Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

KATAK

Cerpen sebelumnya:
KAK CHIK
Cerpen selanjutnya:
KUCING (PART 1)

Seterik mentari pagi ini yang begitu menyengat seluruh tubuhku, titisan peluh kehangatan memenuhi seluruh mukaku. Sudah beberapa kali aku mengelapnya, namun titisan peluh tetap mengalir dari celah2 liang roma ini. Begitu lah aku, seorang yang kuat mengeluarkan peluh hingga ke mana2 ku pergi, ia tetap mengikutiku. Keterikan mentari tak berpanjangan kerana terlindung oleh kumpulan awan yang mendatang. Kemendungan membuat aku tenang dan segar seketika. Tapi, semua itu tidak lama kerana kumpulan awan tak dapat melekat lama utk melindungi mentari. Kejahatan angin telah meniup awan hingga terpaksa berarak entah ke mana. Di saat kehilangan, mentari kembali menjelma hingga membakar seluruh kulit tubuhku. Aku kepanasan dalam kehangatan.

Ahhh... Mengapa hari ini begitu terik sekali? Apakah mentari ini membenci pada bumi yang penuh dengan kepanasan dosa2 oleh penghuninya (termasuklah diriku) atau mungkin hujan akan turun selepas ini. Begitulah besarnya kuasa Mu, segala kejadian dan ketetapan Mu tak dapat di duga. Tak kesampaian, tak mampu untuk di jawab oleh insan sekerdil ciptaan Mu... Engkau lah yang mengerti. Engkau lah yang lebih memahami kami yang Kau ciptakan.

 


"Peenggggg!!!" Tiba2 aku tersentak dari lamunan tatkala sebuah gelas terjatuh ke lantai. Jatuhnya betul2 di sebelah meja aku. Sambil aku menoleh, aku nampak beberapa pemuda cina saling menyalahkan antara satu sama lain. Akhirnya mereka ketawa beramai2.



"Oh, rupanya mereka mabuk, MABUK "CAP APEK lah tu" bisik hatiNasib baik air dari gelas yang pecah tadi tak kena kaki seluar aku, sempat mengelak (TTS). Mmm, baru aku sedar rupanya aku terlampau jauh mengelamun. Ahhh... Biar lah! Bukannya orang tau. Kalau yang tau pun, cuma orang2 yang baca nukilan aku ini. Akhirnya, aku biarkan segalanya yang telah tersurat...



Jika awan berarak tak menentu, begitu juga hati ini yang terumbang-ambing dengan kesilapan dulu. Kesilapan yang membuat aku lupa pada kenyataan, lupa pada hukum dan lupa pada TUHAN... Ketika aku dengan kesilapan, aku duduk dalam dunia aku sendiri. Dunia yg indah kononnya...



Pada masa tu, aku berkawan dan bercinta dengan seorang insan. Aku rindu padanya kalau tak berjumpa. Malah aku menggila padanya kalau terkenang. Memang aku tau yang aku bukan normal lagi pada masa tu. Aku pun tau tak semua orang sanggup menghadap dengan apa yang aku lakukan. Semua orang mungkin jijik dan benci dengan apa yang aku lakukan. Tapi, aku lena dalam sedar pada saat ketika itu...



"Siapa aku? Siapa dia? Aku dan dia masing2 sama dalam semua segi. Apa yang aku ada, dia pun ada... Apa yang aku takde, dia pun takde"



Aku tak peduli semua tu... Bagi aku, cinta itu buta... Walaupun mereka lelaki, tetapi aku menyebelahi mereka. Aku menyokong mereka kerana aku sudah mendekati dan mendampingi mereka... Mereka suka dibelai, didakap dan suka dimanja. Jiwa mereka lembut... Tapi, mereka akan berubah ganas bila perasaan dan hati mereka di ganggu. Ketika itu, kejantanan mereka terserlah. Namun tetap terselit kelembutan dalam keganasan mereka... Jika mereka ada sakti macam HARRY POTTER, pasti mereka akan menukarkan apa yang mereka tak mahu pada tubuh agar menjadi WANITA SEJATI. Tapi, apa kan daya... Mereka juga seperti insan2 yg lain. Tak mampu dan pasrah dengan apa yang mereka miliki. Akhirnya, terpaksalah mereka mengikut hayunan rentak kehidupan dan langkah kaki. Walaupun pahit untuk ditelan, sayang utk dibuang. Nyatanya, itu lah kehidupan mereka...



Aku sedar, pada masa tu aku memang PARANORMAL (bak kate uncle seekers). Tentu ramai orang (termasuklah member2 aku) yang kata aku gila. Aku tahu, aku terima...

 


Pada masa tu, percintaan aku memang hebat. Mungkin tak sehebat UDA dan DARA. Tapi, uda, dara tak mengalami apa yang aku rasa. Hampir setahun aku tak mendampingi insan yang sepatutnya aku dampingi. Insan yang bergelar WANITA... Pada masa tu, wanita takde dalam kamus hidup aku. HANYA DIA SAHAJA...

 


Aku masih ingat, saat kami hangat bersama2. Aku selalu menanti dia di padang ARH. Aku selalu menanti dia pulang kerja, menanti yang tersayang. Aku masih ingat lagi, kadang2 aku terlena ketika menanti dia, dia kejutkan aku dengan memberi kunci rumah menyuruh aku pulang dahulu... Mungkin dia kasihan dan kasih kan aku. Ketika makan, suapan demi suapan adalah amalan kita. Pendek kata, apa yang kami lakukan akan kami dikongsi bersama. Aku tak mahu bercerita tentang pertemuan kita. Bak kata Dato' Siti, biarlah rahsia...

 


Pada masa tu, dia lah SAYANGKU... Tetapi itu semalam, kelmarin dan dulu...

BUKAN HARI INI... Kini aku telah kembali ke jalan yang betul, jalan yang betul bagi lelaki. 

LELAKI LAWANNYA WANITA. ITU YANG BENAR DALAM LUMRAH KEHIDUPANMaafkan aku atas kesilapan semalam.

 


Kini aku hairan... Mengapa golongan ini begitu banyak sekali sekarang? Ada yang aut0, ada yang manual DAN ada yang semi-auto... Kelab2 mereka pun tumbuh macam cendawan selepas hujan. Apa saja yang berlaku DAN apa yang mereka lakukan, semua adalah kerana NAFSU. Itu lah yang aku lakukan suatu masa dahulu... AKU MENYESAL....



PERCAYALAH... BUAT MACAM MANA PUN, BILANGAN MEREKA TETAP BERTAMBAH....

HANYA HARI AKHIRAT SAJA YG DAPAT MENHAPUSKAN MEREKA 

 

 


"DS PASTI TUNAI"

 

 


Kepala otak-BOTAK 

Ditulis-DIN TWIN


 

 

 

 

 

 

 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

Cerpen sebelumnya:
KAK CHIK
Cerpen selanjutnya:
KUCING (PART 1)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

Zambri Botak

I love Kapasitor
botak_9444 | Jadikan botak_9444 rakan anda | Hantar Mesej kepada botak_9444

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya botak_9444
ANJING (PART 3) | 2191 bacaan
ANJING (PART 2) | 2085 bacaan
ANJING (PART 1) | 2410 bacaan
KUCING 2 | 2334 bacaan
TUNAI 2 | 15063 bacaan
CIKGU | 3725 bacaan
GAZA | 2347 bacaan
IRA | 2474 bacaan
WATI | 2382 bacaan
SOFA | 2419 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

1 Komen dalam karya KATAK
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik