Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

My PMS Soulmate

Cerpen sebelumnya:
Kerusi
Cerpen selanjutnya:
TANAH SUKU EKAR

"Hazry ajak aku tengok wayang." Kata Fin tiba-tiba ketika kami sedang khusyuk menyiapkan lab report.

 

"Wow! Bila?" Aku yang teruja.

 

"Harini. Nanti dia amik kat kolej." Tangannya menyelak helaian nota. Matanya bersinar. Bibirnya tersenyum.

 

Aku gembira tengok Fin gembira. Hazry memang crush dia sejak sebulan yang lalu. Masa tu, Fin pengarah pogram Minggu Sains Mahasiswa peringkat universiti. Hazry pula pegawai universiti yang bertindak sebagai penasihat program. Pengarah dengan penasihat. Satu hilang arah, satu tak makan nasihat. Akhirnya berlaku adengan flirt-flirt dari jauh mahupun dekat. Lepas habis program, aku tengok Fin makin rapat dengan Hazry. Bermula dengan panggilan Encik Hazry, bertukar menjadi Hazry dan kini 'abang'. Perubahan panggilan menunjukkan betapa rapat mereka sekarang. Harini ajak tengok wayang pulak!

 

***************

 

"Hazry bagi Hadiah." Katanya ketika kami sedang berjalan menyusuri padang bola sepak untuk pulang ke kolej kediaman.

 

"Hadiah apa?"

 

"Kasut."

 

"Kasut?"

 

"Haah...kasut. Dekat kasut tu ada kad. Dia tulis 'teruskan melangkah'." Dia meraup muka. Ni mesti tengah kusut la ni.

 

"Apa susahnya? Kau buatlah apa yang dia suruh...teruskan melangkah...macam ni!" Aku langkah besar-besar. Dia hanya melihat aku dengan muka petak. Aku tau, aku sungguh tak membantu.

 

"Aku confius la Hanna. Dia suruh aku melangkah pergi ke...melangkah dekat pada dia?"

 

"Kau rasa?" Aku pulangkan balik soalan.

 

"Aku tak tau. That's why aku kata aku confius." Kalini matanya menyoroti gelagat pemain bola sepak. Amboi! Sempat lagi tu!

 

"Jom singgah minum dulu. Aku haus. Masa minum, let's figure how to settle this." Kami sama-sama melangkah ke arah kafe yang penuh dengan pasangan bercinta. Zaman U kan zaman test market!

 

"Kadang-kadang aku rasa, dia nak aku pergi dari dia. Tapi layanan dia, macam nak aku dekat dengan dia. Aku tak paham lah." Dia menujah-nujah dasar cawan dengan straw. Kasihan dasar cawan. Mesti sakit.

 

"Kau tak faham atau buat buat tak faham? Fin, Hazry tu suami orang. Dah ada anak satu dah pon! Part mana lagi yang kau tak faham?" Memang dengan Fin aku main cakap lepas. Takpayah control. Dia pon kalau tengok aku pakai baju tak cantik, dengan senang hati dia kutuk aku. Takde hal. Tak pernah kitorang terasa hati ke..butthurt ke. Ni baru soul mate sejati! Haha.

 

Dia sengih.

 

"Hanna, aku tau. Sebab tu aku tak tamak. Aku tak minta dia ceraikan wife dia. Aku tak minta dia buang anak dia. Aku just nak sikit je ruang dalam hati hati..."

 

Serentak kami saling berpandang lalu sama-sama ketawa terbahak.

 

"Jiwang!" Dia masih lagi melampias ketawa. Bila ketawa kami reda, aku dapat idea.

 

"Kau confess kat dia lah senang!"

 

"Confess? Harapanlah!" Sinis dia berkata sambil menyedut teh O ais yang tinggal separuh itu.

 

Aku tau aku tengah bagi cadangan yang hampir mustahil untuk dilaksanakan. Fin memang kontra dengan aku. Kalau aku, jenis suka tunjuk apa yang aku rasa. Kalau aku marah, aku nak orang tu pon tau aku marah. Kalau sayang pon macam tu. Orang boleh nampak. I'll do what it takes to convey my message. Tapi bukan Fin. Dengan aku je aku rasa dia senang nak cakap apa-apa. Dalam kelas dia pendiam. Dia berpegang pada falsafah 'diam lebih baik' kot. Kadang-kadang aku pon susah nak teka apa yang dia rasa.

 

Aku tak puas hati. Aku nak pujuk dia supaya dia tegas dengan perasaan dia.

 

"Fin, kalo kau betul-betul serius, ko kena confess dengan dia. Kalau kau betul-betul sukalah..." kita cuba pujuk cara provok pulak. Haha.

 

"Kalau dia reject?" tanya dia. Masih kurang motivasi! Haish!

 

"You never know until you try. Confession tu memang untuk nak tau jawapannya 'ya' atau pun 'tak'. So, takpelah apa pon jawapan dia. At least ko tau ko kat mana. Daripada sekarang ni? Kau asyik puzzle kau kat mana dengan dia. Kan payah? Aku tak percaya pada non-verbal communication. Speak up! Go ahead...told him what you feel about him...out loud. Kau tahu berapa banyak orang frust menonggeng sebab tak luah perasaan lepas tu menyesal?" Dengan kembang hidung aku memberi motivasi lagak doktor cinta.

 

Dia tengok aku. Ada senyum sumbing di hujung bibirnya. "Berapa?"

 

**************

 

Pagi tu aku lambat bangun. Berlari-lari aku mendapatkan Fin yang dah menunggu di meja cendawan kolej kediaman kami.

 

"Kau lambat...tahu?" Dia terus meletak fail ke atas ribaku.

 

"Ye, aku tau. Sorry. Aku terbangun lambat tadi.." dengan nada tak bersalah aku membelek fail tersebut.

 

"Subuh ke laut lah tu?" Amboi soalan. Dia seolah menanti jawapan aku.

 

"Harini aku geng dengan Sheikh Muszafar, Neil Armstrong......"

 

Dia angkat kening. Tak paham lagi la tu!

 

"Datang bulan!"

 

Ketawanya lepas. Aku rasa dengan ketawa itu marahnya menunggu aku sejam di meja cendawan ini hilang. Aku rasalah...

 

***************

 

"Leganya... lab work dah habis." Sambil aku melipat lab coat, aku meluah rasa.

 

"Takdelah lega sangat. Reports, thesis...azab tak habis lagi" Aku tengok Fin melipat lab coat dengan kemas. Perfectionist betul!

 

"At least satu azab dah selesai. And kita on track. Takdelah kena extend sem. Tak sanggup nak masuk lab dah. Kalau aku keje nanti, aku taknak keje dalam lab. Boring." Aku rasa ni bukan kali pertama aku meluah rasa kebencian terhadap lab work kepada Fin. Sebagai labmate aku yang baik, Fin senyum je. Harini kami menghabiskan 4jam bertapa dalam lab untuk menyiapkan final year project.

 

"Fin, jom makan ayam penyet! Lapar! Kau belanja!" Fin menunjal dahiku dan terus pergi dengan beg sandangnya. Tiba-tiba dia berhenti. Aku telanggar belakangnya kerana tak sempat menekan brek.

 

"Apahal? Kau tertinggal barang dalam lab ke?" Dia geleng.

 

"Hanna, thanks tau sebab sudi jadi labmate aku selama ni. Sudi jadi soulmate aku. Kau baik, even though berperangai PMS tak kira masa.." Ni apa jenis pujian dalam hinaan ni!

 

"Haha..I take it as a compliment. Dah...dah...jangan nak buat wayang Sembilu kat sini. Aku tengah lapar gila ni. Aku nak makan, balik, mandi, tido." Dia geleng dan tersenyum.

 

***************

 

"Hazry suka aku"

 

Tiba-tiba dia bersuara lepas kami selesai makan. Nasib baik aku tengah ratah tulang ayam. Kalau dia bagitau masa aku tengah makan nasi, sure tersembur nasi tu.

 

"Sure, mana tau?" Skeptikalnya aku!

 

"Semalam aku confessed kat dia.."

 

"What? Ko confessed? Dekat dia sendiri? Ko sendiri yang confessed? What drove you?" Aku macam tak percaya pada budak Fin seorang ni!

 

"Yelah. Aku confessed sendiri."

 

Dia bangun untuk basuh tangan. Aku membontoti dia dan kami duduk semula di meja makan kami.

 

"Dia kena gi UK" tenang Fin bersuara sambil menyedut minumannya.

 

"For how long?"

 

"5 years"

 

"Hah? Pegi UK 5 tahun buat apa?" kalini aku rasa aku tak dapat bendung kerisauanku.

 

"KPT pinjam. Jaga Malaysian students affair kat sana." Tenangnya Fin. Dia ni betul ke?

 

"Thanks Hanna. Betul kata kau. Aku kena confess je. Then hilang pening." Muka Fin gembira sangat. No..no way. Aku kena sedarkan budak Fin ni!

 

"Look, Fin. Kau sedar tak apa yang tengah berlaku ni? He said he love you bila dia nak leaving Malaysia?"

 

"Apa masalahnya?" Fin masih tak faham.

 

"Fin, he's leaving Malaysia. Leaving you. This married guy who said he loves you is moving to UK with his wife and son. Ko tanya lagi apa masalahnya? This long distance relationship with a married guy sucks! Tak paham lagi?" Ya, pitching aku mula tinggi. Low note dilihat tak mampu menyedarkan Fin.

 

"Kau ni kenapa?" Tanya Fin dengan nada tinggi juga. Taknak kalah. Mentang-mentang 2-2 kaki karok.

 

"Hanna, I dont get you. Dulu, kau yang beria minta aku confess apa yang aku rasa kat dia. And I did. Lepastu yang kau marah aku macam perempuan tengah PMS tu kenapa?"

 

"I am on PMS!" aku membentak sambil menumbuk meja. Kemudian aku pandang kiri dan kanan. 2 orang gadis disebelahku memberi pandangan pelik dan pandangan ngeri.

 

Ah! biarkan! Aku teruskan berceramah, "Fin, look. Aku tau aku penah support kau dengan dia. Tapi masa tu aku tak tau dia kena gi UK. And I know how much you love him. Kau tau kan apa ending dia bila kau kat sini dan dia kat sana? Ni macam commit suicide tau! Kau macam saja tempah sakit. Kau pun tau ko dengan dia bukan boleh bersama pun!"

 

"Aku sedih la... aku ingat bila aku bagitau kau, kau akan kongsi gembira ni sama-sama. Rupa-rupanya aku silap. Kau langsung tak support aku. Ni ke soulmate?" Fin dah tak pandang muka aku bila bercakap.

 

"Fin, aku...aku bukan...aku..." Sumpah aku tak tau nak susun ayat nak bagi Fin faham apa yang aku nak bagitau.

 

"Just drop the topic!" Dia terus bangun ke kaunter bayaran. Marah-marah dia dengan aku, dia bayarkan juga lunch aku haritu. Aku diam. Dia pon diam.

 

Sejak haritu, aku dah tak berjumpa dengan Fin. Sebenarnya, Fin yang tak nak jumpa aku. Macam-macam alasan yang dia buat untuk avoid aku. Banyak kerjalah, nak buat thesis lah, nak jumpa llecturer lah. Macam-macam alasan dia bagi kat aku yang satu pon aku takleh terima. Dulu sibuk mana pun ada je masa untuk aku. Sekarang kenapa dah tak ada?

 

Sejak Fin 'dump' aku juga, aku melalui beberapa peralihan fasa. Fasa pertama fasa bersalah. Aku rasa bersalah sebab buat Fin marah. Patutnya aku sokong je Fin. Tapi, aku tak boleh melulu sokong. Lepastu aku masuk fasa bengang. Aku bengang dengan Fin yang sanggup buang aku. Dari fasa bengang, aku masuk fasa lonely. Dulu, mana-mana aku pergi mesti dengan Fin. Fin college mate aku, coursemate aku, dan yang paling penting, dia soulmate aku. Aku rasa dia je yang faham aku. aku je yang faham dia. Dia cepat tangkap lawak aku time orang lain blurr tak faham. Dia dahlah selalu bagi aku tiru lab report. Boleh dikatakan Fin tempat aku clinging and bitching around.

 

Perlahan-lahan, aku masuk fasa denial. Lantaklah apa nak jadi. Aku, aku...dia, dia..Biarlah hubungan Fin-Hanna tinggal kenangan je. End. Habis.

 

Deep down, aku yakin Fin akan kembali mencari aku nanti. Masa dia sakit nanti. Sakit sebab ditampar realiti. Aku berdoa agar Tuhan buka mata dan biar dia sedar semua ni salah dari mula lagi.

 

Lepas grad aku hanya menolong ayah di kliniknya. Aku memang malas nak cari kerja tetap. Kerja dengan ayah senang. Aku rasa nak keluar, aku keluar. Aku rasa nak cuti, aku cuti je. Nama pon klinik bapak aku, kan?

 

Ada suatu petang tu, masa aku baru balik dari klinik, emak menghulurkan sekeping poskad.

 

"Tadi posmen hantar." Ringkas infonya.

 

Aku sambut poskad tersebut. Poskad dari UK. Bait tulisan aku baca.

 

'I hate you....because you're always right. I miss you, my PMS soul mate' - Ariffin B. Azhar-


Cerpen sebelumnya:
Kerusi
Cerpen selanjutnya:
TANAH SUKU EKAR

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
2 Penilai

Info penulis

shaidatul shida

theshida20 | Jadikan theshida20 rakan anda | Hantar Mesej kepada theshida20

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

6 Komen dalam karya My PMS Soulmate
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik