Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

#1 Hang Kebun

 

JIMMY. Masih ingat lagi wajah pemuda itu. Sepasang mata yang sepet, berkulit hitam, berjambang kusut dan bibir hitam yang terbenam di kepala yang kecil. Jika dia tertawa, kelihatan gigi yang rata dan kerak nikotin penuh menempel dicelah-celah gusinya. Dia tidak lokek senyuman. Jika ada sesiapa hadir dirumahnya, dia akan cuba memberikan layanan yang terbaik. Dia akan mengeluarkan semua yang ada dirumahnya untuk disajikan. Jika tiada apa sajian dirumah, dia akan ke kebun untuk mengambil apa-apa sahaja yang boleh dijamukan kepada mereka. Rumahnya bersebelahan sahaja dengan kebunnya. Sudah menjadi kebiasaan arwah ibu dan bapanya yang suka meraikan tetamu. Walaupun sedikit, asalkan ada sesuatu yang boleh dijamah oleh sesiapa sahaja yang singgah di teratak mereka.

Dia tidak punya sesiapa. Ibu, bapa dan kakak sulungnya sudah pergi menghadap sang khalik apabila rumah yang dihuni mereka sekeluarga telah terbakar dan seluruh ahli keluarganya sudah terkorban dalam tragedi itu. Dia tidak berada dirumah ketika kejadian itu berlaku. Dia hanya sempat melihat ahli keluarga ketika jenazah ahli keluarganya sudah dihantar ke hospital bagi tujuan post mortem. Ternyata sesuatu yang sukar bagi anak muda seperti dia apabila terpaksa akur akan kehilangan seluruh ahli keluarga dalam sekelip mata.

Itu 15 tahun dahulu, kini uban sudah memutih dikepalanya dan kerut didahi semakin menampakkan tua. Ingatannya juga semakin menumpul. Begitulah kitaran kehidupan manusia. Pengalaman memamah peringatan. Ya, makin lupus ditelan zaman.

Dia masih setia dengan topi jerami usang itu; peninggalan Arwah bapanya. Apabila diperhatikan, mata sabitnya yang berkilau saat terayun ke batang lalang dan semak-belukar seakan hadir di depan mata. Seruling usang peninggalan bapanya setia berada disisinya. Dikala ada kelapangan, dia akan meniup seruling usang itu. Lunak sekali alunannya.

“Ku tiup seruling usang dikala sepi,

Mengharap wajah tersayang terbit dihati,

Indahnya jika mampu ku putar kembali,

Akan ku ubah semuanya,

Kan ku kecap bahagia.”

 

Sudah menjadi rutin baginya, Setelah penat membanting keringat mengusahakan kebunnya, alunan melodi indah yang terbit dari seruling hitamnya itu mendayu kedengaran bersama kenangan yang tidak akan dilupakan. Ternyata, dia masih belum betul-betul boleh menerima pemergian keluarga meskipun tragedi hitam itu sudah lama menimpa dirinya sekeluarga.

**********

Sedang dia asyik  menghayunkan bilah sabitnya yang meratah batang semak-belukar, tiba-tiba, dia merasakan, ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya. Lantas diberhentikan hayunan sabitnya. Dilihatnya kelibat seseorang yang sangat dikenalinya. Ya, dia kenal lelaki itu. Kamal, seseorang yang dikenalinya dari bangku sekolah lagi. Pegawai tinggi kerajaan. Orangnya segak, berpakaian kemas dan tiada uban kelihatan dikepala.

“Apa khabar kamu Jimmy?” sapa Kamal setelah kehadirannya disedari Jimmy.

Tanpa jawapan, langkah dibuka kearah lelaki yang menyapa sambil menyalakan rokok daun yang yang sudah melekap dibibirnya sesudah dia berhenti menghayunkan bilah sabitnya tadi.

“Apa lagi yang kau mahukan Kamal?” Tanya Jimmy dan lantas menyedup asap dari rokok yang sudah dinyalakan sebentar tadi. Sedalam-dalamnya. Dan dilepaskan kepulan asap itu perlahan-lahan.

“Tiada apa Jimmy, aku cuma mahu bertanya, adakah kau sudah membuat perhitungan dengan apa yang telah kita bincangkan tempoh hari?”

Mendengar soalan terpacul di mulut Kamal, lantas pandangannya dihalakan tepat ke sepasang mata dihadapannya, matanya yang sepet telah membesar, merah bak saga. Seakan mahu sahaja dibaham kelibat manusia yang berada dihadapanya itu.

“Adakah kau masih tidak paham dengan apa yang aku katakan tempoh hari? apa lagi penjelasan yang harus aku beri?” pandangannya masih menusuk tepat sepasang mata dihadapannya.

“Ya, aku paham Jimmy, tetapi ini untuk kebaikan kau juga. Aku sekadar mahu membantu. Nanti, engkau juga yang senang.” Terang Kamal dalam keadaan berjaga-jaga.

“Kesenangan? Tidak cukupkah kesenangan yang aku kecapi kini?” Soal Jimmy

“Kau kan sudah tahu, ini merupakan salah satu projek Mega. Pampasan yang diberikan juga ting.. ”

“Cukup! Aku sudah tahu semuanya. Tak perlu kau ulang lagi.” Lantas mencantas apa yang ingin dikatakan Kamal. Nadanya keras.

“Tapi, aku mahu kau tahu apa yang kau masih tidak tahu.” Sambil mengalihkan pandangan matanya yang dari tadi tepat menikam sepasang mata dihadapannya.

Jimmy, tidak mampu mengawal emosi. Apabila dia sudah bosan bertutur dengan kata, dibiarkan saja tangan yang menyambung kata-katanya. Pernah semasa Kamal hadir buat pertama kalinya bagi menyatakan hasrat untuk memujuk jimmy menjual tanah pusakanya, belum sempat Kamal menceritakan segala-galanya, segengam penumbuk hinggap tepat di pipi kirinya. Lantas, Jimmy melangkah masuk ke terataknya tanpa rasa bersalah meninggalkan Kamal memendam kesakitan. Semenjak itu, Kamal akan berada dalam keadaan bersedia apa bila berhadapan dengan Jimmy.

“Begini,” Jimmy memulakan biacara,

“Bukan ku tidak mahu menjual tanah puasaka ini. Tapi aku tidak sanggup melakukannya. Aku tahu, aku akan mendapat sesuatu yang besar jika aku bersetuju menjualnya. Pasti aku boleh bersahaja sahaja. Tanpa melakukan apa-apa lagi. Tapi untuk apa kesenangan itu semua? Adakah ianya mampu mengembalikan keluargaku kembali?” ternayata Jimmy tidak mampu menahan sebaknya lagi. Empangan mutiaranya kini sudah pecah. Mencurah-curah air putih gugur membasahi pipinya.

“Disini aku melepaskan rindu kepada mereka yang aku sayang. Tiap kali aku buka mata dipagi hari, kelihatan seperti ibuku sibuk menyediakan sarapan didapur, kakak keriangan menyidai pakaian di halaman, sedang ayah bermandi keringat di kebun. Mungkin kau kata aku gila. Ya, memang aku gila. Aku rakus pada kenangan. Disini nyawa mereka diragut. di halaman ini juga mayat mereka dibawa ke kuburan. Jika aku menyerahkan tanah ini, bermakna aku perlu menyerahkan kenangan aku bersama. Itu yang membuatkan aku tidak mampu menjualnya. Aku tidak mampu.”

Kelu lidah kamal tanpa kata. Rasa bersalah singgah dihatinya. Terjawablah persoalan orang kampung selama ini. Jimmy merupakan seseorang yang pintar di sekolah dahulu. Dia sering mendapat tempat pertama dan lulus dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dihadapinya. Dengan kelulusan yang dimilikinya, pasti dia mampu menyandang pekerjaan yang lebih selesa. Tetapi dia tidak pernah menyatakan hasrat untuk keluar dari kampung itu. Jadi itulah yang menjadi pegangannya selama ini.

“Kini aku mengerti Jimmy. Maafkan aku kerana mendesak kau untuk mengadaikan tanah ini. Kau punya sebab untuk melakukan semua ini. Aku terlalu mementingkan keuntungan tanpa memikirkan hati dan perasaan orang sekeliling. Maafkan aku. Maafkan aku Jimmy.” Dia sudah hampir meragut kenangan sekeping hati yang dilanda kesepian.

“Untuk apa kesenangan jika hati tidak berisi?

Untuk apa perjuangan jika tidak diakhiri?

Untuk apa kenangan jika tidak dihayati?”

 

KENANGAN

Kenangan,

Kadang kala ianya indah,

Ada kalanya gundah,

Penuh memenuhi memori diri.

 

Tiada apa yang mampu diganti,

Kenangan yang dicipta bersama masa,

Masa yang tidak akan dikembalikan lagi.

 

Jika mampu diputarkan masa,

Kosonglah jiwa,

Musnahlah kenangan.

Sepilah jiwa!

selamanya

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) jalan cerita yang biasa (kerja-kahwin-mati) bukan untuk semua orang. menusuk betul ni.

  • (Penulis)
    2) jalan cerita yang biasa bukan untuk semua org? err...xpaham.ekeke.btw, tq!
  • 3) menarik....
  • 4) cerita ni lucu dalam sedih. gaya bahasa pun sedap.
  • 5) Broker tanah yang cukup putus asa hehe

Cerpen-cerpen lain nukilan Corbis

Read all stories by Corbis