Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

KAK CHIK

Cerpen sebelumnya:
TUNAI (AKHIR)
Cerpen selanjutnya:
KATAK

Pertama kali terjadi dimana seorang kenalan botak dilaman sewang minta botak tuliskan kisahnya. Macam2 soalan yg botak tujukan pdnya dr positif hingga negatif. Dia mengatakan tidak kisah, baginya utk teladan kpd orang lain. Botak setuju dgn pendapatnya, maka lahirlah cerita ini. Cerita ini ttg seorang wanita yg memburu cinta. Berjayakah dia? Jom baca cerita ini....



Semua manusia di dunia ini mempunyai masalah masing2. Ada yg bermasalah dengan ayah dan mak, ada yg bermasalah dengan adik beradik dan ada yg bermasalah dengan saudara. Yg sudah berkahwin pun ada masalah. Begitu juga mereka yg menghadapi masalah dengan jiran pun ada, yg mengalami masalah dengan diri sendiri pun ada ini disebabkan kurang keyakinkan. Dalam banyak2 masalah yg paling ketara sekali, botak rasa adalah masalah dengan kekasih...(botak tak termasuk, ok) Apa saja masalah yg kita hadapi, itulah lumrah dalam kehidupan, ataupun rempah dalam masakan. Bumi mana yg tidak ditimpa hujan. Lidah mana yg tidak tergigit...(bukan jilat..ya) Betul tak?. Hari ini botak nak bercerita satu kisah tentang salah satu masalah di atas yg akhirnya menjadi TEKANAN pada diri orang yg menanggung... BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YG MEMIKUL... Jom baca cerita yg botak tulis ini.



Di sebuah kawasan perumahan yg berhampiran dengan lebuhraya KL-PUTRAJAYA. Di salah sebuah rumah di kawasan itu, rumah yg berdinding biru dan beratap genting berwarna merah. Di dalam rumah itu kelihatan gelap dan sunyi, mungkin semua penghuni rumah itu sedang lena dibuai mimpi. Jam dinding di ruang tamu menunjukkan pukul 12.30pagi tetapi di bilik keempat, iaitu bilik terakhir yg terletak di bahagian hujung di dalam rumah itu seperti ada terdengar sesuatu. Di luar pintu bilik itu kedengaran bait2 lirik sebuah lagu...  

~ANTARA KAU DAN AKU, TELAH LAMA BERCINTA

~NAK KU KATAKAN DARI DULU LIDAH TERASA KELU~~

Begitulah bait2 lirik itu. Di dalam bilik kelihatan seorang wanita yg memakai baju t-shirt putih dan berseluar trek suit sedang meniarap di bucu katil. Biarpun MP3 dari handponnya terpasang, namun pandangan wanita itu tidak lepas memandang ke lantai bilik. Kemudian dialih tubuhnya berbaring, siling rumah pula ditenungnya. 



APAKAH YG DIFIKIRKAN WANITA ITU? Tiba2...

"HEY, LADIES~~" bunyi ringtone handpon berbunyi. Lalu di ambil handpon yg berada disisinya dan ditatap nombor pada skrin kemudian diletak kembali tanpa menjawapnya. Ringtone handpon itu berbunyi, berbunyi dan terus berbunyi. Akhirnya wanita itu pasrah lalu dijawapnya panggilan itu.

"Apa lagi yg awak nak? Kita dah bincang dan keputusan utk berpisah kan??? Jadi apa masalah awak asyik nak call saya???"



Di dalam talian kedengaran suara seorang lelaki

"Saya nak awak bayar balik duit saya..."

"Apa?!! Dulu awak yg kata bagi, kenapa sekarang ni saya kena ganti?!! Awak tahu tak... Saya dah korban SEGALA2NYA kat awak, tapi ini yg saya dapat... Awak pun sama macam ex-boyfren saya... Baik!!! saya akan bayar!!!" kata wanita tu yg dalam nada marah dan kecewa lalu dimatikan handponnya. Wanita ini menutup mukanya sambil menangis.


Lelaki di dalam telepon itu, botak namakan sebagai 6. Hampir setahun wanita ini memadu kasih pada 6. Wanita ini berkawan dengan 6 sejak belajar di pusat pengajian di hulu selangor. Wanita itu berkorban apa saja demi utk membuktikan cintanya pada 6. Tetapi, semuanya sia2... BAGAIKAN MENCARI PELANGI DI MUSIM KEMARAU.



"Wafa bangun cepat..." kata mak dari dapur. WAFA BINTI MOHD NOR, itulah nama wanita ini. Di atas katil, wafa gagahkan diri utk bangun walaupun tidurnya tidak sempurna. Lalu wafa membuka pintu biliknya lantas menuju ke bilik air utk mandi. Sesudah mandi wafa dapatkan mak di dapur utk menolong.

"Mak, mana yg lain tak tolong?"

"Yg lain tengah tidur... Biarkan diaorang tidur"

"Kalau orang mak kejutkan, kalau yg lain tu mak buat tak kisah pun..." kata wafa yg sememangnya terkilan...

"Dah2 cepat buat kerja tu, nanti lambat ke kedai pulak..." kata mak mematikan cerita. Mendengar jawapan mak, wafa diam tetapi didalam hatinya terasa sedih, menangis tak berlagu. Terkadang wafa tertanya pada dirinya. Mengapa mak selalu berat sebelah sedangkan dia pun anak kandung mak juga?



Wafa sampai ke kedai milik mak dalam pukul 6pagi. Sebenarnya kedai mak tidak berapa jauh dari rumah, jaraknya hanya 10minit menaiki kereta. Sesampai saja di kedai, 2 orang pekerja indonesia dan 2 orang tukang masak telah menunggu. Setelah membawa turun barang2, mak terus tinggalkan wafa di kedai. Jadi tinggallah wafa dan 4 orang pekerja untuk membuat kerja di kedai makan milik mak. Dah hampir 10tahun perkara ini berlaku, bermula sejak wafa sekolah rendah lagi. Wafa memang tak kisah cuma sesekali terasa  hati dan tertanya2. Nak menangis pun dah puas.


Wafa mempunyai 6 orang adik beradik. Wafa anak keempat dalam keluarga dan dipanggil KAK CHIK. Wafa adalah seorang wanita yg bersifat pendiam bagi yg baru kenal tetapi peramah bagi yg dah lama kenal dan juga seorang yg periang. Dari segi fizikal pula wafa sederhana tinggi (rendah kot), berkulit kuning langsat, bertubuh ramping dan memakai kaca mata. Dalam akedemik, wafa boleh menyambung utk mendapatkan diploma tetapi mak tak bagi. Kata mak  

"Nanti sambung belajar lagi, siapa nak jaga kedai?" Wafa cuba membantah pada mulanya tetapi takut digelar anak durhaka nanti, akhirnya wafa hanya mengikutkan kata2 mak.



Pada suatu malam, mak mengajak makan diluar. Maka bersiaplah semua orang termasuk wafa. Sedang wafa berada di dalam bilik, mak bersuara dari luar.

"Wafa, kamu tak payah pergi , jaga rumah... Nanti mak bungkuskan untuk kamu".

"Mak, orang nak pergi. Dah lama orang tak keluar dengan adik2" kata wafa di muka pintu yg hampir siap bersolek...

"Tak apa, kamu jaga rumah je... Nanti kalau semua keluar, siapa yg nak jaga rumah?" kata mak lagi. Wafa diam terus berlari masuk ke bilik. Wafa jatuhkan badannya diatas katil, menangis dan menangis. Dalam 30minit kemudian, keadaan dalam rumah senyap sepi. Semua telah keluar yg masih tinggal sudah tentu wafa seorang di dalam biliknya. Wafa capai handponnya lalu nombor seseorang didailnya

"Awak, saya ganggu awak tak?" kata wafa pada seseorang didalam talian...

"Tak awak..." kata suara wanita dalam talian itu. Wafa pun menceritakan apa yg berlaku sebentar tadi pada wanita itu. Di dalam talian,wanita itu berkata  

"Sabar awak, awak kena banyak2 sabar..." Seketika mereka pun berbual2, Dalam 30minit berbual, wafa pun mengakhiri perbualan. Wanita itu sebenarnya kawan baik wafa, NURUL BINTI HARUN namanya. Nurul ialah kawan satu sekolah dan satu kelas. Mereka rapat hingga  ke alam pekerjaaan. Pada nurul lah wafa banyak berkongsi masalah termasuk tentang LELAKI.



Dunia wafa hanya di kedai makan milik maknya. Wafa tidak kisah jika semua adik beradiknya memainkan peranan menjaga kedai mak, tetapi ini tidak berlaku. Wafa terkadang merasa cemburu bila melihat rakan2nya boleh memilih jalan sendiri setelah habis belajar termasuk juga nurul. Wafa terkadang terasa hati bila melihat rakan2nya yg mendapat sokongan keluarga bila mereka membuat sesuatu perkara. Tetapi itu tidak pernah berlaku pada diri Wafa. Selalu sangat wafa bermimpi disiang hari.... Mungkin kerana disebabkan tertekan atau jiwanya yg keliru, wafa pernah melarikan diri dari rumah. Wafa tidak melarikan diri jauh mana pun, hanya pergi ke rumah neneknya yg hanya sejam perjalanan daripada rumahnya. Wafa duduk di rumah neneknya hampir 2 bulan. Selepas itu wafa kembali semula ke rumah mak. Kepulangan Wafa atas pujukan mak dgn membuat janji2 manis.

 


Dalam pukul 1pagi, handpon wafa berbunyi

"Assalammuikum, Apa khabar?" kedengaran suara seorang lelaki di dalam talian.

"Khabar baik, awak apa khabar?"

"Saya sihat, ganggu awak tak ni?" kata lelaki itu.

"Awak free tak malam ni? Saya ingat nak ajak awak keluar..." kata lelaki itu lagi.

 "Free, boleh... Tapi awak jemput saya kat simpang jalan, boleh tak?"

"Baik... Tunggu saya ok" Mereka pun berbual2 seketika dan akhirnya ucapan salam dari wafa mengakhiri perbualan. Wafa keluar dari bilik, lalu diperhatikan keadaan rumah terutama bilik ayah dan mak. Setelah wafa pasti LINE CLEAR, wafa pun masuk semula ke bilik utk bersiap. Setelah bersiap, wafa keluar ikut pintu dapur yg memang wafa dah buat siap2 kunci pendua. Semasa sampai di tepi jalan, sekali lagi handpon wafa berbunyi.

"Awak, saya dah sampai ni" kata lelaki itu...

"Sekejap awak..." balas wafa. Bila sampai saja di kereta lelaki itu, lepas bersalaman, wafa terus menaiki kereta 

"Awak... Kita nak ke mana ni?" kata lelaki itu... 

"Tak kisah awak..."



Akhirnya kereta itu pun bergerak meninggalkan kawasan perumahan wafa. Ini juga adalah rutin wafa utk melepaskan tension. Bagi wafa utk melepaskan diri dari kongkongan maknya dengan cara berkahwin. Jadi wafa telah COP dirinya sebagai PEMBURU CINTA, sama seperti juga dengan wanita2 lain di dunia ini. Wafa mencari cinta sejati, cinta yg jujur dan cinta yg kekal didunia. Tetapi wafa masih belum miliki lagi cinta begitu. Apa yg wafa biasa dapat hanyalah cinta yg penuh tangisan, cinta yg penuh dengan dusta, cinta yg penuh dengan nafsu... Botak pun tak tahu dalam katogeri mana.? Jangan jawap soalan botak ini... Hahaha

 


Pada hari yg lain, dalam pukul 12tengahari, wafa terima kunjungan seorang tetamu di kedai makan maknya. Nurul yg datang, seronok betul wafa bila terima tetamu apalagi kawan baiknya.

"Awak makan sini ya? Kita belanja" kata wafa yg kelihatan seronok sangat.

"Betul ni, awak nak belanja?"

"Betul lah... Awak, ohh ya awak cuti ke hari ni?"

"Betul awak, saya mc hari ni" kata nurul yg bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.

"Cantik... Awak PENDING sini sampai kita balik boleh tak?" kata wafa yg mengharap.

"Ok, baik la awak..." ringkas kata nurul sambil tersenyum yg mempunyai kerendahan sama dengan wafa...

"Ohh, terima kasih awak" kata wafa gembira sungguh sampai berpelukkan.



Lalu mereka pun berbual2 rancak dan begitu seronok sekali. Hilai ketawa wafa sesekali mengatasi keriuhan kedai. Macam2 yg mereka bualkan, mengata pun ada kot. Dan berbual tentang pakwe adalah WAJIB (hahaha) Dalam pukul 5petang, setelah selesai berkemas dan menutup kedai, wafa dan nurul pun balik bersama. Kelihatan masa berjalan itu mereka masih tidak habis berbual lagi, malahan begitu rancak dengan diiringi gelak ketawa mereka. Begitulah kalau dah TWIN. Gelaran yg botak bagi pada mereka. Nurul tinggal bersebelahan di kawasan perumahan wafa. Nurul mempunyai sebuah skuter berwarna merah. Wafa balik dengan menumpang nurul.

