Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Diari Alia

Cerpen sebelumnya:
Nerd suka aku?!
Cerpen selanjutnya:
Pencuri Hati
1 Julai 2006

“Satu je dik?” tanya cashier Hot Market tu. Aku angguk tanpa sikit pun menoleh kearahnya.

“RM 2.50,” katanya lagi. Aku hulur duit, ambik barang tu dan terus pergi. Aku tak sanggup tahan air mata ni lagi Zam. Kau nampak tak aku menangis?!

 8 Julai 2006

“Beli cincin lagi dik?” kata cashier tu ramah. Aku diam je, sepatah pun aku tak jawab. Nak pandang dia? Menjeling pun tidak!

“RM 2.90,” katanya sambil menghulurkan plastik berisi cincin yang baru aku beli tadi.

Aku memang suka kumpul cincin, kau tak ingat ke?

 15 Julai 2006

“Yang ni cantik juga,” kata cashier yang sama ketika aku sedang memilih cincin untuk ku beli. Mungkin kau dah cam aku, tapi sebagai pelanggan Hot Market! Tolonglah ingat kat aku, Zam.

“Adik memang suka pakai cincin ye?” tanya cashier tu, cuba beramah denganku. Aku diam seribu bahasa. Langsung tidak menjawab kata-katanya. Lama-lama dia terdiam. Kenapa kau tak ingat aku lagi Zam?!

               *******************************************************************************  

“Dia tak ingat kau lagi ke?” tanya Rina lembut. Aku menggeleng kecil.

“Langsung tak,” kataku perlahan.

“Janganlah desak dia sangat…” aku memandang tajam ke arah Rina. Desak?!

“Aku cuma beli cincin. Sebelum ni pun aku beli cincin kat kedai yang sama. Cuma bezanya sekarang, dulu aku beli cincin bersama dia, bukan beli cincin daripada dia!” kataku.

“Kalau boleh, aku nak sangat tanya dia. Dia kenal aku ke tak? Dia tau nama aku ke tak? Dia ingat tak yang aku ni sama-sama belajar dengan dia kat UKM? Dia tak ingat apa-apa pasal aku dengan dia ke?! Tapi setiap kali aku datang, dia cuma concern pasal cincin yang aku beli. Aku bukan Wizalia yang dia kenal, tapi aku adalah pelanggan tetap Hot Market! Cuma itu yang dia tau pasal aku, Rina.

Itu je,” kataku sebak. Rina terdiam mendengar kata-kataku.

“Aku bukan sengaja cakap macam tu, Wiz. Tapi dah 4 bulan dia macam tu. Parents dia kata, benda ni temporary…”

”Aku balik dulu Rina. Esok kita jumpa ye?” aku tersenyum sambil berlalu meninggalkan Rina dengan fikiran yang berserabut. Tak sanggup mendengar kata-kata yang lahir daripada mulut Rina lagi. Aku teringat kata-kata ibu Zamry dulu.

 

“Zam amnesia, Wiz. Tapi doktor kata sementara je. Makcik bersyukur sangat Wiz. Zam dah ingat pada Makcik. Syukur Alhamdulillah, Wiz,” menitis air mata tuanya. Dia memelukku lembut.

“Wiz, Wiz cuba jumpa dia dulu. Mungkin waktu dia mula-mula sedar dulu, dia tak ingat kat Wiz. Mungkin dia dah ingat sekarang? Wiz pergilah jumpa dia, nak,” pujuk mak Zamry lembut. Aku menggeleng perlahan.

“Saya harap, suatu hari nanti dia akan cari saya, Makcik,” balasku lembut.

            Zamry tergelincir ketika menuruni tangga di rumahnya sendiri. Kepalanya terhantuk pada bucu tangga. Doktor mengesahkan yang Zamry mengidap amnesia. Itu sahaja yang aku tau tentang kemalangan kecil yang di alami oleh Zamry. Aku melawatnya di hospital, tapi sayang. Dia tidak mengingatiku.

              ******************************************************************************** 

  22 Julai 2006

Hari ni, aku datang jumpa kau lagi. Kau langsung tak bersuara. Mungkin kau tau yang aku takkan jawab sepatah pun kata-kata kau. Aku lebih selesa macam ni, Zam. Daripada dengar pertanyaan kau pasal cincin yang aku beli. Aku dah letih, Zam. Letih sangat!

29 Julai 2006

Habis kelas, aku terus balik rumah. Aku pergi kedai kau lagi. Aku cari cincin macam biasa. Aku tak pernah bosan untuk kumpul cincin. Setiap minggu, aku akan balik rumah untuk pergi Hot Market tempat kau kerja. Kalau dulu masa kita sama-sama belajar kat UKM, mungkin kau akan temankan aku. Tapi kata emak kau, kau berkeras nak kerja, tak nak sambung pengajian sebab kau tak larat nak cover chapter-chapter yang kau tertinggal sebelum ni. Aku pun tak larat dah, Zam.

 5 Ogos 2006

Aku dah mula malas nak kumpul cincin. Aku mula penat nak pergi Hot Market. Aku dah mula letih pergi sana, jumpa kau tapi kita langsung tak bercakap. Aku tak tau nak buat apa lagi, Zam.

 12 Ogos 2006

Aku dah tak tahu cincin mana yang aku patut beli. Hampir semua cincin yang aku suka kat Hot Market, aku dah beli. Aku dah simpan, aku dah kumpul. Seolah-oleh petunjuk yang aku tak patut datang Hot Market lagi. Zam, tolonglah ingat kat aku. Panggillah aku!

 

                ******************************************************************************

“Kau nak balik rumah jugak ke lepas ni?” tanya Rina. Hanya dia sahajalah yang mengetahui status hubungan aku dan Zamry.

“Final,” kataku perlahan.

“Final?” separuh menjerit Rina bertanya. Aku mengangguk kecil.

“Kau pasti ke?” dia bertanya lagi. Kali ni, aku menjungkit bahu. Tidak tahu jawapan apa yang patut aku berikan.

 

“Zam,” aku memanggil Zamry dengan sepenuh kudrat yang aku ada.

“Mac.. Macam mana awak tau…”

“Untuk kau,” aku memotong kata-kata Zamry sambil menghulurkan sebuah buku berkulit tebal, bewarna ungu. Warna kegemaranku.

“Apa ni?” tanya Zamry lagi. Sedikit terpinga dia melihatku. Aku mengeluh kecil.

“Assalamua’laikum,” itulah kata-kata terakhir yang lahir daripada mulutku. Aku berlalu meniggalkan Zamry yang terpinga-pinga.

  

DIARI ALIA

Bermula dari detik kau bagi aku diari ni, aku teruja nak menulis. Setiap kenangan antara aku dan engkau, aku pahatkan dalam diari ni. Sejak  pertemuan pertama kita  suatu ketika dulu, sampailah ke saat ini, aku tak pernah jemu untuk mengabdikan detik indah antara kita. Biar habis dakwat  pen aku, biar lenguh tangan menulis, biar lunyai kertas di tangan, diari ni akan jadi bukti. Cinta aku, untuk kau selama ni. Ikhlas, Alia.

Cerpen sebelumnya:
Nerd suka aku?!
Cerpen selanjutnya:
Pencuri Hati

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
4 Penilai

Info penulis

zira

im just an ordinary girl who loves to write..
nameless | Jadikan nameless rakan anda | Hantar Mesej kepada nameless

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya nameless
Detik Akhirku | 4382 bacaan
Ini Cerita Kami | 2655 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 3 (final) | 4828 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 2 | 4803 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 1 | 4765 bacaan
Kasih Diana | 2523 bacaan
'i do' | 2719 bacaan
Cinta Buta | 1022 bacaan
Impian | 2779 bacaan
Kera Sumbang | 3621 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

12 Komen dalam karya Diari Alia
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik