" kata medik lagi.

 

Selesai berkumpul, aku terus pergi ke tempat 11.

\\\"Jangan bimbang 11, luka kecil je tu\\\" 11 hanya gelak kecil je mendengar kata2 aku. Kemudian aku terus rapat ke tubuh 11 yg terbaring tu. Aku lihat tangan 11 yg terseliuh tu. Tapi aku hairan kerana dari bahu hingga ke jari 11, semuanya berwarna MERAH MENYALA. Dan 11 tak banyak bercakap. Malah 11 hanya kelihatan letih. Akhirnya aku tinggalkan 11 untuk berehat.

 

Malam mendatang... Selesai makan malam, aku dan member2 semua berkumpul di depan unggun api (sengaja nak panaskan badan) Sedang kami berbual2, tiba2 kami terdiam tatkala kedengaran suara 11 yg sedang merintih, menggigil menahan sakit. 2ndMAN dah ok sudah boleh berjalan tanpa bantuan. Tapi 11 sebaliknya... Kelihatan medik bergegas ke tempat 11. Lalu aku terfikir sendiri

\\\"Masa petang tadi aku tengok 11 macam dah ok. Tak kan medik ada terlepas pandang...\\\" (maksud aku mungkin 11 mengalami patah ataupun INTERNAL BLEEDING) Kemudian aku nampak medik keluar. Lalu Abg 1 pun mendapatkan medik.

\\\"Ok Abg. Takde apa2. Saya dah beri ubat\\\" kata medik. Tiba2 kedengaran lagi bunyi macam suara orang yg dalam kesejukan, menggigil dan merintih seolah2 meminta tolong. Sesekali, 11 meraung kesakitan. Mmm, naik meremang jugak lah bulu tengkuk aku bila dengar suara 11.

\\\"Pelik! Apa yg tak kena nie?\\\" kata aku. Apabila suara 11 bertambah kuat, akhirnya semua orang pun bangun berkumpul di tempat 11. Kami kelilingi katil 11. Ada yg duduk malah ada yg berdiri. (Aku hanya berdiri) Di depan aku kini terbujur tubuh 11 yg diselimuti dengan BLANKET. Muka 11 berpeluh2 seolah2 malam ini sangat panas. Medik masih merawat lagi. Abg 1 berkata pada medik

\\\"Apa kecederaan 11 yg sakit sangat ni?\\\"

\\\"Abg, saya tak pasti. Saya dah periksa semua anggota tubuhnya tapi takde apa2 yg cedera\\\" kata medik. Abg 1 yg mendengar hujah medik terus terdiam. Pelik. Semua yg berada di sana turut pelik sama. Aku tahu yg medik tahu 11 sedang sakit, tapi medik masih tak jumpa punca kenapa 11 sakit sangat (medik pun dah habis akal) Tiba2 nafas 11 tersekat2, matanya terbeliak ke atas dan dadanya berombak2. Bunyi gigi 11 yg sedang berlaga mula membuat aku tak senang (sayup dan menyedihkan) Seketika, keadaan 11 berubah tenang.

 

Tiba2 11 mengeluarkan suara pelahan. Kedengaran

\\\"SAKIT... SAKIT...\\\" pantas Abg 1 memintas

\\\"Sakit apa? Kat mana yg sakit?\\\" Tapi 11 tak menjawab, hanya matanya sahaja yg berkerdip2. Dua tiga kali juga Abg 1 terpaksa mengulangi soalan tadi lagi. Tiba2 Abg 1 mengarahkan kami untuk membuka blanket tu,

\\\"Mungkin 11 panas agaknya\\\" kata Abg 1. Sebaik blanket dibuka, semua tergamam. YA ALLAH... Tangan kanan 11 telah membengkak dan membesar macam BATANG PISANG. Semua orang menjadi panik.

\\\"Medik... Kenapa nie?\\\" kata Abg 1 terperanjat. Kemudian medik pun memeriksa tangan 11 

\\\"Saya tak tahu abg\\\" Tangan 11 membesar berwarna MERAH MENYALA. Kelihatan sebelah tangan 11 telah menimpa badan 11 (inilah punca kenapa 11 kata sakit tuAbg 1 mengarahkan supaya PARA (yg diperbuat daripada kayu) dibuat di sebelah 11 untuk meletakkan tangan 11 yg membengkak tu. Dua org member aku bertindak. Semasa para sedang dibuat, aku lihat medik membisikkan sesuatu ke telinga member yg berada disebelahnya. Kelihatan member aku itu menganggukkan kepalanya lalu keluar dari tempat 11. Selang beberapa minit, member aku datang dengan 1 cup penuh air (mula2 aku sangkakan hanyalah air panas untuk diminum) Tetapi bila medik merapatkan cup tersebut ke tangan, 11 tidak merasa apa2, semua yg berada disitu terkejut (sebab tiada tindakbalas dari 11) 11 hanya diam sahaja. Matanya juga tak henti2 memandang keliling. Medik menepuk bahu Abg 1. Lalu Abg 1 bangkit dan keluar dari tempat 11 untuk berbincang. Akhirnya para telah siap. Abg 1 dipanggil. Kemudian Abg 1 berkata

\\\"Letak tangan 11 yg bengkak tu kat para\\\"

\\\"BAIK ABG!\\\" kata kami. Dua orang ditugaskan untuk mengangkat tangan 11. Sebaik sahaja tangan 11 diletakkan, tiba2 para tu pecah dan patah.

\\\"Berat sungguh tangan 11\\\" kata hati aku. Lalu cepat2 kami mengangkat kembali tangan 11. Ketika ini, aku rasa BERAT nya hanya tuhan sahaja yg tahu. Aku rasa kalau setakat batang pokok sebesar lengan laki2 dewasa pun boleh patah kalau tertimpa oleh tangan 11. Akhirnya kami membuat keputusan membuat para lain. Dua batang kayu sebesar peha diletakkan di bawah dan diatas kayu tu kami susun PACK GALAS yg kami pakai sebagai ganti para tadi untuk menampung tangan 11 yg membengkak tu. Kemudian Abg 1 panggil kami untuk berkumpul di luar. Abg 1 telah mengeluarkan arahan. Kata Abg 1

 \\\"Esok 11 mesti dibawa keluar. Tangan 11 telah lumpuh\\\" Semua terdiam mendengar kata2 dari Abg 1.

\\\"Sekarang bersurai!\\\"

 

 

Pukul 12 tengah malam, sekali lagi kami dikejutkan dengan suara 11. Kali ini, berbeda sungguh bunyinya.

\\\"AYAH, AMPUN... AYAH, AMPUN...\\\" Tiba2 badan aku terasa begitu lemah. Aku cuba untuk bangun dari katil tapi tak terdaya. Badan aku tiba2 bermandikan peluh. Hati aku berkata

\\\"Mungkinkah ini TUNAI dari Tuhan?\\\" Aku telah dapat jawapannya, aku tahu...

\\\"Tapi benarkah?\\\" Ketika ini aku sangat takut. Akhirnya aku gagahkan juga badanku utk bangun. Dengan langkah perlahan, aku lihat Abg 1 dengan salah seorang member aku. Member aku tu membawa segelas air. Aku sangat pasti yg itu adalah \\\"Air Yasin\\\". Sebab aku tau \\\"Siapa\\\" member aku yg sedang membawa air tu. Setelah Abg 1 memberikan air yasin pada 11, akhirnya 11 terdiam (tertidur)

 

 

Awal pagi nie, semua telah bangun. Setelah siap sarapan, Abg 1 telah memilih tempat untuk dibuat LP. Setelah selesai semuanya, 11 pun dibawa keluar. Akhirnya 11 telah selamat dibawa keluar.

 

*To be continued...

 

 

\\\"DS PASTI TUNAI\\\"

 

 

Kepala otak-BOTAK 

Ditulis-DIN TWIN

 

 

 

 

 

 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihar

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) panjang cerita ni...mungkin tangan bengkak 11 tu.. balasan TUNAI dari tuhan kerana menipu..
  • 2) Ouch!

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444