Di Anjung Rumah Ada Bridegroom dan Party-Crasher.

 

\"How are you feeling, bridegroom?\"

\"Just inexplainable, party-crasher.\"

Party-crasher hampir tergelak. Bridegroom jeling. Di ruang anjung itu hanya ada mereka berdua. Yang lain sudah bergegas menyiapkan kereta dan hantaran dan semua yang sepatutnya.

Party-crasher dah lama tak jumpa Bridegroom. Kacaknya tak berubah. Suaranya tak berubah. Perangai gigit jari dan goyang kaki pun tak berubah. Betapa Party-Crasher rindu. Bridegroom kacak hari ini lengkap dengan Baju Melayu pengantin lelaki berwarna hijau lembut. Warna kegemaran Party-Crasher.

Bridegroom pun dah lama tak jumpa Party-Crasher. Cantiknya tak berubah. Senyumnya tak berubah. Mata sepet dan cara ketawanya pun tak berubah. Bridegroom rindu. Part-Crasher cantik hari ini dengan kain batik dan baju kebaya nyonya ungu lembut. Warna kegemaran Bridegroom.

\"Explain inexplainable.\"

\"It\'s inexpainable.\"

Bridegroom dah bagitau semua yang lain, turun dulu, nanti dia menyusul. Dia cuma nak beberapa mint bersendirian dengan Party-Crasher, yang telah dia jemput seawal dua minggu lepas. Party-Crasher terpaksa berlakon jadi orang lain untuk jumpa Bridegroom pada hari itu. Kalau tak, tak lepas la kena tiau keluarga Bridegroom.

\"You patut gembira la. You\'re getting married. The bride\'s pretty.\"

\"Yeah, you\'re right. Tapi I tak rasa the excitement.\"

\"Because you\'re nervous?\"

\"Kot.\"

\"Hey, look at it this way! You lagi awal kahwin daripada I akhirnya.\"

\"Bengong. We never even made any bet about it.\"

Party-Crasher dan Bridegroom sama-sama tertawa berselit kesedihan, kegembiraan, air mata, dan keterujaan.

\"I will tease you back when it\'s your wedding I\'m attending years from now.\"

\"Persoalannya, will there be my wedding, Bridegroom?\" Party-Crasher gelak lagi.

\"Jangan nak mengade. You cantik. Takkan takde orang nak.\"

\"Itu hal I la. You tak payah sibuk.\"

\"I nak sibuk la. I nak jugak tau who you\'re gonna end up with.\"

\"I\'m just not up for that yet, Bridegroom.\"

\"Of course you do. Loosen up a bit. You\'re back to your rather tomboyish self. Ayu je nampak you pakai kebaya ni haa.\"

\"Haaa, lamanya tak dengar you puji I. Kencang hati.\"

\"Takleh puji banyak kali. Nanti you jadi over-perasan.\"

\"Tapi I kena hargai kali ni. Lepas ni you dah jadi laki orang. Hah, my best friend is getting married, how cool is that?\"

Air mata bergenang walaupun Party-Crasher tersenyum lebar. Sial, tak dapat tahan.

\"Dah, dah, dah. I\'ll be late for my wedding.\" 

\"I\'ll see you at the reception, okay?\"

\"Be there, Party-Crasher. Jangan terus balik rumah.\"

\"Sure, sure. I promise.\"

Bridegroom mengeluh. \"I\'m sorry, Party-Crasher.\"

\"What?\" Wahai air mata, kembalilah ke belakang mata!

\"We were so young. I couldn\'t fight for you.\"

\"We were too young, Bridegroom. Takpa, I tak salahkan you pun. If we\'re not meant to be, there\'s nothing we could do about it, no?\" Gelak pahit. \"I\'m doing fine on my own.\"

\"Kadang-kadang, I rasa macam, what if...\"

\"There\'s no what if in our situation, Bridegroom. We\'re obligated to certain things, aren\'t we? You can\'t be mine and I can\'t be yours. We\'re different. Kita berdua ni berbeza. And if everyone says different people can\'t go together, what can we do?\"

\"Oh, shit.\"

\"Napa?\"

\"I tak nangis okay. Tak macho lelaki nangis.\"

\"Oi, lembik. I pun tak dapat nangis ni. Nanti ruin mekap mata. Dah jadi tak cantik lagi.\"

\"Nanti I dah tak hensem lagi.\"

\"Bongok. Your bride is waiting. You better go.\"

\"Kalau ikutkan hati, I want my bride to be you.\"

\"Bongok, bongok. Jangan buat I nangis, boleh tak.\" Gelak sedih, lagi. \"I\'ll see you at the reception, okay?\"

\"Aite. And...\"

\"Yeah?\"

\"You\'ll be fine, right?\"

Party-Crasher cuma mengangguk. \"Don\'t worry about me.\"

\"You\'ll find a good guy. Lepas tu kawen. Lepas tu akan ada anak yang comel-comel macam you. Of course, your wedding nanti wajib jemput I.\"

\"You\'re the best I\'ve ever had, where can I find someone like that?\"

\"Your wedding nanti wajib jemput I, idiot.\"

\"I said, don\'t worry about me, bongok. Lagipun, how many million hearts are broken just because of cross-religion love? I\'m just one of those millions. And you are too. Pegi la, bongok. Nanti kang lama pengantin perempuan tunggu.\"

\"Yela, yela...\"

\"I\'ll see you at your reception, Azlan.\"

\"You better be there, Alicia.\"

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan Effy_Lndg

Read all stories by Effy_Lndg