Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Awak Tetap Buah Hati Saya

Cerpen sebelumnya:
Salam Perkenalan :)
Cerpen selanjutnya:
Dengan Izin-Mu

Mataku terkelip-kelip melihat hasilnya.

 

Apakah..ini?

 

Aku cuba menghadam apa yang kulihat.

 

Aku..cuba meng-hadam-nya.

 

Tapi, gagal.

 

Arghh..aku rasa, aku dah buat satu kesilapan besar.

 

Kenapa, begitu pantas !?

 

Benda ni rosak agaknya. Mungkin. Yeah..

 

Tapi..aku terduduk. Tanganku berpaut pada mangkuk tandas duduk. Betul ke ni ? Ke, aku mimpi ?

 

Lambat-lambat aku bangun dan keluar dari tandas. Anas yang tekun duduk di birai katil sambil menelaah 

projek terbarunya ku dekati. Aku menghulurkan benda itu. “Awak.”

 

“Manja-lah..” dia bersuara tegas. Masih matanya melekat pada kertas kerjanya.

 

Aku mengetap gigi. Tak habis-habis dengan ‘manja’. Geli arr nak panggil penjenayah dengan gelaran 

‘manja’. Oh my god. Mental breakdown sungguh! “Man..jaa..” Fuhh, mahu tersalah urat lidah aku. “Ni..”

 

“Apa?” Anas mengangkat wajah seraya menurunkan cermin matanya ke pangkal hidung. Matanya beralih 

dari wajahku ke arah benda yang kupegang erat. “Apa ni?”

 

Aku mengeluh berat. Wajahku terasa tegang. Mahu senyum, tapi macam tak sesuai je nak senyum. Nak 

marah, macam gila pulak. “Man..jaaa, tadi..” belumpun aku habiskan ayatku, dia mengambil benda itu dari 

tanganku.

 

Hujung mata aku lihat wajahnya. Dup..dap..dup..dap...

 

“Sayang! Sayang! Sayangggggg!!!”

 

Aku tunduk. Resah. Jantungku terasa mahu terkeluar dari badan. Sungguh aku rasa mahu cabut lari dari 

rumah besar ini sekarang!

 

“Sayang pregnant!”

 

Aku menghamburkan airmata. Aku terduduk. Apa aku nak buat ni? Kenapa awal sangat? Sekejap sahaja, 

wajahku sudah sembab. Mata mula merah.

 

“Sayang, sayang pregnant! Ya Allah, syukur pada-Mu. Okey.” Anas serba tidak kena. Tanpa menunggu 

masa, dia mengemas kertas projeknya. Jaket hitamnya dicapai laju lantas mencempung aku keluar dari bilik. 

“Kita pergi jumpa Abang Azmeer okey? Suruh dia check kandungan sayang.” Hati-hati dia mencempung 

aku turun ke tingkat bawah.  “Eh, tak boleh. Tak seorang lelaki pun boleh pegang sayang. Kita suruh Kak 

Nurul ajelah okey?”

 

Aku mengesat airmataku. Aku tidak tahu apa yang harus ku katakan. Tapi, aku merasakan perkara ini agak 

kurang wajar untukku terima. Yalah, baru sebulan setengah berkahwin, aku sudah tahu hasilnya! Memang. 

Memang aku sudah melakukan kesilapan besar!

 

+

 

Nurul ini tunang kepada Abang Azmeer. Mereka bertunang pada hari yang sama aku menjadi isteri Anas. 

Kata Anas, Abang Azmeer cemburu melihat Anas melangkah bendul.

 

Kuang..kuang..nasib badanlah Abang Azmeer. Siapa suruh slow sangat mengalahkan kura-kura.

 

Aku terbaring lesu di atas katil. Penerangan Kak Nurul tadi membuatkan otakku terbejat seketika. Untuk 

privasi, Kak Nurul meninggalkan kami berdua sebaik sahaja pemeriksaan dilakukan.

 

Perasaan aku? Entahlah, sukar untukku jelaskan. Nak menjerit, sekarang ni aku berada di klinik. Nak 

menangis, aku sudah penat menangis. Airmata aku sudah ku bazirkan sepanjang perjalanan ke sini. Sebab 

itulah Kak Nurul separuh mati cuak tengok keadaan aku yang menangis beria-ria. Fikirnya aku patah riuk, 

rupanya..ada ‘isi’.

 

“Sayang..sayang pregnant. Tahniah sayang. Sooner kita akan dapat baby. Sukanya manja.” Bertalu-talu dia 

mengucup tanganku. Wajahnya tak perlu diceritakan. Terlalu bercahaya mengalahkan spotlight di Stadium 

Shah Alam.

 

Aku sekadar mengangguk lemah. I know..I know. Takkanlah dah mengandung tak lahir pula baby. Aku lagi 

sekali melihat gambar kandunganku hasil scan Kak Nurul. Bayi itu..kelihatan seperti kacang. “Awak..”

 

“Manjaa..”

 

“..suka eh ada baby?”

 

Anas mengangkat kening. “Mestilah suka! Manja dah nak jadi papa.”

 

Aku diam. Gambar kandunganku dihulurkan pada Anas. Aku bangun dari katil dengan bantuan suamiku. 

Melihat aku terkial-kial mahu turun dari katil yang agak tinggi itu, terus dia mencempung aku dan 

membawaku keluar dari bilik pemeriksaan. Aku diletakkan dengan baik di atas kerusi di ruang menunggu. 

Kemudian, dia menghilang masuk ke bilik Abang Azmeer.

 

Klinik yang dikongsi Abang Azmeer dan Kak Nurul kelihatan sepi.

 

Aku menyandar lesu. Apa...yang harus ku lakukan?

 

+

 

“Jangan pakai baju ketat, seluar ketat. Jangan makan nanas. Jangan makan benda-benda masam. Kalau 

mengidam benda masam gak, ask me first. Makan sayur banyak. Minum air banyak. No cold drink. Don’t 

take any pils. Sakit kepala ke apa, biar manja ubatkan.” Dia buat double-jerk dengan sengihan nakal. Dia 

kembali sambung, “Jangan banyak buat kerja. Urusan mengemop, sapu lantai, bersihkan tandas, let me do 

it. Sayang just masak dan ... erm, buat kerja ringan. Lagi, mulai esok, biar manja hantar dan ambil sayang 

dekat pejabat tu. No high heels. Next..”

 

Aku memejamkan matanya. Butiran seterusnya, langsung ku tidak hiraukan. Aku menarik selimut hingga ke 

dada. Fikiran ku kusut. Tidak mampu bertahan lama. Aku perlu tidur.

 

“Sayang?” Anas berhenti ke hulu ke hilir sekitar bilik. Dia melipat kertas yang penuh dengan senarai pantang 

larang khas buat aku dan menyisip kemas di dalam laci meja kerjanya. Hati-hati dia memanjat katil dan 

merangkak merapati aku.

 

Dapat ku rasakan haba dari badannya. Tidak semena-mena jantungku berdegup laju. Aku ni, memang lemah 

kalau berada dekat dengan dia. Rasa segala tubuh badanku tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

 

“Sayang, kenapa ni? Sejak siang tadi, sayang macam tak ada mood je.”

 

Aku tidak menjawab.

 

“Sayang?”

 

Sepi.

 

I know you just pretending sleepOpen your eyes, sayang..” Anas mula masuk gear suara romantik. Aku 

menelan liur. Hailahh..

 

“Ye..” mata kubuka lambat-lambat. Dan memandang tepat pada anak matanya. “Is there anything can I 

help?”

 

“Kenapa moody je ni? Nak kata period, sayangkan pregnant. Pembawaan budak ke?” Anas menggaru 

kepalanya sebelum dia kembali memandangku. “Kenapa? Tell me why? Ada masalah kat pejabat ke?”

 

Aku melarikan anak mataku ke siling. Kipas ligat berputar. Ini..bukan masalah di pejabat. Tapi.. “Tak lah..”

 

“Habis tu, kenapa? Manja risau tau tengok sayang moody. Sakit ke ada ‘kacang’ dalam tu?” takut-takut 

suamiku menyoal. Tubuhku dipeluk erat.

 

Aku ketawa kecil. Terhibur hatiku dengan soalan bodohnya. Namun, tidak lama hatiku terhibur. Aku 

kembali kecewa. “Tak sakit. Tapi..sakit hati.”

 

Sedikit terangkat kening Anas.“Kenapa? Geng sayang buli sayang eh? Ke..sebab sedih tengok Adyba dah 

ada anak dulu?” rambutku dia usap mesra. Aku selesa.

 

“Tak lah..”

 

Then, kenapa? Cakap je. Manja nak dengar. I’m all earsTell me, sayang.”

 

“Sakit hati..sebab ..” aku mengigit bibir. Berat untukku luahkan. Kehadiran bayi ini benar-benar 

merunsingkan aku.

 

“Sebab?”

 

I’ll loose you.”

 

+

 

Aku memuncungkan mulutku.

 

“Tak payah nak muncungkan mulut sangatlah, Yana. Dah nak jadi mak budak pun.” Syahirah yang tadinya 

merenung aku membuka mulut.

 

Aku mengeluh. “Apa ni?!” Aku sedikit membentak. “Kata nak belanja aku. Aku tengok semua makanan ni 

selera korang.” Memang betul. Bila diorang semua dapat tahu aku mengandung dua bulan, diaorang semua 

pakat mahu gathering. Katanya, mahu celebrate aku. Tapi, sekarang, sikit pun makanan tidak kena dengan 

selera aku. Ini tidak adil!

 

“Aik, bukan kau suka makan ayam masak merah ke, Yana?” Fathien menyampuk sambil tangannya mula 

menguis nasi. Fathien ni memang! Dah jadi isteri orang pun, kalau nampak makanan, lupa orang sekeliling 

nak dijemput.

 

Aku mencebik. Eii..kata nak celebrate aku yang pregnant. Tapi selera ibu mengandung pun dah lupa ke? 

Hampa-agas betul kome. “Aku tak selera arr nak makan benda alah semua ni.”

 

Tiba-tiba Farzana di hujung meja tersengih. “Aku lupa. Our Yana ni kan ibu mengandung. Ibu mengandung 

selalunya mengidam.” Farzana menggapai tanganku lalu digenggam erat. “Cer cakap, kau nak makan apa? 

Mana tahu, kitaorang boleh tunaikan.”

 

Adyba memandang aku dengan hujung mata. Annisa sekadar memandang aku. Fathien sudahpun makan 

separuh nasi dalam pinggannya. Eii, kawan aku seorang tu. Nasib baik kawan, kalau bukan kawan, memang 

aku hantar pergi masuk sekolah belajar balik subjek Sivik.

 

Aku menongkat dagu dengan sebelah tanganku. “Aku, nak makan..” Mataku dilarikan ke kiri dan kanan. 

Cuba berfikir, makanan apakah yang aku inginkan. Ayam? Aku rasa mahu muntah. Ikan keli? Nehii..aku dah 

muak. Urghh..

 

“Cakaplah..” gesa Shahirah. Mereka yang lain memandang aku dengan pandangan mengharap. Eh, mereka 

menantikan jawapan akukah?

 

Aish, kalau aku jawab, agak-agak, pengsan sampai tahap berbuih mulut tak? Kahkahkah... “Aku teringin 

nak makan..sup ikan yu.”

 

Serentak rahang mereka berempat jatuh luas. Kecuali Fathien, habis berterabur sudu dan garpu jatuh ke 

lantai. Dramatik sungguh!

 

“Kau gila?”

 

“Mana nak cari dowh..”

 

“Apa kau merepek ni!?” Fathien separuh menjerit.

 

Farzana cepat-cepat melepaskan tangannku. Dah kenapa?

 

“Ikan yu? Serius?”

 

Aku mengerutkan dahi dan lambat-lambat mengangguk. “Ikan yu je pun. So, apa masalahnya? Apasal 

korang macam baru lepas dengar berita tahi bintang menghempas Putrajaya bila aku cakap aku nak ikan 

yu?”

 

Adyba mula membuat muka. “Kau cuba waraskan kepala kau. Kau nak ikan yu. Kalau ikan kembung, 

boleh jugak aku gigih pergi order kat pelayan.”

 

“Halal ke?” Shahirah meletakkan jari telunjuknya di hujung bibirnya. “Setahu aku, jaranglah untuk aku lihat 

masyarakat Islam makan ikan yu. Mesti haram.”

 

“Biasanya orang cina je yang makan ikan yu.” Farzana membuka mulut setelah lama diam seakan kena 

sampuk. Nak tergelak jugak aku tengok muka dia separuh pucat.

 

Annisa sengih. “Apa suami kau tu ada suku sakat keturunan Cina ke weh?”

 

“Hei, no ikan yu. Tak boleh. Noktah!” Fathien, drama je lebih. Tetiba pulak nak halang aku makan ikan Yu. 

Sobbsss, sadis kau Fathien. Tengoklah nanti, bila kau dah pregnant, akulah orang pertama yang akan 

membantah apa yang kau mintak!

 

 “Woi..agak-agaklah pun. Manja aku tu Melayu tulen tahu. Tak ada mix Cina, Kadazan, Minangkabau ke 

apa ke. Kalau tak puas hati dengan apa yang aku idam, jangan banyak komplein. Diam-diam sudahlah.” 

Aku tidak menunggu lama. Galaxy Note II pemberian Anas, lekas ku capai. Aku nak mengadu. Sampai hati 

diaorang cerakinkan hati aku. Eh? Cerakin kan? What..?

 

Mereka berlima mengerutkan dahi. Man-ja ?

 

Setelah mendail nombor kesayanganku, kedengaran talianku bersambut. “Manja!”

 

“Sayang!”

 

Aku menjeling angkuh terhadap mereka berdua. Aisehh..kasi jeles sikit! “Manja, tengok ni..diaorang tak 

bagi sayang makan apa yang sayang nak.”

 

“Sejak bila Yana suka ngadu?” Fathien mencelah. Mereka yang lain mengangguk setuju. Aku menjengil mata 

garangku walaupun tak adalah garang mana. “Dann..Man-ja? Errr..?”

 

 “Erm, really? Sayang nak makan apa sampai diorang tak bagi tu?”

 

“Sayang, nak makan..sup ikan yu.”

 

“Meh sini, biar manja cakap dengan diaorang.” Aku sengih jahat. Punat loudspeaker, ku tekan. “Dah 

loudspeaker ke sayang?”

 

Mereka berlima mengerutkan dahi. Aku menayangkan muka bahagia tahap orang boleh muntah. “Dah, 

manja.” Manja-manja aku jawab sebelum aku memeluk tubuh.

 

“Err..korang? Listen sekejap. Aku nak tanya, apahal korang tak kasi buah hati aku makan ikan yu? Apa 

masalahnya?” soal Anas dengan nada yang garang. Aku sudah ketawa mengekek. Bahagia betul aku dibela 

oleh sang suami.

 

Jelas di wajah mereka terlukis riak jelik terhadapku. Apa, aku kesah? Yang penting aku dapat makan ikan 

yu! Ikan yu! Ikan yuuuu ~ !

 

“Eleh, benda kecil nak besarkan.” Fathien menyandarkan tubuhnya pada kerusi. “Nas, kitaorang tak 

kuasalah nak layan apa yang isteri kau nak. Ikan yu tu bukannya sehinggit dua.”

 

Adyba mengangguk.

 

“Kalaulah, kami ni kaya raya kalah anak datuk datin, tengku, tan sri, tu..tak apalah jugak.” Giliran Shahirah 

menambah.

 

Aku tercenggang. Ewahh..apa, teruk sangat ke apa yang aku mintak? Ikan yu je pun.

 

“Malangnya, kami tidaklah sekaya itu. Lain kali, kalau nak letak isteri kau bawah jagaan kami, bagilah sedikit 

duit.” Fathien menambah lagi. Mereka berempat mengangguk setuju akan kata-kata Fathien.

 

Aku sedikit bengang. Sudu garpu ku genggam erat. Wallaweh..mulut tu bukan main tak ada insurans. Satu 

persatu wajah aku tatap. Masa bila pulak..

 

Can I ask you something, girls?” Mataku terarah pada Galaxy Note II. Entah kenapa, aku marah dengan 

kenyataan kawan-kawan aku yang seseolah meremehkan tugas Anas selaku suamiku.

 

 “Siapa yang ajak isteri aku keluar sebenarnya?”

 

+

 

Mengikut kata Kak Nurul, aku due bulan 10 ni. Perghh...apasal Oktober?

 

Aku menunduk memandang perutku yang sudah mengjangkau usia empat bulan. Baby, kenapa baby nak 

keluar bulan 10? Keluarlah awal atau lambat sikit. Tak best-lah share birthday.

 

Aku kembali menatap kalendar. Oktober. Nehii..baby tak boleh keluar bulan 10. Lagi-lagi 23 Oktober! 

Noktah!

 

“Assalamualaikum, sayangg...!”

 

Bahuku tercuit atas. Lekas aku menoleh ke arah pintu rumah. Kelibat suamiku yang sedia macho itu 

melangkah gagah mendekatiku. Warrghhhh..apasal hensem sangat suamiku ni ? Risau den..Terus lenyap isu 

kongsi birthday dengan baby.

 

“Sayang apa khabar? Okey? Baby apa khabar pulak?” Dia mencium ubun-ubunku sebelum dia melutut 

depanku lalu mengusap perutku. “Hari ni, manja ada bawak balik roti canai !” Dia mengangkat tinggi 

bungkusan plastik bewarna putih.

 

Aku yang baru sahaja nak memuncungkan mulut, terus membeliakkan mata. Roti canai? How can..? 

Memang aku mengidam gila nak makan roti canai. Kelemakkan roti canai mamak kat simpang depan tu 

memang sedap sangat. Makan tiga keping pun, tak pernah rasa kenyang. Perut belanga-lah katakan. “Mana 

manja tahu sayang nak makan roti canai? Sedapnyaa..manja, cepatlah hidangkan. Sayang laparr..” Aku 

merengek manja seraya menggoncang tubuhnya. Tak sabar sangat nak makan roti canai mamak tu. 

Terbayang je depan mata.

 

Akhirnya, Anas bangun. Langkahnya diaturkan ke dapur. Aku memerhati. Malas mahu menyusul.

 

“Dah tiga malam sayang asyik mengigau nak makan roti canai mamak depan tu.” Kedengaran Anas bersuara 

dari dapur. “Sampai basah lencun baju manja dengan air liur sayang.”

 

Terkebil-kebil aku mendengar kenyataan terakhirnya. Air liur aku? Heh, sejak bila pulak mulut aku ni bocor 

tanpa amaran? “Ye kee? Jangan nak gebang-lah manja. Mulut orang tak ada pun isu nak kena baiki sebab 

bocor.” Akhirnya, aku bangun mendapatkan dia. Kesian pulak tengok dia terjerit dari dapur. Akukan, isteri 

mithali. Takkan biarkan suamiku kelelahan.

 

“Ada.” Gunting dikeluarkan dari laci meja. “That’s why manja belikan roti canai. Tak sampai hati tengok 

sayang kebulur nak roti canai ni.” Kuah kari dituang separuh ke dalam mangkuk. Selebihnya, Anas buang.

 

Aku terkejut separuh mahu tersedak. “Manja! Kenapa buang!?” Cepat aku mencapai balik bungkusan kuah 

kari tadi. Nasib baik tong sampah hari ini bebas dari pemusnah alam maha memualkan. “Manja ni, membazir 

lahh!”

 

“Apa pulak? Mana ada membazir. Kalau tuang semua pun, sayang nak habiskan ke?”

 

“Boleh buat lauk malam ni.”

 

“Ish, mana ada orang makan kuah kari roti canai dengan nasi. Buang ajelah. Malam nanti, boleh masak menu 

lain.”

 

“Tak nak. Ni lauk malam ni. Orang malas nak masak.”

 

“Sayang ni..pemalas betul!”

 

Aku terdiam. Pemalas sangat ke? Aku tunduk. Masalahnya, sejak pregnant aku jadi malas. Malas yang amat. Kadang-

kadang, nak mandi, bangun tidur, makan pun aku malas. Haiihhh...

 

“Sayang? Okey tak?” Mungkin sebab aku dah macam gaya kena sampuk, tu sebab dia tanya. Kot..

 

“Okey.” Plastik kari tadi, ku campak kembali ke dalam tong sampah. “Malam ni..menu, masing-masing 

masaklah. Saya, malas sangat.” Aku mula melangkah keluar dari dapur.

 

“Sayang..” Mungkin, sebab kata ganti nama aku berubah, suaranya kedengaran resah. Tanganku ditarik 

lembut. Terus badanku menghadapnya. “Kenapa ni?” Tanganku digenggam erat. “I’m sorry okay

Takkanlah sebab kuah kari tu, kita dah gaduh?”

 

Aku menarik tanganku kasar. Agak emosi dan agak berdrama sikit. Haih, kat dapur pulak tu. Tak boleh 

blah betul. Ni semua punca kuah kari tu. Eh, tak! Anas puncanya! “Tanya lagi kenapa? Dah jelas lagi 

berderang kan? Apa, nak saya bawakkan spotlight giga watt ke supaya awak nampak lagi?” Aku 

merengus. “Saya malas. Saya penat. Awak ingat, kandungan empat bulan ni tak berat ke? 24 jam saya 

bawak ke hulu ke hilir, awak tak fikir? Bila saya cakap saya malas, terus awak label saya sebagai seorang 

pemalas. Apa teruk sangat ke?”

 

Giliran Anas pula terdiam.

 

“Kira baik tau saya rela nak kandungkan anak ni, demi awak.”

 

Dia kelihatan terkejut.

 

“Patut bersyukur.” Suaraku rendah. Jauh dari sudut hati, aku tak pernah..

 

“Apa sayang cakapkan ni?” Dia menarik aku ke dalam pelukannya. “I’m sorry okay? Malam ni, let me be 

your chef. Sayang nak makan apa?”

 

“Awak..” Aku sedaya upaya mahu bebas dari pelukannya.

 

Drop the subjectOkay sayang?”

 

Aku pasrah.

 

+

 

Di kesempatan cuti yang diberikan, Anas membawa aku berjalan-jalan sekitar Malaysia. Oh, maaf. Sekitar 

Putrajaya dan Kuala Lumpur sahaja. Itupun sebagai upah atas keberanian aku tinggal seorang di rumah 

selama dua minggu kerana keberangkatannya ke Kanada atas urusan kerja.

 

Berani bukan ?

 

Dua minggu ditinggalkan keseorang dalam keadaan sarat mengandung, siapa aje yang berani mencalonkan 

diri?

 

Hahaha !

 

Ceh..padahal, selangkah dia meninggalkan rumah, dah ketaq kepala lutut. Itu pun gigih menanam rasa berani 

walaupun dah bercucuran air mata sampai lencun baju.

 

Okey, cukup. Malas nak ingat. Buat malu keturunan aku aje. Kalaulah Anas tahu, confirm 1001 malam dia 

ketawakan aku.

 

Heh..

 

Aku melontarkan pandanganku ke luar tingkap kereta. Cuaca hari ini, sangat menenangkan. Tidak panas, 

tidak mendung.


Breeze.

 

Aku suka.

 

Menikmati keindahan hari ini, membuatkan aku terfikir. Alangkah bertuahnya aku dilahirkan di tanah Melayu 

yang aman damai. Nyah dari sebarang peperangan senjata merbahaya. Tidak seperti Palestin. Saban hari, 

saban detik..ada sahaja hujan peluru menyimbah bumi Palestin.

 

Allahu..

 

Palestin, sejak dari dulu lagi perang sana sini. Tidak pernah reda. Malah makin menyeramkan.

 

“Sayang, termenung nampak..” Anas ketawa dihujung kata.

 

Aku mencebik. Suka betul dia bila aku terkantoi. Macam lawak sangat.

 

“Termenungkan apa?”

 

Aku diam. Malas mahu menjawab. Kalau aku menjawab, ada aje yang dia nak menyangkal.

 

“Tak baik tau buat dunno bila suami bertanya. Nak jadi isteri der..”

 

Aku memintas. “Terpesona tengok keindahan Malaysia. Putrajaya ni, even banyak bangunan kosong, dan 

ada jambatan tergantung, ia tetap nampak menarik walaupun tak berapa sangat.” Aku mengeluh. 

“Syukurlahkan daripada kosong aje Putrajaya ni.”

 

Anas mengangguk. “Betul tu betul. Putrajaya kan bandar terancang. Sooner or later, bangunan yang kosong 

ni akan diisi lah. Baru nak membangun. Step by step lah katakan. Takkan nak main aci semberono aje.”

 

Tiba-tiba kecur air liurku. Entah kenapa tetiba aje. Nak kata aku ada terfikir apa-apa makanan, tak adalah 

pula. Tapi, lidah ni teringin sangat nak makan pedas. Slurrrppppp.. “Awak..”

 

“Haish..kan orang dah kata, panggil orang MAN-JA!” Wajahnya kelihatan berkerut seribu.

 

Aiseh, masalah betul. Nak jugak gelaran ‘manja’. Panggil ‘awak’ pun dah nak marah-marah. Urgh..Aku 

menjulingkan mataku ke atas. “Manja, tetiba sayang teringin nak makan pedaslah.” Aku kembali 

melontarkan pandanganku ke luar kereta. Memerhati deretan gerai yang mungkin ada menjual sesuatu yang 

pedas.

 

“Pedas? No. No! Sayang tak boleh makan pedas.”

 

“Lahhh..dah kenapa?!” Aku mencebik. Nak makan pedas, dilarang. Benda masam, apatah lagi. Kalau 

dengan suami aku ni, memang makanan tawar aje dia benarkan. Dah kira baguslah tu, aku sanggup 

ketepikan high heels. Eh, macam tak ada kaitan aje. “Tahu tak orang mengidam? Hari tu nak makan jeruk 

pun, manja tak bagi. Kempunan tahu!”

 

“Kan manja dah bagi Mentos Sour Mix. Takkan tak cukup?”

 

Rahangku jatuh. Jeruk samakan dengan Mentos? Masya-Allah, nak kena bagi cubit berapa das pun tak 

tahulah. “I want JERUK. Not MENTOS. Did you understand my words very well, manja?”

 

Because I understand your words-lah I belikan you Mentos Sour Mix. Sayang patut bersyukur.” Dia 

memandang aku sekilas. “Cepat tadah tangan cakap Alhamdulillah!”

 

Aku mengerutkan dahi tidak faham.

 

Both of them tu kan masam. Jeruk tu tak baik tau untuk kesihatan. So, I belikan you Mentos.”

 

“Bukannya selalu.”

 

“Oh..bukan selalu. Enoughlah dengan tabiat makan Maggi you sehari lima kali tu.”

 

“Eiii, apa ni main aci ungkit zaman solo? Tak aci.”

 

“Solo tak solo. Ingat chemical Maggi dalam badan tu dah disingkirkan sepenuhnya ke? Sedikit sebanyak 

dah bagi effect tau kat sayang.”

 

“Oh yeah?” Aku membegakan wajah. Geram pastinya. Suami aku mengungkit zaman solo. Biarlah kisah lalu 

berlalu dengan amannya.

 

“Yeah!”

 

Aku mencebik lantas memeluk tubuh. “Mogok!”

 

“Okey.”

 

Lagi bertambah bengang aku.

 

+

 

“Serius ni tak nak makan?”

 

Humpff..Aku mengalihkan pandangan. Langsung tidak kisah dengan hidangan di hadapan suamiku itu.

 

“Sayang..” dia menayangkan sesudu menunya malam itu. Cepat aku memejamkan mata rapat tidak mencelik.

 

Argh, kisah pulak aku dengan menu yang dia pilih malam ini. Aku tak kisahlah ! Huh!

 

“Okey. Sayang diet eh? Baby dalam tu pun diet gak eh? Baguslah korang ni. Nanti mesti slim melim punya.” 

Anas ketawa mengekek. “Manja makan dulu ye?” Anas menyuap sesudu makanannya. Dikunyah dengan 

penuh perasaan.

 

“Ya Allah. Sayang! Sedap giiiiiiilaaaaaaaaaa nasi lemak ni!” Dia melagukan kata-katanya seraya ketawa 

kuat. “Rugi gila tak makan.”

 

Aku mencelikkan mata. “Kisah pulak sayang tak makan nasi lemak kedai ni.” Aku menjawab angkuh. 

Padahal..

 

“Betul?”

 

“..tak. Nak sikit. Sampai hati biarkan sayang keseorangan.” Aku merengek manja. Aku mendekatkan 

tubuhku ke meja seraya menyuakan mulutku minta disuap. Tak tahu malu kan? Patut bagi cili je mulut aku. 

Kat public pun nak manja gedik. Kahkahkah.

 

Aku manja dengan suami aku jeJealous?

 

“Kata mogok.” Anas buat muka bingung.

 

“Manja!” Aku mencubitnya geram. Anas ni, sukalah buat aku geram!

 

Anas ketawa bebas.

 

Aku memang pantang dengan nasi lemak gerai ni. Gerai ni sememangnya jual nasi lemak yang berlaukkan 

beraneka macam. Pilih aje nak lauk apa. Semuanya ada. Dahlah murah. Sedapnya, toksah cakaplah kan. 

Hingga menjilat kuku, tumit, kulit kaki. Okey, melampau. Geli. Aku sendiri tak sanggup nak jilat kuku, tumit, 

kulit kaki.

 

Untuk kesekian kalinya, malam ini selera aku memukau. Tiga pinggan nasi lemak aku baham seleranya. 

Yalah, Anas dah bagi kebenaran memandangkan sambal ikan bilisnya tidak pedas. Cuma manis-manis gitu.

 

Inilah namanya suami. Sayaaangggg Anas!

 

Awww..!

 

+

 

Aku tidak puas hati. Baru semalam bercuti sakan berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, Anas 

diperintah untuk kerja ke luar daerah hari ini.

 

Luar daerahlah sangat. Padahal, dia kena terbang ke Kanada balik.

 

Atas alasan, pihak atasan belah sana tidak puas hati dengan gubahan yang baru sahaja dilakukan.

 

Melutut merayu aku padanya. Melutut tu, menipu sangatlah kan. Kandungan aku ini, tinggal masa aje nak 

kebabom. So, mana boleh aci redah suka suki aje nak melutut. Aku merayu pada Anas untuk tidak 

meninggalkan aku memandangkan aku tidak sedap hati pemergiannya kali ini.

 

Tapi, apa boleh buat kalau Anas dah cakap,


“Lusa, manja baliklah. Sayang duduk rumah diam-diam. Insya-Allah, baby keluar pada masa 

papanya ada dekat rumah. Okey?”

 

Risaukan baby aje? Mamanya? Tidak risau? Puas aku berendam air mata, tapi pemergian Anas yang sudah 

enam jam meninggalkan Malaysia, tidak mampu mencairkan hati Anas. Anas pun tidak akan dengar.

 

Ceh, buat rugi air mata aku aje. Kalau ditadah, agaknya dah berbaldi.

 

Aku melihat jam. Sudah masuk Isya’.

 

Perlahan-lahan aku melangkah ke bilik mahu solat. Daripada aku melayan perasaan, ada baiknya aku dating 

dengan Allah kejap.

 

+

 

Lenaku tidak seperti lena.

 

Entah kenapa, katilku terasa tidak selesa.

 

Jenuh aku memusingkan tubuhku ke kiri dan ke kanan.

 

Pinggangku pula terasa sakit yang amat seseolah dihentak rod besi. Sakit yang amat. Perit. Tidak pernah aku 

sesakit ini. Sesak nafasku menahan sakit yang amat.

 

Tidak semena-mena air mataku mengalir deras. Dalam fikiranku, hanya memikirkan Anas. Di manakah Anas 

dikala aku memerlukan dia?

 

Ahhh..dia ke Kanada.

 

Ya Allah, hulurkan bantuanMu Ya Allah. Aku sakit. Sakit.

 

Aku cuba meliarkan mataku ke sekeliling mencari bantuan. Akhirnya, aku ternampak telefon bimbitku yang 

sememang aku letak di atas laci bersebelahan katil tatkala aku mendongak ke atas. Terkial-kial aku 

mencapai telefon bimbitku dan lekas mendail nombor suamiku.

 

Namun, operator yang menjawab. Aish, apa kes aku call dia?

 

Lekas jariku ligat menekan nombor Kak Nurul. Bergetar bibirku mengucap selawat sementara menanti 

panggilanku dijawab. Sakitnya tidak dapat aku ungkapkan. Hanya alunan selawat yang dapat melekakan 

aku daripada melayan rasa sakit teramat itu.

 

Akak..please angkat phone. “Hello?”

 

Syukur. “Akak!”

 

+

 

Separuh tubuhku terasa hilang. Mataku berbinar. Kabur. Telingaku cuma menangkap suara asing. Tidak. 

Suara suamiku. Abangg..aku menyebutnya dalam hati. Aku takut. Mengalir lagi airmataku tatkala terasa 

diriku sudah dimasukkan ke dalam kamar pembedahan.

 

“Sayang!!”

 

“Nas, istigfar. She’ll...”

 

Aku tidak lagi dengar suara suamiku.

 

Telingaku, ditemani bunyi alat yang aku yakin alat pembedahan dan suara para jururawat yang bingit 

menyatakan itu ini.

 

“Do..dok..tor..” suaraku merintih. Namun, malang. Suara aku yang terlalu perlahan itu tenggelam dek 

keriuhan dalam bilik pembedahan.

 

Aku mahu keluar. Aku tidak mahu melahirkan bayi ini.

 

Abang, tolong Yana, bang.

 

Sakitnya makin perit. Allahu. Allahu. Adakah sudah tiba masanya? Anakku akan keluar melihat dunia. Aku 

terpaksa melahirkannya. Aku..

 

“Doktor, saya sudah berikan bius padanya.”

 

“Cukup dos?”

 

“Dah.”

 

“Okey, kita mulakan sekarang.”

 

..abang, maafkan Liyana. Ampunkan Liyana untuk segalanya.

 

Aku tersenyum tawar. Nak berdrama pulak aku ni.

 

+

 

Sudah tiga hari aku ditahan wad.

 

Tapi bosannya, tahap aku nak tumbuk dada ala-ala HULK. Konon tunjuk perasaan. Mana tahu, ada yang 

sudi hulurkan bantuan tangan bawak lari aku dari sini.

 

Hahaha. Over. Gila kau. Kalau dibuatnya orang tak kenal bawak lari aku ke sempadan, tak ke haru?

 

Aku menala pandanganku ke siling.

 

Bosan.

 

Bosan.

 

Rasa hati, macam nak bukak tv dengar lagu indie je. Tapi..

 

Aku memandang katil kecil di sebelah kanan katilku ini.

 

..ada baby. Susahlah. Kalau bukak tv, kang menangis melalak pulak. Aku ni mana tahu bab-bab nak pujuk 

baby. Pujuk diri sendiri tahulah.

 

“Sayang?” Kelibat Anas muncul disebalik langsir yang kemas menutup ruang tempatku ini. Sengihannya 

melebar sebaik sahaja melihat baby disebelah katilku.

 

Aku mencebik. Baby aje dia nampak? Duh, aku ni..nak jealous tak tentu hala ni dah kenapa? Stay rock

Yana! Aku perlahan-lahan bangun untuk duduk.

 

“Comellah baby. Kan? Macam papa dia.” Anas mencuit-cuit pipi baby.

 

Aku merengus seraya menjulingkan mata ke atas.

 

“Sayang tak nak tengok baby ke?”

 

Aku memeluk tubuh. “Dah jemu.”

 

“Ish, tak baik cakap macam tu.”

 

“Habis tu, nak cakap macam mana?”

 

Anas mengeluh. “Sayang ni, dari dulu lagi asyik moody. Kenapa ni? Takkan pembawaan budak lagi kot. 

Ada janin tertinggal ke?”

 

Aku menggigit bibir. “Kalau ada, saman doktor yang sambut baby ni. Sesuka hati aje nak tinggalkan janin.”

 

“Tengok tu.”

 

“Apa?”

 

Tiba-tiba, bayi yang berada dalam katil kecil itu sedikit berkutik. Jelas terpancar riak resah pada wajah 

Anas. Anas memandang aku dengan pandangan mengharap. “Manja minta maaf okey kalau manja ada buat 

salah. Jangan lepaskan marah sayang tu dekat baby. Lepaskan pada manja.”

 

Serta merta riak wajahku berubah. Agak terasa ngilu apabila Anas mengatakan begitu. Yana, Yana..nak 

berdrama pun bukan dekat sini. Aku pun tak fahamlah. Apasal dengan hormon aku ni? Ting tong betul.

 

“Erm, sayang dah makan?”

 

Lambat-lambat aku mengangguk. Anas baik. Macam mana teruk aku merajuk, menggedik, mengada pun, 

dia tetap sabar. Tapi aku..masih berdegil. Tak insaf ke aku ni? Ke nak tunggu surat cerai sampai ke tangan, 

baru nak insaf?

 

Ish..apa lah aku ni. Melalut sampai ke surat cerai.

 

Nauzubillah!

 

“Aaa..Manja. Sayang, nak minta maaf.” Satu-persatu aku nyatakan niat aku.Rasa nak tergeliat pulak nak 

minta maaf ni. “Sayang, banyak buat silap.”

 

Anas senyum lebar.  Dia melangkah merapati aku lantas duduk di birai katil. Tanganku digenggam erat lalu 

dikucupnya lama. “Manja dah lama maafkan sayang sejak satu saat kita sah jadi suami isteri lagi.”

 

Aku memuncungkan mulut. “ Yee keeee?” Sukar untukku percaya. Baik sangat macam dewa-lah pula. 

“Mesti ada sikit dendam kan?”

 

“Ish, mana ada suami berdendam dengan isteri. Suami gila je tu.”

 

“Manja kan gila.”

 

“Tengok tu. Baru je minta maaf. Tarik balik maaf tu kang.”

 

Aku ketawa mengekek. Namun, Anas cepat menekup mulutku. Dia menunjuk isyarat mata ke arah baby 

yang lena tidur. “Senyap sikit.”

 

“Sikit..sikit baby. Mamanya tak fikir pulak?” Akhirnya, terluah jugak apa yang dah lama aku pendam. Tidak 

sampai sesaat, pipi aku terasa berbahang. Mulut ni. Memang sah bocor. Kena baiki betul!

 

“Aik, cemburu ke?”

 

Aku menggigit bibir. “Mana ada.”

 

“Eceh, muka dah merah padam. Nak sorok lagi tu. Cemburu eh?” Pipiku dicuit Anas.

 

“Mana ada. Tangan tu duduk diam boleh? Miang pulak.”

 

“Suka hatilah. Pipi sayang kan? Kalau pipi orang lain tu..”

 

“Haaa..mulalah tu nak menggatal!”

 

“Okey, okey.” Anas sengih lebar. “Janganlah cemburu. Dengan baby pun nak cemburu ke?”

 

Aku mengeluh risau. Mati-mati aku ingat dia lupa kejap. Mana nak lari ni? Yana, tu lah gaya kalau mulut tak 

berbayar insurans. Ada je nak terkeluar ayatnya. Kena ikat mulut ni sebelum terlebih mulia nak keluarkan 

ayat lain.

 

“Mana ada. Orang tak jealousokay!”

 

Anas mengecilkan matanya. “Ye ke?”

 

“Erm..mestilah.” lirih suaraku. Aku tunduk. Jariku bermain dengan jarinya. “Abang tu, asyik-asyik dengan 

baby je. Tersisih tau.”

 

Anas menahan tawa. Tehinggut bahunya menahan tawa. Hampir-hampir dia terlentang ke katil. Melampau 

betul ketawa. Ingatlah dunia sikit, cik abang oi.

 

Tawa Anas sudah reda. “Sejak bila guna perkataan ‘abang’ ni?”

 

“Sejak masuk OR hari tu.”

 

Bahu Anas terhinggut kuat lagi. “Mesti cuak gila sampai sebut ‘abang’ kan?”

 

“Cuak gila. Dah lah abang tak follow orang masuk OR.”

 

Dahiku tiba-tiba dikucup lama. “Sorrylah. Abang Azmeer tak bagi. Peraturan hospital.”

 

“Tapi..abang pergi Kanada walaupun orang dah nangis tahan abang.”

 

“Kerja.”

 

“Kerja lagi pentinglah?” Aku langsung tidak mengangkat wajah. Malu punya pasal. Siapa tak malu? Gila 

betul kalau time romantik nak face to face. Rasa nak tertanggal je pipi aku ni.

 

“Mana ada. Sayang lagi penting.”

 

“Ye lah tu.” Aku mencubit perutnya.

 

“Sakitlah, sayang.” Dia menepis lembut tanganku. “Sayang lagi penting daripada kerja.”

 

Baby tu?”

 

Anas terdiam.

 

“Mesti abang sayangkan dia lebih daripada abang sayangkan Yana kan?”

 

Anas memandang aku lama. “Abang sayang dua-dualah.”

 

Aku tunduk. Berkecai harapan aku nak dengar dia cakap, ‘Abang sayang, sayang aje. Baby yang kedua.’ 

Isk..sebak tahu. Sebak!

 

“Okey.”

 

“Sayang, tengok tu..merajuk lagi.”

 

“Mana ada.”

 

“Janganlah merajuk. Nanti cepat tua.”

 

“Bila orang dah tua, dah tak sayangkan orang. Gitu eh kesimpulannya?”

 

“Mana ada.” Dia diam seketika. “Sayang tetap akan jadi buah hati abang.”

 

Eceh..tak berdebar pun.

 

“Dengar tak ni?”

 

“Tak.”

 

“Sayang..” Dia mendekatkan mulutnya ke telingaku. “..tetap akan jadi buah hati abang.”

 

ZUPPP! Rasa nak meletup je dada. Okey. Okey. Yana, sila ..sila cover muka tu. Laju darahku menderu ke 

pipi. Arghhhhh...mana nak sorok muka ni. Control senyum, Yana. Control!

 

“Merahnya pipi!”

 

“Aip!”

 

Serentak kami berdua ketawa. Dan tawa kami mengejutkan baby. Laju tangan aku mengangkat baby 

mendodoikannya. Hahhh..lega. Tak perlu aku ragui lagi sebab aku tetap akan jadi buah hati Anas.

 

Selamanya.

 

Sampai ke jannah.

 

Insya-Allah.

 

So, apa nama nak bagi ni?”

 

Since dia ni perempuan, apa kata letak Baby je? Baby binti Anas Najmal.”

 

“Ya Rabbi!”


 
**kesinambungan Awak Buah Hati Saya_** 

Cerpen sebelumnya:
Salam Perkenalan :)
Cerpen selanjutnya:
Dengan Izin-Mu

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

the1599

i wish i could write as mysterious as a cat  [@_@]
monsterque | Jadikan monsterque rakan anda | Hantar Mesej kepada monsterque

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya monsterque
Awak Buah Hati Saya ! | 3835 bacaan
..ini bukan pintaku | 2058 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

1 Komen dalam karya Awak Tetap Buah Hati Saya
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Urusan Seri Paduka Baginda

Urusan Seri Paduka Baginda adalah koleksi cerpen tulisan Johari Rahmad dari tahun 2007 hingga 2011
Price: RM 5


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik