Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

SOFA

 

Kita dah biasa dengar atau menonton wayang tentang CERITA hantu. Banyak cerita2 begini yg ditayangkan dimalaysia, baik dlm cerita malaysia ataupun dlm visi inggeris, china, thailand, korea dan jepun. Apakah kita dah jemu dengan cerita begini? Mungkin ya..mungkin tidak. Hari ini botak nak bercerita tentang cerita hantu juga. Cerita tentang sofa yg berhantu, botak akan cerita semula bagaimana kejadian ini berlaku. Jom baca botak bercerita ini...



Hari jumaat malam, sedang botak leka melayan tv, yg kebetulan pelakonnya idola botak sedang beraksi. Siapa lagi kalau bukan ROZITA CHE WAN kesayangan ku. Sedang asyik menonton tiba2 telepon menjerit, botak capai telepon lalu lihat di skrin nama member botak yg berniaga dipasar malam...

\"Hello bro lama senyap\" kata botak.

\"Sori botak sibuk sikit sekarang ni. Botak aku nak minta tolong kau boleh tak\" kata ali dlm talian.

\"Ok, pa dia bro\" kata botak.

\"Awek aku nak pindah, aku nak kau tolong aku\" kata ali.

\"Boleh no hal, tapi tak kan kita 2 org je\" kata botak.

\"Ala botak barang tak byk pun, pakai van aku je\" kata ali.

\"Ok ali, hari pa\" tanya botak tapi mata tak lepas melihat ke wajah rozita sedang beraksi di tv.

\"Esok malam aku datang ambil kau\" kata ali.

\"Eik pindah malam2 ni, macam lari tak bayar sewa je\" kata botak sambil tergelak.

\"Bukan lah, senang jalan tak jam\" kata ali.

\"Ok2 esok malam aku tunggu kau\" kata botak.

\"Ok botak..terima kasih\" kata ali...


Hari sabtu mlm...

Selepas magrib ali datang menjemput botak dgn van nissan berwarna kelabu, plat bernombor W?S 67??.

\"Ali, mak adeh kau tak ikut ke\" kata botak yg dah duduk disebelah ali.

\"Ita tunggu kt rumah lama\" kata ali.

\"Oh, kenapa nak pindah? Rumah lamakan ok, line clear\" kata botak yg dulu sering juga lepak di rumah awek ali.

\"Betul botak tapi owner nak jual rumah tu\" kata ali dengan mata memandang ke depan.....

\"Rumah baru ni contact sapa.....\"

\"Awek aku yg cari, tapi aku hairan lah botak\" kata ali.....

\"kenapa lak\" kata botak.....

\"Kali ini duduk rumah flat, tapi area sana sewa dlm rm400-500. Awek aku dpt rm250 je\" kata ali.

\"Kan ita simbol seks nak hairan pa\" kata botak tergelak.

\"Owner 2 perempuan la\" kata ali.

\"Confirm lesbian\" kata botak buat kelakar.

\"Taik babi lu botak\" kata ali turut tergelak.



Van yg dipandu oleh ali terus bergerak ke ampang iaitu rumah lama awek ali. Sesampai saja didepan pagar rumah teres 2 tingkat itu. Ali terus reverse van nya kehalaman rumah. Ita yg berkulit putih dan berambut cecah ke bahu tersenyum dimuka pintu..

\"Botak, thank sudi tolong\" kata ita yg mempunyai taik lalat dihujung bibir.

\"Ni bukan tolong, nasi goreng ayam tau\" kata botak yg dah turun dari van.

\"Ala nasi goreng..no hal botak. Sponser karaoke pun boleh\" jawap ibu tunggal yg mempunyai anak 1 itu.

\"Karaoke TAK main\" kata botak.

\"Botak, ni saja yg tinggal, 2 trip boleh tak botak\" kata ali yg memanggil botak diruang tamu.



Botak terus melangkah masuk kerumah. Diruang tamu kelihatan papan2 katil, peti sejuk satu pintu, alamari baju satu pintu dan berapa kotak sederhana besar.

\"Boleh ali, peti sejuk dgn alamari ni boleh baring kan dlm van\" kata botak yg berdiri disebelah ali.

\"Rumah baru kt manaa?\" kata botak lg

\"Kat jalan ipoh\" pendak jawap ali.

 


Setelah mengangkat brg2 yg besar dulu maka bergerak van ali utk trip pertama. Ita tidak mengikut hanya tunggu dirumah lama. Dalam hampir 45minit, van ali sampai ke kawasan flat iaitu rumah baru aweknya.

\"Ali tingkat berapa rumah ita\" kata botak sambil memandang bangunan tinggi 1 blok didepannya

\"Tingkat last sekali. tingkat 10\" jawap ali.

\"Ali, aku rasa line tak clear kt sini\" kata botak jeling ke arah ali.

\"Nak buat macam mana, ita kata kat sini senang dekat kat tempat kerja\" kata ali seolah2 setuju dgn kata botak.



Setelah meletak van, kami pun memungguh brg2 turun. Semasa menunggu lif, tiba2 seorang makcik menegur kami.

\"Adk, pindah ke?\" kata makcik bertudung, berbaju kurung dan bertubuh agak gemuk.

\"Ya, makcik\" jawap ali.

\"Tingkat berapa\" tanya makcik itu lagi.

\"Tingkt 10c makcik\" jawap ali. Botak dapat lihat muka makcik itu berubah serta merta, lama direnung muka ali

\"Dik dah tengok ke rumah tu?\" kata makcik itu.

\"Dah, kenapa makcik?\" tanya ali.

\"Tentu ada sebab, kalau murah kan tapi tuhan maha berkuasa\" kata makcik itu sambil menekan2 butang. Ali memandang ke botak yg berada dibelakangnya. Botak tahu ali tidak faham maksud makcik itu termasuk juga botak. Bila lif sampai ditingkat 7 dan pintu terbuka. Ali tolong menekan butang bertulis stop. Makcik itu pun keluar, botak sempat menjeling ke arah makcik itu yg tidak jemu2 memandang kearah kami dgn muka serius. Botak hairan...... Kebetulan hanya kami berdua saja didalam lif itu.



\"Adik hati2 ya\" kata makcik itu diluar kemudian pintu lif tertutup. Ali hanya diam saja begitu juga botak yg berada dibelakang. Lif terus bergerak hingga ketingkat 10, bila terbuka saja pintu lif botak lihat diruang tingkat 10 berdepan dgn lif begitu gelap. Terdapat empat biji lampu kalimantan tetapi semuanya tidak menyala.

\"Ali belah mana rumah ita\" kata botak memandang kearah ali.

\"Depan tu corner belah kanan ni\" kata ali... 

 


SEKEJAP, botak nak terangkan kedudukan rumah itu dari lif. Jika keluar dari lif, sebelah kiri berjalan dalam sepuluh langkah diruang depan lif pusing kekanan. Rumah pertama itulah rumah baru awek ali.



Barang pertama diangkat iaitu peti sejuk kemudian terus dibawa dan diletakkan didepan pintu. Ali yg berdiri didepan terus menyeluk poketnya mengeluarkn kunci. Botak yg berdiri belakang hanya meihat kemudian botak alih pandangan melihat sebelah kanan iaitu rumah jiran yg paling hampir. Botak lihat ada sesekali jiran itu keluar menjenguk muka tetapi tidak menegur sapa.

\"Ok botak jom masuk rumah baru aku\" kata ali yg baru melangkah masuk.

\"Ok, rumah baru kau\" kata botak semacam perli.

\"Ya la rumah awek aku, rumah aku gak\" jawap ali dlm tersenyum.

\"Yalah\" kata botak yg turut tersenyum.

\"Wah, ok rumah ni\" kata botak berada diruang tamu yg telah terang itu. Botak lihat dinding rumah itu dicat dgn warna hijau pekat. Jadi kelihatan agak mendung diruang tamu..

\"Wah dapat pakej lg tu\" kata botak bila terlihat sofa yg boleh memuatkan  3org utk duduk.

\"Memang owner asal tingalkan soda ni kt sini\" kata ali. 

 


Soda yg berwarna hitam pekat itu kelihatan baru. Terletak rapat ke dinding. Botak berjalan terus ke bolkoni, kemudian menjamu mata melihat pemandangan rumah2 teres dan aliran sungai dibawah. Botak berjalan keliling rumah yg mempunyai 2 bilik itu.

\"Ali, ok memang puas hati, sewa pun murah. Ada pemandangan sungai lg\" kata botak sambil duduk disoda yg berwarna hitam itu.

\"Jom botak, kita sambung angkat brg\" kata ali yg sudah ke pintu keluar.

\"Ok, jom\" jawap botak.



Semasa hendak melangkah kluar itu, tiba2 botak toleh ke belakang melihat ke ruang tamu, botak dapat hidu bau wangi kemboja sungguh kuat didalam rumah itu. Botak pandang keliling rumah itu, nak pastikan dari mana datang bau itu tapi tak berjaya. Terus botak melangkah laju2 mengejar ali yg telah berada didepan lif. Botak tidak cerita pada ali.



Dlm pukul 10malam kerja perpindahan pun selesai, memang 2 trip semuanya. Pada trip ke2 ita datang dgn memandu kereta kancilnya berwarna kuning dan membawa brg2 kecil sekali.

\"Botak, kau tunggu sini, ita datang. Aku nak angkat brg2 yg dia bawa\" kata ali kelihatan telepon masih ditangannya.

\"Ok ali\" ringkas jawap botak.



Setelah ali pergi tinggl botak diruang tamu, berkemas mana2 yg patut2. Sedang botak mengankat kotak utk dibawa masuk ke bilik ke 2. Tiba2 saja lampu seluruh rumah itu terpadam. Terperanjat babi botak, nasib baik kotak yg dipegang tak terlepas. Lepas meletak kotak dibilik botak berjalan ke ruang tamu yg gelap itu. Dari ruang tamu terus botak berjalan keluar dari rumah, botak lihat rumah2 berhampir semuanya terang, botak pandang kedlm rumah.

\"Eik, terang pulak\" bisik hati botak. Sedang termenung itu...

\"Botakkk! Thank tolong angkat dan kemas brg2 ita\" kata ita ala2 menjerit yg muncul dari kiri botak.

Botak toleh ala2 terperanjat jugak, kemudian botak tersenyum

\"Nasi goreng ayam kan\" kata botak.

\"No hal\" jawap ita. Ali hanya tersenyum saja dibelakang ita. 

\"Ali, aku rasa rumah ni wirering ada masalah. Tadi tiba2 lampu semua terpadam\" kata botak.

\"Tapi owner tu kata semua baru\" kata ita mencelah.

\"Betul botak, aku dah periksa masa cuci rumah ari tu\" kata ali menyokong kata aweknya.

\"Ohhh kalau macam tu mungkin karan ni sengugut kot\" kata botak sambil tergelak.

\"Hoi, jgn nak main2 bab perempuan\" kata ita sambil tersenyum.

\"Ohhh, yg awak tu suka main2 barang laki tak pe\"

\"Botak, I kata bab lain bukan barang\" kata ita dlm nada tinggi tapi tergelak.

\"Ohh ya ke, sori salah dengar\" kata botak tersenyum sinis terus melangkah masuk kedlm rumah.

\"Ala! dah memang otak blue kan\" kata ita sindir sambil melihat botak melangkah.

\"Baby jemur kain ke\" Botak yg berada dibolkoni terdengar ali kata begitu pd ita diruang tamu.

\"Tak la. Kenapa sayang?\" kata ita.

\"Tu kat bolkoni ada kain warna hitam macam kain tudung je\" kata ali. 

\"Botak, kau nampak tak kain warna hitam kat sebelah kanan hujung tempat sidai tu?\" kata ali diruang tamu. Botak pantas menoleh kekanan. Botak tak nampak apa2 cuma dawai besi yg melintang yg dijadikan tempat sidai baju je.

\"Tak ada  pun ali\" jawap botak. Ali berjalan menuju ke bolkoni dan berdiri disebelah botak.

\"Kat sini tadi aku nampak, masa tu kau kat bilik\" kata ali menunjuk sambil mengoyang2kan dawai besi itu.

\"Mungkin, sayang salah pandang kot\" kata ita dari belakang.

\"Siap disepit tu\" kata ali penuh yakin.

\"Kain hantu kot\" kata botak tersenyum.

\"Eik botak, merapu je\" kata ita.

\"Jom kita kemas\" kata botak matikan cerita.

\"Jom2 dah pukul berapa ni\" kata ali tapi diwajhnya masih keliru.

 


Semasa berkemas itu, masing2 buat tugas masing2. Ita sibuk mengangkat brg2 peribadinya masuk kebilik utama iaitu biliknya. Ali juga turut membantu aweknya. Botak lebih tertumpu brg2 dapur dan brg2 utk diletak bilik ke 2. Semasa meletak kotak yg berisi buku2 dan kertas didlm bilik ke 2.

\"Plastik pa ni..macam ada buku je\" bisik hati botak sambil memegang plastik berwarna biru.

\"Ohhh YASIN\" kata botak sambil keluarkan YASSIN itu.



Diruang tamu botak serah kan YASIN itu pd ali.

\"YA ALLAH, aku dah kata kat ita YASIN simpan kat beg tangan je. Degil betul minah ni\" jawap ali geram.

\"Degil2 pn ayang kau gak, bro\" kata botak tergelak.

\"Apa dia botak\"



Tiba2 ita muncul dari pintu bilik utama.

\"Takde, Ali kata dia sayang kau sampai langit ke tujuh\" kata botak tergelak besar.

\"Sayang pa tu\" jawap ita yg kadang2 lurus bendul.

\"Tu namanya sayang AYAH PIN\" jawap botak yg dah ketawa besar.

\"Apa!!! Sayang ayah pin. Tak nak!!!\" jawap ita yg turut tergelak besar. Akhirnya semua tergelak diruang tamu. Sedang semuanya tergelak itu tiba lampu seluruh rumah sekali lagi terpadam. Semua senyap dan saling berpandangan.

\"Tengok kan aku dah cakap, bro. Ada masalah kan!\" kata botak dlm gelap.

\"Main suis kot\" kata ali dan terus berjalan menuju ketepi pintu depan.

\"Botak ada kerusi tak?\" kata ali sambil tangannya menekan handponnya agar terang.

\"Ada kat bilik no 2 tu, kerusi penyewa lama. Jap! aku ambil\" kata botak berjalan agak laju tapi berhati2. Ita terus berjalan kebilik utama.

\"Sayang, baby ambil lampu suluh\" kata ita. Setelah dapat kerusi dan lampu suluh, botak menyuluh ke suis utama dan ali yg tahu serba sedikt tentang wirering telah melakukan sesuatu.

\"Ohh fuis tak ketat rupanya\" kata ali.

\"Ohh, betul ke\" kata botak yg tak berapa pandai tentang letrik, tentang awek ok sikit.

 


Dalam pukul 11.00mlm, kerja berkemas siap. Yg tinggal sikit2 saja. Ita kata...

\"Botak ok la ni, yg lain2 nanti ita buat\" Kemudian kami terus ke kedai makan yg berhampiran

\"Botak, pa lg minta 2 pinggan nasi goreng ayam\" kata ita ketawa...

\"2 pinggan, kau nak bagi aku muntuh babi kat sini ke?\" kata botak turut ketawa.



Seketika kami pun menjemu selera dgn laju dan lancar terutama botak.

\"Baby nanti sayang hantar sampai bawah je, sebab rumah baby sekarang tak sama macam rumah dulu\" kata ali pd aweknya.

\"Baby tahu sayang, thank tolong baby, sayang\" kata ita dgn suara manja.

\"Hai sayang je, aku yg separuh nyawa ni tak cakap pun terima kasih ke\" kata botak mengusik.

\"Thank botak. Lain kali ita pindah tolong lagi ya\" kata ita ketawa.

\"Ni last, lain kali upah orang, kau masyukkk\" kata botak lg.

\"Sampai hati...\" kata ita tarik muka merajuk.

\"Oh ya baby, kalau ada pa2 telepon sayang ya\" kata ali pandang tepat wajah awek nya.

\"Baik sayang\" Setelah selesai makan, ali pun menghantar aweknya balik, dimana kami tiga2 duduk dikerusi depan van. Sampai saja dibawah flat, botak turun dulu bagi ruang utk ita turun. Ali berkata buat kali terakhir

\"Baby jaga diri baik2, pa2 call sayang\"

\"Baik sayang, love u\" kata ita kemudian mencium tgn kekasihnya.

\"Ita kalau ada pa2 yg tak elok AZAN je kt depan pintu. Serius ni\" kata botak bagi tip.

\"Mana ada hantu zaman FACE BOOK NI. Thank ya botak tolong ita\" kata ita serius.

\"Ok ita, terima kasih gak belanja makan tadi\" kata botak dgn senyum. Akhirnya ita pun berjalan menuju ke lif. Van ali bergerak meninggal kawasan flat menuju ke rumah botak. Botak masih ingat dlm pukul 1.30 pagi botak sampai ke rumah. Tinggal la ita seorang diri dirumah barunya.

 


Ita sampai didepan pintu rumah. Semasa mengeluarkan kunci, ita terperasan.

\"Aku buka lampu tadi masa nak kuar makan\" bisik hati ita kemudian ita pandang keliling ke arah rumah jiran.

\"Dah tido jiran aku\" bisik hati ita lg. Bila ita buka saja pintu...

\"Ohhh makkk kauuuu!!!\" melatah dalam terperanjat ita bila dilihat ada kelibat seorang anak berlaju laju didepannya menuju kebilk air. Ita masih berdiri dimuka pintu dan dibiar pintu depan terbuka. Didalam gelap itu pelahan2 ita melangkah masuk kemudian menoleh kanan ke arah bilik air. Ita mengatur langkah dgn pelahan ke bilik air, keadaan begitu senyap. Bila sampai saja dipintu bilik air yg tertutup itu, dgn menggunakan tangan kirinya ita menolak penuh berhati2 pintu bilik air itu..

\"PRAKKK\" kedengaran pintu bilik air itu bergerak kebelakang dan terbuka. Ita berundur berapa langkah kemudian berjalan ke depan semula menjenguk2 kedlm bilik air. Ita lihat tiada apa pun didlm bilik air. 2 biji baldi dn semua brg2 utk mandi terletak ditempat asal. Ita biarkan pintu bilik air itu terbuka kemudian berjalan dlm gelap menuju ke ruang tamu mencari suis utk membuka lampu. Hanya sekali petik saja ruang tamu itu kembali terang.

\"Boleh pun, sayang tak tutup rapat ke tadi\" bisik hati ita sambil memandang keatas main suis. Ita abaikan semuanya, terus menutup pintu depan dan terus berkemas setakat yg boleh. Setelah merasa letih ita berhenti berkemas dan bersiap utk mandi.

 


Didlm bilik air, ita menyanyi2 pelahan menghibur hati. Sementara menunggu air didlm baldi penuh, ita menyusun keperluan tambahan mandi utk wanita rak dibucu dinding.

\"Ala kecil sangat la cermin ni, esok kuar dgn sayang nak beli baru yg besar sikit\" kata ita bercakap bersendirian bila terlihat cermin yg ditinggalkan penyewa lama terlalu kecil buatnya. Bila air dibaldi telah penuh, ita pun menggunakn bekas kecil menyiram tubuhnya.

\"Ohhh lega rasanya\" sekali lg ita bercakap sendirian. Dalam 3 kali menyiram air ke tubunnya. ita berhenti terus menoleh ke pintu bilik air yg tertutup. Pelahan2 ita rapat ke pintu kemudian dirapat telinganya ke pintu bilik air  yg diperbuat dari plastik itu. Ita dengar penuh teliti...

\"Eik! Macam ada org ni kat ruang tamu\" kata ita seakan berbisik. Ita tunduk memandang ke bawah pintu.

\"Gelap???\" kata ita hairan. Ita pasti bila dia nak mandi tadi memang lampu ruang tamu terbuka. Ita mencapai tuala mandi dan dibalut pd tubuhnya. Ita terus rapat telinganya ke dinding pintu lg. Ita pasti memang ada org di ruang tamu. Ita dapat dengar suara wanita seperti seorg ibu yg sedang bercakap dgn anaknya. Ita dapat dengar jelas suara anak itu ketawa. Ita merasa hairan, bukan takut kerana ita tidak percaya hantu. Ita terus tarik selak kemudian melangkah keluar cepat2. Didepan pintu bilik air ita bersuara.

\"Siapa tu!\" kata ita pandang ke arah ruang tamu. Keadaan diruang tamu gelap, senyap dan sunyi. Ita berjalan berhati2 ke ruang tamu dan memandang sekeliling tapi tiada apa2 pun. Ita periksa sliding door yg memang berkunci kemudian berjalan ke pintu depan, dipegang tombol pintu dn dipulas berkali2...

\"Kunci???\" bisik hati ita. Ita terus melangkah ke suis, dipetiknya suis, sekali lg ruang tamu kembali terang.

\"Rosak ke ke suis ni, esok bagitau sayang\" kata ita sendiri.



Dlm keadaan terang itu ita pandang dan periksa sekali lg diruang tamu, termasuk bilik ke 2 tetapi tetap tak ada apa2...

\"Ada org nak main2 kan aku ke?\" kata ita lg. Sedang berfikir itu tiba2 ita terpandang kain berwarna hitam. Kain berwarna hitam itu betul2 terletak diatas sofa yg berwarna hitam yg ditinggal oleh owner. Ita melangkah pelahaan ke arah soda. Sampai saja dlm keadaan berdiri ita merenung tanpa menyentuh. Kemudian ita tunduk mendekatkan mukanya pd kain hitan itu. ita tetap tidak menyentuh.

\"Bukan kain aku ni!\" kata ita. Setelah lama memandang ita merasa tidak puas hati lalu tangan kanannya bergerak utk menyentuh kain itu. Dgn menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, ita menarik ke atas kain hitam yg separuh berlipat itu. Semasa menarik itu serentak hidung ita terbau wangi seperti bunga kemboja. Terlepas kain itu dari pegangan ita kerana terperangat sambil berundur ke belakang

\"Sapa ni nak main2 kan aku ni. Botak ke?\" Cepat2 ita memegang kain itu dan dibuang ke bakul sampah yg berada didapur. Kemudian ita abaikan semuanya dan terus sambung mandi.

 


Setelah selesai mandi, ita berjalan ke biliknya yg berada di kiri dari pintu depan. Bilik ke 2 berada disebelah kanan dari pintu bilik air. Dan di depan bilik air ialah ruang dapur. Setelah siap salin pakaian tidur ita rebahkan diri dikatil yg dipasang oleh kekasihnya dan botak tadi. Oleh kerana keletihan ita tertidur dgn lena. Keadaan diseluruh ruang didlm rumah itu sunyi dan senyap sahaja. Lampu diruang tamu dan bilik air kelihatan menyala. Tiba2 saja lampu2 itu terpadam. Keadaan rumah kini gelap gelita dan dalam berapa saat saja kelihatan kelibat anak kecil yg entah dari mana muncul. Anak kecil itu berlari2 dari ruang tamu menuju ke bilik air. Sebaik anak kecil itu masuk ke bilik air, pintu bilik air itu tertutup dgn sendiri. Didalam bilik air jelas kedengaran anak kecil itu berseronok bermain2 air. Di bilik utama ita lena dibuai mimpi. Ita tidak sedar yg kini didlm rumahnya bukan dia seorg yg ada. Tiba2 ita tersedar dari tidur bila telinganya terdengar suara wanita. Dalam keadaan baring ita cuba memasang telinga.



\"Amir jgn main air, cepat makan.\" Itu lah kata2 yg ita dengar di ruang tamu. Ita paksa tubuhnya bangun dari katil. Dilihat jam kecil ditepi katil menunjuk pukul 3.30 pag. Ita terus berjalan ke pintu biliknya. Pelahan2 tombol pintu itu dipulas, sebaik pintu dibuka ita mejenguk kepalanya ke ruang tamu. Tapi tiada apa2 pun. tiada org mahupun suara. Ita terus memandang, kemudian berjalan menuju ke tempat suiz lampu. Ditekan namun kali ini tidak menyala. Ditekan berkali2 namun tetap hasilnya sama, tidak menyala. Sedang leka menekan suis lampu. Tiba2 ita terdengar suara anak kecil ketawa keseronkan. Ita amati suara itu,

\"Kat bilik air ni\" bisik hati ita. Ita mengatur langkah menuju kebilik air yg pintu tertutup itu. Makin dekat makin kuat suara keseronokkan anak kecil itu. Bila sampai saja didepan pintu, ita yg baru nak mengangkat tangan menolak ke pintu. Tiba2 anak kecil itu kuar meluru melintas didepan ita.

\"Ahhhh!!!\" menjerit ita terperangat lalu jatuh terduduk dilantai. Ita jelas nampak anak kecil itu yg dlm berusia 3 tahun hanya memakai lampin yg telah lusuh. Anak kecil itu berkulit putih sangat dan bertubuh kurus kering. Anak kecil itu berjalan sambil ketawa menuju ke sofa kemudian terus hilang. Ita bangun meluru kesofa itu.

\"Keluar adik, kuar\" kata ita tertunduk2 memandang ke bawah sofa, ita bodoh masa itu yg sebenarnya dia bukan berdepan dgn manusia. Tetapi kerana sikapnya yg tidak percaya perkara tahyul maka ita lupa semua itu.

 

 


Ita masih lg tertunduk2 melihat dibawah sofa...

\"Adik kuar adik. Jangan buat kak marah, cepat adik kuar\" kata ita yg telah marah. Tiba2 sofa itu bergoyang2 dan terangkat2. Diseluruh sofa itu mengeluarkan asap putih. Ita tersentap lalu berundur kebelakang, entah macam mana ita terlanggar kotak yg belum siap utk dikemas. Terjatuh ita dilantai, kali ini perasaan takut ita timbul. Ita nampak dibawah soda ada lembaga berwarna hitam sedang merangkak kuar dgn bunyi begitu menakutkan. Ita tergamam dan panik. Ita lihat setengah badan lembaga telah kuar. Dikepala lembaga itu memakai tudung kepala berwarna hitam. Muka lembaga itu menghadap ke arah ita dlm jarak 5-6 kaki. Tapi wajahnya tak jelas, hanya kelihatan matanya berwarna merah. Sedang ita tergaman itu, kedengaran suara anak kecil tadi ketawa. ita alih pandangan. Rupa2 anak kecil itu sedang duduk disofa melihat ita yg ketakutan.. Ita gagahkan diri nya bangun terus berlari ke biliknya sambil berteriak.

\"Pergi kauuu!!!\" Didlm bilik ita kunci pintu terus dicapai handpon nya. Di dial no ali berkali2 tetapi tidak dapat. Ita lihat di skrin tiada signal. Tiba2 handpon itu off sendiri, ita cuba menekan di key pad tetapi tidak mahu juga. Dlm keadaan gelap dan kelam kabut itu ita cuba mencari sesuatu.

\"Mana YASIN ni\" kata ita sambil tertunduk2 dikotak depan katil..

\"Ya ALLAH mana ni\" kata ita dlm ketakutan dan menangis. Ita terus merangkak diatas katil mencari lampu suluh yg berada dibelakang bantal. Bila ditekan saja lampu itu, tiba2 meletup. Ita menepuk2 lampu itu ditangan kirinya namun tetap tak menyala. Akhirnya ita buntu lalu dibaling lampu suluh itu. Ita bersandar ke katil, ita dah tak tahu nak buat pa2 lg. Mata ita tepat merenung ke pintu biliknya. Di dahi ita kelihatan peluh mengalir. Ita dapat dengar dgn jelas perbualan antara mak dan anak.

\'Amir cepat makan. kalau ada org marah amir lg bagitahu mak\" Itulah ayat perbualan mereka. Ita yg bersandar dikatil, menarik selimut hingga ke pinggang. Ita memang tidak tahan lagi

\"Pergi kau, jgn kacau aku\" Tiba2 ita menjerit begitu didlm bilik.

 

 

Diruang tamu menjadi senyap selepas ita menjerit. Didlm bilik, ita diam. Matanya tidak lepas memandang ke pintu. Hati2nya brdebar2. Tiba2 pintu bilik ita terbuka sendiri. ita tergaman hanya melihat ke pintu yg terbuka itu. Dlm keadaan gelap itu ita nampak lembaga itu berambut panjang meleret ke lantai memasuki ke bilik nya. Sebahagian besar rambut lembaga itu menutup mukanya. Lembga itu merangkak dengan mengeluarkan bunyi seperti org sakit asma. Anak kecil itu duduk diatas tubuh lembaga yg mungkin emaknya. Ita sudah tidak keharuan, menjerit sekuat hati.

\"Jangan kacau aku, aku tidak buat apa2\" kata ita dlm menangis ketakutan. Ita cuba bangun melarikan diri tapi tidak boleh, ita rasa seperti badan nya melekat diatas katil.

\"Tolong jangan buat macam ni, ni rumah aku\" ita dah tak sanggup berdepan dgn lembaga itu lalu ita tutup mata dgn kedua2 tapak tangannya. Ita dapat dengar lembaga itu sedang menuju ke arahnya. Ita cuba membaca ayat2 ALQURAN tapi hati nya tidak yakin. Lembaga itu telah berdiri kemudian berjalan dgn mengheret kakinya menuju ke arah ita. Ita ketakutan yg amat sangat dan menangis sekuat2 hati

\"Tolong jangan kacau aku, aku tak kacau kau. Ini rumah aku\" kata ita dalam menutup matanya. Ita tahu lembaga itu sudah berada didepannya kerana bunyi mengerikan terasa dekat. Ita terasa tiba2 ditangannya ditarik2 oleh sesuatu. Ita cuba melawan tapi tak berdaya. Tangan ita terlepas dari menutup mukanya. Ita lihat rupa2 anak kecil yg menarik tangannya. Ita tak mampu berbuat apa2 seolah dipukau. Ita pandang muka anak kecil itu dalam jarak sejengkal saja. Ita dapat mendapat melihat yg ruang mata anak kecil itu kosong, tiada mata, kulitnya berkerut seribu seperti plastik yg terbakar. Ita menjerit, meraung ketakutan dan cuba pejam matanya. Tetapi setiap kali anak kecil itu menyentuh, ita seperti dipukau. Kini ita berdepan dengan lembaga itu yg mungkin mak pada anak kecil itu. lembaga itu berdiri tegak didepan ita dlm jarak setengah depa. Ita mendongak sedikit memandang lembaga itu. Ita sudah tidak berkata apa mengigil dan menangis.



\"Kau kata ni rumah kau\" kata lembaga itu yg bersuara garau. Kini kain tudung hitam tidak dipakai hanya dipegang ditangan kirinya. Dgn rambut panjang sampai ke pinggang dan berbju kurung berhitam lembaga itu berdiri tegak didepan ita.

\"Kau kata ini rumah, celaka kau\" kata lembaga itu berulang. Ita hanya diam memandang ke wajah lembaga itu yg tertutup dek rambutnya yg panjang.

\"Kau kata ini rumah kau\" kata lembaga itu berulang. Tiba2 lembaga itu mendekatkan wajahnya ke muka ita. Lembga itu mengerak2kan kepalanya, ita dapat mendengar bunyi geselan tulang2 dileher lembaga itu. Ita menoleh mukanya ke kiri, tidak mahu bersemuka dgn lembaga itu. Tetapi setiap kali ita menoleh mukanya anak kecil akan menolak pipi ita supaya bersemuka dgn ibunya. Ita tak mampu berbuat apa2. Menjerit dan meraung tidak sapa yg dengar sedang kan rumah jiran hanya 4-5 depa dari pintu depan. Ita mengigil dgn menutup mata. Kedengaran geselan tulang leher lembaga itu makin kuat.



\'Hoi manusia sini rumah aku\" kata lembaga itu dgn nada tinggi.dan tiba2 kepala lembaga tercabut dari leher nya, tercampak diatas katil terus bergelak diatas pangkuan ita. Ita mengigil teramat sangat. Dlm keadaan menangis itu hanya kudrat mental yg dimiliki ita.

\"ALLAH HUAKHBAR, ALLAH HUAKHBAR\" Bila terdengar saja azan yg dilaungkan oleh ita, lembaga dan anak kecil menjerit sekuat hati. Tetapi ita tidak sempat menghabis azan, ita terjatuh pengsan dikatil.

 


Sebenar lembaga itu seorang wanita status isteri dan ibu. Anak kecil itu ialah anaknya. Wanita dan anak nya telah mati bunuh dgn kejam oleh suami yg bersifat binatang. Wanita itu telah dibunuh dengan dicerut dengan kain tudungnya dan anak kecil itu telah dicekik leher hingga mati. Setelah dibunuh mayat wanita itu kerat2 lalu diisi dalam guni. Mungkin kerana tidak dapat membawa mayat itu keluar dari rumah. Diatas sofa itu mayatlah mereka biarkan.

 

 

 

 

\"DS PASTI TUNAI\" 

 

 

 

Kepala otak-BOTAK 
  Ditulis-DIN TWIN

 




  

 

 

 


 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) huhu..citer hantu..ni ala-ala Flat 3A..

  • (Penulis)
    2) ciksal:mngkin kebtlan kot..hehehe
  • 3) wow. seram.

    cerita ini bagus olahannya. rasanya dah banyak kan botak hantar entri kat kapasitor? boleh dah rasanya kalau tak guna shortform, eja penuh. perkataan macam 'dah2' boleh eja penuh tu rasanya. walaupun ejaan nampak remeh, tapi ia boleh mengganggu fokus.

    dan mungkin boleh buat spellcheck juga contohnya 'thanks' bukan 'thank'. kalau 'thank' untuk 'thank you'.

    maaf ye botak, tegur panjang-lebar.

  • (Penulis)
    4) uculer:thanks atas teguran,saya akan lakukan nanti...

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444