Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

malam

Cerpen sebelumnya:
Kisah Satu Malam
Cerpen selanjutnya:
Hari Itu Ayah Pergi

 

Waktu dimana semua manusia diulit indah nya mimpi. begitu juga aku yang masih lagi longlai diperbaringan. Kau boleh fikir apa sahaja pasal aku yang sudah longlai tapi hanya aku tahu punca longlai ku. perempuan? hmm.. Tarik nafas lepas.. Tarik dan lepas lagi.. Bukan sebab perempun aku begini bentuk nya. Ini semua melayan berahi otakku yang tak kunjung padam nyalaan fikiran ku.

 

Manusia hanya fikir sekadar cukup makan. Aahh! Itu otak melayu, cina lain pula, kau tahu melayu ni sebati dengan namanya dan sifatnya. Terkadang aku geli hati melihat kelibat insani. Oh, maaf! Itu tak layak insani kerana dangkal minda nya mengangungkan bangsa melayunya. Kau tahu melayu itu boleh sesiapa sahaja. Kenapa kau tak ubah saja pemikirannya? Minda kelas pertama? Kalau melayu juga yang menjuarai kelas tercorot, kejadahnya minda kelas pertama.

 

Malam tu aku masih lagi longlai dalam lamunan sendiri..entah apa yang aku cipta dalam lamunan itu. mungkin aku longlai dalam menghadam makna kasih sayang. Memang aku bukan yang setia tapi aku cuma pencari cinta yang mampu kekal dalam hati tapi sampai bila nak aku terusan dengan kesetanan ini. Aku kalah dengan wanita dan perempuan. Mereka adalah makhluk yang sama tapi beza pada rupa dalamannya. Hah! kau nak fikir aku bahasa nafsu? Bukan kawan. Aku cuma minat melihat wanita dari mata mengagumi tapi terkadang mata nafsu juga pandai menyelitkan keinginannya dalam retina pandanganku. Mereka makhluk yang menarik tapi ada bodohnya. Setinggi mana pun mereka menapak dapur juga syurganya. Betul. Aku tak tipu tapi kebodohan mereka lahir bila rasa sayangnya mengaburi prinsip asalnya. Rasa sayang itu membinasakan bagi aku.

 

Kau lihat pokok yang tanpa baja, tak berserikan? Begitu sifat sang wanita tanpa rasa sayang biar pun ‘cantik’ itu milik mereka. Namun, beza tetap lahir dalam atmosfera itu. Pokok yang terlalu dibajai maka mati jawabnya bukan? Wanita aku samakan begitu jika terlalu dibajai akan lumpuh biar pun dulunya dia wanita tabah. Tiada ketabahan yang sebenar dalam dunia ini kerana awalannya ada kekesalan dan kesedihan barulah menujah si tabah dalam hatinya.

 

Bagi aku dalam menyayangi biarlah ada benci biarkan dia tahu pahitnya cinta itu kerana wanita yang terlalu enak disayangi batin atau zahir jadi umpama biskut lemau. Rapuh. Jadi senang collapse. Maka kau yang dalam keadaan begitu senang saja kau di tawan oleh lelaki. Setebal mana pun duit kau wahai wanita, walau tinggi melangit pun status tersadang di bahu kau, kau tetap tewas dalam permainan perasaan. Aku bukan pakar dalam bidang ini, tapi aku tahu cara bermain dan peraturannya. Aku tahu bila lawan yang berlainan jantina dan alat sulit berjaya diperangkap. Apa kau nak ckap aku buaya? Terpulang. Memang dasar melayu pasca DEB, aku suka ungkapan dan gelaran itu dipalitkan di dahi melayu. Dah disuap senang tahap sederhana sibuk pula dengan kain orang lain. Aahh!! Aku bicara pasal wanita bukan ekonomi atau perang dunia kedua tapi kedua-duannya ada hubung kaitnya dengan wanita.

 

Aku masih bayangkan dia pada malam itu tanpa perlu aku niat dalam mandi ku. Dia yang pernah aku sayang namun aku tak mampu lupakan walau berabad sekalipun. Cukupla abad, aku bukannya hidup seribu tahun. Cinta aku hanya terkandas oleh sifat acuh tak acuhnya yang matikan perasaan aku yang telah lama aku pendam. Kau bilang sayang aku tapi kau kata termakan budi. Mungkin budi itu buat kau kenyang sebab aku makan nasi dan bila bahasaku perasaan aku takan nak makan perasaan.

 

Akhirnya, kau aku tinggalkan dengan rasa kesal dan benci kerana sikap kau yang serba tak lengkap dengan gaya lagakmu. Hhmm.. bodoh sahaja aku tunggu lama-lama bila waktu bertemu detik kau pula diam membatu dan wajah comel kau jadikan modal untuk luluhkan marahku.

 

Aku tahu kau masih mencari aku lagi tapi aku akan jadikan kau sebagai sales girl di pasar raya yang datangku kau tunggu namun tibaku aku berlalu. Padan muka! Nak saja aku lihat betapa bengang terbit di gebu mukamu bila aku berlalu tanpa menoleh ke arah muka yang dulu aku gila-gilakan. Persetankan tangisan atau linangan air mata perempuan tu. Biarkan.

 

Sekarang aku berjalan sahaja pergi ke sarang aku dapatkan ilmu. Damn! Kereta rosak. “time aku banyak hal lah ko buat hal kan kete?”, rungutku sendirian sambil berjalan di tempat pejalan kaki. Banyak rancangan aku sepanjang minggu tampak bertemu kegagalan bila ‘kawan’ baikku sakit. Memang sakit. Namun, di sebalik hembusan angin petang ini ada pelangi yang mewarnai hari aku yang aku telah labelkan sebagai malang. Gadis itu. Ahhh! Bukan gadis yang awalnya aku lihat – ini lain. Lain warna kulit, lain bahasa, lain agama, lain orieantasi makanan, lain..lain..lain! keseorangan sambil telinga disumbat dengan earphone-nya, termenung melihat setiap sudut alam yang mampu ditangkap oleh retinanya. Namun beza pula retina aku yang hanya melihat dia yang aku pandang dari jarak jauh. ini satu pengakuan yang aku anggap kejam bagi umat wanita yang semakin menimbun di muka bumi, maklumlah akhir zaman kan. Aku suka melihat wanita dan itulah kegemaranku, bukan aku gila seks tapi aku gilakan perempuan. Cantiknya kau kannn?

 

Petang kian melabuhkan tirai dan fajar kian menyinsing, kata orang waktu ni iblis banyak keluar, waktu di mana berlaku persilangan dimensi kalau kau berada dalam persilangan itu hendak saja aku ucapkan tahniah sebab mungkin kau ketemu dengan sahabat baru yang mungkin jadi igauan kau sepanjang abad. Kenapa abad? Yelah kau tahukan manusia jarang yang hidup berkurun nak pulak umat akhir zaman yang banyak penyakit ni. Dalam petang begini aku masih dipembaringan aku. Bagi aku pembaringan ada dua. Satu pembaringan kekal dan sementara. Mudah sahaja untuk dibedakan. Kau punya akal bukan sendiri tafsirkan maksud ku. Ketika pandangan aku terus ke dinding tanpa hala tuju hujungnya pemikiran itu, wajah gadis tadi aku terbayang dalam pakaian t-shirt pink dan berseluar jeans yang entah apa jenamanya. Dia senyum pada ku. Nekad merasuk diri untuk menegurnya. Hairan pula kenapa perlu gugup menyinggah di kawasan hati aku yang tak pernah kenal erti gugup di depan perempuan tapi berlainan dengan dia.

Azan berkumandang di seluruh alam yang menghalau iblis dan syaitan ke pelusuk yang mereka rasakan selamat. Namun azan itu memanggil untuk mendirikan solat tak kiralah solo atau berjemaah. Aku bagai tersedar dari angan dan hilang pula awan anganku tadi. Kepala aku garu walaupun tiada simptom-simptom kegatalan di kulit kepala. Gadis tadi ahhh! biarkan. Penat aku bermain persaan dengan kaum berlainan gender ni buat aku jadi kelabu mata pula, cinta atau nafsu aku pandang mereka. Aku renung semula memoriku walaupun tak mampu aku pancarkan ke dinding, ternyata aku dapat satu ilham. Persetankan wanita perempuan dan gadis semua. Hidup dengan kawan-kawan dulu. Kau kan muda lagi….

 

“OK…bye awak”, aku mengakhiri perbualan itu. Selepas beberapa degup jantung, otakku terus menafsir akan setiap bait yang telah dilafazkan oleh pemilik bibir yang biasa menjadi tatapan aku. Maklumat dicerna sepuas-puasnya agar makna sebenar terpacul dari kekusutan dan banyaknya input yang aku terima tadi. Motif sebenar panggilan itu atas dasar rindu yang menebal si pemanggil kepada aku. Kenapa baru sekarang kau tahu nak rindu aku yang setengah mati sayangkan kau dulu? Dulu? Ya… dulu sekarang aku berani kata aku bagai ketemu cinta baru dan aku terkadang terfikir betapa senangnya aku jatuh cinta. Kenapa aku terlalu senang mengatakan cinta dan pertengahannya bosan menjengah? “Kau buaya memang laaa”, itu aku label sebagai kritikan sumbang. Atas pembaringan itu aku terduduk dan terus berfikir tahi apa lagi yang akan datang untuk menyerabutkan atmosfera tenang ku sekarang.

            Mata aku masih lagi menembak siling dalam kubikel itu dan aku renung dalam-dalam sehingga berjaya menembusinya dengan satu pandangan yang tanpa hujung pangkalnya. Satu cetusan meletus dalam benak fikiran aku, “itu harapan bagi aku ke?”. Awan anganku hilang dan padam.

 

Malam-malam berikutnya….

Hujan turun lebat malam ini, aku masih lagi baring di tempatku. Entah kenapa aku suka sangat baring sambil lagu dari laptop kawan aku merayap liar dalam benak fikiran aku yang tak keruan melihat hujan semakin lebat dan perut aku yang semakin berdondang hebat. Barangkali S. M. Salim pun tabik dengan irama dari tummy aku ni. Yes! Aku dah tak fikir pasal makhluk lain jantina dah! dan bukan plak aku ni dah join in geng-geng gay tu. Salah. Aku masih kekal lagi sifatku yang jantan ini. Biarpun tesis tersenyum memandang aku, namun aku selesa dengan keadaan aku time ni. Menunggu hujan reda bagi ku seperti menunggu duit jatuh ke dompet. Aku dah makin resah sebab nafsu makan aku bergelojak ganas. Tiba-tiba, mata aku meliar dan terpandang ke arah skrin laptop kawanku – “Sometimes I pretend to be normal, but it gets boring so I go back”, hmmmmm… aku pernah rasa keadaan seperti itu.

Telefon bimbitku berdering. “hello sayang, really? Ok, jap I siap.” Aku happy sekarang sebab dia datang padaku seperti yang aku inginkan tapi bukan dia yang aku rayu tapi dia yang aku impi. Pedulikan saja pandangan orang pada ku asalkan aku gembira dan puas dengan hidup aku dan bukannya aku hidup ni mereka jadi kurang oksigen pulak nak bernafas. Ok! Aku dah siap dan bersiap keluar dengan dia yang aku impikan selama ni. Yes!

Cerpen sebelumnya:
Kisah Satu Malam
Cerpen selanjutnya:
Hari Itu Ayah Pergi

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

lemau

banyak angin makin lemau laaa
lemau | Jadikan lemau rakan anda | Hantar Mesej kepada lemau

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya lemau
mapley lima belas | 1825 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya malam
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik