Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Boboi, bawa nasi lemak bilis telur dan nugget kegemaran si buah hati.

 

Berpeluh peluh Boboi berdiri tepi kantin sekolah. Di tangannya ada sebungkus nasi lemak bilis telur dengan secucuk nugget tiga ketul dalam plastik berasingan. Mata meliar mencari susuk tubuh pencuri hatinya, seorang gadis kecil berlesung pipit dengan rambut lurus berponi. Terngiang ngiang di telinga semalam saat, gadis kecil itu memperkenalkan diri dihadapan seluruh kelas. 
Berdebar debar juga la Boboi tunggu gadis kecil kesayangan keluar kelas. Membayangkan saat saat bahagia mereka bakal makan nasi lemak bilis telur dengan nugget bersama sekejap lagi. Mungkin juga nanti akan ada serpihan cili kecil melekat di bibir gadis kecil dan Boboi dengan tangkasnya akan mengalihkan serpihan cili tersebut dengan sapu tangan yang dicuri daripada poket belakang seluar slack ayahnya. Pasti gadis kecil suka, getus hati kecilnya. 
Sampai lah tiba tiba, gadis kecil melintas di hadapannya, dengan sebungkus nasi lemak bilis telur di tangan, dan nugget ayam Uncle Bob di tangan kiri, manakala tangan kanannya pula ada tangan kiri milik ketua kelas Boboi. Mata Boboi berkaca. Terus duduk tersandar pada tiang kantin, memejamkan mata membayangkan seluruh organ organ dalamannya luruh jatuh ke dalam kolam asid dalam rongga perut. 
Gadis kecil yang melihat kejadian jatuh duduk Boboi tergerak untuk menegurnya. Hai Boboi. Makan apa hari ni? Lalu Boboi, dengan mata terpejam terkenyit kenyit membalas, 

makan hatiiiiiii.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Amboi boboi. kecil-kecil lagi dah pandai ye?
  • 2) itulah boboi..lain kali jangan panjang tangan..kan dah makan hati'
  • 3) bwahahahah! emosi terenggut, selera terbantut.
    sabar jelah boboboi!
  • 4) boboi oh boboi...hehehehe
  • 5) adoi laa...boboi ni darjah berapa?
  • 6) boboi, sila daftar diri untuk jadi pengawas
  • 7) Boboi, makan ramai-ramai kan lebih meriah? *cuba berfikiran innocent*
  • 8) Boboi makan hati..yeahh..tambah darah..yes!

Cerpen-cerpen lain nukilan zombie

Read all stories by zombie