Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KUCING (PART 1)

 

Kisah ini diceritakan oleh SUKRI B. ALI, nama panggilannya PANJANG. Sukri diberi gelaran panjang sebab fizikalnya yg kurus dan tinggi (diulangi sekali lagi kurus dan tinggi tau! Hahaha tau takpe...) Pada suatu petang, panjang bercerita pada botak bila jiran kami (yg mempunyai anak satu) baru beli seekor kucing siam yg comel giler.

 \"Kau nak tau botak... Aku nie kalau tengok kucing, aku mesti teringat arwah mak aku\" dgn nada sedih.

\"Kenapa pulak?\" tanya aku.


Panjang mula bercerita tentang bila anak2 dah besar, dah ada keluarga sendiri, dah ada kerjaya (termasuklah dirinya ) Anak2 dah takde masa nak selalu balik ke kampung. Alasan mereka bussy... Mungkin disebabkan kesunyian maka mak aku pun bela lah seekor KUCING. Cara mak aku bela kucing tu pulak dah macam dia bela seorang anak. Pada mulanya panjang keberatan untuk bercerita pjg, tapi selepas didesak oleh botak barulah panjang akur.

 

Adik beradik panjang tak ramai, 3 orang sahaja. Panjang adalah satu2nya anak laki dalam keluarganya. Kakaknya dah kahwin dan menetap di Kedah. Dan adiknya bekerja di Kuala Lumpur. Panjang nie asal orang terengganu, abahnya pun dah takde lagi. Mmm, sebenarnya botak tak pasti tentang kebenaran cerita ini. Dan pada masa yg sama, botak juga tak nak paksa sesiapa pun untuk percayakan cerita ini... Hanya Jauhari yg  kenal manikam. Jom ikuti kisah daripada botak bercerita ini.

 


Pada suatu malam (keadaan hujan renyai2), selepas solat isyak di masjid, kelihatan mak yg berpayung sedang berjalan dengan perlahan2 untuk balik ke rumah. (Jarak masjid dengan rumah mak dalam 200 meter) Ketika mak sedang berjalan ditepi2 jalan, tiba2 mak terdengar suara anak kucing. Puas juga mak mencari dari mana datangnya suara tu, namun tak berjaya. Dalam hati, mak tahu yg anak kucing tu telah terpisah dari ibunya dan dalam keadaan kesejukan. Mak takut nanti kucing tu mati kalau dibiarkan. Setelah mencari ke hulu ke hilir, akhirnya anak kucing itu berjaya ditemui. Dimana anak kucing itu terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan (yg arus airnya sedang laju) sedang duduk pada sebatang kayu yg tersangkut.

\"Macam mana kau boleh jatuh nie? Mana ibu kau nie?\" kata mak bercakap seorang diri sambil berfikir macam mana nak selamatkan anak kucing itu. Kalau mak nak turun ke bawah longkang tu, mak memang dah tak larat. Mak pandang2 ke arah jalan kalau ada sesiapa yg boleh membantunya. Tapi takde... Puas juga mak berfikir sambil memandang ke arah sekeliling untuk mencari sesuatu yg boleh digunakan untuk menolong anak kucing tu. Dan akhirnya mak ternampak sebatang kayu beluti, terus mak capai. Bila kayu tu dah berada di tangan mak, lalu mak hulurkan kayu tu ke arah anak kucing tu. Ibarat macam untuk dibuat jambatan.

\"Naiklah sayang \" kata mak pada anak kucing. Ketika itu mak dah tak memikirkan lagi samada hujan atau tidak. Kemudian mak pun meletakkan payungnya ke tepi lalu mencangkung berhampiran longkang sambil mencuba untuk membantu anak kucing tu selagi boleh. Dan akhirnya mak berjaya dan anak kucing itu dapat diselamatkan. Anak kucing (yg comot2) tu yg sudah berada di tangan mak, mak pandang keadaan sekeliling kot2 ibu kucingnya ada. Tapi takde...

\"Nie kalau aku biarkan, mati pulak anak kucing nie nanti\" bisik hati mak. Sebenarnya mak tidak sangat berminat dengan kucing tapi disebabkan kesian, mak pun membuat keputusan untuk bawa balik dan bela anak kucing nie. Maka mak pun berjalan balik dengan anak kucing yg berwarna Putih dengan Tompok2 Hitam.

 


Pada pagi keesokan harinya...

\"Adik, adik...\" Wahhh, dah ada nama kucing nie. Adik namanya... Mak letak adikdalam kotak di sudut dapur, berdepan dengan pintu tandas.

\"Adik, cepat makan. Nanti lepas makan, adik mandi ya. Semalam adik tak boleh mandi sebab sejuk, nanti adik sakit\" kata mak yg sedang bercakap dengan anak kucing yg macam faham. Semasa adik sedang makan, mak keluar sebentar pergi ke rumah jiran (dalam jarak 50 meter) Sampai je di rumah jiran,

\"Yati, yati...\" jerit mak di depan rumah jirannya. Seketika keluar seorang wanita dalam awal 20\'an. Mmm, dialah Yati yg mak cari...

\"Ya makcik. Ada apa makcik\" yati bersuara.

\"Yati boleh tak makcik pinjam shampoo kucing? Nanti makcik ganti balik...\" kata mak dengan bersungguh2.

\"Boleh makcik... Mmm, makcik dah bela kucing ke?\" kata yati yg memang minat pada kucing.

\"Makcik naik lah dulu\" kata yati lagi.

\"Takpe yati, makcik nak cepat nie\" jawab mak.

\"Baiklah. Makcik tunggu sebentar, yati pergi ambil shampoo tu ya...\" kata yati lagi.

\"Terima kasih yati\" kata mak.

 


Di rumah, mak lihat adik dah kenyang. Habis licin susu yg disediakan oleh mak tadi.

\"Owh, adik dah kenyang ya...\" kata mak sambil mengosok2 badan adik. Kelihatan adik masih lagi mengiau2 seperti mencari ibunya. Mungkin juga disebabkan adik masih tak selesa, tak biasa dengan suasana baru. Lalu mak ambil adik dan terus dibawanya ke bilik air. Kemudian memandikan adik dengan shampoo yg dipinjam dari yati. Sebentar tadi yati juga sempat mengajar mak cara2 untuk menggunakannya. Semasa dimandikan, menjerit2 adik bila kena air (mungkin belum biasa mandi lagi) Selepas selesai mandi, mak pun lap badan adik dengan tuala. Maka terserlah lah adik yg sebenarnya... Seekor anak kucing yg comel berwarna putih dengan tompok2 hitam. Pada kedua2 kaki depan adik kelihatan seolah2 adik memakai stokin (sebab berwarna hitam)

\"Wahhh, cantiknya adik...\" kata mak sambil membelai2 badan adik. Petang tu dalam pukul 2, yati datang ke rumah mak.

\"Makcik, makcik...\" kata yati.

\"Masuklah yati...\" jawab mak dari dalam. Apabila pintu terbuka, yati nampak mak yg sedang asyik bermain2 dengan adik.

\"Aduh, cantiknya makcik\" kata yati suka. Mak pula hanya tersenyum bila mendengar pujian dari yati.

\"Siapa namanya makcik?\" tanya yati sambil duduk di sebelah mak.

\"Adik. Nama penuhnya SHARIFAH\" jawab mak sambil tersenyum lagi.

\"Wah, ada nama penuh tu...\" jawab yati tergelak sambil membelai2 adik.

\"Yati, nanti temankan makcik pergi pasar raya boleh tak?\" kata mak minta tolong.

\"Boleh makcik. Tapi makcik nak beli apa?\" tanya yati kehairanan.

\"Makcik nak beli barang2 adik. Yati kan tau pasal kucing\" jawab mak tersenyum.

\"Baik makcik. Nak pergi nanti, makcik bagitau saya ya. Makcik, yati minta diri dulu ya. Nak baliklah, ada kerja sikit. Saya datang nie pun semata2 nak tengok kucing makcik\" kata yati sambil melambai2 ke arah adik.

 


Pada malam tu, mak pun sibuklah membelek2 dan menyusun barang2 adik yg dibelinya di pasaraya dengan yati tadi. Mak kosongkan satu tingkat rak di almari semata2 untuk menyimpan barang2 adik. Contohnya shampoo, makanan dan vitamin. Dan mak juga telah membelikan tempat tidur untuk adik yg berwarna biru. Akhirnya, semua tersusun kemas di rak almari. Semasa melihat adik sedang bermain2 di dapur

\"Adik, lepas nie adik dah ada tempat tidur yg selesa, nanti badan adik pun wangi, adik pun cantik...\" mak bercakap dengan adik, adik hanya mengiau2 pada mak. Sejak hari tu, mak menjaga adik dengan penuh kasih sayang. Dan pada masa yg sama, adik juga sangat manja pada mak. Bak kata panjang, sebab anak2 semuanya bussy.

Maka secara tak langsung, adik lah yg menjadi anak bongsu mak.

 


Pada tahun pertama panjang bercuti (ketika itu mak dah bela adik selama 6 bulan), mula2 panjang tak tahu mak bela kucing. Setelah bersalaman dan bertanya khabar pada mak, panjang terus ke dapur. Mak tanya pada panjang

\"Ri nak makan tak?\" Ri adalah nama panggilan panjang dalam keluarga.

\"Tentulah mak. Dah lama ri tak makan masakan mak\" kata panjang dengan penuh semangat.

\"Baiklah. Sekejap lagi mak siapkan\" jawab mak minta anaknya bersabar. Semasa Panjang sedang menunggu mak menyiapkan hidangan, panjang terpandang pinggan kaca di lantai.

\"Eii, siapa pulak yg letak pinggan kat lantai nie\" bisk hati panjang. Lalu panjang pun kutip pinggan tadi dan terus letakkan di sinki (ketika itu mak tak perasan)

\"Dah siap ke mak?\" tanya panjang macam dah tak sabar2 nak makan.

\"Dah, cepat duduk\" kata mak tergelak2 melihat gelagat anak laki tunggalnya. Sedang panjang nak menyuapkan nasi ke mulut, tiba2 kedengaran suara mak yg seakan2 menjerit

\"Adik, adik... Cepat makan\" Panjang toleh ke belakang, ke arah bilik mak.

\"Mak, adik nani balik ke?\" tanya panjang kehairanan.

\"Kebiasaannya kalau ada adik nani, tentu dia sambut aku balik tadi\" bisik hati panjang lagi. Mak tersenyum sahaja mendengar soalan anaknya. Kemudian, adik pun berlari sambil mengiau2 terus menuju ke mak.

\"Nie lah adik... Adik, panggil abg cepat. Abg nie baru balik cuti tau...\" kata mak sambik mendukung adik

.\"Mana pinggan adik?\" mata mak masih mencari2 pinggan di lantai.

\"Pinggan apa mak?\" tanya panjang.

\"Pingan kaca warna putih\" jawab mak.

\"Kat sinki. Ri yg letak tadi\" kata panjang.

\"Aduh... Kenapa letak kat sinki?

\"Tu pinggan adik\" jawab mak terus bangun pergi ke sinki.

\"Manalah ri tau. Yg ri tau tu pinggan untuk manusia makan. Ada ke kucing makan kat pinggan macam tu?\" jawab panjang sambil menyuapkan nasi ke mulut. Mak diam...

\"Adik, tengok abang tu... Dia tak bagi adik makan kat pinggan kaca\" mak bercakap dengan adik sambil tergelak2, adik hanya mengiau2 saja sambil memandang mak. Panjang pula hanya perhatikan maknya. Panjang perhatikan dimana mak ada, pasti kucing tu ada. Dimana kucing tu ada, pasti mak ada.



Sekarang nie mak memang rapat dengan kucing tu. Bila mak duduk, kucing tu akan duduk di peha mak, bermanja2 sampai tertidur. Tangan mak pula tak henti2 mengosok badan kucing tu sambil bersembang dengan panjang. Kadang2 ada juga panjang tersilap, ingatkan mak sedang bercakap dengan dia. Rupa2nya mak bagitau yg mak bukan bercakap dengan dia, tetapi dengan adik. Pening kepala panjang... Selepas makan malam, panjang dan mak duduk di ruang tamu sambil menonton TV. Tiba2 panjang bertanyakan pada mak,

\"Mak, macam mana boleh terbuka hati mak untuk bela kucing nie?\"

\"Ala, mak kesian tengok adik. Tu la sebab mak bela. Lagipun mak sorang2 kat rumah, sunyi... Kalau adik ada, takdelah sunyi sangat\" Kalau disebabkan mak sunyi (tinggal sorang2) panjang memang kalah. Lalu panjang diam dan terus matikan cerita. Bila tiba waktu tidur,

\"Adik. adik... Cepat masuk tidur\" Berlari2 adik datang ke arah mak dan terus masuk ke bilik mak. Adik macam faham2 je apa yg sedang dicakapkan oleh mak. Panjang pula hanya memerhatikan sahaja.

\"Mak, kucing tu tidur dalam bilik mak ke?\" tanya panjang yg masih kehairanan. Kemudian dari dalam bilik mak menjawab

\"Dari kecil lagi adik tidur satu katil dengan mak\"

\"Mmm, dia tak berak ke mak?\"

\"Tak lah. Adik pandai, adik dengar cakap\" kata mak memuji adik. Panjang diam lagi... Dari luar panjang dapat dengar nyanyian mak

 

~TIDUR, TIDUR ADIK MAK SAYANG

  TIDUR, TIDUR PEJAM MATA

  ESOK PAGI BANGUN AWAL

  BOLEH KITA MAKAN BERSAMA~

 


Macam tu lah lagu mak untuk mendodoikan adik masa nak tidur. Begitulah hari2, mak dan adik memang rapat. Cara mak melayan adik dah macam anak sendiri. Panjang hanya menjadi pemerhati je, nak cakap apa2 pun dah tak boleh. Akhirnya cuti panjang dah hampir tamat, maka tibalah masa untuk panjang balik. Semasa nak hantar panjang ke airport, mak dah siap2 sewa kereta jiran. Setelah semua bersedia nak ke airport, tiba2 mak panggil adik. Dan adik terus berlari ke arah mak, lalu mak dukung adik terus masuk ke kereta.

\"Mak, kucing tu pun nak bawa ke?\" tanya panjang yg masih kehairanan.

\"Kena ri, adik tinggal sorang2 kat rumah. Nanti mak risau\" alasan mak. Panjang diam dan mengalah dengan adik. Kelihatan hubungan mak dengan adik makin kuat. Ke mana mak pergi adik tentu di bawa (satu kampung pun tahu)

 


Pada satu petang, yati datang ke rumah mak. Ketika itu mak sedang duduk diluar rumah sambil memerhatikan adik yg sedang bermain2 di halaman. \"Makcik, makcik...\" tegur yati. Mak menoleh

\"Owh, yati... Duduklah yati\"

\"Makcik tengah buat apa?\"

\"Tak buat apa pun yati. Makcik duduk2 je sambil tengok adik tengah main2\"

\"Adik rapat betul dengan makcik ya... Yati tengok makcik pun sama juga rapat dengan adik\" \"Yati, adik je lah teman makcik. Siapa lagi yg nak temankan makcik kat rumah nie. Adik je lah... Mmm, betul tak adik?\" kata mak pada yati tapi pandangannya pada adik. Yati hanya diam mendengar cerita mak. Kemudian mereka pun bersama2 tengok adik lagi bermain di halaman.

 


Kini sudah masuk tahun kedua panjang bercuti. Dan pada masa yg sama juga telah masuk satu setengah tahun mak bela adik. Kini panjang tengok mak dan adik memang dah tak boleh dipisahkan lagi. Adik memang sangat manja dengan mak. Mak pula apabila tengok yg adik takde di sisinya, mula lah tak senang duduk. Dan mulalah terjerit2 memanggil nama adik. Apabila mak seorang diri di dapur, mak boleh bercakap dengan adik sampai berjam2. Seolah2 adik faham apa yg sedang diucapkan mak. Pernah juga panjang ternampak semasa mak sedang makan seorang diri di dapur, mak boleh kongsi makan sepinggan dengan adik. Tapi panjang tak bagitau sesiapa pun. Bab tidur, mak dan adik tidur sekatil (malah sebantal) Mak tak kisah pun kalau adik kencing baju kurung kesayangannya. Mak kata

\"Baju boleh dibeli tapi adik tak dapat nak dibeli\"... Mak juga tak kisah kalau adik berak kat katil, mak kata,

\"Katil boleh dibeli tapi adik tak dapat nak dibeli\" Malahan mak juga tak kisah kalau adik berak kat sofa, mak kata

\"Anak2 mak dulu pun berak merata\" Sampaikan mak tak kisah pun untuk bayar ganti rugi jika adik makan anak ayam kepunyaan jiran. Dipendekkan cerita, mak tak pernah marah pun apabila adik buat hal. Kata mak

\"Ala... Sayang adik mak~\" itu sahaja kata mak. Kali nie semasa panjang balik bercuti kebetulan kakak panjang pun turut ada sebab pulang bercuti. Ada juga kak panjang berbisik2 pada panjang

\"Adik, sejak mak ada bela kucing tu, anak2 sendiri pun tak nampak\" panjang diam je mendengar rungutan kakaknya. Boleh dikatakan hampir setiap malam, sebelum tidur mak akan dodoikan adik

 

~TIDUR, TIDUR ADIK MAK SAYANG~

  TIDUR, TIDUR PEJAM MATA

  ESOK PAGI BANGUN AWAL

  BOLEH KITA MAKAN BERSAMA~

 


Sampaikan panjang dah pun hafal lirik lagu tu. Akhirnya cuti panjang dah nak tamat. Macam biasa mak akan sewa kereta. Maka berangkat lah panjang ke airport. Kakak panjang tak ikut sama menghantar panjang. Hanya mak dan adik sahaja yg duduk di belakang. Adik mengiau2 sambil berdiri di tingkap.

 


Kemudian masuklah tahun ketiga panjang balik bercuti sejak tinggal di Sarawak. Memang kalau nak diikutkan, mak bela adik pun masa panjang mula2 tinggal di Sarawak. Semasa sampai je panjang di depan pintu, panjang terus beri salam. Nani yg jawab salam panjang...  

\"Eh, bila adik balik?\" kata panjang yg tersenyum melihat adiknya yg dah lama tak jumpa.

\"Dah tiga hari dah. Mmm, kenapa abg tak telefon. Kalau tak, boleh adik jemput\"

\"Takpe lah adik. Abg ambil teksi, senang je...\" jawab panjang yg tak nak menyusahkan sesiapa.  

\"Kerja ok tak? Nie cuti sampai bila?\"

\"Kerja banyaklah abg. Adik cuti 5 hari je\" jawab adik panjang. Lalu panjang pun melangkah masuk rumah sambil bertanya lagi pada adiknya.

\"Adik, mak mana?\"

\"Mak kat bilik\" kata nani. Setelah meletakkan barang2nya di bilik, panjang terus ke pintu bilik mak.  

\"Mak, mak... Ri nie\" Agak2 dah 30 saat jugalah baru mak buka pintu.  

\"Apa khabar ri?\" \"Khabar baik mak\" jawab panjang sambil mencium tangan mak. Tampak ada kesedihan pada wajah mak, panjang perasan ada kelainan pada mak.  

\"Mak tak sihat ke?\" tanya panjang  

\"Mak sihat\" ringkas jawab mak.

\"Ri nak makan ke? Kalau nak, nanti mak siapkan\"

\"Nak mak...\" jawab panjang tapi didalam hati masih tak puas hati tengok keadaan mak. Semasa panjang sedang makan, tiba2 mak menyuruh panjang makan dulu sebab mak nak masuk bilik dulu.

\"Baik mak\" jawab panjang sambil memerhatikan mak sedang melangkah ke bilik. Panjang pelik tengok kelakuan mak. Kebetulan panjang perhatikan yg disudut lantai dapur (di depan pintu tandas) masih terdapat pinggan kaca. Tapi panjang masih tak nampak kucing mak walaupun telah memandang di keliling rumah. Sedang panjang leka memandang, tiba2 nani muncul.

\"Adik dah makan?\" kata abg sambil mempelawa.

\"Dah abg\"

\"Adik... Kenapa dengan mak? Sakit ke?\" Tiba2 wajah nani berubah bila memindahkan pandangannya ke arah panjang.

\"Abg... Adik takut lah tengok mak\" tu lah kata yg terpacul dari adik panjang.

\"Kenapa adik?\" tanya panjang.

\"Abg tahu tak, bila malam je mak mesti lain macam\" jawab nani semacam takut.

\"Abg tak fahamlah adik...\" jawab panjang kehairanan.

\"Abg. Minggu lepas kucing yg mak bela tu dah mati kena langgar kat depan rumah. Sejak tu mak dah lain macam. Adik dah tiga hari tak cukup tidur\" jawab nani sambil pandang keliling.

\"Kenapa adik?\" pendek je panjang tanya.

\"Dah tiga hari adik balik, setiap malam adik dengar mak bercakap seorang diri. Adik tak tahu lah mak sedang bercakap dengan siapa. Lagi pun adik tak berani nak bangun\" nani bercerita memang dalam keadaan ketakutan. Kemudian panjang pun berhenti makan dan terdiam. Panjang percaya akan cerita adiknya tapi panjang masih tak tahu cerita sebenar. Kemudian panjang pandang ke lantai ke arah pinggan kaca yg masih terletak elok tu. Lalu panjang bangun untuk basuh tangan, terus ambil sekali pinggan kaca di lantai, terus letakkan di sinki.

\"Abg, jangan ambil. Nanti mak marah\" tiba2 nani bersuara. Tapi panjang tetap tak mengendahkan kata2 adiknya.



Selepas makan panjang terus ke depan, duduk di sofa di ruang tamu. Pada masa yg sama, panjang masih memikirkan apa yg adiknya ceritakan tadi. Hati panjang berkata

\"Kenapa mak macam tu?\" Tiba2 kedengaran suara mak. Lalu cepat2 panjang menoleh ke arah mak yg sedang berdiri di depan.

\"Ya mak...\"

\"Dah kenyang ke?\"

\"Dah mak...\"

\"Baguslah, mana nani?\"

\"Kat dapur tengah mengemas\" Kemudian mak pun beredar ke dapur. Panjang perhatikan je tingkah laku mak. Memang betul mak dalam kesedihan tapi mak cuba merahsiakannya. Lalu panjang on kan TV. Sekali2 kedengaran suara mak dan adik berbual2 di dapur. Panjang biarkan anak beranak berbual, panjang pula fokus kat TV. Sedang panjang asyik menonton TV, tiba2 nani memanggil namanya sambil berlari ke arah panjang.

\"Apa?\" tanya panjang.

\"Mak letak balik pinggan tu. Mak kata nanti adik nak datang makan...\" kata nani menggelabah. Nani nie memang penakut orangnya, tapi cantik... (Hahaha. Ada kena mengena ke penakut dengan cantik?) Tapi panjang tak kata apa2 pun masih menonton TV.

 


Jam di dinding menunjukkan pukul 7 malam, panjang dah bersiap2 untuk mandi. Ketika berjalan melalui dapur menuju ke bilik air, panjang perhatikan mak yg sedang membuka tingkap di tepi bilik air. Panjang kehairanan sebab sepatutnya dah dekat malam2 nie orang tutup tingkap. Tapi nie mak buka tingkap. Panjang hanya lalu tapi tak tegur apa yg sedang dilihatnya. Malah panjang buat2 tak nampak saja. Selepas mandi panjang tengok kat dapur dah takde sesiapa. Lalu panjang pun hampiri tingkap yg dibuka sedikit oleh mak tadi.

\"Kenapa mak buka tingkap nie?\" bisik hati panjang kehairanan. Ketika makan malam dengan nani dan mak, panjang ajukan soalan pada mak.

\"Mak, betul ke adik dah mati?\" panjang pandang ke wajah mak. Tiba2 mak berhenti makan. Malah nani juga turut pandang ke arah mak.

\"Ya, memang adik dah mati tapi tu pada pandangan orang kampung. Bagi mak adik masih hidup lagi... Cuma adik dah tak tinggal kat rumah nie saja\" mak bercakap sambil mukanya tuduk mengadap pinggan. Kemudian panjang tanya lagi

\"Tapi mak, semua orang nampak adik kena langgar\" Tiba2 mak diam sahaja. Nani pula pandang ke wajah abgnya macam menggelabah. Tapi panjang masih lagi pandang ke wajah mak. Panjang dapat rasakan yg mak sedih tiap2 kali nama adik disebut2. Lalu cepat2 panjang tukar topik.

\"Adik, macam mana kerja?\" Nani pelik, dalam hati berkata yg abg dah tanya soalan tu masa mula2 jumpa siang tadi. Tapi nani hanya pandang ke wajah abgnya dengan hairan. Perasan yg adiknya sedang pelik dengan soalan2nya, cepat2 panjang kenyit mata. Dan nani faham signal abgnya.

\"Owh, keje ok\" jawab nani cepat2. Lalu panjang dan nani pandang ke arah mak. Tampak yg mak masih menundukkan muka seperti sedih akan sesuatu. Kemudian panjang dan nani saling berpandangan. Selesai makan, panjang duduk di ruang tamu. Nani rapat ke abgnya lalu bercakap ala2 berbisik

\"Abg, malam nie adik tidur kat bilik abg ya...\"

\"Ehh, buang tabiat ke adik nie!\"

\"Abg... Adik takut lah\" kata nani dengan mimik muka takut.

\"Ye lah. Nanti adik tidur kat katil abg. Abg pula tidur kat bawah\"

\"Thank you abg...\" Seketika mak datang duduk di sebelah panjang.

\"Lama tak kau cuti ri?\"

\"Tak... Kali nie ri cuti 7 hari je mak. Lepas nie ri kena pergi ke Johor, ada kursus\" jawab panjang. Kemudian anak beranak nie pun berbual2 di ruang tamu. Dekat sejam berbual akhirnya mak minta diri untuk tidur. Kemudian diikuti nani pulak masuk tidur. Jadi tinggallah panjang seorang duduk di ruang tamu menonton TV. Sedang panjang menonton TV, tiba2 panjang terlelap di sofa. Agaknya letih disebabkan perjalanan jauh tadi. Entah macam mana tiba2 panjang terjaga. Terjaga disebabkan terdengar sesuatu.



Panjang tengok jam di tangannya dah pukul 12:45 pagi. TV dah dipadamkan. Tapi tak tahu lah siapa yg padamkan. Ruang tamu pula dah samar2 gelap. Lalu panjang bangun menuju ke biliknya. Dibuka pintu, kelihatan adiknya sedang lena tidur. Disebelah katil panjang \"table lamp\" terpasang. Semasa panjang perlahan2 hendak menutup kembali pintu bikiknya, tiba2 kedengaran bunyi sesuatu yg datang dari arah dapur. Panjang pun berjalan lah menuju ke dapur. Bila sampai je di dapur, panjang tak nyalakan lampu dapur. Tapi panjang panjang perhatikan saja semua sudut di dapur yg dalam kesamaran tu.

\"Mmm, tak apa2 pun\" bisik hati panjang. Tiba2 dalam samar2 tu panjang pandang ke lantai depan pintu tandas. Kelihatan macam ada benda kat lantai. Lalu panjang pun mendekat.

\"Owh, pinggan kaca tempat makan kucing mak rupanya. Tapi siapa yg letakkan makanan kucing nie? Mana ada kucing lagi kat dalam rumah nie\" bisik hati panjang yg dalam kehairanan. Sedang panjang melayan bisikan hati, tiba2 panjang terperanjat bila cermin tingkap yg dibuka mak tadi seolah2 dicakar2. Ketika itu jarak antara panjang dengan tingkap tu ada lah dalam jarak sedepa.

 

*To be continued...

 

 

\"DS PASTI TUNAI\"

 

 

 

 

 

Kepala otak-BOTAK 

Ditulis-DIN TWIN

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Cerita ni mcm seram-seram sedih juga.

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444