Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

Mencari Jalan Pulang

Cerpen sebelumnya:
CIKGU
Cerpen selanjutnya:
Kau Jodohku

SUDAH dua hari Pak Mail tidak dapat mencari rezeki. Hujan lebat sejak kebelakangan ini telah menyebabkan dia mengalami demam teruk. Demamnya sehingga kini masih belum kebah. Namun bukan air hujan yang diredah menjadi penyebab dia begitu. Sebelum itu isterinya sudah berpesan, jangan pulang lewat sangat. Pekerjaan sepertinya perlu juga rehat yang cukup. Entahlah sejak pencen, hanya itu yang mampu dilakukan bagi menampung keperluan harian sekeluarga.

\"Bang, ni ubat. Abang tu belum sembuh betul lagi. Tak payahlah keluar. Bawa teksi tu bukannya senang dalam cuaca macam ni.\" Hasnah mula membebel bila melihat suaminya sudah menyarungkan baju putih bersiap untuk menyambung kerja semula.

\"Abang bosanlah duduk rumah. Lagipun demam abang ni dah nak sembuh dah.\" Pak Mail mengambil ubat yang dihulur isterinya.

\"Susahlah bercakap dengan abang ni. Suka hati abanglah.\" Hasnah mula muncung.

\"Yalah..abang tak keluar.\" Pak Mail mula memujuk isterinya.

\"Ustaz Halim dah pesan. Buat masa sekarang ni abang kena banyak berehat.\"

Pak Mail pandang isterinya sambil melemparkan senyuman hambar. Isterinya memang tidak tahu mengapa dia menjadi demam begitu. Ustaz sudah dipesan awal-awal lagi supaya tidak memberitahu isterinya tentang itu. Kalau isterinya tahu, sudah tentu dia akan kehilangan kerja yang dibuat sekarang ini.

\"Bila ustaz nak datang lagi?\"

\"Malam nanti katanya. Dia kata abang perlu dirawat lagi. Teruk sangat ke demam abang?\" Hasnah duduk di sebelah suaminya. Bahu Pak Mail dipicit lembut.

Pak Mail hanya diam. Tidak perlu menjawab soalan tadi. Bimbang mulutnya akan membuka rahsia pula. jadi biarlah dia berdiam diri saja.

 

SELESAI solat isyak, ustaz Halim mula merawat Pak Mail. Sebuah jag berisi air dibaca dengan kalimah suci. Segelas air putih pula turut dibaca al-fatihah.

\"Hmm..air dalam jag ni buat mandi dan air dalam gelas boleh dimimum sekarang.\" Ustaz Halim menghulurkan segelas air kepada Pak Mail.

Pak Mail meneguk habis satu gelas. Dia mula sendawa berkali-kali.

\"InsyaAllah, lepas ni tak ada apa akan berlaku lagi.\" Ustaz Halim jeling Hasnah di sebelah Pak Mail. Dia sudah memegang amanah dari Pak Mail untuk tidak menceritakan perkara sebenar.

******

DUA hari lepas...

 

Perlahan Pak Mail membawa teksinya menyusuri jalan yang sibuk di tengah-tengah kota raya. Liar matanya memandang sekitar kiri kanan jalan, mencari penumpang sebelum dia pulang ke rumah. Jam di dashboard sudah hampir tengah malam. Kereta dipandu perlahan. Dari jauh dia melihat dua orang perempuan mendepa tangan menahan keretanya.

Alhamdulillah..ada juga rezeki aku malam ni sebelum aku balik rumah. Pak Mail senyum. Dia mula merapati kedua perempuan itu. Bau minyak wangi begitu menusuk hidung. Dilihatnya ke arah dua perempuan itu yang tersenyum kepadanya. Pondan ke apa? Pak Mail menggaru kepala yang tak gatal.

\"Abang, kami nak ke Jalan Ampang. Boleh?\" Tanya salah seorang dari perempuan itu.

\"Boleh!\" Pak Mail mengangguk sambil melemparkan sebuah senyuman.

Kedua perempuan itu mula membuka pintu dan duduk di tempat duduk belakang.

Pak Mail mula memandu ke arah Jalan Ampang. Suasana hening seketika. Hanya bunyi lagu dari corong radio kereta yang kedengaran.

\"Abang ni handsomelah!\"

Abang? Umur aku dah separuh abad masih dipanggil abang. Pak Mail sengih. Dia tidak melayan pujian perempuan itu. Sesekali dia menjeling melalui cermin belakang. Memang cantik dan seksi. Boleh mencabar keimanannya. Dia mengucap beberapa kali.

\"Abang tinggal kat mana?\" Perempuan kedua pula menyoal.

\"Err..abang tinggal di Gombak.\" Pak Mail senyum hambar. Suara lembut perempuan itu cukup menggoda.

\"Oh...sampai pukul berapa abang bawa teksi ni?\"

Pak Mail mula serba salah. Banyak soal pula penumpang kali ini. \" Selalunya waktu macam ni dah habis kerja tapi malam ni saja abang nak buat duit lebih sikit. Anak abang nak SPM tahun ni.\"

\"Oh..abang dah kahwin la. Abang tak nak tambah lagi ke?\" Perempuan pertama pula menyoal sekali lagi.

\"Hah? Tambah? Tambah apa?\" pak Mail terkebil-kebil tidak mengerti maksud soalan tadi.

\"Tambah isteri!\" Kedua perempuan itu terus ketawa dengan lenggok manja.

Pak Mail tergamam. Kalau ikut hati mahu saja dia beristeri lebih tetapi memandangkan dia sendiri tidak mampu menanggung isteri dan lima orang anak, niat itu dikuburkan saja.

\"Err..dah sampai jalan Ampang ni. Nak berhenti kat mana?\" Pak Mail perlahankan kereta bila sampai di jalan Ampang.

\"Dah sampai ke? Sekejapnya! Abang, boleh tak hantar kami sampai rumah. Kami tertinggal sesuatu pulak. Kami sebenarnya sudah lama ingin pulang tapi tak boleh.\"

Pak Mail berkerut kening tidak faham maksud kata-kata perempuan itu. Ingin pulang tapi tak boleh? Apa sebenarnya ni..

\"Err..kat mana rumah tu?\"

\"Abang jalan dulu nanti saya tunjukkan rumah saya.\"

Pak Mail terus memandu mengikut arah yang ditunjukkan kedua perempuan seksi itu. Matanya meliar melihat sekitar jalan kiri kanan. Hanya pokok kecil dan semak saja yang kelihatan. Biar betul dia orang ni...mana ada rumah di sini.

\"Abang...depan sikit lagi.\"

Pak Mail terus memandu ke arah depan. Dia perhati  lagi sekeliling. Eh..ni macam jalan ke tempat bangunan runtuh dulu tu.

\"Abang..berhenti kat sini.\"

Kedua perempuan itu senyum. Selepas membayar tambang, keduanya mula keluar dari kereta. Pak Mail hanya melihat keduanya yang masih tercegat di tepi keretanya.

\"Abang..boleh temankan kami tak? Kami takut la nak lalu kat sini. Kamikan perempuan.\" Perempuan pertama yang memakai skirt pendek paras lutut itu mula mendekati Pak Mail di sebelah pemandu.

\"Ha..err...\" Pak Mail mula menggaru kepala. Dia sebenarnya masih bingung. Arah depan jalan itu hanya ada hutan kecil. Tidak nampak sebuah rumah pun di situ.

\"Tapi..rumah adik ni kat mana? Tak nampak pun?\"

\"Tuu...kat depan tu je! Bolehlah abang temankan kami.\" Dengan gaya menggoda, keduanya cuba memujuk Pak Mail keluar dari kereta.

Pak Mail mula serba salah. Berbagai persoalan timbul di benaknya. Entah-entah dia orang ni nak cabul aku! Entah-entah dia orang ni nak rompak aku! Atau..entah-entah dia orang ni....bukan manusia. Pelbagai kemungkinan mula menerjah otak tuanya. Wajah Pak Mail mula pucat. Dia keluar perlahan dari kereta dan berdiri di tepi.

Kedua perempuan itu mula senyum manis.

\"Abang tunggu kat sini jelah. Tadi kata tertinggal sesuatu kan? Pergilah ambil. Abang akan tunggu dan bawa balik ke jalan Ampang.\" Pak Mail cuba mencari alasan.

\"Tapi macam mana kami nak cari benda tu kalau abang tak ikut?\" Perempuan kedua pula bersuara. Seksi dengan seluar ketat dan baju tanpa lengan.

\"Sebenarnya nak cari apa?\" Pak Mail memandang sekeliling. Kedua perempuan itu tidak dihiraukan lagi. Bulu romanya mula meremang.

\"Cari kepala kami la.\"

Pak Mail segera menoleh ke arah kedua perempuan itu. Sebaik terpandang, kakinya mula menggeletar. Lidahnya kelu. Kedua perempuan tadi yang mempunyai wajah putih yang cantik kini sudah tidak berkepala. Hanya badan saja yang masih berdiri di situ.

Kelam kabut Pak Mail membuka pintu kereta dan mula memecut laju meninggalkan tempat itu. Dari cermin belakang dia dapat melihat dengan jelas, kedua perempuan itu masih di situ sambil mengilai panjang. Memang keduanya tidak berkepala. Sampai di rumah, Pak Mail terus berselimut. Isterinya sudah lama tidur. Masih terbayang kedua perempuan tadi. Malam itu dia tidak dapat tidur. Esoknya terus dia demam kuat.

******

\"Ustaz, saya rasa perempuan tu adalah mangsa runtuhan bangunan tu. Orang kata di situ sudah berhantu sejak bangunan tu runtuh. Banyak mayat yang tidak dapat dicari. Ada yang putus kepala, putus tangan malah ada yang hancur terus tubuhnya dihempap batu konkrit berat.\" Pak Mail meneguk kopi panas. Dia sudah pulih sepenuhnya selepas dirawat beberapa kali.

\"Tulah...sememangnya tempat begitu akan menjadi keras jika tidak dilakukan sesuatu. Sebab tu mereka tak jumpa cari jalan pulang. \" Ustaz Halim turut meneguk kopi.

\"Keras? Berhantu?\"

Pak Mail terdiam. Isterinya tiba-tiba muncul membawa sepinggan karipap yang masih panas.

\"Oh..tak ada apa.\" Ustaz Halim senyum.

\"Esok suami saya dah boleh kerja ke ustaz?\" Hasnah mula bertanya.

Ustaz Halim angguk sambil menjeling Pak Mail. Pak Mail turut senyum. faham dengan jelingan ustaz Halim. Biarlah ianya menjadi rahsia dia dan ustaz Halim.

Cerpen sebelumnya:
CIKGU
Cerpen selanjutnya:
Kau Jodohku

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
2 Penilai

Info penulis

ciksal

Hidup biarlah berlandasan..
ciksal | Jadikan ciksal rakan anda | Hantar Mesej kepada ciksal

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya ciksal
Suku Suku | 8974 bacaan
Aku Tak Nak Mati Lagi! | 9395 bacaan
Dan Ku Cari Kamu | 2534 bacaan
Sebuah Harapan | 2757 bacaan
Kau Jodohku | 4565 bacaan
Kerana Biji Gajus | 3347 bacaan
Begitukah? | 2635 bacaan
Dendam Hani | 9514 bacaan
It\\\'s Too Late To Apologise | 2830 bacaan
Amin, Sengkenit dan Sengkatik | 2200 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

3 Komen dalam karya Mencari Jalan Pulang
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik