TUNAI (AKHIR)

 

Setelah dua bulan di hutan, akhirnya team aku pun keluar. Sehari selepas keluar, aku dapat tahu yg tangan 11 telah sembuh. Ketika itu, aku teringin sangat untuk berjumpa dengan 11. Cukuplah sekadar dapat bertanya khabar. Tapi masih tak berpeluang lagi. Tiba2 dari jauh, aku ternampak 11 sedang melangkah dengan bertenaga dengan tangan yg berhayun di sebelah badannya.

\"Mmm, 11 memang dah sembuh...\" bisik hati. Bila dekat, aku lihat wajah 11 berseri2 dan ceria. Aku happy sebab memang comfirm 11 dah sihat. Lalu 11 memberi salam, aku membalas salam itu sambil menyambut tangannya. Aku pun bertanya khabar.

\"Syukur sihat\" jawab 11. 

\"Baguslah\" Pada masa tu, 11 begitu rancak bercerita. Terkadang lidah nie nak jugak bertanya bagaimana 11 sembuh. Tapi tetap tak terkeluar. Mungkin sebab aku tahu yg bab nie sensitif.



Kalau 3 bulan yg lepas, 11 menderita sakit, tak bermaya, lumpuh sebelah tangan, nak bercakap pun susah, tapi hari nie 11 seolah2 tak pernah sakit. Malah sihat, ceria dan happy sekali. Aku lihat tangan kanan 11 telah sembuh seperti biasa. Tiada kesan atau parut pun. Entah tak semena2, 11 pun bagitau aku. Menurutnya dia telah memutuskan hubungannya dengan induk tu. Malah dia akan berkahwin dengan tunangnya secepat mungkin. Aku tersenyum berkata

\"Baguslah macam tu\"



Sebenarnya banyak soalan yg hendak aku tanyakan pada 11. Tapi soalan2 tu tak terkeluar dari mulut aku. Akhirnya aku hanya biarkan soalan tu di dalam diri.


Setelah hampir sebulan, aku bersama2 dua lagi member pergi ke bandar (saja2 nak cuci mata) Sesampainya di bandar, kami pun melepak untuk makan tengahari. Salah seorang dari mereka tidak ikut masuk ke hutan...

\"Standby\"



Sambil makan tu kami pun berbual tentang apa2 cerita terbaru. Baik tentang member ataupun tentang awek tu dan awek nie (maklumlah 3 bulan duduk kat hutan) Sedang rancak berbual, tiba2 nama 11 terkeluar. Member aku tu bagitau yg 11 akan Posting dalam masa terdekat nie. Mendengar berita ini, aku pun hairan sebab 11 tak bagitau kat aku. Kemudian aku tanya macam mana 11 sembuh. Tiba2 (aku pun tak tahu) soalan tu boleh terpacul dari mulut aku. Lalu member aku pandang ke wajah aku, kelihatan dia seperti terkejut. Kenapa dan mengapa pun aku tak pasti. Tapi member aku kata

\"11 tak cerita kat lu ke botak? Lu kan kawan baik dia\"

\"Tak. Aku tak sampai hati nak tanya\" kata aku. Kemudian member aku tu pandang kedua2 wajah di depannya.

\"Korang janji cerita nie habis kat sini sahaja! JANJI Ok?\"

\"Janji\" serentak kami menjawap.



Dekat 1minit jugaklah untuk member aku tu nak mulakan bercerita.

\"Sebenarnya tiada ubat pun yg sembuhkan 11. Korang tahu tak yg family 11 ada datang bila mereka dapat tahu yg 11 sakit?\"

\"Takde ubat?\" ulang member aku

\"Ya tak de ubat...Betul! Family 11 datang. Doktor pun tak tahu 11 menderita penyakit apa. Dan hairan kenapa cuma lumpuh tangan kanan je. Korang tahu apa yg buat 11 sembuh?\" Tak tahu kata aku. Ya, aku memang nak tahu. Kemudian member aku kata lagi

\"Ayah 11 maafkan 11 dengan pegang tangan 11 (seolah sedang bersalaman) Tiga kali ayah 11 ulang perkataan maafkan 11. Korang tahu apa yg berlaku?\"

\"Tak\" member aku pulak yg menjawab.

\"Tak sampai 10 minit, tangan 11 dah boleh bergerak perlahan dan 11 mula bercakap (tanpa tersekat2) Dan dalam masa 30 minit, 11 dah sembuh 100% seolah2 tak pernah sakit. Semua doktor dan nurse yg bertugas pada malam tu pun hairan\"

 

Lepas tu member aku pun sambung lagi

\"Sampai bila2 pun aku tak boleh lupa peristiwa nie. Ustaz yg suruh aku merahsiakan semua ini\" kata member aku dengan wajah yg sedih (macam ada satu pengajaran) Aku dan member yg lagi seorang hanya terdiam tanpa ada sebarang soalan lagi.


 

*SEBENARNYA BOTAK TAK NAK CERITA TENTANG INI...TAPI TERPAKSA JUGA...

11 ADA TINGGALKAN SEPUCUK SURAT BUAT BOTAK SELEPAS POSTING... DIDLM SURAT ITU 11 MENCERITAKAN SEGALA2NYA APA YG BERLAKU. CUKUPLAH INI SAJA BOTAK CERITAKAN YG LAIN BIARLAH RAHSIAKAN....

 

*ITU CERITA 11..KITA TIDAK TAHU APA PULA CERITA KITA.

HANYA UTK RENUNGAN KITA BERSAMA....ITU SAJA NIAT BOTAK

 

 *TAMAT



\"DS PASTI TUNAI\"

 

 

 

Kepala otak-BOTAK 

Ditulis-DIN TWIN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Nasib baik ayah 11 sudi maafkan
  • 2) oleh itu jangan sakitkan hati ayah dan ibu...
  • 3) Kesian tunang 11. Orang dah suka, 11 buang gitu je... isk3

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444