 


Hari yg sama, dalam pukul 11.30 malam.

Wafa bermain msg dengan lelaki yg tunggu di simpang jalan tempoh hari. Di dalam msg lelaki itu ajak wafa keluar lagi. Wafa bersetuju tapi katanya lewat sikit, lelaki itu pun setuju. Sebenarnya wafa sudah menaruh hati pada lelaki itu. Apakah buruan cinta wafa telah berjaya berjumpa dengan lelaki yg diingininya? Wafa sudah 2 minggu berkawan dengannya. Lelaki yg dikenalinya di laman sewang... Dan lelaki itu adalah lelaki yg keempat dalam buruan cinta wafa (ikut kata wafa lah...) Setakat ini segalanya berjalan lancar. Terkadang sebelum tidurnya, wafa berdoa biarlah kali ini lelaki itu menjadi miliknya yg kekal. Masuk je minggu ketiga, hubungan wafa dengan lelaki itu sudah ada tanda2 RETAK MENANTI BELAH. Mungkin tuhan belum memakbulkan doa wafa. Kalau sebelum ini lelaki itu nampak baik, kini lelaki itu sudah mula menunjukkan TANDUKNYA..(botak tak ada tanduk, ok)



Botak nyatakan satu sebab saja dimana setiap kali selepas PROJEK, pasti lelaki itu menyuruh wafa menjadi MODEL PLAYBOY YG TIDAK BERBAYAR pada kamera digitalnya. Pada mulanya wafa hanya turutkan sahaja kehendaknya kerana terpaksa kot... Ataupun mungkin juga kerana cinta... Tetapi lama kelamaan, wafa bosan dengan perbuatan lelaki itu. Berbincang dan berbincang, keputusannya perpisahan menjadi milik wafa. Sekali lagi airmata menjadi teman setia wafa. Airmata wafa banyak menjadi saksi atas segala kegagalan pemburuan cintanya. Jika airmata ini bisa bercakap, pasti ia minta wafa hentikan pemburuan ini. Tetapi wafa memang perlukan cinta. Memang Wafa bagaikan SEORANG MUSAFIR YG SESAT DIPADANG PASIR MEMINTA SIMPATI SETEGUK AIR YG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Tetapi selalunya AIR LAIN YG WAFA DAPAT. Botak namakan lelaki ini 7.

 


Kesokan hari, dalam pukul 6petang.

Handpon wafa berbunyi. Wafa tatap di skrin handponnya lalu ditekan 

"Hai, awak nak apa?" kata wafa pada seorang lelaki didalam talian.

"Macam tak suka je saya telepon..."

"Bukan macam tu, awak ni kalau susah baru cari saya..."

"Ala saya sibuk la... Jom kita keluar pergi DOWNTOWN nak tak?"

"Bila nak pergi?"

"Malam ni, nak tak?"

"Baik, tapi awak sponsor saya..."

"Ok no hal, malam nanti kita jumpa ok?" kata lelaki itu dan mengakhiri perbualan.



Lelaki itu sebenarnya FIRST LOVER wafa, telah putus 3 tahun yg lalu. Botak pun tak berapa pasti sebabnya, cuma botak rasa mamat ini dah bosan dengan wafa. Botak namakan mamat ni sebagai 5. 5 ialah lelaki pertama yg merobek VIRGIN wafa. Walaupun wafa telah berpisah, namun wafa tetap baik dengannya. Mungkin first lover susah nak dilupakan. Maklumlah banyak kenangan2 suka dan duka bersama. Botak faham, orang lain tak tahu lah... Jadi malam ini wafa keluar dengan ex-boyfrennya dan keluar tanpa pengetahuan family.

 


Waktu pagi di kedai milik mak, ketika wafa sedang membasuh pinggang di dapur

"Wafa, wafa..." panggil mak dari depan.

"Ya mak..."

"Wafa, hari tu nurul datang makan tak bayarkan?" tanya mak bila wafa berada didepannya.

"Betul mak ,orang belanja... Kenapa mak?" 

"Nanti potong gaji kamu"

"Mana boleh macam tu mak. Kalau abg ngah datang bawa kawan makan pun tak bayar. Mak tak kisah pun..." kata wafa yg marah tapi turut dalam kesedihan.....

"Takde, mak kata potong gaji, potong gaji..." kata mak berkeras. Wafa diam terus berlari ke arah dapur. Di dapur wafa menangis memikirkan nasibnya.



Selepas kedai tutup, wafa tidak balik ke rumah, entah hilang ke mana. Pada pukul 8malam, baru wafa muncul di rumah. Masuk saja di dalam rumah ,wafa terus berjalan tergesa2 menuju ke biliknya. Mak yg ada di ruang tamu hanya diam saja bila melihat wafa. Di atas katil ,wafa cuba untuk menangis lagi tetapi tidak banyak airmata yg keluar. Mungkin airmata dah tak mahu jadi teman setia wafa ataupun mungkin air mata wafa telah kering. Dalam pukul 10malam, wafa msg seseorang. Selang berapa detik, handpon wafa berbunyi...

"Abg, adik dah tak tahan. Adik nak lari dari rumah" kata wafa tiba2 pada seseorang dan kali pertama wafa gunakan perkataan ABANG.

"Jangan adik... Jangan rumitkan keadaan. Adik bukan kena pukul dengan mak" kata lelaki itu yg sudah tahu masalah wafa dengan familynya.

"Adik dah tak tahan abg..." kata wafa dengan nada tersekat2 menahan kesedihan.

"Adik, cuba fikirkan masak2 perkara ini..." kata lelaki itu lagi. Wafa terdiam kemudian bersuara,

"Abg, adik nak jumpa abg...."

"Boleh, bila?" kata lelaki itu.

"Hari minggu ini, lagipun kedai tutup hari minggu ni" kata wafa.

"Baiklah adik, sekarang nie abg ada keje, hari minggu ini kita jumpa. Adik jaga diri baik2 ya..." kata lelaki itu. Lelaki yg wafa berbual itu bermula dgn huruf B, B bagi BOTAK.



Botak telah berkawan dengan wafa pada tahun 2008 lagi tetapi terputus hubungan. Pada tahun 2009 wafa menghubungi botak. Dan hingga kini botak berkawan baik dengan wafa. Wafa sampai kini masih mencari cinta lagi. Wafa yg minta botak tuliskan kisahnya ini.

 


Botak masih ingat pada satu masa wafa berkata

"JIKA KESETIAAN YG SELAMA INI DIA LAKUKAN HANYA BERBUAH KEDUKAAN, JANGAN DITANYA KENAPA, JIKA SELEPAS INI KEBURUKAN YG DIA LAKUKAN" Botak berkata...

"Jangan buat macam itu, kesian pada wafa, kesian pada diri wafa dan masa depan wafa" Tetapi wafa diam membisu, nak kata setuju pun tidak, nak menidakkan pun tak.

 

 

KESIMPULAN...

Jika dalam kehidupan ini ada 10 kebahagiaan, 7 daripada 10 kebahagiaan sudah menjadi milik kita. Mengapa kita harus nak meratap 3 bahagiaan yg kita tiada. Hinggakan kita sanggup buang 7 kebahagiaan yg kita ada...


SEBENARNYA CERITA INI BUKAN MEMBUKA PEKUNG DIDADA TAPI SEBAGAI TELADAN PD ORG LAIN..TKSH



"DS PASTI TUNAI"

 



Kepala otak-BOTAK

Ditulis-DIN TWIN

 

 


               RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

Cerpen sebelumnya:
TUNAI (AKHIR)
Cerpen selanjutnya:
KATAK

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

Zambri Botak

I love Kapasitor
botak_9444 | Jadikan botak_9444 rakan anda | Hantar Mesej kepada botak_9444

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya botak_9444
ANJING (PART 3) | 2191 bacaan
ANJING (PART 2) | 2085 bacaan
ANJING (PART 1) | 2410 bacaan
KUCING 2 | 2334 bacaan
TUNAI 2 | 15063 bacaan
CIKGU | 3725 bacaan
GAZA | 2346 bacaan
IRA | 2474 bacaan
WATI | 2381 bacaan
SOFA | 2419 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya KAK CHIK
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik