Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Bukan paling cantik dalam dunia, tapi cantik.

Cerpen sebelumnya:
WATI
Cerpen selanjutnya:
Aku Sakit Hati

Seorang kawan perempuan pernah duduk di sebelah saya dan mengadu betapa dia tidak gembira dengan dirinya sekarang. Saya yang sedang makan aiskrim tiba tiba berasa simpati lalu cepat cepat saya makan aiskrim tersebut sampai habis supaya dia tidak berasa teringin. 

 
Katanya, kali terakhir dia berasa gembira adalah ketika dia kecil molek lagi, menyelinap masuk ke dalam bilik tidur ibunya, memakai segala jenis gincu, bedak muka dan maskara lalu memperagakannya di depan meja solek. Ketika itu, dia adalah perempuan paling cantik dalam dunia. Sekarang, walau di hadapan meja solek, dengan gincu, bedak muka dan maskara yang sama perasaan perempuan paling cantik dalam dunia itu tidak pernah hadir lagi. 

 
Saya memandang wajah muramnya, memberi sedikit senyuman agar dia tidak hanyut dalam rasa sedihnya. Jujurnya, saya tidak tahu apa yang saya harus katakan, tapi berdiam diri bukan lah satu pilihan. Lalu saya keluarkan sekeping syiling dua puluh sen dari dalam poket. Lihat syiling ini, awak tahu ketika pertama kali ia dikeluarkan, warnanya perak terang dan berkilau. Tapi sekarang, setelah beberapa tahun syiling ini jadi kusam. Pernah awak dengar orang mengadu syilingnya kusam? Tidak berkilau? Tak, kerana yang penting bukan permukaan, tapi nilainya. Begitu lah juga awak dan semua orang. Tak penting samada kita cantik atau tidak, tapi yang penting nilai kita pada orang orang sekeliling. Misalnya nilai awak pada saya, adalah sebagai seorang kawan. Cantik atau cacat, tetap nilai sebagai seorang kawan itu tidak berubah. 

 
Dia memandang wajah saya, dan saya memandang wajah dia. Dengan mata yang berair dia mengangguk angguk, katanya saya betul kerana walaupun saya tak kacak, dia masih rasa nak berkawan dan mengadu dekat saya. 

Saya senyum, dan beberapa saat selepas itu kawan perempuan saya mati tersedak syiling dua puluh sen. Arwah selamat dikebumikan di Kuala Kangsar.

 

Cerpen sebelumnya:
WATI
Cerpen selanjutnya:
Aku Sakit Hati

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
4 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
zombie | Jadikan zombie rakan anda | Hantar Mesej kepada zombie

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya zombie
Boboi, bawa nasi lemak bilis telur dan nugget kegemaran si buah hati. | 3065 bacaan
Siri bercakap dengan maggi. | 912 bacaan
Bunohan: Anok Pok Mat ujong kampong mapuh keno tikam. | 2480 bacaan
Jam 11 malam, ada makcik ketuk tingkap bilik datang jual karipap gemuk gemuk. | 7427 bacaan
Stupid Q-pid, dewa cinta berkain pelikat, bagi waranti 5 tahun tapi tak ingat. | 2786 bacaan
Gadis yang menyayangi aku seperti mana dia menyayangi Padang Besar. | 2530 bacaan
Makcik tua berkulit biru bermata sepet sebelah bundar sebelah dengan rambut kerinting berbentuk faux mohawk curi telur saya. | 3999 bacaan
Beruang Tedi Maisarah | 2707 bacaan
Sebatang lolipop berwarna warni dan sekeping surat dilipat kemas. | 14579 bacaan
Pari pari susu pekat manis. | 3330 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Bukan paling cantik dalam dunia, tapi cantik.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik