Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

kerana kamu

 

 

“Dania! kau nak ke mana ‘tu?,” mendengar namanya dipanggil, Dania lantas menoleh. Dia melihat Esmeralda berlari anak mengejarnya lalu Dania menghentikan langkahnya dengan tujuan untuk menunggu Esmeralda atau lebih dikenali sebagai Alda.

  “cepat sikitlah makcik. Aku nak ke kedai buku ‘ni,” ujar Dania. Alda mencebikkan bibir apabila mendengar Dania memanggilnya makcik. Dania tergelak melihat muka kelat Alda lalu melangkah mendekati sahabatnya itu.

 “kenapa dengan muka ‘tu? Jangan begitu, nanti hilang seri wajah,” usik Dania dengan lebih giat lagi dan ternyata usikannya berjaya memekarkan senyuman di wajah Alda. Senyuman Alda menarik perhatian jejaka yang sedang melepak di balkoni bangunan yang berhadapan dengan serambi ilmu tempat Dania dan Alda sedang berbicara. Jejaka tersebut hanya memandang sepi apabila dia melihat kedua gadis tersebut beriringan meninggalkan perkarangan kampus. Namun tiba-tiba matanya menangkap kelibat seorang jejaka lain mendekati mereka.

    “Dania, Alda, tunggu!,” Alda tergelak apabila melihat Izzran terkocoh-kocoh mendapatkan mereka. Dania memandang jejaka tersebut dengan pandangan yang amat bermakna. Mereka terus pergi tanpa berpaling lagi sehinggalah mereka hilang dari pandangan.

 

 “ Izz, tolong aku cari novel Sri Diah ya? Tajuknya janji kasih,” pinta Dania apabila mereka bertiga tiba di kedai buku namun Izzran mengerutkan dahi mendengar permintaan Dania.

 “ Nia, bukan kau dah ada buku ‘tu ke? Kenapa nak cari lagi? Kau makan ke buku ‘tu?,” pertanyaan Izzran membuatkan Dania tergelak.

“Tak tapi bulan lepas teman wanita abang aku pinjam novel ‘tu tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi novel ‘tu semula. Entah-entah dah hilang. Daripada aku melongo tunggu, baik aku beli lagi. Tolong ya cari? Aku nak cari novel adam dan hawa ‘ni dengan beberapa buku rujukan untuk kelas Puan Dewi,” terang Dania panjang lebar. Izzran hanya mengangguk tanda faham manakala Alda yang sangat tidak suka membaca mulai menguap namun terhenti apabila Dania menyikunya. Alda termalu sendiri.

 

Dania dan Alda berkenalan ketika mereka sama-sama mewakili sekolah mereka dalam acara catur ketika di peringkat sekolah menengah dan bertemu semula ketika mereka meneruskan pelajaran di kolej malah menjadi teman sebilik. Manakala mereka bertemu Izzran ketika program suaikenal pelajar baru. Izzran merupakan sahabat mereka yang tidak pernah berenggang dengan Dania sehingga mereka digelar pasangan Romeo and Juliet zaman moden. Walaupun begitu Dania tidak pernah melatah dengan gosip-gosip sebegitu kerana dia tahu hatinya bagaimana.

Ketika masing-masing mereka sibuk mencari buku yang dikehendaki, Dania terlanggar dengan seorang jejaka secara tidak sengaja kerana matanya terlalu fokus akan buku-buku yang ada di hadapannya.

“ ah, saya minta encik. Saya tak perasan kerana terlalu leka dengan buku-buku ‘ni,” ujar Dania meminta maaf. Jejaka tersebut hanya tersenyum melihat Dania yang kelihatan sangat rasa bersalah.

“Dania? Ini kamu?,” jejaka tersebut membiarkan perkataan maaf Dania tidak bersambut. Dania mengangkat wajah apabila jejaka tersebut menyebut namanya. Ketika Dania melihat wajah jejaka tersebut, Dania terus menjadi pucat.

“ Dania? Kamu kenapa?,” melihat keadaan Dania, Izzran terus meluru mendapatkan Dania sambil memandang tepat ke arah jejaka yang berada di hadapannya. Selamba jejaka tersebut menghulurkan tangannya.

“By the way, i am Hakimi. Dania ex-fiancee,” kata-kata yang keluar dari mulut Hakimi amat memeranjatkan. Izrran ternganga mendengar perkataan itu. Alda yang mendengar di sebalik rak juga terkejut dengan perkara tersebut. “ Dania pernah bertunang?,” fikirnya dalam hati.

Buku-buku yang berada dalam tangan Dania terlepas tanpa bersambut sehingga mengejutkan pengunjung kedai yang lain kemudian Dania terus berlari keluar tanpa menghiraukan mata orang-orang yang memandang.” Hakimi, kenapa kamu muncul semula. Apakah kamu akan merosakkan kegembiraan aku sekali lagi,” bisik Dania perlahan sambil berlari meninggalkan teman-temannya dan juga Hakimi yang di kedai buku itu. Dania mulai merasakan manik-manik jernih mengalir laju di pipinya yang gebu. Kemunculan Hakimi di depannya akan menyingkap semula peristiwa silamnya bersama lelaki tersebut. “ aku benci Hakimi!,” teriaknya tanpa sedar.

Melihat Dania bergegas berlari meninggalkan tempat itu, Izzran cuba untuk mengejarnya manakala Alda hanya terpaku di situ sambil memerhatikan lelaki yang digelar Hakimi itu. Alda masih tidak percaya dengan apa yang didengar dan dilihatnya beberapa minit sebelum itu. Hakimi memandang Alda yang kelihatan bingung lalu senyum.

“ kenapa awak kelihatan bingung? Tak percaya dengan apa yang awak lihat?,” soal Hakimi. Alda hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan adanya panggilan masuk.

“helo Izz,kenapa?,” Alda terus bertanya sebaik sahaja dia menekan punat hijau pada telefon bimbitnya.

“kau balik dulu ya? Sekarang Dania ada dengan aku, esok aku cerita kat kau. Hati-hati balik. Tuuut.,” talian dimatikan sebelum Alda sempat berkata apa-apa namun dia akur akan kata-kata Izzran lalu dia menghubungi abangnya untuk menjemputnya di kedai buku tersebut.

 

“Dania, apa sebenarnya yang telah berlaku?,” Dania hanya menangis dan terus menangis tanpa menghiraukan pertanyaan Izzran. Izzran mengeluh melihat keadaan Dania yang sedang duduk memeluk lutut di bawah sebuah pokok di tepi laut tidak jauh dari pekan tempat mereka berada sebelum itu. Izzran tidak pernah menyangka yang dia akan melihat sahabatnya yang satu ini dalam keadaan yang amat menyedihkan kerana Dania yang dikenalinya adalah seorang yang ceria dan tegas walaupun kadang-kadang sifat manjanya terserlah. Izzran tahu, tiada gunanya  dia terus bertanya kepada Dania pada waktu itu, lalu dia pun perlahan-lahan melabuhkan punggung di sebelah Dania.

“ Dania, kamu tahu kan kamu dan Alda adalah teman terbaik ku. Jikalau ada antara kamu bersedih, aku akan turut bersedih. Hati ini seolah-olah dirobek dengan pisau tajam apabila aku melihat kamu bersedih seperti saat ini dan lebih menyakitkan lagi aku tidak boleh berkongsi kesedihan dan kesakitan kamu itu kerana kamu tidak ingin berkongsi dengan aku. Ianya sangat sakit apabila aku tiba-tiba tidak boleh melepasi benteng yang selama ini aku mampu lepasi,” Dania mendengar kata-kata Izzran yang penuh dengan kekesalan namun dia masih tidak memandang wajah Izzran. Dia tidak mampu untuk memandang wajahnya apabila dia memikirkan tentang Hakimi dan peristiwa silamnya. Tiba-tiba terasa tangan hangat Izzran mengusap bahunya.

“it’s okay kalau kamu tak nak beritahu sekarang dan aku pun tak nak memaksa tapi tolong jangan bersedih lagi boleh? Lap air mata mu itu dan pandang aku dengan senyuman,” ujar Izzran lagi sambil menghulurkan saputangan kepada Dania. Dania masih tak memberi sebarang reaksi menyebabkan sekali lagi Izzran mengeluh tetapi, Izzran tersentak apabila Dania tiba-tiba bersuara.

“ Izz, Hakimi itu dulu ketika aku bertunang dengan dia hampir-hampir meragut kesucianku dan pernah mencuba untuk menjual aku kepada bapa ayam. Ibu angkatku kononnya menjodohkan kami kerana dia kenal rapat dengan keluarga Hakimi dan aku hanya menurut kerana aku sangat terhutang budi dengan ibu angkatku yang sanggup memelihara aku dan menyekolahkan aku. Oleh kerana itu, selesai SPM aku terus ditunangkan dengan Hakimi walaupun aku memperolehi keputusan yang sangat baik dalam penilaian itu. 6 bulan pertama pertunangan kami, dia melayan aku dengan baik sehingga aku mulai jatuh cinta dengannya. Namun, pada suatu ketika aku melihat perubahan dalam diri Hakimi. Layanannya terhadap aku mulai berubah namun aku diamkan perkara itu. Suatu malam, ketika aku sedang berehat Hakimi datang ke bilik ku dalam keadaan mabuk dan dia...dia..izz, Hakimi dia cuba memperkosa aku Izz..tapi, aku berjaya melepaskan diri. Tidak cukup dengan itu, dia cuba untuk menjual aku dengan bapa ayam kerana dia ditawarkan ganjaran yang lumayan tapi aku memprotes. Aku cuba mengadu dengan ibu angkatku, dia malah mencaci aku. Katanya aku anak tak tahu diuntung dan malam itu juga, aku melihat kecurangan Hakimi di depan mataku. Dia bersama dengan ibu angkatku di ruang tamu rumah. Aku lari dari rumah malam itu juga,” Izzran ternganga mendengar cerita Dania. Tanpa sedar, Izzran mendakap kemas Dania yang sedang menangis di depannya.

“ Dania, aku di sini. Aku akan melindungi kamu dari jantan keparat itu,” tanpa sedar Izzran turut menitiskan air mata. “ tak sangka Dania yang ceria, tegas dan manja boleh melalui pengalaman pahit seperti itu,” bisik hati kecil Izzran. Dania merasakan suatu kehangatan dan ketenangan dalam pelukan Izzran.

“ Izz, hanya ibu ku yang sekarang ini dan kau yang tahu perkara ini. Abangku, Alda dan yang lain-lain tak tahu menahu akan perkara ini. Tolong rahsiakan ya? Mungkin nanti Alda akan ku beritahu sendiri apabila aku sudah kuat,” pinta Dania. Izzran hanya mengangguk tanda mengerti akan permintaan Dania tersebut.

“ tapi, aku takut kehadiran Hakimi adalah untuk membongkarkan segalanya ataupun untuk membalas dendam kepada aku kerana mengembalikan cincin pertunangan tersebut. Aku tidak membawa cincin tersebut kerana aku ingin mengakhiri segalanya antara kami. Sekarang, dah tiga tahun berlalu kenapa dia muncul semula?,” kelihatan perasan marah, benci dan takut bercampur baur dalam hati Dania. Izzran mencapai tangan Dania lembut lalu menggenggamnya erat-erat.

 

Keesokan harinya, Dania bangun dalam keadaan tidak bermaya kerana semalaman dia menangis memikirkan kedatangan Hakimi dan panggilan dari Hakimi pada awal pagi itu menyesakkan lagi fikirannya. “ Kimi, apa sebenarnya yang kau mahu dari aku ‘ni. Tolonglah lepaskan aku,” ujar Dania dalam hati namun dia menjawab juga panggilan itu walaupun Dania masih tertanya-tanya dari mana lelaki itu mendapatkan nombor telefonnya. Bagaimanapun, lelaki itu masih menggunakan nombor yang sama sebab itu dia dapat mengecam nombor tersebut.

“Nia, aku minta maaf. Aku tahu aku salah memperlakukan kau seperti itu tiga tahun yang lalu. Aku masih cintakan kau Nia,” ujar Hakimi dalam corong telefon tapi Dania tidak termakan akan pujuk rayu Hakimi kerana dia sudah serik dengan perbuatan lelaki itu terhadapnya. Tanpa simpati, Dania terus mematikan talian dan membuang telefon bimbitnya jauh-jauh kemudian menyembamkan wajah di atas bantal kesayangannya.

Sejak peristiwa itu, Izzran dan Alda tidak pernah lagi melihat kelibat Dania di Kolej mahu pun di mana-mana. Izzran juga berulang kali mencuba untuk menghubungi telefon bimbit Dania namun cuma suara operator sahaja yang menjawab. Izzran menjadi risau.

“Alda? Kamu temannya Dania kan?,” satu hari, Alda didatangi seorang lelaki yang agak mencurigakan. Alda ketika itu berada di serambi ilmu seorang diri tanpa Izzran dan hal itu menyebabkan Alda ketakutan namun lelaki tersebut menenangkan Alda.

“ Jangan takut. Aku Daniel pelajar jurusan multimedia semester akhir. Kamu pelajar Journalism kan?,” pertanyaan Daniel dijawab dengan anggukan dari Alda. Perasaan takutnya mulai surut apabila mengetahui bahawa Daniel merupakan pelajar di kolej yang sama dengannya.

“Kamu nak apa dari aku?,” tanya Alda. Daniel tersenyum apabila Alda bertanyakan hal itu. Tak semena-mena Daniel menghalakan jari telunjuknya tepat ke arah dada Alda menyebabkan raut wajah Alda menjadi pucat sambil menekap dadanya dengan buku-buku yang dibawanya. Reaksi Alda menggeletek perasaan Daniel menyebabkan tawa Daniel terburai.

“ Alda, kamu ni lawaklah. Comel,” Alda semakin bingung dengan lelaki di depannya itu. “ apahal dengan lelaki ‘ni?,” fikirnya dalam hati.

“ cik Alda, tolong jangan salah faham. Aku ‘ni, kenal sangat dengan kamu. Kamu seringkali mendapat markah yang baik dalam setiap tugasan yang pensyarah berikan, suka makan jagung campur mayonis, setiap jm9 malam kamu pasti akan mencari jagung di kafe ketika kamu masih menginap di asrama dulu. Tapi sekarang kamu dah kurang makan jagung ‘tu kerana sahabat baik kamu dah berhenti kolej. Dia dah berpindah jauh dari sini,” membulat mata Alda mendengar kata-kata Daniel. “ bagaimana dia boleh tahu begitu banyak tentang aku,” fikirnya. “Namun yang lebih memeranjatkan lagi, bagaimana dia boleh tahu keadaan Dania, sedangkan aku dan Izzran yang merupakan teman baiknya tak tahu apa-apa langsung?”

“Dania tak berpindah. Dia diculik,” suara Izzran menorobos ke gegendang telinga Alda. Air matanya yang tersimpan baik di kelopaknya sejak kehilangan Dania, akhirnya gugur. Daniel turut terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Izzran.

“ Ap..Apa? Dania diculik?,” tapi mama beritahu aku dia berpindah ke Tokyo. Mama sendiri yang menghantarnya kerana tidak mahu dia diganggu lagi oleh Hakimi,” mendengar perkataan yang dituturkan oleh Daniel satu persatu menyebabkan Izzran tersenyum.

“ Terima kasih Daniel. Engkau telah memberitahu perkara yang sebenarnya akhirnya. Kau adalah abang angkat Dania kan? Aku gembira dia selamat dan tujuan kamu sebenarnya adalah untuk berjumpa dengan Alda dan memberitahu dia perkara yang sepatutnya kan? Teruskan,” ujar Izzran lalu beredar dari situ. Alda yang masih bingung dengan apa yang berlaku masih menangis teresak-esak.

“ Alda, Dania selamat. Aku tahu, Hakimi datang memang untuk memulihkan semula hubungan mereka setelah dia turut ditipu oleh ibu angkat Dania sebelum ini namun dia harus tahu, Dania telah bertemu dengan ramai orang yang membantu dia menempuhi hidup dengan kuat dan tabah dan kamu adalah salah satunya. Walaupun kehadiran Hakimi kini adalah lebih ikhlas namun parut yang telah dia tinggalkan dalam hidup Dania, aku pasti dia tidak akan dapat menghilangkannya,” ujar Daniel sambil tersenyum. Alda mengangkat muka apabila Daniel berkata demikian.

“ sebenarnya tujuan aku jumpa kau ‘ni adalah nak beritahu kau, aku sentiasa memerhatikan kau dari awal semester kita di sini. Aku tertarik dengan senyumanmu. Oleh itu, smile please?,” Alda tergamam mendengar kata-kata Daniel. Daniel tersenyum melihat wajah Alda yang masih dibasahi air mata itu namun akhirnya wajah tersenyum namun dia meminta sedikit masa untuk memikirkan lamaran Daniel itu untuk menjadikannya sebagai teman wanitanya.

 

*****************************************************************************************************

“ bagaimana agaknya keadaan Alda dan Izzran sekarang ya?,” fikir Dania sendiri. Tak semena-mena telefon rumahnya berdering.

“ Moshi moshi?,” ujar Dania sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut.

“ Ini mama la Nia. Kamu bagaimana di sana? Okey tak? Abang kamu ‘tu si Daniel dah bertunang dengan Alda sahabat kamu ‘tu 3 bulan lepas tamat pengajian. Abang kamu yang seorang lagi dah putus dengan teman wanitanya yang kamu tak suka ‘tu,” Dania terkekek mendengar cerita mama angkatnya itu. Sedar tak sedar dah 2 tahun Dania menghuni  matahari terbit tersebut.

“ mama, ada seorang lagi yang mama lupa khabarkan kepada Nia,” ujar Dania lagi. Dia tidak sabar untuk mengetahui perkembangannya.

“ erm, Hakimi...dia mohon maaf atas semuanya. Dia mohon kamu balik dan maafkan dia. Dia tak akan paksa Nia untuk terima dia lagi. Dia cuma ingin lihat muka Dania lagi,” Dania mengeluh.

“ mama, Nia tak nak tahu pasal dia. Izz macam mana? Sihat?,” tanya Dania. Mamanya tergelak mendengar pertanyaan itu. “ rindu Nia dengan Izz?,” fikirnya.

“ nak tahu? Baliklah. Bukankah Nia dah cukup kuat? Nia tak boleh melarikan diri selamanya dan menyeksa perasaan semua orang yang sayangkan Nia hanya kerana Hakimi seorang..Tuuut..,” talian dimatikan. Dania menggigit bibir dengan tindakan mama angkatnya. Perlahan Dania membuka laci mejanya dan mengambil sebuah buku berwarna coklat.

‘Dania, kamu tahu kan kamu dan Alda adalah teman terbaik ku. Jikalau ada antara kamu bersedih, aku akan turut bersedih. Hati ini seolah-olah dirobek dengan pisau tajam apabila aku melihat kamu bersedih seperti saat ini dan lebih menyakitkan lagi aku tidak boleh berkongsi kesedihan dan kesakitan kamu itu kerana kamu tidak ingin berkongsi dengan aku. Ianya sangat sakit apabila aku tiba-tiba tidak boleh melepasi benteng yang selama ini aku mampu lepasi’

Dania mengingat semula waktu-waktu ketika dia bersama dengan Izzran dan Alda. Dania tersenyum sendiri kerana mreka berdualah Dania memiliki kekuatan untuk menempuhi segalanya. Namun Izzran memberi lebih dari yang diinginkannya dan Dania meyimpan segala kata-kata yang Izzran pernah tujukan kepadanya. “ Izzran, I miss you,” fikirnya lalu senyum. Dalam hatinya, dia telah bertekad untuk kembali ke tempart asalnya dan menemui satu-satunya penyelamat jiwanya. Sejak ila dia mula menyimpan perasaa terhadap lelaki itu, dia pun tak tahu. Yang dia tahu,, Izzran adalah satu-satunya penghuni dalam hatinya.

 

“kerana kamu, ku perolehi kekuatan itu

Ku perolehi ketenangan dan kehangatan.

Dan kini, aku kembali hanya kerana kamu”.

 

 

*ini adalah karya pertama saya. Apa-apa kesalahan, minta komen ya?

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan*

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Bgus...menarik
  • 2) Rentaknya sedikit laju, seolah-olah tergesa-gesa. Namun, usaha yang bagus.

Cerpen-cerpen lain nukilan kolika

Read all stories by kolika
No stories.