Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

perempuan gemuk yang keluar dari lif itu

Cerpen sebelumnya:
Ayat-ayat Ibu
Cerpen selanjutnya:
kisah unik suatu pagi hari raya

 

Awang adalah seorang dispatch. Awang memberhentikan motor kapcai-nya di bawah KLCC yang menikam langit. Niatnya hendak menghantar surat ke pejabat petronas tingkat 60. Selepas mengambil visitor tag dekat kaunter awang pun menunggu lif hendak ke tingkat 60.

 

“Tingg….!”.

 

Bunyi lif menandakan lif telah sampai sampai. Pintu terbuka dan seorang perempuan gemuk keluar dari lif. Tiada orang lain di dalam lif pada masa itu. Awang pandang slack pada perempuan tersebut.

 

“Gemuk gila awek tu”, getus hati awang.

 

Selesai menghantar surat awang pun turun lalu ke kaunter hendak memulangkan visitor tag dia. Waktu itu dia ternampak perempuan gemuk tadi. Perempuan gemuk itu pun nampak awang.

 

“Apekejadah pompuan gemuk ni buat kat sini!”, getus awang dalam hati. Lalu awang pun terus blah dari situ.

 

Semasa awang ke motor kapcai-nya awang perasan perempuan gemuk tadi sedang berjalan di belakangnya. Awang buat tak heran. Awang terus berjalan lagi sampai dia perasan sebenarnya perempuan gemuk itu sedang mengekorinya.

 

Awang tak puas hati lalu dia pun menoleh ke belakang dengan sepantas kilat dengan harapan perempuan gemuk itu terkejut badak. Sekonyong-konyong itu perempuan gemuk itu pun terkejut macam badak sebab awang dah kantoi-kannya

.

Excuse me lady, are you following me?, tanya awang.

 

Perempuan gemuk itu pun menjawab: “ak ah, memang aku follow kau pun!”

 

Pantang ditengking awang pun jadi gila babi dan menjawab dengan marah: “da f**k you following me?”.

 

Lalu terjadilah perbualan seperti berikut:-

 

Perempuan gemuk:
Hoi bangsat! Kau ingat aku tak tahu kau panggil aku gemuk dekat lif tadi??

 

Awang:
Hoi! mana ada aku cakap dengan kau dekat lif tadi?

 

Perempuan gemuk:
Memang la takde, tapi aku dengar la apa yang kau fikir dalam kepala hotak kau bodoh!!

 

Awang:
Eh, kau ni biar betul! Mana ada orang boleh baca fikiran orang lain!

 

Perempuan gemuk:
Ada la bodoh! Sebab aku boleh dengar kau kata aku gemuk masa dekat lif tadi!

 

Awang:
Biar betul, takkan kau betul-betul boleh dengar kot?

 

Perempuan gemuk:
Ye la!!

 

Awang: 
Okeeyy! Kalau betul kau cuba teka aku tengah fikir apa sekarang?

 

Perempuan gemuk:
Kau tu lapar tengah fikir nak makan mek D!!

 

Awang:
Weeeeiii, biar betul kau boleh tau!
 

(Awang tersenyap sebentar sebab tergamam manakala perempuan gemuk tengah pandang slack dekat awang)

 

Awang:
Habis tu yang kau ikut aku ni kenapa??

 

Perempuan gemuk:
Sebab aku nak bagitau kau jangan ingat aku tak tau kau keji aku gemuk masa dekat lif tadi!!

 

Awang:
Ok! Ok! aku mintak maaf aku tak sengaja tadi!

 

Perempuan gemuk:
Eleh tak sengaja konon, kalau mulut kau dah memang jenis suka mengutuk orang memang la kau dah   terbiasa nak kutuk orang dekat mana-mana pun kau jumpa!

 

Awang:
Ala orang lain bukan boleh tau pun aku ngutuk diorang!

 

Perempuan gemuk:
Tuhan tahu!!

 

Sejak hari itu awang pun insaf dan join geng tabligh dekat Masjid Pakistan, Kuala Lumpur.

Cerpen sebelumnya:
Ayat-ayat Ibu
Cerpen selanjutnya:
kisah unik suatu pagi hari raya

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

heylelaki

aku saorang lelaki yg \agak\ gemar menulis dan membaca. 
heylelaki | Jadikan heylelaki rakan anda | Hantar Mesej kepada heylelaki

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya heylelaki
mariah oh maria | 2431 bacaan
kerana supercar | 1959 bacaan
hikayat pengembaraan lisa suriyana | 2085 bacaan
Kisah Norlia yang pertama kali diceritakan. | 12611 bacaan
cerita ajis anak harlem shake | 2070 bacaan
alienasi | 1778 bacaan
catatan sebuah dendam zombie | 2438 bacaan
UFO | 1955 bacaan
khabar angin budak bernama aboi | 1966 bacaan
angelina julie | 2041 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya perempuan gemuk yang keluar dari lif itu
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik