Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Suami Isteri

Menipu adalah Satu Benda yang Manis

Cerpen sebelumnya:
A day of broken promises
Cerpen selanjutnya:
Cinta

"Abu!" panggil Yaya.

Abu pandang depan. Dia tahan nafas.

"Kau ni... gemuk!" kata Yaya sambil ketawa.

Abu ketawa. Dia tak nak Yaya kecil hati kalau lawaknya tak dapat sambutan.

Yaya pergi. Abu hembus nafas dan terus ke kafeteria.

Lepas ambil nasi lauk ayam goreng dan gulai lemak ikan keli, Abu duduk sebelah Ayus. Memang tempat duduk sebelah Ayus milik Abu sejak dari sekolah rendah ketika makan.

Abu lihat nasi dalam pinggan Ayus dah tinggal separuh. Abu tengok pinggannya sendiri dah kosong sambil jilat jari.

Sebelum sempat Ayus suap nasi dalam mulut, dia tegur Abu. "Abu! Lajunya kau makan!"

Abu tak faham. Ayus dah biasa makan dengan Abu. Dan biasanya, Abu makan laju. Tapi Abu hanya ketawa dan sedut air oren dalam gelas plastik.

Abu masuk kelas. Gadafi bawa kek sempena hari jadinya. Lepas tiup lilin, dia pelawa Abu makan.

Abu makan sekeping.

Gadafi tepuk bahu Abu. "Makanlah lagi, Abu. Bukan selalu hari jadi aku. Setahun sekali."

Abu makan dua keping. Abu makan tiga keping. Abu makan empat keping. Abu makan lima keping. Abu sendawa. Abu makan enam keping.

Gadafi urut dada. "Dah-dahlah tu, Abu. Sampai bila kau nak diet ni?"

Abu bingung. Jadi, Abu berhenti makan dan pergi basuh tangan kat tandas.

Depan cermin, Abu tengok diri sendiri. Rambut Abu selerak sikit. Jadi, Abu basahkan tangan dan belah rambutnya ke tepi.

"Comelnya Abu hari ni," tegur Musliha atau nama sebenarnya Musli yang baru tarik zip seluar dan basuh tangan sebelah Abu.

Abu malu-malu.

"Kembanglah tu..." Musliha tersenyum manja.

Abu masih malu-malu.

Lepas melentikkan bulu mata dan sebelum keluar dari tandas, Musliha urut-urut lengan Abu. "Kalau aku tak puji pun, kau tetap kembang kan?"

Abu senyum saja.

Dan pada hari Raya tahun tu, Abu dapat banyak kad raya daripada kawan-kawan.

Cerpen sebelumnya:
A day of broken promises
Cerpen selanjutnya:
Cinta

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

Dihsar Ludba Haqifa

Penulis di bawah amatur. Cerewet dalam memilih bahan bacaan. Cepat bosan dengan sesuatu benda. Dibenci kerana mempunyai \muka sombong\... lalu memilih untuk menulis saja untuk mengelakkan jumlah orang membenci. Hasil karya: Alahai Jijah!, Beruno, Kerana Basikal Biru, Jangan Tinggal Fargo! Antologi Cerpen: Kisah Cinta Seribu Wajah
DLHaqifa | Jadikan DLHaqifa rakan anda | Hantar Mesej kepada DLHaqifa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya DLHaqifa
Bila Kau Ada Seorang Ibu | 19040 bacaan
Berkawan dengan Seorang yang Hidup dalam Penafian Umpama Digigit Charlie; Tak Sakit tapi Berbekas | 3222 bacaan
Takut Bah Tau! | 2555 bacaan
Rindu yang Tak Menggelikan | 2230 bacaan
Hormat | 3396 bacaan
Sebab Tu Aku Sayang Ali - Pengakuan Seorang Lelaki | 2620 bacaan
Suara dari Hutan | 2390 bacaan
Aku Sakit Hati | 5046 bacaan
Kisah Benar Pertama Aku Cerita | 6204 bacaan
Jika Kamu Seorang Penulis yang Mendengar Lagu Ketika Menulis | 3250 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya Menipu adalah Satu Benda yang Manis
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik