Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

IRA

 

Kegelapan malam yg tak berbintang membutakan pandangan jauh aku. Aku terpaku bisu menatap dinding kayu usang yg aku tak tau entah berapa usianya. Malam ini bagi aku begitu sunyi sepi. Aku sedang keseorangan sambil mencari2. Aku capai rokok favourite, sebatang rokok telah tersedia di mulut maka kedengaran lah laungan


\"TINGGGG\" Nyalaan api bergoyang ke kiri dan kanan akibat tiupan angin yg aku sendiri tak tau entah dari mana puncanya. Aneh sungguh malam ini... Tiada bintang yg menyinari, tiada bulan di dada langit. Sunyi tanpa suara cengkerik yg sentiasa riuh rendah bagaikan meraikan suatu temasya. Segala2nya sepi dan gelap. Seolah2 dunia ini kosong tanpa penghuni alamnya. Nyalaan api rokok masih segar baranya. Aku tarik dalam2, terasa lega jiwaku. AKu hayati satu per satu hembusan asap rokok. Kepulan2 asap bagaikan berebut2 keluar dari mulutku. Lalu bermain2 dihadapanku kemudian menghilang ditiup angin. Yg tinggal hanyalah keputihan... Keputihan demi keputihan yg bersatu menjadi begitu ketara hingga aku merasakan ada satu white screen tercipta dihadapan aku. Tika dan saat itulah, segala kesilapan dan kesalahan yg berkesan dosa terpamer dihadapanku. Aku tertunduk layu bila mengenang semua itu. Maksudku...


\"DOSA2 AKU...\"

 


Semalam aku dakap keindahan. AKu dampingi kegembiraan... Aku sangka ianya akan berpanjangan bagaikan aliran sungai yg menuju ke muara. Rupanya aliran itu terhenti di pertengahan dan aku lemas dalam harapan.  

\"AKu sangkakan semalam satu ketepatan\" Namun itu hanyalah butiran embun yg terdampar di kelopak dedaunan. Yg segar dinihari dan hilang tatkala mentari terjaga dari lenanya.

Aku menyesal I... Menyesal atas perbuatan yg aku lakukan padamu. Ibarat retak menanti belah. Persahabatan yg selama ini putih suci telah aku cemari dengan perbuatan hitamku. Akhirnya retak terbelah jua... Dan engkau marahi diriku, engkau takut pada aku dan engkau benci pada aku. Segala2nya aku terima... Bukan kerana takdir, tapi aku yg berkehendakkan semua itu.  

I, walaupun persahabatan kita tidak begitu lama, malah tiada kenangan terindah telah tercipta, namun mengenalimu sudah cukup bererti bagi aku. Dan itu semua sudah aku anggap kenangan, walaupun bagimu mungkin ianya tak seindah mana  


I, jutaan terima kasih aku ucapkan padamu kerana memberi balasan baik terhadap persahabatan kita. Terima kasih jugak kerana membenarkan aku menghubungimu hingga lewat malam. Aku sungguh terhutang budi atas kebaikanmu. Tak tau lah bagaimana harus aku membalasnya. Hanya tuhan yg dapat membalas kebaikanmu.

I, aku jugak simpati terhadap nasib yg menimpamu. Engkau bagaikan dian yg menyala. Cahaya mu untuk orang lain, hanya kehangatan yg engkau miliki. Tapi engkau ingatlah I, walau sekuat mana pun ujian dan dugaan yg datang membelenggumu. Itu semua kehendak dari Allah. Kerana dugaan Allah adalah untuk hamba2 yg disayangi Nya.


I, aku bangga menjadi kawanmu. Hatimu cekal dan jiwamu padu. Engkau ibarat wirawati yg harus diberikan tepukan gemuruh. Tempat mu di atas sana kerana jiwa mu itu. Bukan semua orang dapat melakukan apa yg telah kau hadapi. I, kau dapat hadapi semua rintangan ini. Hingga kini kau hanya menghunikan dirimu sahaja... Dirimu adalah kau dan bayangmu adalah kawan.  


I, maafkan aku kerana menyatakan semua ini. Bukan niatku untuk menyentuh hati dan mengguris perasaan mu. Tapi, aku sekadar menyatakan hakikat yg sebenar... Mungkin kau gembira dengan apa yg kau lakukan sekarang. Tapi, sampai bila?  


I, sebagai kawan, aku tak sanggup dianggap kawan semasa waktu senang sahaja. Aku juga ingin menumpang airmata mu jika kau menangis. I, kawan adalah amat besar ertinya dalam perhubungan kehidupan ini. Kerana tanpa kawan, kita akan merasakan yg dunia ini kosong. Bagaikan tiada terciptanya manusia. Terkadang, kita seolah2 dahaga akan gelak ketawa. Malah bicara kita pun seolah2 terbatas bagaikan ada tembok besar antara kita.  


I, semua orang mengerti dan biasa mendengar kiasan ini \"kawan menjadi lawan\" Tapi, tak semua yg akan menjadi lawan. Dan MASIH ada yg akan menjadi kawan yg sejati. Perkatan MASIH itu yg harus kita cari. Kita telah diberi akal dan fikiran yg sempurna oleh Allah. Jadi sepatutnya kita boleh menilai yg mana kawan dan yg mana lawan.

I, setiap insan di dunia ini pasti ada tragedi masing2. Kerana semua itu sudah menjadi asam garam kehidupan yg akan mematangkan kita. I, terkadang kawan bagaikan ombak dan pantai. Dua2 saling memerlukan antara satu sama lain. Walaupun tatkala ombak curang pada pantai kerana sering memukul pantai... Hinggakan timbul rasa kesian pada pantai. Namun mereka tetap bersama dan saling memerlukan antara satu sama lain.  


I, aku berterima kasih diatas kemaafan mu bagi kesilapan aku. I, usahlah kau ambil hati akan segala yg aku tulis ini. Kerana semua ini hanyalah bicara dari seorang kawan yg kesunyian dan keseorangan.  


I, sungguh aku kata yg hati masih mengingati mu dan akan terus berlaku selagi denyut jantung ini masih berdetik. Jauh di sudut hatiku tersimpan jutaan terima kasih di atas kesudian kau untuk menerima aku sebagai kawanmu. Walaupun sudah sering ku perkatakan ini, namun hatiku tetap juga ingin untuk meluahkan betapa terhutang budi aku padamu.  


I, sedangkan dunia milik Allah pun boleh berubah. Apa lagi kalau nak dibandingkan dengan kita, kawan dan kehidupan. Setiap perkara yg kita lakukan diatas muka bumi ini, pasti ada satu garisan di tengah2nya. Garisan yg tak dapat di rasa, tak boleh di pegang dan tak dapat di bau. Hanya naluri kita yg akan mengerti.


Sekian sahaja bicara aku buat mu. Maafkan aku jika terdapat kata2 yg bisa menyentuh hati dan perasaan mu........




\"DS PASTI TUNAI\"

 

 


 


Kepala otak-BOTAK

Ditulis-DIN TWIN

 


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) kalau 'I' baca nih, lagi meresap dalam jiwa kot
    bot agak terganggu dengan shortfom tapi takpelah,
    kalau ni cerpen sesi luah perasaan, its oke

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444