Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Jenaka

Bonggol

Cerpen sebelumnya:
Billy dan Serina jadi rakyat
Cerpen selanjutnya:
Kispen 1 - YAKIN!

Semalam, kawan 3G ajak aku menonton filem Si Kiah The Tooth Fairy. Macam-macam lah filem Melayu ni. Nak tengok rasa macam rugi. Baik aku download. Tapi sebab kawan aku si Ecah tu peminat tegar filem Melayu, maka aku pun setuju dengan plan dia. Kami berdua pergi dengan menaiki motor. Aku tak kisah naik motor apa, asalkan tayarnya telah dipam secukupnya. Sebab apa? Sebab kami berdua comel belaka. Oh lupa nak beritahu, 3G tu maksudnya Gemuk, Gempal, Gedempol. Ada juga yang mencadangkan tambah lagi 1 G iaitu Gedik. Terus aku bagi kaki dekat muka dia. Pantang aku dengar perkataan gedik.

Aku dibonceng oleh kawan aku. Ketika berada di atas motor tu aku merasakan yang aku lah ratu motor paling cantik abad ini. Siapa saja aku jumpa mesti aku senyum sambil memberi lambaian ratu walaupun sekadar berada di parking lot. Rasa macam model sangat. Yahoo!!!

“ Cik Sanisah Senin alias Kathy, kau jangan goyang-goyang naik motor aku ni boleh tak? Nanti jalan kaki jawabnya.” Ecah dah mula membebel.

“ Ala kau ni, goyang sikit pun tak boleh. Aku tengah merasai aura seorang model ni. Untung kau bonceng aku tau.”

“Model lah sangat!” tiba-tiba Ecah menaikkan kedua-dua tangannya ke bahu sambil mata dinaikkan ke atas. Aku gelabah!

“ Eh Ecah! Kita ni atas motor, bukan atas landrover! Jangan buat aksi tu.”

Nak dijadikan cerita, di bahagian mesin nak cucuk kad sebelum keluar dari Alamanda tu ada satu bonggol durjana. Bonggol tu pula tingginya mengalahkan Banjaran Titiwangsa.. Aku rasa kalau ada pertandingan siapa paling tinggi, pasti Banjaran Titiwangsa tu akan tarik diri  kerana dia tahu kemenangan akan berpihak kepada bonggol tu.

“ Banyaknya kereta Ecah. Kau selit je lah.” aku mula bersuara.

“Tu aku tak kisah, yang aku kisahkan bonggol depan tu. Kau yakin boleh lepas?” Ecah mula ragu-ragu.

“Cuba lah dulu. Kita buat-buat kurus. Mesti boleh lepas.”

Dalam keadaan kereta yang banyak tu, Ecah pun melakukan aksi stunt nya dengan menyelit  ke laluan keluar motorsikal. Bila nak lalu bonggol tu, kau tahu apa jadi? Motor yang kami naik tu tersekat.Tak boleh nak lalu bonggol tu.

“Bahavi lah!” aku telah mencarut. Tapi aku bukan sebut betul-betul, tak kira mencarut lah tu kan?

“ Ish, kau masa ni pun nak mencarut. Tenang, tarik nafas.”

“ Kau pun memang nak kena carut dengan aku. Nak buat apa ni?”

“Kau turun Kathy.” Ecah nampaknya serius.

“Turun? Tak nak lah. Aku rela masukkan kepala aku dalam lubang jamban, lepas tu pam dua kali! ”

Maka datang lah kesengalan aku, boleh pula aku main henjut motor tu ke depan sebab aku malas nak turun. Ala-ala macam lagu Noraniza Idris. Enjut...kita enjut...

 Tapi masih tak berjaya. Aku rasa orang dah mula perhatikan aku masa tu. Rosaklah populariti aku. Akhirnya aku turun  dari motor. Lepas aku turun , terus motor tu berjaya melintasi bonggol tersebut. Masa tu aku rasa macam berada di Mahkamah Syariah! Sebab aku rasa dah macam kes artis-artis bercerai baru keluar mahkamah.  Naik saja motor, Ecah terus pecut laju.

“Bahavi punya bonggol!”


Cerpen sebelumnya:
Billy dan Serina jadi rakyat
Cerpen selanjutnya:
Kispen 1 - YAKIN!

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.4
5 Penilai

Info penulis
Suka budak-budak, suka gelak kuat-kuat, suka karaoke! Haha
FikriFiq | Jadikan FikriFiq rakan anda | Hantar Mesej kepada FikriFiq

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

9 Komen dalam karya Bonggol
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik