Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Kisah Dua Manusia Yang Suka Sangat Berjudi Dengan Takdir.

Cerpen sebelumnya:
Akankah Mungkin....
Cerpen selanjutnya:
Dolah cinta Dolly

"No, enough with this! This isn't the time untuk cari kesalahan each other!"

Itulah yang aku dengar dari dapur. Walaupun sayup-sayup kedengaran tapi aku sedang duduk di ruang tamu, layan iPod Nano aku dengan majalah Cosmopolitan - walaupun untuk perempuan je, itu jela yang ada dalam rumah tu, yang mampu aku baca.

Aku tenung Hanis, Hanis tenung aku balik. Dia tengah syok bermain handphone. Twitter dengan WhatsApp la tu, takde benda lain. Aku main Instagram je. Tapi aku sempat angkat kening kat Hanis. Hanis angkat bahu. Aku cabut earphone. "Do you think kita patut blah dulu?"

"I pun tak tau. I takut ade je pisau kat dapur tu dapat mangsa nanti."

Aku buat muka. Ridiculous betullah si Hanis ni! Tapi Hanis geleng kepala. Dan aku pun tak ada pilihan lain. aku terpaksa stay jugak. Atas permintaan kawan aku yang flamboyant tapi macho itu, aku bawa dia ke rumah ini untuk jumpa dengan girlfriend dia - atau ex, aku pun tak pasti status diorang. Aku bawa Imran ke rumah ini untuk bertemu dengan Moira, yang duduk serumah dengan si Hanis ni.

"Apa? Apa yang you tak puas hati dengan I? I came here to see you, and now you nak halau I?" Tingginya suara Imran. Bukan ke lelaki patut cakap lembut-lembut dengan perempuan? Tapi, hal diorang. Aku tak nak masuk campur. Biarlah aku dan Hanis jadi pendengar dalam diam je.

"Listen, will you?" Aku dengar suara Moira bergetar. Damn it! Aku memang lemah kalau tengok perempuan nangis. Nasib baik diorang kat dapur.

"Cakap terus terang jela, Moira."

"It's not that easy, Imran. You ignore I with your hard stubborn head. I terpaksa move on bila you dah stop cari I. Our relationship tergantung macam tu je. Dan sekarang you datang and expect me to wake up from a slumber with a big bright smile on my face? It's not that easy!"

"I had to, okay." Aku dah agak. Imran bukan jenis yang mudah minta maaf. Ego dia tinggi mengalahkan langit ketujuh, keenam dan kelima. Liat sikit nak mengaku kesalahan dia. Aku yang dah tiga bulan nampak Moira nangis sampai jadi panda, aku yang dah tiga bulan tengok Moira bangkit cari kebahagiaan dalam setiap lagu yang dia cipta suka-suka. Imran tak nampak tu semua. "We're just not meant to be. Kita tak ada jodoh."

"I know we're not meant to be. So what?"

"I tak nak ulang benda yang sama. You should've known by now what to do. Kita tau hari ni akan tiba."

"So easy for you, isn't it?"

"It's not easy for me, Moira! You think I duduk relax senang-senang nak lupakan you? I terpaksa busykan diri supaya I dapat lupakan sikit demi sikit tentang what we have. You mungkin tak tahu tapi it's harder for me! You're always in my head!"

"Bukan you sorang je yang terseksa kat sini, Imran." Ya, suara Moira sah tengah nangis. Aku tumpang sedih. Hanis dah bangkit sebab nak curi-curi tengokkan mereka berdua kat dapur, tapi aku tarik tangan Hanis cepat sambil geleng kepala. Aku dan Hanis sedia maklum krisis diorang berdua. Krisis yang takda sapa pun dapat tolong. Kau kena lawan takdir untuk tolong.

"Kita gila."

"I tau kita gila, Moira. Gamble dengan hidup." 

"Gamble sangat. Tengoklah apa yang jadi. Hati lawan otak, hati gak yang menang. Padan muka."

Aku dengar diorang gelak - Moira mungkin nangis sambil gelak. Apa ni? Drama! Aku dan Hanis betul-betul curious.

"Imran?"

"Hmm?"

"Why do we like to hurt so much?"

Lama Imran tak jawab.

"Imran."

"I keliru."

"Kenapa?"

"I baru nak cakap, I wish I never met you, and I wish we never have fallen in love with each other. Tapi I couldn't imagine not meeting you, and I couldn't imagine not falling in love with you."

"I dah cakap kan. Why do we like to hurt so much?"

Diorang gelak lagi. Mintak-mintak diorang berhenti bergaduh. Hanis sudah mengerutkan dahi.

"Moira, you masih berharap lagi?"

Giliran Moira pulak diam.

"To tell you the truth, I dah berhenti mencuba. I'm putting my guns down. It's either you or my family. I love both, but I pilih my family. And diorang pun selamanya takkan setuju dengan kita. That's why... I berhenti berharap."

"I understand. I cuma harap, you still love me, even though we're not together anymore."

"Hidup kejam gila kan, Moira?"

"Im... I masih berharap lagi, sebenarnya."

"Pfftt. You memang. You terlalu positive."

"What can I say. You jugak yang buat I sampai jadi positive macam ni. You gave me the tough love, remember."

"I'm proud of you, Moira."

"Thanks. I tried so hard to make you proud. I work my ass off to make you proud."

"Good."

Aku pulak yang feeling dengar diorang berdrama di dapur ni. Tapi takpe la. Asalkan diorang tak gaduh lagi. Hanis tersenyum sendiri pulak, walaupun aku tak rasa yang ni happy ending pun.

"Moira, jangan berharap sangat. I takut you takkan dapat terima kalau everything really went down."

"Suka hati I lah, Im. My decision, my consequences."

"Eh, degil betul budak ni."

"Im, I'm sorry. I'm sorry sebab I bukan macam you guys. I'm sorry I dilahirkan berbeza. I'm sorry I tak dapat fit into you guys. And I'm sorry sebab I tak dapat continue untuk stay with you forever even if I want to. I'm really sorry."

"Bukan salah you, Moira. Kita ni yang suka sangat berjudi dengan takdir." 

Cerpen sebelumnya:
Akankah Mungkin....
Cerpen selanjutnya:
Dolah cinta Dolly

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

Steff Cempaka

Im strangely attracted to old school, fried chicken, seahorses, ukuleles, and dates.
Effy_Lndg | Jadikan Effy_Lndg rakan anda | Hantar Mesej kepada Effy_Lndg

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Effy_Lndg
imaginari; 18/05/2014 | 2014 bacaan
imaginari; 24/4/2014 | 2115 bacaan
imaginari, 03/04/2014 | 2093 bacaan
Rumah Berhias Bunga Di Pinggiran Bandar | 2408 bacaan
MH370 | 10618 bacaan
imaginari, 20/02/2014 | 2124 bacaan
Venus: Gadis Ke-Lima Dicintai Marikh | 9224 bacaan
imaginari, 06/12/2013 | 9211 bacaan
Lima Sebelum Moira. | 9013 bacaan
Coffee | 11687 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya Kisah Dua Manusia Yang Suka Sangat Berjudi Dengan Takdir.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik