Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

#2 Sebelas Februari

 

Dunia ini sungguh kejam!!
Sabarlah nak
Kenapa kau ambil dia Tuhan?Mengapa bukan aku?
Itu ketentuan nak. sabarlah, istighfar, istighfar nak.
Tok, bangun tok, bgun....
Sabarlah. Tok dah takda. Doa banyak-banyak kat arwah.
Tok ada lagi! Tok belum Mati!!

Lantas pandangan matanya dialihkan tepat kearah ibunya. Merah mata bak saga. Diam ibu tanpa kata. seakan memahami perasaan yang sedang berkocak di dada pemuda itu. Di biar sahaja anak muda itu meratapi sebuah kehilangan.
pemuda itu mengalihkan pandangannya semula kepada susuk tubuh yang kaku di hadapannya.  Di birai katil, pemuda itu diam kaku. Tiada lagi kata yang perlu diluahkan. dipekakkan sahaja telinga dari mendengar kata-kata disekelilingnya. Hanya titisan mutiara mengiringi pemergian insan yang amat disayangi. Insan yang dianggap sebagai nadinya sendiri.

Benarkah dia telah pergi?
Mengapa Tuhan begitu kejam mengambil insan yang amat aku sayang?
Mengapa Tuhan! Mengapa kau terlalu kejam dengan hambaMu?!!

Persoalan demi persoalan menari di pena minda. Dia mula mempersoalkan kerja Sang Pencipta.  Hilang akal barangkali. Gila! Seorang hamba mempertikaikan ketentuan Sang Khalik? Celaka lah kau wahai manusia!! Lantas pemuda itu bangkit dan terus berlari ke luar. Di satu sudut. Dia cuba mententeramkan jiwa. Ya. dia sedang mencuba.

Beginikah rasanya apabila insan yang disayangi pergi mengadap Ilahi?
Perlukah aku kembali ke sana sebagai insan yang tegar menerima kehilangan?
Perlukah aku keluar kesana bagi menunjukkan yang aku kuat dan mampu mengelak diri dari meratapi jasad yang tidak lagi bernyawa itu? 

Sebatang rokok Marlboro melekap di bibirnya. Dinyalakan. Disedut asapnya perlahan-lahan. Dihembus keluar. Dengan harapan, kesedihan itu akan pergi bersama kepulan asap.
Ternyata ianya sia-sia  Dia tidak mampu. Tidak mampu.

*****

Malam ini, dia harus akur akan ketentuan yang telah ditetapkan. Janji arwah dan Tuhan. Dia harus merelakan pergi, selamanya. Dia harus kuat. Arwah pasti sedih melihat dia begini. Jika Arwah masih hidup, dia pasti resah melihat anak kecil ini menangis. Dia akan cuba menangkis setiap titis mutiara yang cuba mengalir daripada membasahi pipi pemuda itu. 

Celaka! 

bentak hatinya
Dia tidak mampu menampung empangan airmatanya dari terus pecah. Deras sekali. Mencurah membasahi bumi.

*****

Surah Yassin dicapai. Dia alunkan perlahan-lahan bersama desiran airmata yang tidak pernah jemu membasahi pipinya sejak petang tadi. lunak sekali. Penuh pengamatan. 

Kematian.
Setiap yang hidup pasti merasa,
Antara jaga atau lena.
Tua atau muda,
Miskin atau kaya,
Siang atau malam
Ianya akan tiba.
Tunggu sahaja tiba masa. 

Entah keberapa kali dia mengulangi bacaan ayat suci itu begitu juga dengan desiran mutiaranya, mencurah-curah disulami ayat suci yang diperdendangkan. Diluar kamar dimana jasad itu disimpan, terlihat semuanya diam sahaja. Tidak seperti selalu. Riuh dengan tawa mesra. senang cerita, hanya mimpi sahaja yang mampu membisukan mereka. Tapi kini berbeda sekali. 
Sepi.

Dalam kenangan,
Aisah Bt Megat Din
Al-Fatihah
 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) alfatihah
  • 2) Sedih....
  • 3) Cerita pasal kehilangan. Untuk sesuatu yang mengingatkan kita pada kematian yang pasti.

Cerpen-cerpen lain nukilan Corbis

Read all stories by Corbis