Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Sebab Tu Aku Sayang Ali - Pengakuan Seorang Lelaki

Cerpen sebelumnya:
Mahakarya
Cerpen selanjutnya:
Sebuah Harapan

Masa kecil, apabila orang tanya aku nak jadi apa, aku akan jawab aku nak jadi orang. Semua orang akan ketawa. Kecuali aku. Mungkin definisi jenaka bagi aku lain. Jadi aku buat muka terus. Macam nilah lebih kurang ---> :|

Seperti yang semua tahu, orang akan makan. Jadi, aku makan. Dan orang juga makan benda-benda yang boleh dimakan. Atau lebih spesifik, yang selamat dimakan. Jadi, aku makan ayam, lembu, ikan, sayur, buah, kacang dan nasi.

Tapi apabila aku tengok sekeliling, aku tak ubah macam orang lain. Makan macam orang lain. Tidur macam orang lain. Kerja macam orang lain. Sebab orang lain pun adalah orang. Dan aku tau aku pun orang. Aku mula jadi bosan. Aku dah tak nak jadi orang. Aku rasa tak istimewa. Tak 'rare'. Lagipun, tak ada orang sokong aku apabila aku cakap aku nak jadi orang. Kena gelak selalu. Ingat tak sakit hati ke kalau kena gelak?

Jadi, aku tunggu orang tanya aku kembali apa aku nak jadi. Sebenarnya, jangka masa aku tunggu tu agak lama. Tapi dalam cerpen, cerita mesti pendek. Jadi, aku 'potong' dan 'bakar' yang mana tak patut seperti aku sepak kucing orang masuk longkang atau aku dikejar anjing sebab anjing tu gila kat aku. Tak penting kan? Sebab tu aku 'potong' dan 'bakar'.

Dalam kepala, mesti kamu tengah tanya aku nak jadi apa kan? Nasib baik kamu tak tanya terus pada aku. Sebab kalau kamu tanya aku secara terus, kau orang akan jadi seperti Ali. Aku sayang Ali.

Siapa Ali? Sebenarnya, aku pun tak tahu siapa Ali. Nama 'Ali' pun aku yang bagi. Dua hari lepas, dia adalah orang pertama yang tanya aku nak jadi apa lepas aku dah jadi besar gedabak segedabak sekarang. Dia tanya aku betul-betul lepas aku melantak tiga pinggan nasi mamak berlauk ayam kampung bahagian dada, begedil dan kuah campur.

Aku tak pasti soalan dia sebenarnya nak hina aku atau saja nak borak kosong. Sebetulnya, aku tak marah. Sebaliknya, aku gembira. Tak sabar nak bagitahu dia aku nak jadi apa.

Dengan tak cakap banyak, aku ambil tangan dia. Dia dah rasa lain macam tapi dia berlagak tenang. Aku agak dia homo. Macam suka pula lama-lama aku tengok dia apabila aku tarik tangan dia macam tu.

"Aku nak jadi kanibal," lalu menggigit tangan dia sampai ke tulang. Aku dapat rasa aku gigit sampai ke tulang sebab gigi aku rasa sakit. Macam gigit besi. Kuat rupanya tulang. Patutlah aku boleh berjalan dengan normal. Tulang aku larat bawa badan gedabak aku ni ke mamak, bungkus nasi dan teh tarik oney (aku belajar daripada kawan tempat kerja aku) dan pulang ke rumah sebelum berjumpa dengan Ali.

Ali jerit kuat-kuat. Malangnya, kawasan rumah aku tak ada orang lalu-lalang. Kebetulan. Mungkin dah takdir Ali jadi makanan aku lepas aku melantak tiga pinggan nasi mamak berlauk ayam kampung bahagian dada, begedil dan kuah campur. Lepas aku rasa macam dah muak (sebenarnya aku tak pernah makan orang, tak tau pula daging manusia ni muak sebenarnya), aku tinggal Ali dalam semak sebelum berjalan pulang ke rumah.

Sekarang, Ali dah jadi sebahagian daripada aku. Sebab tu aku sayang Ali.

Cerpen sebelumnya:
Mahakarya
Cerpen selanjutnya:
Sebuah Harapan

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.7
3 Penilai

Info penulis

Dihsar Ludba Haqifa

Penulis di bawah amatur. Cerewet dalam memilih bahan bacaan. Cepat bosan dengan sesuatu benda. Dibenci kerana mempunyai \muka sombong\... lalu memilih untuk menulis saja untuk mengelakkan jumlah orang membenci. Hasil karya: Alahai Jijah!, Beruno, Kerana Basikal Biru, Jangan Tinggal Fargo! Antologi Cerpen: Kisah Cinta Seribu Wajah
DLHaqifa | Jadikan DLHaqifa rakan anda | Hantar Mesej kepada DLHaqifa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya DLHaqifa
Bila Kau Ada Seorang Ibu | 18950 bacaan
Berkawan dengan Seorang yang Hidup dalam Penafian Umpama Digigit Charlie; Tak Sakit tapi Berbekas | 3183 bacaan
Takut Bah Tau! | 2526 bacaan
Rindu yang Tak Menggelikan | 2207 bacaan
Menipu adalah Satu Benda yang Manis | 2314 bacaan
Hormat | 3368 bacaan
Suara dari Hutan | 2362 bacaan
Aku Sakit Hati | 4996 bacaan
Kisah Benar Pertama Aku Cerita | 6141 bacaan
Jika Kamu Seorang Penulis yang Mendengar Lagu Ketika Menulis | 3223 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Sebab Tu Aku Sayang Ali - Pengakuan Seorang Lelaki
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik