Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

imaginari

Cerpen sebelumnya:
Dengan Izin-Mu
Cerpen selanjutnya:
KUCING 2
April 26, 2013 "So?" "So, what?" Aku pandang dia balik, sambil membetulkan singlet aku. Baju hitam berlengan panjang yang labuhnya sampai menjadikan tubuh aku bak papan sudah aku baling ke dalam bakul laundry sebaik balik kerja. Sambil menunggu air dalam heater masak balik - sebab aku baru pasang suisnya - aku berdiri bersandar kat kabinet sambil memegang elok gelas kuning berisi gula dan uncang teh Lipton kegemaran aku.

Turutan cerita ini adalah songsang. Penceritaanya set waktu sekarang, dan babak berikutnya berlaku setahun sebelum, dan berikutnya lagi beberapa bulan sebelum. Aku tulis setiap babak dekat-dekat dengan tarikh yang tercatat, dan tiba masanya aku gabungkan ketiga-tiga.

Walaubagaimanapun, pembacaan cerita haruslah seperti biasa - dari pangkal sampai hujung, dan bukan dari hujung sampai pangkal.

Nenek aku baru meninggal sekitar tiga jam yang lepas, aku berniat nak upload cerpen ni awal pagi tadi dan sebaiknya aku tunaikan hajat kecil aku ni sebelum aku berangkat ke kampung.

~ ~ ~ ~ ~ ~

April 26, 2013

"So?"

"So, what?"

Aku pandang dia balik, sambil membetulkan singlet aku. Baju hitam berlengan panjang yang labuhnya sampai menjadikan tubuh aku bak papan sudah aku baling ke dalam bakul laundry sebaik balik kerja. Sambil menunggu air dalam heater masak balik - sebab aku baru pasang suisnya - aku berdiri bersandar kat kabinet sambil memegang elok gelas kuning berisi gula dan uncang teh Lipton kegemaran aku.

Dan dia pulak, masih tak berubah - muncul tak bagi warning tak bagi salam pun. Senyumannya yang senget masih terlekat kat muka. Lengannya padat, taklah bermuscle sangat tapi nampak la yang dia jaga badan, kan? Rambutnya masih berserabut, macam biasa. Tepi rambut dipotong rapat manakala rambut depan dibiarkan jatuh mengiring. Dia masih memakai singlet hijau lumut kegemarannya dengan seluar jeans skinny yang warnanya sangatlah seasoned. Macam biasa. Munculnya dia di ruangan dapur aku sebab aku banyak mengeluh sampai dia malas nak dengar, kot?

Mungkin sampai masanya dia ketuk kepala aku sampai aku berhenti merungut!

"Lama tak jumpa kau. Kau datang ada apehal ni?" Aku masih berpura-pura nak tanya lagi.

"Takkan nak lawat kau pun aku kena ada alasan. Kau sunyi kan?" Dia balas balik.

Tiba-tiba aku semacam nak nangis. Ya, jejaka itu memang muncul bila aku sunyi. Bila aku dikelilingi ramai kawan, dia menghilang. Hampeh. "So kau nak gelakkan aku yang sunyi, ke, kau nak temankan aku je?"

"Temankan kau la, bongok."

Aku tersenyum, sekali-sekala mengacau barang kering dalam cawan. Kemudiannya tanpa sedar aku mengeluh lagi. "So..."

Dia semacam menunggu aku meneruskan ayat aku. Tapi aku tak tahu nak cakap apa. Aku sedia maklum apa motif kehadiran dia. Kalau dia nak legakan hati limpa dengan otak aku daripada semua problem, cepatlah! Aku pulak yang menunggu dia menyambung ayat aku.

And he did so. "Apa kau nak buat lepas ni?"

"Aku rasa nak lari jauh-jauh, boleh tak?" Aku cakap dengan jujur. Aku memang tukang mengeluh malam ni gamaknya! Sambil mengerutkan dahi, aku berjalan ke heater yang dah berbunyik menandakan isinya yang sudah mendidih. Dengan takda rasa terburu-buru aku dengan tenang mengisi air panas ke dalam gelas teh. "Kalau boleh restart, memang aku nak restart fresh."

Dia gelak, tapi dalam gelak aku ada dengar simpati. Jadi aku tak boleh marahkan dia atau tersinggung oleh dia. "Life's shit, Sammie, but you're pretty strong, you know that?"

"I don't even care if I'm strong. I'm seriously clueless of what to do next." Memang aku keliru. Aku tarik kerusi meja makan kecil dan duduk, cawan panas dalam genggaman aku. Hari hujan macam ni memang terasa nyaman kalau nak menikmati air panas. Lagi-lagi dengan rumah yang sunyi, isi rumah belum pulang lagi dari kerja atau kelas, melainkan aku sorang.

Sebab itulah si senget ni boleh muncul tiba-tiba!

"You're clueless of what to do next?" Dia senyum, tapi dalam senyuman tu macam tak ada kerisauan! Itulah bakat dia. Tak pandai nak risau walaupun bencana melanda. Selalu bersedia menghadapi dugaan. Berbeza sangat dengan aku yang selalu risau dan banyak 'tapi' nya sebelum mengambil keputusan.

Yang aku paling suka tentang dia, aku tak payah nak jelaskan apa-apa. Aku cuma bercakap dengannya kalau perlu, meminta kalau perlu. Kalau aku ada ragu-ragu nak cakap, aku tak perlu risau, dia akan baca otak aku dengan sendirinya. Nak test? Jom test. I feel like a freaking mess.

"You're not a mess, Sammie," ucapnya tenang. See, what did I tell you?

"Are you kidding me? I'm a huge mess, apparently. Look at me." Okay, dah tiba masanya aku melandingkan dagu ke atas lengan aku yang tengah rehat di atas meja, depan gelas teh. "Barang-barang aku banyak yang rosak. Laptop tu, kalau tak ada power adapter, mana boleh hidup? Gelang kesayangan aku ni, berapa kali aku nak balut dengan electrical ductape? Sweater favourite aku kena makan ngan lipas. Hati aku ni pulak tengah parah sebab kena tinggal my other half tanpa bagi apa-apa warning pun that he'll disappear. Tambah lagi ngan segala konflik gila dalam rumah ni, rumah yang memang tak sesuai for a spontaneous, messy, artistic and crazy person like me. Kalau tak ikut rule, kena caci maki, kena pandang rendah. And now..." Aku tak nak habiskan ayat aku. Dia tau. Aku angkat dagu dan menarik hujung seluar sambil aku bersila atas kerusi, jari-jemari aku asyik menekan-nekan dan menggosok-gosok lebam-lebam besar di kaki aku yang kebiru-biruan.

"You're still in one piece, isn't that great?" Katanya, optimis. Tak perlu aku nak beritahu, dia sedia tahu bahawa aku ni baru terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa hari lepas. Syukur takda serious injury, cuma lebam-lebam dek terhempas dalam kereta yang terbalik. Dan sekarang, nak bayar baiki kereta, sakit! Sebab bukan kereta akulah, aku perlu pulangkan balik kereta itu dengan duit gaji aku yang tak seberapa, dan aku dah nekad nak beli kereta sendiri. Tuan punya kereta lebih pentingkan nilai sentimental kereta itu berbanding nyawa aku, walaupun kami ada ikatan keluarga di situ.  Hah, hidup. Kalau tak mencabar camni, bukanlah hidup namanya, ye dak?

"Whoever cares, except my parents?"

"A couple of friends. And me. I'm glad you're okay."

Aku senyum, rambutku yang hanya panjang di sebelah belahan kiri aku menutupi mata aku kedua-duanya. Tak tau macam mana aku dapat idea untuk memotong rambut sebelah pendek, sebelah panjang. Yang pasti, aku dah minat rambut pendek sekarang! Aku gosok belakang leher. Rambut dah sampai separuh leher. Nak kena potong ni.

"Yeah, right." Aku akhirnya menjawab dia, tapi dengan tersengih tersipu malu.

"Betul la. Jangan compare aku ngan orang yang kau kenal sekarang."

Aku tergelak. "Aku manada compare kau ngan sesape. I love unconditionally, you know."

Dia melontarkan senyuman sengetnya balik dan tangannya tiba-tiba membelai rambut aku. "Kalau boleh, aku nak teman kau sampai bila-bila. Kalau boleh, aku nak jaga kau dan temankan kau bila kau sunyi."

"So, be my guardian angel!" Aku kata immediately semacam menawarkan offer kerja. Macamlah guardian angel tu satu pekerjaan yang boleh masuk resume, boleh daftar EPF bagai, kan!

"You can call me that," katanya, bergurau.

Aku senyap seketika. "Aku sedih. Dia tak call. Dia langsung tak ada tanda-tanda nak muncul even to give me sympathy. Aku rasa macam tak berguna kat dia. Mungkin dia betul-betul nak chow dari hidup aku."

"Hah, ada 'mungkin' kat situ."

"Well, I asked for a confirmation and he still didn't respond to that. Kalau nak chow, aku silakan tapi dia kena verify dia nak chow. Kalau tak, maknanya dia tengah prepare skrip Season 2 untuk kisah hidup kami berdua la."

"So now your life is a sitcom? Like How I Met Your Mother?"

"I'm trying to be dramatic. Play along."

"Sammie?"

Dia cuma memanggil. Tunggu aku menyahut. Maka aku sahut dengan 'hmmph' pendek, sambil bermain dengan sudu dalam gelas teh.

"Get back up one more time. You'll survive."

Dan aku senyum balik. Sayang betul. Kalau dia benar, memang aku tak mahu lepaskan dia ni.


+ + + +

Oktober 15, 2012

Jejaka berambut ala Korea, berkulit kuning langsat, bersinglet hijau lumut dan berseluar jeans skinny seasoned muncul, elok duduk atas dua kerusi lembut yang satunya disusun di atas satu lagi, di dalam dewan yang besar, malapnya tidak seberapa dan bisingnya dikuasai sang PA system yang mendendangkan lagu gembira nyanyian tetamu kehormat.

Dari jauh aku melihat sahabat aku Hector segak dengan tuksedonya di hujung dewan, melayan kawan-kawan yang lain - yang aku tidak berapa kenal - yang bertandang ke majlis perkahwinan kakaknya itu. Aku datang dengan mama aku, dan mama aku sedang asyik berborak dengan rakannya yang berkongsi semeja - ayah pengantin lelaki tu jiran kitorang! - dan aku pula terasa keseorangan.

Bukan aku menyalahkan Hector.

Aku keseorangan, aku terasa keseorangan dan aku berpura-pura menikmati lampu malap berwarna-warni dan musik Elvis yang bingit di majlis perkahwinan tu, sambil ber-WhatsApp dengan adik aku yang tengah di perantauan.

Jejaka berambut ala Korea, berkulit kuning langsat, bersinglet hijau lumut dan berseluar jeans skinny seasoned itu gelak, dan mungkin sedang gelakkan aku.

"Kau gelak apahal!" Aku tiaw dia.

Dia cuma kenyit mata. Dia tahu aku sunyi.

Wanita bergaun coklat, yang duduk di meja sebelah, memandang aku dengan penuh hairan, dan waktu tu lah aku sedar bahawa aku tengah bercakap dengan angin!

+ + + +

April 4, 2012

Di tengah-tengah bulan Oktober, 2011, aku mengelap air mata dengan hingus aku kat baju sambil tercangguk di atas kerusi di dalam bilik hostel single aku di tengah hari - dan aku lupa apahal - apabila dia muncul kat hujung katil aku, bersandar elok kat dinding aku yang kekuningan yang karya-karya kurang jelas peninggalan penghuni sebelumnya berzaman. Rambut dia dipotong rapat di tepi dan dibiar jatuh di mengiring menutup dahi dan setengah inci bulu kening. Kulit dia kuning langsat, kulit Asia. Dia memakai baju singlet hijau lumut dan seluar jeans skinny seasoned.

Dia pandang aku dan tanya, "what's wrong?"

Sejak itu, dia muncul beberapa kali, terutamanya waktu aku sepatutnya tidur nyenyak dah walhal sebenarnya aku sedang membasahkan bantal dengan air laut yang tak habis-habis keluar dari mataku. Ayat lazim yang dia pakai, "don't worry. Tidur la. I'll look after you."

Dan aku sememangnya boleh tidur nyenyak apabila dia ada di sisi. Aku tak tahu apa dia. Bila aku waras aku cuba untuk hasilkan macam-macam teori - adakah dia mainan otak aku yang sering keletihan emosi, atau kawan imaginari, atau teddy bear aku yang saja memunculkan diri dalam bentuk manusia holograpik, atau malaikat pelindung yang aku tak tahu, ataupun utusan Tuhan - tapi aku yakin dia bukan sesuatu yang paranormal, dan aku yakin sangat aku tak gila!

Kini, dah lama aku tak jumpa dia. Kebelakangan ni otak aku berserabut seolah budak-budak tadika dah masuk minda aku dan attack every thought I have dengan attack anime yang diorang pelajari dari TV. Mungkin sebab aku dah lama tak bermedetasi dan menenangkan pikiran, aku pun tak tau!

Tapi malam tadi, ketika aku menyorokkan diri di dalam selimut, dalam gelap, mengelap air laut gila yang jatuh dari mata aku yang derasnya mengalahkan Niagara Falls, aku rasa ada tangan membelai rambut aku dan suara yang lantas menyuruh aku menenangkan diri. Saat itu, aku memang teruja - aku rindu dia!

Malam itu aku tak sengaja teriak dalam bilik hostel single aku, sebab dia menghilang waktu aku sepatutnya tidur, tapi dia cuma muncul balik dan gelak!

"Okay, okay. Here, give me your hand."

Dia baring sebelah aku di atas katil keras aku, kami berdua mengadap siling, dan berborak - sesi luahan hati, mungkin! Aku cuma mengeluh mengadu dan tugasnya cuma gelak dan buat aku rasa hidup ni tak lah seteruk mana. Dia genggam tangan aku sampai aku tertidur balik.

Dan pagi tu bila aku bangun, dia tak ada.

Cerpen sebelumnya:
Dengan Izin-Mu
Cerpen selanjutnya:
KUCING 2

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

Steff Cempaka

Im strangely attracted to old school, fried chicken, seahorses, ukuleles, and dates.
Effy_Lndg | Jadikan Effy_Lndg rakan anda | Hantar Mesej kepada Effy_Lndg

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Effy_Lndg
imaginari; 18/05/2014 | 2006 bacaan
imaginari; 24/4/2014 | 2106 bacaan
imaginari, 03/04/2014 | 2083 bacaan
Rumah Berhias Bunga Di Pinggiran Bandar | 2394 bacaan
MH370 | 10568 bacaan
imaginari, 20/02/2014 | 2113 bacaan
Venus: Gadis Ke-Lima Dicintai Marikh | 9196 bacaan
imaginari, 06/12/2013 | 9180 bacaan
Lima Sebelum Moira. | 8981 bacaan
Coffee | 11650 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya imaginari
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik