Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Begitukah?

Cerpen sebelumnya:
TERLANTAR
Cerpen selanjutnya:
SEKARANG

Kereta meluncur laju melalui jalan dua lorong menuju ke bandar Grik setelah selesai berhenti rehat di Tasik Banding, bagi menghilangkan rasa lenguh badan. Kereta agak banyak melalui jalan sunyi itu. Mataku tertancap pada satu papan tanda. Kalaulah ketika ini gajah itu melintas di jalan ini, aku rasa aku hanya mampu melihat. Terkaku sendiri. Mujurlah pengalaman itu tidak pernah aku lalui.

Aku jeling jam di dashboard kereta. Sudah menghampiri tengahari. Perut pula mula berbunyi. Kereta aku pandu laju di jalan berliku begitu. Sesekali aku terpaksa perlahankan kereta bila terserempak dengan kereta polis peronda. Aku pecut semula bila kelibat kereta peronda polis sudah tidak kelihatan. Aku senyum sendiri. Kali ini giliran aku memandu. Encik suami di sebelah sudah lama berdengkur. Ah, biarlah dia berehat sekejap.

\"Dah sampai mana?\"

Aku pandang encik suami di sebelah. \"Dah nak masuk pekan Grik ni..\"

\"Oh..dah pukul berapa?\"

Aku jeling jam. Sudah hampir satu tengahari. \"Dah tengahari ni..nak solat jumaat kat mana?\"

\"Singgahlah kat masjid nanti.\"

Aku angguk. Aku memandu berhati-hati bila mula mendekati simpang. Aku mula perhati papan tanda masjid. Kereta aku pandu perlahan bila menghampiri simpang ke arah perkarangan kawasan masjid.

\"Solat kat sini jelah! Dah nak masuk waktu ni!\" Aku pandang encik suami yang sudah terjaga dari tadi.

Aku mula mencari tempat letak kereta. Alhamdulillah, ada tempat kosong. Sebaik aku mematikan enjin kereta, aku terpandang ke arah sekumpulan budak lelaki yang kemas berbaju melayu.

\"Hmm..bagusnya budak-budak ni. Awal lagi dah sampai masjid. Sejuk hati mak bapak dia orang ni.\" Aku berkata sendiri.

Encik suami turut pandang ke arah sekumpulan budak itu. Dia turut senyum sambil mengambil sehelai sejadah dari belakang bonet kereta. Aku pula hanya tunggu dalam kereta. Niat di hati ingin jamak sahaja zuhur dan asar.

Dari dalam kereta aku mula menikmati keropok lekor yang sempat aku beli sebelum bertolak tadi. Mata aku masih melekat pada sekumpulan budak tadi. Ada yang berbaju melayu hijau, merah, hitam, biru, malah lengkap dengan songkok hitam. Sungguh sopan.

Aku mula keluar kereta bila melihat ada satu tempat berteduh untuk pengunjung masjid. Aku segera menapak ke sana.

\"Dah penuh pulak...\" Aku melihat pondok kecil yang terbuka itu sudah penuh dengan wanita dan anak-anak kecil yang pada hemah aku mungkin juga menunggu suami masing-masing solat jumaat.

Aku mula mencari tandas bila terasa sakit perut. \"Takkan nak masuk ke dalam masjid pulak..\"

Aku mula teragak-agak. Aku lihat semua orang lelaki yang memenuhi perkarangan masjid.

\"Ah..tandas kat luar masjid. Aku redah jelah!\"

Aku tergesa-gesa melangkah ke arah tandas dan terpaksa melalui sekumpulan budak tadi yang masih melepak atas motosikal masing-masing. Azan sudah mula berkumandang.

Terdengar olehku perbualan budak-budak sopan tadi.

\"Kau dah usha awek tu?\"

\"Kau tahu tak tadi aku buat muka sedih..\"

\"Eh! Kau pakai macam ni..memanglah mak kau tak marah!\"

\"Aku sempat habis lima puntung rokok! hahaha!\"

Begitukah? Aku hanya jeling sekilas. Aku mula ke tandas membuat hajat. Azan sudah lama habis dilaungkan. Kedengaran suara Imam memberi khutbah jumaat. Sebaik aku keluar dari tandas, mata ku terpandang lagi sekumpulan budak tadi. masih melepak di situ. Aku duduk di atas bangku di bawah pohon tanjung di tepi masjid sambil mata masih melekat pada budak itu.

Aku pandang ke arah lain. Kelihatan beberapa orang lelaki yang agak berumur juga masih berbual sesama sendiri tanpa menghiraukan bacaan khutbah oleh imam.

Selesai bacaan khutbah, iqamah mula dibaca.

\"Allahu akhbar!\"

Takbir pertama kedengaran. Aku pandang lagi ke arah sekumpulan budak tadi. Masih di situ. Sebaik imam bagi salam kedua, budak-budak itu masih di situ. Aku mula bangun melangkah ke arah kereta dan berjalan melalui sekumpulan budak tadi.

Terdengar pula olehku...

 

\"Woi! Imam dah bagi salam la! Jom!\"

\"Betul ke? Tak dengar pun?\"

\"Aku dengarlah tadi! Dah habis solat dah tu!\"

\"Hahahaa!! Aku yang pekak kut!\"

\"Jom la woi! Meh! Bonceng dengan aku!\"

"Kau cakap apa kat mak kau?"

"Alah..macam biasalah! Aku kata, aku nak berzikir dulu"

"Hahahahah!! Terbaik la kau!!"

Berderum motosikal masing-masing meninggalkan perkarangan masjid. Aku hanya mampu geleng. Begitukah??

Dalam hati, baru ku tahu, betapa budak-budak itu sanggup membohongi orang tua dengan hadir ke masjid memakai baju melayu dan bersongkok semata-mata untuk mengelak dari bebelan ibubapa.

\"Hidup-hidup mereka tipu mak bapak..hai..zaman sekarang...\"

Aku terus membuka pintu kereta. Jemaah masjid sudah mula berpusu keluar dari masjid. Aku mula senyum bila melihat encik suami dari jauh sudah tersenyum padaku.

 

Cerpen sebelumnya:
TERLANTAR
Cerpen selanjutnya:
SEKARANG

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
5.0
1 Penilai

Info penulis

ciksal

Hidup biarlah berlandasan..
ciksal | Jadikan ciksal rakan anda | Hantar Mesej kepada ciksal

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya ciksal
Suku Suku | 9067 bacaan
Aku Tak Nak Mati Lagi! | 9509 bacaan
Dan Ku Cari Kamu | 2600 bacaan
Sebuah Harapan | 2803 bacaan
Kau Jodohku | 4610 bacaan
Mencari Jalan Pulang | 3791 bacaan
Kerana Biji Gajus | 3388 bacaan
Dendam Hani | 10509 bacaan
It\\\'s Too Late To Apologise | 2867 bacaan
Amin, Sengkenit dan Sengkatik | 2230 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

3 Komen dalam karya Begitukah?
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik