Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dengan Izin-Mu

 

 

Malam itu aku tidak tahu mengapa aku tidak dapat melelapkan mata ku. Ku ke kiri ku ke kanan. Semuanya serba tidak kena. Kenapa ni? .hmph! aku mengeluh. Badan ku rasa sangat keletihan namun fikiran ku masih ligat berfikir. Terus berfikir. Siapa yang aku fikirkan ni?. Peristiwa petang tadi bermain-main difikiran ku. Peristiwa di mana aku tidak tahu dimana ia bermula dan bila ia berakhir. Ada ke penamatnya? Aku pun tak pasti.

“Awak!” Seorang wanita menegur tika sedang tekun aku membaca buku yang ku kira sangat menarik pemikiran yang diutarakan.

Aku mendongak dan meihat suara yang menegur ku.

Ku toleh kiri. Ku toleh kanan. Ku pandang wanita dihadapan ku semula.

“Saya ke?” aku bertanya pada empunya diri sambil kehairanan.

“Awak pasti saya?” soal ku lagi untuk kepastian.

“Yup! Awak la. Saya pasti awak”. Balasnya, terus dia melabuhkan dirinya di kerusi dihadapan ku.

“Biar betul? Saya tak kenal awak pun” Tanya ku lagi bertambah kehairanan. Sibuk je. Dah la aku tengah syok baca buku ni. Kau datang kacau lak.

“Ya. Awak lah penulis, pemuzik dan pelontar puisi yang heboh orang katakan tu. Satu-satunya penulis yang menggunakan nama pena Sir dipangkal nama” terangnya dengan teruja. 

Aku diam, kusyuk meneruskan pembacaan  ku pada buku The Postmodern Condition: A Report on Knowledge karangan Jean-Francois Lyotard.

“Sir tu merujuk kepada encik atau tuan umumnya. Bukannya pangkat!” aku berbicara.

Dalam konteks masyarakat melayu selepas era pertumpahan darah antara kaum berlaku, timbul lah usul Dasar Ekonomi Baru bagi mengimbangi kuasa diantara rakyat jelata. Kelompok melayu ketika itu ramai yang cuba berhijrah dan mencuba nasib ke bandar. Di zaman sektor perindustrian pesat membangun, ketika itulah juga kuasa, harta dan pangkat menjadi ukuran di mata manusia. Siapa yang ada kedudukan dia lah raja. Persepsi ini semakin menular dalam masyarakat melayu yang sentiasa inginkan hidup yang senang dengan mudah dan segera. Maka siapa yang berpangkat akan dipandang tinggi dan disegani walaupun tangan kirinya diketahui terdapat banyak kotoran yang tidak bersih dalam menjalankan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.

“Saya tau la. Awak ingat tak masa saya minta awak sign autograph buku awak yg terbaru kat MPH midvalley aritu? Masa tu awak tak de pen, jadi saya bagi awak pen saya. Dan awak masih gunakannya hingga sekarang. Saya kenal la pen saya! tuu” 

dia menjelaskan dengan panjang lebar. Sambil muncung mulutnya menunjukkan ke arah tangan kanan ku yg mmg sdang pegang sebatang pen. Lajunya dia cakap. Tapi aku faham.

Aku melihat pen yang ku pegang di tangan kanan ku. Ya! Mmg pen ni lah yg sentiasa aku bawa ke mana-mana sejak pelancaran buku ku yg terbaru kat MPH Midvalley aritu! Aku mmg sentiasa pastikan aku membawa sebatang pen ke mana-mana sahaja tempat ku pergi. tapi ntah kenapa cuma kecuali aritu je aku terlupa bawa pen. Sejak aritu tak terperasan pulak pen ni yang sentiasa aku bawa sampai sekarang. Sungguh!.

#np High and dry by RadioHead

Don\\\'t leave me high, don\\\'t leave me dry

Don\\\'t leave me high, don\\\'t leave me dry

It\\\'s the best thing that you ever had,

The best thing that you ever, ever had
 

Allahuakhbar! Maha besar kuasa Mu mempertemukan aku dan dia dalam keadaan yang ku tidak sangka-sangka. Dengan izin Mu, dia lah jodoh ku. Dengan izin Mu jua perasaan cinta itu lahir diantara kami berdua. Sejak perkenalan ku dan dia, ku tahu dialah rusuk kiri ku yang hadir dengan izin-Nya. Aku berasa sangat bersyukur dan bertuah kerna memilikinya. Amanah ku bertambah dan semakin besar akan kehadirannya dalam hidup ku. Semenjak dia hadir melengkapi rusuk kiri ku itu, bahagia lah hidup kami hingga suatu ketika peristiwa dimana ia betul-betul menguji Iman ku.

“Syg….” Lemah kedengaran suaranya. 

“Jika ku per….” ku letakkan jari ku ke bibirnya. Tidak sempat dia menghabiskan kata-katanya.

“Bertahan syg. Aku sentiasa disisi mu” luah ku memberikan semangat padanya. Tapi ku tahu tika saat itu harapan dan doa ku hanyalah pada-Mu Ya Rabb.

“Syg, maafkan lah diri ini kerna tidak mampu lagi menemani perjalanan kita. Impian kita” dia tetap berdegil untuk berkata-kata.

Ku gengam erat tangannya. Ku usap pipinya. Rambutnya.

Air mata ku gugur….

 

*****

 

“Saya sayangkan awak….”

Itulah kata-kata terakhir dia yang terngiang-ngiang di dalam kepala ku hingga sekarang.  Sudah tiga tahun peristiwa itu berlaku. Aku masih setia pada dia. Ya, tidak dinafikan cinta ku setia padanya. Aku tidak tahu kenapa dan mengapa…

#np Making love out of nothing at All by Air Supply

I know just how to whisper 

And I know just how to cry 

I know just where to find the answers 

And I know just how to lie 

I know just how to fake it 

And I know just how to scheme 

I know just when to face the truth 

And then I know just when to dream 
 

Alunan melodi ini menguatkan kan lagi rasa cinta ku padanya. Cinta ku pada yang telah tiada. Sudah beribu nasihat yang ku dengar dari rakan-rakan, sahabat mahupun keluarga. Ya, hidup perlu diteruskan. Yang pergi biarlah ia pergi. tetapi bagi ku, hidup memang ku teruskan seperti biasa. Sentiasa tersenyum indah di wajah setiap hari, gelak riang ketawa bersama rakan-rakan menikmati perjalanan ku yang seterusnya namun dalam hati dan jiwa ku telah mati. Kelam tidak bercahaya.

Sesungguhnya aku gembira. Aku hidup lebih gembira dengan cintanya. Tidak perlu kiranya aku mendengar kata-kata orang. Diorang hidup didalam hidup aku ke? Tak bukan. Jika aku gembira, kau orang pun gembira jugak bukan. Jauh disudut hatiku, bukan aku menolak namun tiada yang lain dapat memadamkan rasa puisi ku yang lalu. Jika mahu menghayati sesebuah buku dengan baik, adalah dengan bermula dengan memahami sebuah puisi. Dan untuk memahami puisi yang baik adalah dengan membaca dari bahasa asalnya. Puisi adalah ciptaan karya agung manusia sesuatu bangsa. Cinta ku adalah puitis.

Adakah aku menunggu karya puisi agung yang lain hadir kepada ku?  YA! Tiak ku sangkal, aku memang menunggu dan tertunggu-tunggu sebuah lagi karya puisi hadir. Supaya puisi yang dahulunya dapat ku bukukan dan ku kongsi bersama pembaca ku. Kini ku masih lagi tetap dan terus membaca di sudut kesukaan ku dalam menanti sebuah karya puisi datang. Bukan ku mengharap.

Disini aku masih sendiri.

 Adakah puisi yang akan datang itu menggantikan puisi yang lalu? Hadirlah Dengan Izin-Mu, ku mencabar mu rusuk kiri ku yang lain.

Temui cinta, lepaskan rasa…

Temui cinta, lepaskan rasa…

Temui cinta…

#np Sesuatu yang tetunda by PADI

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan sirRaimi

Read all stories by sirRaimi