Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

kisah unik suatu pagi hari raya

Cerpen sebelumnya:
perempuan gemuk yang keluar dari lif itu
Cerpen selanjutnya:
brader joe dan ah peng gigi jarang

 

Babak 1

 

Pagi itu adalah pagi hari raya aidilfitri yang mulia. Mak Endon sedang sedang bertungkus-lumus di dapur menyediakan juadah yang enak-enak untuk dijamu kepada orang ramai. Manakala Pak Awie laki Mak Endon pula sedang berhempas pulas di dalam jamban kerana sakit perut terlebih makan ketupat pada malam tadi. Mungkin juga Pak Awie akan terlepas sesi sembahyang hari raya pada pagi itu kerana sakit perutnya.

 

Mak Endon dan Pak Awie terkenal di kalangan penduduk kampong sebagai pasangan secocok bak pinang dibelah dua dan gilang gemilang adanya.

 

Ada pun kampong yang diduduki oleh Mak Endon dan Pak Awie ini namanya “kampong angan tak sudah”. Letaknya di pingir banjaran titiwangsa di negeri Pahang. Maka selayaknya kampong tersebut di kelilingi hutan hatta kadang-kadang babi hutan pun datang menyondol orang-orang kampong dengan tidak semena-mena.

 

 

Babak 2

 

Jali botak adalah budak jahat kampong angan tak sudah. Pada pagi yang sama itu Jali botak sedang masygul duduk seorang diri di bawah pokok di dalam hutan. Dari kejauhan sayup-sayup dia mendengar suara takbir dari corong masjid. Dua hari lepas Jali botak pergi melarikan diri bersembunyi di ceruk hutan.

 

Sejak dua hari lepas orang-orang kampong mencari jali botak sebab rapeah anak pak mat menon ketua kampong kata jali botak panjat bumbung bilik air menghendap dia mandi telanjang.

 

 

Lepas rapeah jerit kuat-kuat jali botak pun terkejut beruk sampai terjatuh gedebuk atas tanah dan lari lintang pukang. Masa jali botak lari lintang pukang tu bapak rafeah pak mat menon sempat nampak jali botak lari dalam semak dekat ladang getah tepi rumah.

 

Cerita jali botak panjat bumbung bilik air skodeng rafeah mandi telanjang cepat tersebar seluruh kampong. Orang-orang kampong sumpah seranah jali botak tak sudah-sudah sampai hari raya.

 

Kawan-kawan jali botak yang sama jahat macam dia kata jali botak untung sebab dapat tengok rafeah telanjang. Tapi kawan-kawannya tak pula berani nak beri perlindungan kepada jali botak sebab takut kena hentam dengan orang-orang kampong kerana bersubahat.

 

Maka sejak dua hari lepas jali botak tak balik-balik rumahnya sebab bersembunyi di hutan macam komunis. Bapak jali botak pun dah tak mengaku jali botak sebagai anak sejak dulu kala lagi sebab perangai hantunya. Mak jali botak pula tak boleh nak kisah atau tak kisah sebab dia dah meninggal dunia lama dulu sebab kena sondol babi hutan masa tarik ubi kayu dekat kebun.

 

Jali botak bertambah-tambah masygul bila mengenangkan kisahnya dua hari yang lepas. Pada masa yang sama perutnya berasa lapar berkehendakkan makanan kerana sejak lari ke dalam hutan dia hanya minum air dari takungan dan makan pucuk-pucuk daun. Jali botak mengusap-usap perutnya sedang hatinya teringin benar hendak makan lemang dan ketupat dengan rendang di hari raya ini.

 

 

Babak 3

 

Mak endon sedang membasuh pinggan di dapur. Pak awie baru habis berak kini sedang mandi sunat pagi aidilfitri. Apit budak darjah lima anak pasangan Mak Endon dan Pak Awie sedang lahap menjamah ketupat dan rendang di dapur sambil menjilat-jilat jari.

 

Tiba-tiba pintu dapur dimasuki sesuatu! Besar dan berbulu.!

 

“GGGGRRROARRR!!”. Benda besar dan berbulu tersebut mengaum!

 

“Maaakkk!!! Gorila masuk dapur!!” jerit apit terperanjat.

 

Serentak dengan itu mak endon pun turut terkejut dan menjerit memanggil pak awie yang sedang mandi. Pak awie pun keluar dari bilik air berdekatan dapur dengan hanya bertuala. Badannya masih basah kerana tidak sempat dilap.

 

“Ya allah, bigfoot!!!” jerit pak awie terperanjat.

 

“GGRRROOAAARRR!!!!”, bigfoot mengaum dengan lebih kuat dengan niat hendak menakutkan pak awie yang muncul separa telanjang tersebut.

 

Bigfoot menghampiri apit yang sedang tercengang di meja makan lalu menolaknya hingga jatuh. Pak awie naik berang lalu menerkam ke arah bigfoot.

 

“Celaka punya bigfoot!!” Maki pak awie.

 

Untuk beberapa ketika pak awie kelihatan sedang bergusti dengan bigfoot seumpama aksi gusti di televisyen. Pak awie menumbuk perut bigfoot bertubi-tubi. Bigfoot tak jadi apa. Bigfoot pun membalas dengan melempang pak awie sampai pak awie pun tercampak ke dinding dan tualanya pun tercabut.

 

Melihat bigfoot mencabul kehormatan suaminya sebegitu rupa, Mak endon mencapai pisau hendak menyerang bigfoot. Mak endon meluru ke arah bigfoot dengan pisau menghunus sambil bertakbir dua kali

 

“allahu akbar! Allahu akbar!”, suara takbir mak endon berselang seli dengan suara takbir hari raya dari corong masjid.

 

Bigfoot menepis tangan mak endon yang menghunus pisau. Bigfoot mencekik mak endon lalu dicampakannya kuat-kuat ke arah sinki. Mak endon melayang dan terperosok masuk ke bawah sinki.

 

Apit sedar bigfoot terlalu kuat untuk dikalahkan oleh gandingan “tag team” mak bapaknya yang telah dimamah usia. Apit pun cepat-cepat lari  ke rumah pak meon jiran sebelah meminta pertolongan.

 

Sementara itu kepala pak awie rasa berpinar selepas kepalanya terhantuk ke dinding. Dalam keadaan bogel kerana tualanya telah terlucut, pak awie mendapatkan mak endon yang terperosok di bawah sinki.

 

Melihat keadaan pak awie dan mak endon yang sudah lemah, bigfoot pun berhenti menyerang. Bigfoot cepat-cepat menggagau ketupat dan rendang yang terhidang di dalam pinggan lalu berlari keluar masuk ke hutan.

 

Sejurus itu pak meon pun sampai dengan lagak heroic macho memakai cermin mata hitam bersama senapang patahnya seperti Arnold dalam filem terminator. Pak meon mendapati bigfoot telah tiada. Yang ada cuma pak awie yang sedang bertelanjang, mak endon di bawah sinki, dan ketupat rendang yang tumpah di atas lantai.

 

 

Babak 4

 

Bigfoot berlari sampai ke tengah hutan lalu berhenti di bawah sebatang pohon yang besar. Segala ketupat rendang diletakkan di atas seketul batu yang besar seumpama meja hidangan baginya.

 

Kemudian bigfoot menggagau-gagau tangan ke belakang badannya hendak mencapai sesuatu. Diraba-raba belakang badannya sehingga jari-jarinya menyentuh zip. Bigfoot menarik zip di belakangnya untuk membukanya.

 

Setelah zip dibuka sehingga habis jali botak pun keluar dari bukaan zip tersebut dan terus menyumbat ketupat dan rendang ke dalam mulutnya.

Cerpen sebelumnya:
perempuan gemuk yang keluar dari lif itu
Cerpen selanjutnya:
brader joe dan ah peng gigi jarang

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

heylelaki

aku saorang lelaki yg \agak\ gemar menulis dan membaca. 
heylelaki | Jadikan heylelaki rakan anda | Hantar Mesej kepada heylelaki

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya heylelaki
mariah oh maria | 1945 bacaan
kerana supercar | 1592 bacaan
hikayat pengembaraan lisa suriyana | 1701 bacaan
Kisah Norlia yang pertama kali diceritakan. | 11021 bacaan
cerita ajis anak harlem shake | 1665 bacaan
alienasi | 1430 bacaan
catatan sebuah dendam zombie | 1830 bacaan
UFO | 1561 bacaan
khabar angin budak bernama aboi | 1632 bacaan
angelina julie | 1629 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

1 Komen dalam karya kisah unik suatu pagi hari raya
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik