Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

#2 Sebelas Februari

Cerpen sebelumnya:
#1 Hang Kebun
Cerpen selanjutnya:
CIKGU

Dunia ini sungguh kejam!!
Sabarlah nak
Kenapa kau ambil dia Tuhan?Mengapa bukan aku?
Itu ketentuan nak. sabarlah, istighfar, istighfar nak.
Tok, bangun tok, bgun....
Sabarlah. Tok dah takda. Doa banyak-banyak kat arwah.
Tok ada lagi! Tok belum Mati!!

Lantas pandangan matanya dialihkan tepat kearah ibunya. Merah mata bak saga. Diam ibu tanpa kata. seakan memahami perasaan yang sedang berkocak di dada pemuda itu. Di biar sahaja anak muda itu meratapi sebuah kehilangan.
pemuda itu mengalihkan pandangannya semula kepada susuk tubuh yang kaku di hadapannya. 
Di birai katil, pemuda itu diam kaku. Tiada lagi kata yang perlu diluahkan. dipekakkan sahaja telinga dari mendengar kata-kata disekelilingnya. Hanya titisan mutiara mengiringi pemergian insan yang amat disayangi. Insan yang dianggap sebagai nadinya sendiri.

Benarkah dia telah pergi?
Mengapa Tuhan begitu kejam mengambil insan yang amat aku sayang?
Mengapa Tuhan! Mengapa kau terlalu kejam dengan hambaMu?!!

Persoalan demi persoalan menari di pena minda. Dia mula mempersoalkan kerja Sang Pencipta. 
Hilang akal barangkali. Gila! Seorang hamba mempertikaikan ketentuan Sang Khalik? Celaka lah kau wahai manusia!! Lantas pemuda itu bangkit dan terus berlari ke luar. Di satu sudut. Dia cuba mententeramkan jiwa. Ya. dia sedang mencuba.

Beginikah rasanya apabila insan yang disayangi pergi mengadap Ilahi?
Perlukah aku kembali ke sana sebagai insan yang tegar menerima kehilangan?
Perlukah aku keluar kesana bagi menunjukkan yang aku kuat dan mampu mengelak diri dari meratapi jasad yang tidak lagi bernyawa itu? 

Sebatang rokok Marlboro melekap di bibirnya. Dinyalakan. Disedut asapnya perlahan-lahan. Dihembus keluar. Dengan harapan, kesedihan itu akan pergi bersama kepulan asap.

Ternyata ianya sia-sia 
Dia tidak mampu. Tidak mampu.

*****


Malam ini, dia harus akur akan ketentuan yang telah ditetapkan. Janji arwah dan Tuhan. Dia harus merelakan pergi, selamanya. Dia harus kuat. Arwah pasti sedih melihat dia begini. Jika Arwah masih hidup, dia pasti resah melihat anak kecil ini menangis. Dia akan cuba menangkis setiap titis mutiara yang cuba mengalir daripada membasahi pipi pemuda itu. 


Celaka! 

bentak hatinya
Dia tidak mampu menampung empangan airmatanya dari terus pecah. Deras sekali. Mencurah membasahi bumi.


*****


Surah Yassin dicapai. Dia alunkan perlahan-lahan bersama desiran airmata yang tidak pernah jemu membasahi pipinya sejak petang tadi. lunak sekali. Penuh pengamatan. 


Kematian.
Setiap yang hidup pasti merasa,
Antara jaga atau lena.
Tua atau muda,
Miskin atau kaya,
Siang atau malam
Ianya akan tiba.
Tunggu sahaja tiba masa. 

Entah keberapa kali dia mengulangi bacaan ayat suci itu begitu juga dengan desiran mutiaranya, mencurah-curah disulami ayat suci yang diperdendangkan.
Diluar kamar dimana jasad itu disimpan, terlihat semuanya diam sahaja. Tidak seperti selalu. Riuh dengan tawa mesra. senang cerita, hanya mimpi sahaja yang mampu membisukan mereka. Tapi kini berbeda sekali. 
Sepi.

Dalam kenangan,
Aisah Bt Megat Din
Al-Fatihah
 

Cerpen sebelumnya:
#1 Hang Kebun
Cerpen selanjutnya:
CIKGU

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
3 Penilai

Info penulis

CorbisRazak

Seekor sayuran yang bergolek pantas di landasan yang luas. Atelophobia & Atychyphobia
Corbis | Jadikan Corbis rakan anda | Hantar Mesej kepada Corbis

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Corbis
#1 Hang Kebun | 2271 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

3 Komen dalam karya #2 Sebelas Februari
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik