Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KUCING (AKHIR)

 

Masa kereta nani bergerak, mak pun melambai2kan tangan pada anak bongsunya. Dan panjang pula hanya memandang kereta adiknya bergerak sehingga hilang dari pandangan.


Pada petang tu mak tiada di rumah (keluar beli barang2) Setelah pasti yg segala2nya ok, panjang dengan cangkul di tangan pergi ke belakang rumah. Apabila panjang kenal pasti tempat sesuai, panjang terus menggali lubang sedalam 3 kaki. Setelah lubang siap digali, panjang terus berlari ke rumah. Setelah melihat keadaan sekeliling, panjang terus masuk ke rumah ikut pintu dapur. Ketika itu mak masih belum balik lagi. Lalu panjang terus berlari keluar semula. Berlari ke bawah rumah tempat mak simpan bangkai kucing tu. Panjang keluarkan beg plastik hitam dari poket yg memang panjang simpan dari awal tadi. Sambil menahan nafas, dipegang bangkai kucing tu di bahagian bawah (bangkai tu sebenarnya dah berulat) Kemudian panjang terus memasukkan bangkai tu ke dalam beg plastik hitam dan terus diikat beg plastik tu. Panjang memperbetulkan semula peti kayu tu supaya kembali seperti keadaan asal. Panjang pun berlari laju ke tempat yg digali tadi, terus ditanam bangkai kucing tu. Semuanya dilakukan dengan cepat dan pantas. Setelah semuanya selesai, panjang pun berdiri termengah2 didepan kubur kucing tu. Panjang rasa apa yg dilakukan adalah betul. Selang 2-3 minit kemudian, panjang terus masuk ke rumah.


Kelihatan mak masih belum balik dari kedai. Jadi panjang kemaskan semua yg ada, panjang tak mahu ada kesan yg tertinggal. Selepas mandi, panjang buat2 duduk di ruang tamu menonton TV. 

 \"Ri, ri...\" panggil mak dari dapur. Mak baru balik dari kedai.

\"Ya mak\" jawab panjang sambil bangun dari sofa. Lalu berjalan menuju ke dapur. Sesampai je di dapur, panjang nampak mak sedang menyediakan hidangan untuk minum petang. Pada masa yg sama, mak sedang meletakkan barang2 lain ditepi meja. Apabila panjang duduk sahaja di kerusi meja makan

\"Ri makan dulu ya... Mak ada kerja kejap...\" kata mak sambil berjalan menuju ke pintu dapur.

\"Baik mak\" jawab panjang yg hanya melìhat mak berlalu pergi.


Panjang tahu apa yg mak hendak kerjakan itu. Panjang tahu mak akan pergi ke stor, ambil kapur, lepas tu jalan ke bawah rumah, taburkan kapur pada bangkai kucing tu. Mak lakukan semua itu disebabkan sayang sebab tu mak puja2 kat kucing tu... Panjang dah tau apa yg sedang dilakukan mak. Sedang panjang asyik menikmati goreng pisang yg mak beli, tiba2 mak tergesa2 masuk ke rumah.

\"Kenapa mak?\" tanya panjang.

\"Takde apa2\" jawab mak sambil berjalan laju menuju ke biliknya. Sebenarnya panjang tahu kenapa mak berkelakuan begitu. Tapi niat panjang hanya satu, iaitu nak mak terima kenyataan yg kucing tu dah mati. Lalu panjang hampiri bilik mak

\"Mak, mak...\" panjang ketuk pintu.

\"Mak sakit ke?\" kata panjang lagi.

\"Iya, mak sakit kepala\" jawab mak dari dalam bilik.

\"Ri hantar mak ke klinik ya...\"

\"Takpe nanti mak makan ubat. Mmm, sakit sikit je...\"

\"Betul ke mak?\" panjang minta kepastian.

\"Betul. Ri tak payah risau ya\" jawab mak menenangkan anaknya. Panjang hanya mendiamkan diri. Tapi ketika panjang berjalan meninggalkan bilik mak, panjang dapat dengar tangisan dari bilik mak.

 


Pada malam tu, mak tak mahu makan. Puas panjang pujuk tapi mak tetap mengatakan yg dia masih kenyang. Akhirnya panjang terpaksa mengalah. Disebabkan keletihan kerana siang tadi menggali lubang dan kerja2 yg berkaitan dengan kucing tu, panjang tertidur di sofa. Dalam antara lena panjang tersedar takala terdengar tangisan yg sayup2. Dan akhirnya panjang pun membukakan matanya. Dalam keadaan berbaring, panjang amati tangisan tu. Sah, memang suara mak dari dapur. Perlahan2 panjang bangun. Kelihatan pintu bilik mak sedikit terbuka. Kemudian panjang berjalan dengan perlahan2 dan berhenti di pintu. Betul2 menghala ke dapur...

\"Adik sayang ke mana nie? Adik tak sayang mak lagi ke? Kenapa adik tak datang? Mak tunggu nie... Adik tak kesian kat mak ke?\" suara mak bercakap dalam tangisan. Di tangan, mak memegang bungkusan makanan kucing.

\"Adik sayang, adik sayang jangan tinggalkan mak...\" Tangisan mak semakin kuat, panjang dapat dengar dengan jelas.

Tiba2 mak buka pintu dapur. Di tangan, mak memegang pinggan kaca tempat makan adik.

\"Mak nak buat apa nie?\" bisik hati panjang. Lalu panjang ekori mak dari belakang. Rupa2nya mak pergi ke bawah rumah tempat mak simpan bangkai kucing tu. Kemudian mak menangis sekuat2nya di depan peti kayu tu sambil bersuara

\"Adik, adik... Adik pergi mana? Adik tak sayang mak lagi ke? Mak sayang adik... Adik, ni mak bawa makanan untuk adik. Cepatlah datang adik. Adik nak makan kat luar ya malam nie? Baiklah, mak turuti adik. Datanglah adik...\" suara tangisan mak ketika ini dah tak terkawal lagi. Air mata mak laju mengalir di pipi. Dalam keadaan menangis, mak letakkan pinggan kaca tu di tanah. Panjang masih mengintai gerak geri maknya.



\"Bersalah ke aku nie?\" bisik panjang bila melihat mak macam tu.

\"Tapi, tak kan aku nak biarkan mak berkawan dengan syaitan?\" Hampir sejam mak duduk di bawah rumah. Apabila melihat mak keluar dari bawah rumah, cepat2 panjang berjalan mendahului mak. Sampai je didalam, panjang terus buat2 tidur di sofa. Kemudian nampak mak terus masuk ke bilik. Dari luar masih boleh kedengaran tangisan mak. Ketika berbaring2 tu, panjang masih terfikir tentang betul atau salah perbuatannya tu. Akhirnya panjang terlelap...

 


Pagi tu masa nak pergi mandi, panjang tengok mak sedang membuat sarapan pagi didapur.

\"Ri, lepas mandi makan ya...\" kata mak sambil meletakkan sepinggan nasi goreng di meja.

\"Baiklah mak\" jawab panjang sambil melangkah ke tandas. Dalam pada itu, panjang sempat melihat wajah maknya. Jelas kelihatan yg mata mak membengkak. Tentu semalaman mak tak tidur tapi panjang tengok mak macam dah ok. Selepas mandi, panjang mengenakan baju T-Shirt hijau terus berjalan ke meja makan. Ketika itu mak memang dah menunggu di meja makan.

\"Makan mak...\" kata panjang mempelawa mak.

\"Ya lah\" jawab mak.

\"Owh ya mak, esok pagi ri dah kena pergi Johor. Ri ada kursus...\" sambil melihat ke wajah mak.

\"Pergilah ri, hati2 di tempat org\"

\"Mak tak apa2 ke tinggal sorang2?\"

\"Hai, kan mak dah biasa tinggal sorang2. Mak tak apa2...\"



Memang panjang faham yg mak biasa tinggal sorang2 sebelum nie tapi kejadian pagi tadi telah menimbulkan was2 untuk tinggalkan mak sorang2. Tapi bila tengok mak didepan mata sekarang nie, rasanya mak dah ok. Macam mak dah boleh terima kenyataan yg kucing tu dah mati.

\"Baiklah mak kalau macam tu\" kata panjang ringkas.

Waktu siang panjang masih memerhatikan tingkah laku mak. Panjang lihat mak memang dah ok. Apabila malam panjang lihat mak ok juga. Cuma mak banyak habiskan masa di bilik saja. Malah dah takde tangisan malam nie. Setelah pasti takde apa2 yg pelik berlaku malam nie, panjang pun tidur awal.

 


Lepas sarapan pagi, panjang dah bersedia untuk ke Johor. Ketika bersalaman dengan mak, panjang bertanya buat kali kedua.

\"Mak, betul ke mak tak apa2?\"

\"Mak tak apa2 ri, jangan risau\" jawab mak tersenyum. Panjang hanya mendiamkan diri. Kali nie mak tak hantar panjang. Selesai je bersalaman dengan mak, panjang langsung memuatkan barang2 ke dalam kereta sewa. Sebelum masuk ke dalam kereta, panjang tenung mak yg berdiri di muka pintu. Masih ada perasaan was2 di hati panjang tapi panjang tak tahu apakah dia...

 


Sudah masuk tiga hari panjang berkursus di Johor. Pada hari keempat, panjang dapat panggilan dari kakaknya.

\"Hello kak, ada apa?\" kata panjang dengan rambut 1 inchi. Dalam talian kakak beritahu yg mak masuk hospital.

\"Sakit apa kak?\" soal panjang panik.

\"Kakak pun tak tahu... adik\"

\"Baiklah kak, ri cuba dapatkan cuti kecemasan hari nie\" kata panjang dah mula menggelabah.

\"Baiklah ri\" kakak pun mengakhiri perbualan. Akhirnya panjang dibenarkan untuk bercuti kecemasan selama 3 hari. Kemudian panjang pulang hari tu juga. Sampai je, malam terus ke hospital. Apabila tiba di lobi hospital, panjang terserempak dengan pak abu. Sebenarnya pak abu lah yg bawa mak ke hospital. Setelah bersalaman

\"Mak saya sakit apa pak abu?\" tanya panjang dalam nada sedih.

\"Takpe ri, pergi dulu tengok mak\" jawab pak abu sambil memegang bahu panjang.

\"Baiklah pak abu. Terima kasih sebab bawa mak saya ke hospital\" sambil bersalaman dengan pak abu. Sambil tu pak abu sempat bagitau panjang dimana wad mak. Setiba je di wad, kakak panjang sedang menunggu di luar wad.

\"Mak macam mana kak?\" tanya panjang meluru ke arah kakak.

\"Mak dah ok dah\" jawab kak sambil bersalaman dengan panjang.

\"Mak masuk hospital malam semalam. Tapi baru tengahari tadi mak dipindahkan ke wad mental\" kakak panjang bercerita.

\"Wad mental???\" panjang terperanjat.

\"Doktor kata mak ada sedikit tertekan\" kata kak dengan wajah sedih. Mendengar cerita kakaknya, panjang langsung terdiam.

\"Takpe lah kak, ri pergi tengok mak dulu\" sambil meletakkan beg ditepi dinding. Kemudian panjang terus berjalan masuk ke dalam wad mental. Setiba di katil mak, panjang perhatikan mak sedang lena tidur. Lalu panjang tatap puas2 wajah mak, dibetulkan selimut mak. Tiba2 panjang terperanjat sebab ditepi tangan kiri mak terdapat anak patung. Anak patung berbentuk kucing. Kemudian panjang ambil anak patung tu. Tiba2 mak terbangun...

\"Mak, ri nie...\" kata panjang sambil salam dan dicium tangan mak.

\"Bila sampai ri?\"

\"Baru je mak. Kenapa mak sakit tapi tak bagitau ri\" tanya panjang sedih melihat keadaan mak.

\"Tak,tak... Mak tak sakit. Orang kampung je yg kata mak sakit\" kata mak bersungguh2. Kemudian panjang diam.

\"Ri, ri... Mana adik?\" kata mak menggelabah dalam nada yg tinggi. Belum sempat panjang jawab, tiba2 mak bangun sedikit merampas dari tangan panjang.

\"Adik, adik jangan main jauh2 nanti hilang. Mak susah hati... Mak sayang adik...\" kata mak sambil memeluk anak patung tu kemudian mak tertidur. Panjang tak kata apa2 pun. Yg panjang termampu nak buat hanyalah melihat sahaja. Setelah betul2 pasti yg mak sudah tidur, panjang pun keluar mendapatkan kakak.

\"Kak, biar ri tidur kat sini jaga mak\" kata panjang beri arahan pada dirinya.

\"Baiklah ri\"

\"Beg ri kakak bawa balik ya\" kata panjang sambil membuka zip beg mengeluarkan barang2 mana yg perlu untuk bermalam disini.

\"Baiklah ri. Abg kamal (abg ipar panjang) pun nak datang ambil kakak nie. Owh ya, nani ada kat rumah. Mmm, esok kakak datang. Apa2 telefon kakak\" kata kakak sambil bersalaman dengan panjang.



Panjang perhatikan kakak melangkah pergi dengan beg panjang di tangan kanannya. Setelah kakak hilang dari pandangan, panjang pun mencari tempat diluar di luar wad. Lalu panjang pilih di tepi dinding berdekatan dengan pintu wad. Ada juga 2-3 orang yg sedang tidur diluar wad. Untuk pengetahuan semua, wad mental memang tak dibenarkan (sesiapa pun selain pesakit) tidur di dalam. Nak diikutkan, panjang pun boleh dikatakan special case sebab panjang dibenarkan melawat pada waktu malam.Tu pun hanya sekali nie je. Ketika ini pintu wad telah ditutup rapat dan dikunci dari dalam oleh nurse yg bertugas. Tapi walaupun begitu, pelawat masih boleh melihat ke dalam melalui Bingkai Cermin di tengah2 pintu. Sebelum tidur, panjang sempat melihat mak dari bingkai cermin tu. Mujurlah katil mak tak jauh dari pintu masuk. Katil mak adalah katil kedua terletak di sebelah kiri pintu masuk. Panjang dapat melihat maknya sedang lena tidur.

 


Dalam lena antara tidak, telinga panjang dapat mendengar bait2 lirik lagu yg sangat2 panjang kenal semasa balik bercuti di kampung dulu.

 

~TIDUR, TIDUR ADIK MAK SAYANG

  TIDUR, TIDUR PEJAM MATA

  ESOK PAGI BANGUN AWAL

  BOLEH KITA MAKAN BERSAMA~

 


Panjang buka mata, amati betul2 suara tu. Sah, memang sah suara mak. Panjang bangun lalu berjalan dengan perlahan2 menuju ke pintu wad. Apabila panjang menjenguk ke dalam, panjang benar2 sayu. Panjang dapat melihat mak sedang menepuk2 patung berbentuk kucing sambil menyanyikan lagu yg biasa mak nyanyikan untuk adik. Rupanya mak masih tak dapat melupakan adik. Mak memang dah mengalami tekanan perasaan... Panjang menangis sedih, sayu melihat mak macam tu. Panjang rasa bersalah. Dan akhirnya panjang biarkan mak sendirian. 

 


Dalam pukul 12 tengahari kakak dan nani datang. Panjang memang menantikan kedatangan kakak. Setelah bersalaman bertanya khabar, panjang katakan pada kakak yg dia mahu berjumpa doktor. Kebetulan ketika itu doktor baru masuk ke wad. Bila dah berdepan dengan doktor, panjang terus memperkenalkan diri.

\"Macam mana mak saya doktor?\" tanya panjang mengharap.

\"Mak awak mengalami tekanan jiwa, encik\"

\"Takde ke ubat atau rawatan, doktor?\"

\"Saya tak dapat nak janji apa2 encik. Tapi saya berjanji akan buat yg terbaik\" kata doktor cuba meyakinkan panjang.

\"Terima kasih doktor\" dengan nada perlahan.

\"Baiklah encik sukri, saya minta diri. Saya ada pesakit lagi yg perlu saya rawat\" kata doktor menghulurkan tangan bersalaman dengan panjang. \"Terima Kasih sekali lagi doktor\" Ketika itu kakak dan nani masih di katil mak. Lalu panjang pun menghampiri katil mak.

\"Ri,ri... Mak nak keluar hospital. Mak tak sakit\" tiba2 mak bersuara sedih. Panjang pandang ke wajah mak, wajah kakak dan terakhir wajah nani. \"Baiklah mak, nanti mak keluar\" panjang cuba menyedapkan hati mak. Panjang perhatikan yg mak masih memegang anak patung tu. Kemudian panjang ajak kakaknya keluar dari wad.



\"Kak, ri balik kampung dulu ya. Nanti petang ri datang lagi\"

\"Baik ri. Hati2 ya... Nanti kakak mintak kunci kat nani\" kata kakak sambil berjalan ke wad. Panjang hanya tunggu diluar wad, bila dah dapat kunci panjang terus minta diri pada mak. Panjang beritahu mak yg petang nanti dia akan datang lagi. Mak pula sempat minta panjang supaya berhati2. Sebenarnya panjang hairan melihat mak. Bila siang mak ok, tapi bila malam mak mula berubah.

 


Sampai je di kampung panjang terus ke rumah pak abu. Apabila sampai betul2 didepan rumah pak abu, panjang terus memberi salam. Lalu pak abu keluar menjawab salam.

\"Owh, ri rupanya. Masuklah ri...\"

\"Terima kasih pak abu\" sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Setelah bersalaman dengan pak abu, panjang terus melangkah masuk ke dalam rumah pak abu. Sambil duduk di sofa, panjang mula bertanya pada pak abu.

\"Pak abu, macam mana mak ri masuk ke hospital?\" tanya panjang kerana ingin tahu kisah sebenar. Lalu pak abu pandang tepat ke wajah panjang.

\"Malam kejadian tu dalam pukul 1 pagi. Mak ri berjalan menjerit2 memanggil2 nama adik dengan tangannya memegang bungkusan makanan kucing. Satu kampung terbangun ri... Bila orang kampung kata kat mak ri yg adik dah mati, mak ri tak nak percaya. Mak ri kata adik kena sorok kat dalam hutan berhampiran. Kemudian mak ri berlari nak masuk ke hutan. Nasib baik orang kampung kejar mak ri... Sebenarnya pak abu dibantu oleh beberapa orang kampung untuk menghantar mak ke hospital. Masa kejadian tu, mak ri lain macam betul\" tu cerita pak abu pada panjang. Panjang yg mendengar hanya diam dan termenung.



Akhirnya panjang buat keputusan untuk berterus terang pada pak abu. Lalu panjang ceritakan pada pak abu tentang adik yg datang ke rumah tiap2 malam, tentang perubahan mak tentang apa yg panjang dah buat. Pak abu terperanjat dan tergamam bila mendengar cerita panjang. Malah pak abu tak mampu bercakap apa2.

\"Pak abu, saya bersalah ke?\" tanya panjang selepas menceritakan segala2nya.

\"Tak, tu syaitan. Ri memang tak bersalah\" jawab pak abu meyakinkan panjang.

\"Pak abu, boleh ke kita cari bomoh untuk sembuhkan mak ri?\"

\"Susah ri... Semangat mak ri kuat pada benda tu\" jawab pak abu dengan nada sedih.

\"Jadi, apa yg harus saya buat pak abu?\" tanya panjang semacam kecewa.

\"Baiklah ri. Kita cuba jumpa bomoh dulu. Sekarang nie yg penting kita usaha...\" jawab pak abu ubtuk menenangkan panjang.

 


Sebenarnya segala USAHA panjang tidak berhasil. Mak panjang disahkan gila dan dihantar ke hospital mental. Setelah 6 bulan di hospital mental, mak panjang meninggal dunia. Ketika panjang menceritakan kisah ibunya pada botak, panjang tak dapat menahan airmatanya dari mengalir. Botak pula hanya mampu melihat sahaja. Tapi panjang tak pernah benci pada mana2 kucing pun.



Botak pula tidak pernah jumpa adik, tapi botak pernah tengok adik. Walaupun sekadar tengok dari gambar yg ditunjukkan oleh panjang. Dalam gambar tu, mak panjang sedang mendukung adik. KINI, DUA2 SUDAH TIADA DI DUNIA INI.

 


SEKALI LAGI BOTAK MAHU NYATAKAN DISINI YG BOTAK TAK TAHU DAN TIDAK PAKSA SIAPA2 UNTUK PERCAYA CERITA INI...


HANYA JAUHARI YG MENGENAL MANIKAM.

 


 

\"DS PASTI TUNAI\"

 

 

 

 

 

 

 

 

Kepala otak-BOTAK 

Ditulis-DIN TWIN

 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Kesiannya. Mmg mak dah anggap kucing tu mcm anak sendiri

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444