Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

suzy meow sendirian berhad

Cerpen sebelumnya:
cerita pada separuh malam
Cerpen selanjutnya:
konfisi hassan misai

 

Babak 1:

 

Hassan masuk ke dalam kapal angkasa mini dengan bagasinya. Semalam dia telah book kapal angkasa mini semi-auto dari syarikat sewa kapal angkasa Suzy Moew Sdn Bhd. Oleh kerana Hassan kekurangan bajet maka dia hanya mampu menyewa kapal angkasa yang semi-auto sahaja. Itu pun sudah memadai dan selesa baginya kerana dia hanya berpergian seorang.

 

Hassan menghidupkan injin kapal angkasan. Sambil itu matanya menoleh ke arah Suzy Meow melalui cermin tingkap kokpit pemandu. Suzy meow melambai tanda selamat tinggal dan Hassan pun melambai kembali. Waktu itu Suzy Meow sedang mengiringi Hassan berlepas dengan kapal angkasa di premis syarikat Suzy Meow Sdn Bhd.

 

Suzy meow dan Hassan adalah kenalan rapat memandangkan mereka telah lama berkenalan sejak mula-mula masuk universiti dulu. Habis sahaja belajar suzy meow mewarisi perniagaan bapanya Robert Tiger, dikenali sebagai seorang businessman terkenal tetapi sebenarnya juga secara senyap-senyap seorang ketua kumpulan kongsi gelap Black Tiger yang mashur itu. Sejak itu nama syarikat Robert Tan Sdn Bhd telah bertukar kepada Suzy Meow Sdn Bhd.

 

 

Babak 2:

 

Hassan mendaratkan kapal angkasa di atas bumbung sebuah rumah di planet marikh, planet yang paling hampir dengan bumi, lalu turun dari kapal angkasa bersama bagasinya.

 

Jalal yang menunggu Hassan mendarat di atas bumbung tersebut menyambutnya dengan pelukan rindu lama tak jumpa. Kedatangan Hassan ke rumah jalal di marikh adalah atas jemputan jalal supaya mereka dapat melepak bersama melakukan aktiviti karaoke, mengisap shisha, mengurat gadis, bermain pool, menonton perlawanan EPL lewat malam di kedai mamak (di marikh pun ada kedai mamak pada zaman ni), dan apa-apa saja aktiviti yang menjadi tabiat orang-orang berjiwa muda.

 

“Oit, jangan peluk lama-lama. Ketiak kau busuk la!”, beritahu Hassan kepada jalal sambil mengipas-ngipas hidung kemeknya.

 

Jalal merenggangkan badan dan mencium ketiak kanan dan kirinya sambil mengangkatkan sedikit tangannya.

 

“Ak ah la! Sorry la beb deodoran aku dah habis semalam tak sempat beli lagi. Tesco tutup semalam sebab staff dia mogok”, ujar jalal dengan tersipu-sipu sebab ketiaknya bau busuk sama tahap dengan kambing.

 

Pada masa itu sebahagian manusia telah meneroka dan menduduki planet marikh disebabkan telah bosan duduk di bumi. Saintis-saintis yang bijak pandai telah mencipta teknologi canggih yang dapat setkan cuaca dan udara di marikh sama atau seakan-akan di bumi supaya manusia, binatang dan tumbuhan dapat hidup sama seperti di bumi. Teknologi tersebut menjadikan manusia hidup seperti di dalam balang kaca.

 

Senang cerita, satu balang kaca gergasi telah dibina di atas permukaan marikh dan dimasukkan ke dalamnya oksigen. Kaca lutsinar balang tersebut membenarkan cahaya matahari dapat menembusinya demi kemaslahatan kehidupan di dalamnya. Bahagian lantainya pula ditambun dengan lapisan tanah yang diangkut dari bumi setebal 5 kilometer minimum.

 

Sumber makanan kebanyakannya diimport dari bumi. Maka setiap hari banyaklah kapal angkasa dagang yang bagak-bagak membawa kontena berulang-alik dari bumi ke marikh membawa beras, ubi keledek, ikan masin, daging babi dan sebagainya.

 

 

Babak 3:

 

Rogayah menuangkan kopi ke dalam cawan dan menghidangkan kepada Hassan. Rogayah adalah sebuah robot humanoid ataupun robot berbentuk manusia kepunyaan jalal yang telah berkhidmat dengannya selama dua tahun.

 

Dua tahun dahulu jalal telah membeli sebuah robot humanoid yang rosak di sebuah pasar yang menjual barang-barang lama daripada Encik Muthukari untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya, muna sempena hari lahirnya yang ke-15. Setelah dibaiki apa yang patut robot tersebut boleh berfungsi semula. Kemudian ia dinamakan Rihanna oleh muna.

 

Setelah muna meninggal setahun yang lepas disebabkan kemalangan kapal angkasa ketika lawatan sambil belajar di sebuah gurun di marikh dengan cikgu saleha, jalal telah memberi nama yang lebih bermakna kepada robot tersebut iaitu rogayah sebagai kenang-kenangan kepada isterinya yang telah lama meninggal dunia akibat penyakit keputihan tahap tertinggi dahulu.

 

Setelah kopi dituangkan oleh rogayah, Hassan pun menghirup kopi. Lalu terjadilah perbualan seperti berikut:-

 

Hassan:        

Kopi apa ni jalal? Sedap pulak rasanya.. aku dah lama tak minum kopi sebenarnya…

 

Jalal:

Ala, kopi luwak mak aku kat kampong poskan dekat aku semalam.

 

Hassan:        

Ooo.. patut la sedap. Mak kau kat bumi sihat?

 

Jalal:              

Mak aku ok. Baru dua minggu lepas dia kawin lain dengan jiran aku, pak ilyas…

 

Hassan:        

Oooo.. apesal aku tak tau pun? Kau tak jemput aku pun?

 

Jalal:              

Ala kawin buat kecik-kecik je… orang tua la kan.. segan la aku nak jemput kau…

 

Hassan:        

Okey ke pak ilyas tu jadi bapak tiri kau?

 

Jalal:              

Boring la aku. Dia tu old school… Arghhh, boringlah borak pasal aku!! Ko plak banyak gile duit ko sewa kapal angkasa. Apasal tak naik public spaceship (public transport) je?

 

Hassan:        

Alaa... aku sewa dengan kawan aku suzy meow, dia kira murah je…

 

“Wolf!! Wolf!! Wolf!!”, Tiba-tiba kedengaran dino menyalak garang di luar rumah.

 

 

Babak 4:

 

“Wolf!! Wolf!! Wolf!!”

 

Kelihatan dino sedang menyalak ke arah atas bumbung rumah. Dino adalah sebuah robot anjing kepunyaan jalal yang tidak haram disentuh oleh orang islam.

 

Hassan dan jalal pun berlari keluar rumah untuk melihat ke atas bumbung. Kelihatan kapal angkasa mini suzy meow terapung-apung di atas bumbung dan memejut laju hilang dari pandangan bersama sebuah lagi kapal angkasa mini yang mengiringi.

 

“Spaceship suzi kena curi!!”, jerit Hassan.

 

“Wolf! Wolf! Wolf!”, dino si anjing robotic menyalak lagi.

 

Rogayah yang turut sama berlari keluar bersama Hassan dan jalal tadi dengan tak semena-mena terbang ke langit mengejar pencuri tersebut sama seperti iron man terbang.

 

 

Babak 5:

 

Selepas 15 minit rogayah pun pulang ke rumah. Dia memberitahu Hassan dan jalal yang dia tidak mampu mengejar pencuri tersebut kerana kuasanya tidak setanding dengan kelajuan kapal angkasa yang dicuri tersebut. Oleh kerana menggunakan power-nya melebihi had, rogayah mengalami kerosakan mengakibatkannya menjadi weng dan bercakap bukan-bukan tentang skandal jalal dengan anak dara jiran sebelah.

 

Selepas Hassan dan jalal membuat repot polis, sarjan midon dan orang-orangnya pun datang membuat siasatan di rumah jalal. Mengikut siasatan, pencuri naik ke bumbung dengan sebuah kapal angkasa mini yang dipandu oleh seorang lagi, iaitu kapal angkasa pengiring yang dilihat ketika kapal angkasa suzy meow dilarikan sebentar tadi.

 

Tiada kesan cap jari boleh dijumpai kerana pencuri datang dari atas langit, bukannya masuk ke dalam rumah melalui pintu seterusnya ke atas bumbung.

 

Berita fasal kehilangan kapal angkasa telah diberitahu kepada suzy meow di bumi melalui mesej facebook kerana Hassan tak berani hendak bercakap direct melalui telefon takut kena marah.

 

 

Babak 6:

 

Selepas dua hari, sarjan midon dan konco-konconya masih gagal mengesan pencuri dan kapal angkasa suzy meow.

 

Pada hari ketiga sebuah bank di marikh di bandar di mana jalal tinggal telah dirompak oleh 3 orang perompak. Mereka telah melarikan 5 juta ringgit Malaysia. Rakaman CCTV menunjukkan mereka datang dan melarikan diri dengan sebuah kapal angkasa mini.

 

Menurut sarjan midon kepada jalal dan Hassan, perompak telah menggunakan kapal angkasa suzy meow yang hilang 3 hari lepas dan kapal angkasa tersebut telah dijumpai semula ditinggalkan bersama kunci di sebuah gurun di marikh dalam keadaan elok. Polis gagal menjumpai cap jari perompak di dalam kapal angkasa dipercayai kerana perompak memakai glove.

 

Kapal angkasa tersebut kemudian diserahkan semula kepada Hassan. Sarjan midon dan orang-orangnya kini giat menyiasat kes rompakan bank pula. Siasatan adalah sukar kerana para perompak memakai topeng, menggunakan kenderaan orang lain dan dan tiada cap cari dapat dikesan.

 

 

Babak 7:

 

Hassan turun dari kapal angkasa selepas mendaratkannya di premis syarikat suzy meow sdn bhd. Hassan menyerahkan kunci kapal angkasa kepada suzy moew di pejabat. Suzy meow kemudian menyerahkan kunci tersebut kepada bapanya Robert Tan. Robert Tan kemudiannya masuk ke biliknya dan menyimpan kunci di dalam laci besar yang terdapat 5 juta ringgit Malaysia di dalamnya. Robert Tan tersenyum.

Cerpen sebelumnya:
cerita pada separuh malam
Cerpen selanjutnya:
konfisi hassan misai

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

heylelaki

aku saorang lelaki yg \agak\ gemar menulis dan membaca. 
heylelaki | Jadikan heylelaki rakan anda | Hantar Mesej kepada heylelaki

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya heylelaki
mariah oh maria | 2410 bacaan
kerana supercar | 1944 bacaan
hikayat pengembaraan lisa suriyana | 2064 bacaan
Kisah Norlia yang pertama kali diceritakan. | 12513 bacaan
cerita ajis anak harlem shake | 2055 bacaan
alienasi | 1747 bacaan
catatan sebuah dendam zombie | 2407 bacaan
UFO | 1923 bacaan
khabar angin budak bernama aboi | 1951 bacaan
angelina julie | 2018 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya suzy meow sendirian berhad
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik