Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Span Sebesar Planet Musytari

Cerpen sebelumnya:
Bidadari Berwajah Besi
Cerpen selanjutnya:
Bara Di Kebunan

ISI LAGI, isi lagi, perintah sahabat baik saya. Saya merengus dengan ketamakannya. Saya banyak berpeluh. Hari makin panas. Saya belum sarapan. Perut saya berbunyi. Badan saya menggigil. Tubuh Belon memboyot seperti tembikai. Dia selalu kenyang.  Selagi saya ada dia akan kenyang. Saya setiausaha Belon selama sepuluh tahun. Gaji saya lumayan. Tiada siapa yang lebih setia daripada saya. Belot. Saya tidak tahu apa ertinya. Belum saya jumpa dalam kamus. Poket. Yang ini saya sedia tahu. Kalau tidak tembam semacam kawan baik saya. Tiada manusia yang akan menyukai saya. Biarpun sebagai lelaki setengah urban setengah kampung yang kacak. Tidak ada sesiapa yang mahu peduli seberapa banyak “A” dalam sijil saya. Zaman itu sudah berlalu. Seberapa banyak kosong dalam akaun saya. Inilah apa yang orang ambil tahu.

Belon sahabat baik saya. Tiada panggilan bos secara formal daripada saya. Wajah mudanya bagai menyindir ketuaan saya. Dia tidak mengambil sebarang bahan kosmetik atau makanan tambahan. Aktiviti hariannya adalah mengisi perut. Tujuh hari seminggu seperti dalam jadual selama sepuluh tahun. Dia tiada kepayahan atau masalah. Saya mengakui sahabat saya ini boleh tahan kacaknya. Aaron Aziz pun cuma setengah kuku sahaja. Soal saya, mengapa tidak jadi artis? Rimas katanya. Demikianlah kekaguman saya kepadanya. Dia tidak menyukai kuku besi. Saya juga bukan komunis atau Zionis. Ketika saya membayangkan makanan tengah hari. Dia dengan sabar terpacak seperti tiang di bawah terik mentari memberi saya sedikit wang dan meminta saya mengisi perut dengan makanan yang saya suka.

Belon mengetahui impian saya melalui diari yang saya tulis pada kayu aiskrim yang dikumpul semenjak berumur lima tahun yang dijadikan gulungan skrol sebesar batang balak demi tidak mensia-siakan pengorbanan hutan rimba. Habis terbongkar semua rahsia saya yang disembunyikan daripada Belon. Dengan muka sekupang lima duit. Saya meratap dengan hiba lalu menulis surat letak jawatan. Saya bukan bersandiwara. Benar maksud saya. Selepas mengiklankan jawatan setiausaha baru bagi menggantikan saya. Saya menyerahkan surat saya dengan rasa berat hati walaupun rahsia korup saya terdedah. Belon menahan perbuatan saya. Kau mahu ke Perancis? soalnya. Saya mati sebentar sepuluh minit dan hidup semula. Belon menantikan jawapan saya. Kau mana layak, balas saya bagi menafikan kemampuannya merealisasikan mimpi saya. Aku tidak pernah guna wang haram, tegasnya. Saya terdiam. Pegang erat-erat, arah Belon menerbangkan kemahuan saya. Melalui seratus rintangan saya dikabulkan cita-cita belajar membuat makaron dengan chef pastri terkenal di Paris seperti yang saya catatkan dalam diari. Saya berterima kasih kepada Belon. Buatlah apa yang kau suka tapi jangan menjamu aku dengan makaron dan cukuplah memberi semangat kau yang ada itu, pesan sahabat baik saya dengan senyuman fajar menyinsing. Kau tidak menghidap kencing manis, balas saya kembali.

Pada pagi ahad sewaktu membaca akhbar perdana negara. Belon menyatakan hasrat untuk masuk universiti. Kepala otak terlalu kosong, katanya. Saya tidak bersetuju dengan meraih sokongan dua pertiga fakulti mentaliti saya terhadap andaian itu. selama ini sayalah yang mendidiknya. Dengan berbekalkan ijazah sarjana muda kelas pertama disamping berkelebihan dikecualikan bayaran balik pinjaman pendidikan sebanyak satu juta. Saya tidak terdesak mencari pekerjaan. Saya mendapat pekerjaan ini secara tidak sengaja melalui sahabat Belon yang melepaskan jawatannya supaya dapat mengembangkan sayap dalam dunia demokrasi tanah air demi kesejahteraan masa depan. Percuma atau secara bidan terjun., tanpa melalui tapisan birokrasi atau selirat kabel rakan taulan. Saya dicampakkan kepada Belon pada hari perasmian pusat pemerintahan yang dilangsungkan pada hari lahir saya. Pada waktu itu Belon cuma sebesar ibu jari.

Siapa akan menerima kau, dan kau akan hanya ditertawakan, luah saya sebagai membantah. Saya tegaskan tidak perlu kuliah universiti dan sistem pendidikan berasaskan peperiksaan. Saya telah menghabiskan masa muda saya dengan memerah semua pengetahuan saya buat Belon. Sedangkan dia hanya menghargainya dengan membuat perkiraan yang kepandaiannya serendah sifar. Belon menjauhkan diri seperti kanak-kanak.

Pegang kuat-kuat, perintah sahabat baik saya pada pesta bulan mei. Saya memelihara jarak kami umpama seorang pengawal peribadi berbadan raksasa yang menjaga keselamatan tuannya. Saya merengus terhadap sifat kepura-puraan, egois manusia yang mengasak-asak dari depan, belakang, kiri dan kanan. Rendah sungguh budi bahasa murni pencapaian diutamakan, sindir saya. Dalam cuaca baik yang bersimbahan cahaya lampu LED. Saya dijemput masa untuk memandang sekilas idola artifisial bergelar gadis tempatan bercitarasa globalisasi. Hati saya merusuh bak bunyi jentera mesin. Saya mengalami kekacauan naluri. Dengan membiarkan tubuh meletus seperti bunga api dan melayangkan jiwa ke seratus ruang. Saya merubah diri sendiri kepada humanoid wirawan dunia.

Saya melupakan diri sendiri dengan menjadi sesumpah manusia buatan. Humanoid. Harus. Dengan gagah saya telah memenangkan hadiah teddy bear sebesar bas sekolah dengan menumpaskan sasaran berupa itik yang menjadi hamba keuntungan. Pada hakikatnya mengangkat pistol air pun saya tidak mampu. Sembunyikan sahaja, bisik saya. Gadis modenisasi yang terpesona dengan kekuatan saya menepis ganjaran yang saya perolehi walau belum pernah dimenangi oleh mana-mana makhluk di Bimasakti ini. Dia meminta saya mendapatkan belon udara panas yang boleh mengangkat mana-mana bandar di Eropah, Amerika ke halaman rumahnya yang seluas tapak tangan. Belon? Seminit saya meninggal dan hidup kembali. Tangan saya ringan dan entah mana Belon menghilangkan diri. Saya terbaring di atas tanah dipijak gadis penuh kemahuan dicelah orang ramai yang mengejar bahagia. Saya telah diperhambakan graviti bumi selama-lamanya. Sahabat baik yang menampung beban saya telah hanyut ke hujung ozon atmosfera akibat pengkhianatan saya sendiri.

Saya adalah lelaki yang mengalami gangguan keterampilan sosial. Saya sudah terbiasa dengan kesulitan komunikasi. Saya tidak berbangga memiliki  intelligence quotient melebihi Albert Einstein atau Barack Obama. Siapa sekalipun tidak akan selesa dengan muka kering lagi kosong seperti saya. Saya sangat pemalu namun berkeinginan terhadap dunia kontemporari glokal. Kemahuan saya sebahang matahari. Sampaikan apa sahaja. Saya dengan mudah menyerapnya semacam span. Kata ayah saya span sebesar planet musytari. Demikianlah saya dilabelkan bendul, naïf dan senang dibuli. Horizon saya sangat berbeza. Saya melihat dunia dengan sudut pandangan yang berlainan. Norma-norma sosial, mood dan pemikiran konvensional bukan minat saya. Avant-garde adalah perkembangan kognitif saya. Saya merupakan ahli eksotika terpuji melalui pengajian tinggi dan bakal angkasawan masa depan atau politikus rakyat seperti yang dialu-alukan oleh pemimpin negara. Saya bukan pemuda harapan bangsa sebenarnya. Saya tidak dikenal langsung oleh Israel dan sekutunya. Saya hanya manusia yang mengalami gangguan dalam tumbesaran yang menjejaskan integrasi sosial, yang obsesi dengan makanan manis dan bola yang diisi dengan gas yang lebih ringan daripada udara untuk dinaikkan atau diapungkan di awangan dimana selalu digunakan untuk mainan kanak-kanak atau perhiasan semata-mata.

Cerpen sebelumnya:
Bidadari Berwajah Besi
Cerpen selanjutnya:
Bara Di Kebunan

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

Aleph

Sifat ganjil dan misteri merupakan ganjaran yang diberikan oleh sastera.
aleph | Jadikan aleph rakan anda | Hantar Mesej kepada aleph

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya aleph
Hantu yang Menyelinap Di Tengah Orang Banyak | 8803 bacaan
Soalan | 8906 bacaan
Mimpi | 4969 bacaan
Jawapan | 8752 bacaan
Nouveau | 8902 bacaan
Orang Terbuang | 4591 bacaan
Lipat & Masuk | 4329 bacaan
Saya Orang Yahudi | 2197 bacaan
Penghukuman | 2098 bacaan
Pertapaan Di Bawah Pili Air | 2069 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya Span Sebesar Planet Musytari
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik