GAZA

 

Aku lihat abah dan mak berpelukkan. Ada kesedihan diwajah mak. Abah cuba menenangkn mak. Aku tidak tahu kenapa....

\"Berapa lama abang akan pergi\" tiba2 mak bersuara....

\"Mungkin 6bulan\" ringkas jawap abah ...

\"Tempat tu bahaya, tak boleh ke org lain ganti tempat abg ke sana\" kata mak mengesat airmata

\"Awak, ni kan tugas abg\" kata abah tenung kewajah mak.

\"Tapi saya takut, takut apa2 terjadi pada abg\" keluh mak.

\"Kenapa takut, sepatutnya awak berdoa abg selamat. Lagi pun abg dah pilih kerja ini jadi abg kena ikut perintah kemana saja abg dihantar, betul tak\" kata abah tersenyum sambil tangannya memegang tangan mak. Mak diam tapi pandangannya dilontar kelantai..


Aku hanya memandang tanpa tahu apa2...

\"Awak janji dgn abg, jaga diri dan anak2 kita baik2 ya\" kata abah lagi dengan nada perlahan. Mak tenung wajah abah dengan penuh kesedihan.

\"Baik abg saya janji\" lemah suara mak kedengaran. Kemudian abah melangkah kearah aku.

\"Zam, abah kena kerja jauh, zam boleh tak janji dengan abah?\" kata abah pada aku.

\"Janji apa abah\" kata aku terpinga2.

\"Janji jaga mak dan adik\" pantas jawap abah.


Aku pandang wajah abah kemudian aku alih pandangan kewajah mak yg berdiri sebelah abah. Kelihatan jelas airmata jernih mengalir lemah dipipi mak. Aku hanya diam kemudian aku pandang kearah abah semula...

\"Baik abah, zam janji jaga mak dn adik\" aku beri jawapan penuh keyakinan.

\"Macam tu la anak abah\" kata abah ketawa sambil menepuk bahu kiri aku.

Akhirnya abah  memeluk aku dan mak... 


Kini telah 3 hari pemergian abah, aku telah tahu kemana abah pergi. Sehari sebelum pergi, abah telah memberitahu yg dia telah diarah pergi ke Gaza sebagai pasukan pemerhati dari melaysia. Aku merasa sungguh bangga dengan abah, bagi aku selain kerana tugas. Perginya abah atas satu ugama dan satu tuhan.

\"Abah nanti abah tembak banyak2 orang yahudi\" kata aku tanpa rasa bersalah. Abah hanya ketawa saja dengar kata2 aku. Boleh katakan seminggu sekali abah telepon dari gaza. Aku lihat mak gembira sungguh setiap kali menerima panggilan dari abah. Aku pun turut gembira bila dapat tumpang sekaki berbual dgn abah, begitu juga adik bongsu aku, ADAM yg berumur 6 tahun.

\"Abah nanti balik malaysia bawa pokok kurma ya, adam nak tanam kat depan rumah kita\" kata adam beria2 pd suatu hari semasa abah telepon kami.

\"Ohhh pokok tamar ya, nanti abah bawak untuk adam\" suara abah kedengaran sebab menggunakan LOUD SPEAKER.

\"Bukan pokok tamar, adam nak pokok kurma\" kata adam yg masih tak tahu erti tamar.

\"Sama la tu adik\" sampuk aku ketawa. Akhirnya semua ketawa dengan gelagat adam. 


Kini sudah 3bulan berlalu semuanya berjalan baik. Abah ada kirim barang2 dari sana utk keluarganya. Jubah dn tasbih utk mak, sejadah utk aku dan songkok arab utk adam.


Diwaktu tengah malam aku lihat mak bersolat sunat, mendoakan keselamatan utk abah. Aku tahu abah kini berada dimedan perperangan, nyawa boleh melayang bila2 masa jika diizinkan ALLAH


Satu petang...

\"Abg, abg... Adik takut la\" kata adam sambil berlari ke arah aku.

\"Kenapa adk?\" tanya aku.

\"Adik selalu mimpikan abah\" kata adam berdiri disisi aku.

\"Mimpi apa adik?\" kata aku ingin tahu.

\"Adik mimpi abah jatuh dalam sungai. Airnya laju, abah minta tolong tapi adik tak dapat tolong\" kata adam sungguh2 sambil pandang kemuka aku. Aku tersentap diam, seketika aku bersuara,

\"Tu mimpi la adik, bukan betul2. Itulah lain kali nak tidur cuci kaki\" Adam diam pandang ke aku kemudian perlahan berjalan meninggalkan aku. Tiba2 hati aku berdebar2 tubuh aku berpeluh terasa semacam.... 


Dah 5bulan lebih abah bertugas digaza. Satu malam abah telepon mak. Setelah bertanya khabar masing2 tiba2.

\"Betul ke abg, syukur abg\" itu kata2 mak yg gembira sangat. Aku tanya pd mak...

\"Kenapa mak?\"

\"Zam, abah kirim salam. Abah tak dpt telepon lama sebab sibuk. Abah akan balik 2minggu lagi\" kata mak tersenyum gembira.

\"Betulll ke mak\" kuat suara aku terperanjat gembira. Memang aku dan adik tak sabar2 tunggu kepulangan abah. Rindu rasanya pd abah. 


Kini seminggu lagi abah akan pulang. Mak sentasa tersenyum gembira. Saudara2 pun mak dah beritahu. Aku pun turut gembira. Mak bersuara...

\"Zam nanti tunggu abah di airport mak nak pakai jubah yg abah berikan tu\"

\"Bagus tu mak, nanti lagi sayang la abah pd mak\" kata aku tersenyum.

\"Macam2 la zam ni\" kata mak terus beredar.


Malam hari yg sama, kedengaran pintu rumah aku diketuk. Aku melangkah laju menuju kepintu. Sebaik pintu dibuka aku lihat 2orang lelaki berpakaian tentera lengkap diri dimuka pintu.

\"Maaf adik mak ada\" kata salah seorang dengan nada serius..

\"Ada encik, jap ya\"

\"Makkk\" jerit aku ke arah mak...

\"Apa zam\" jawap mak sambil berjalan menuju kearah aku.

\"Ada kawan abah nak jumpa mak\" kata aku sebaik mak sampai

\"Ya encik ada apa\" tanya mak

\"Maaf puan, kami dari jabatan pentadbiran angkatan tentera malaysia ingin memberitahu suami puan telah terkorban\" kata salah seorang anggota tentera yg berbadan tegap...

\"APAAA???\" terkejut mak, sambil tangannya menutup ke muka.

\"Suami puan telah diserang hendap. Kenderaan yg dinaiki suami puan telah terjunam kesungai. Jenazahnya akan sampai ke malaysia pd petang esok. Pihak kami akan menjemput utk membawa puan ke airport esok. Pihak angkatan malaysia mengucap takziah\" kata anggota tentera itu lagi sambil memberi tabik hormat pd mak dan terus beredar. Mak masih berdiri dimuka pintu, badannya kelihatan lemah, airmata berderai laju tak dapat ditahan lg.

\"Zammm, abah dah tak ada\" kata mak dengan nada teresak2. Aku memeluk mak. Aku cuba gagahkan diri utk tidak menangis tapi gagal. Makin aku paksa diri ini, makin laju airmata ini mengalir. Mungkinkah tangisan aku ini kerana bersedih kehilangan abah atau tanda syukur sebab abah mati syahid...


Penulis-Botak

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Betullah abah nak balik 2 minggu lagi

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444