Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mak! dah bulat!

 

Setelah menjalani hidup sebagai seorang jantan tak guna selama 21 tahun(sejak lahir), Gajali akhirnya menemui satu jalan. Jalan yang dapat mengubah hidupnya dan hidup keluarganya.

“mak! Dah bulat!”

Mak Gajali agak terkejut dengan kata-kata spontan anaknya itu. Nyaris-nyaris dia tertelan ‘singgam’ yang sedang dikunyahnya. Lantas soalan dilontarkan bersama aroma manis,

“apa yang bulat? Perut kau memang la bulat, err..sebenarnya hampir bulat…macam buah labu gergasi afrika je mak tengok,”

“Tekad saya mak! Tekad saya yang dah bulat. Perut saya jangan dirisaukan”

“semenjak bila pulak kau pandai membulat-bulatkan tekad ni Gajali?”

“semenjak saya tengok Pak Effenti dah bernikah lagi satu la mak!!”

Tiba-tiba saja gajali menangis. Macam bayi yang terkena sengatan semut api di bahagian anu.

Mak  Gajali tergelak secara tidak sengaja.

“he he..baiklah anakku…he he..jangan menangis, ceritakan kat mak..apa tekad kauuuuu ituuu!!!”

Gajali mengesat air matanya dengan lengan kiri baju t-shirtnya. Dia sedikit teresak-esak.

“mak, Gajali nak apply keje kat sekolah la..”

Sekali lagi mak Gajali hampir tertelan ‘singgam’. Tetapi melihatkan telatah anaknya yang satu itu, dia terus membuatkan isyarat ‘teruskan!’.

“Gajali nak mintak keje Tukang cuci jamban!”

Singgam di dalam mulut mak Gajali tersembur dan melekat tepat di jambul rambut Gajali.

“Alhamdulillah!!! Syukur!!! Tahniah Gajali!!”

Mak gajali terus melompat bangun dan segera berlari keluar rumah. Dia terpekik-pekik macam seorang suami yang nak dapat anak sulung!!,

“woi orang kampong!! Anak aku Gajali nak jadi tukang cuci jamban! Bukan jamban biasa-biasa tau! Jamban sekolah!!”

Seterusnya mak Gajali berlari ke seluruh kampong bagi mencanangkan berita yang menggembirakan hatinya itu. Itulah hati seorang ibu.

Esoknya, hari Isnin 20 Mei 2013, jam 8 pagi, Gajali dah terpacak kat depan bilik guru besar sekolah Kebangsaan Lenguh Sebadan. Gemuruh di dalam dadanya hanya Tuhan yang tahu. Dalam perut Gajali sudah ada bukan saja rama-rama, malah turut muncul lipan bara, kala jengking dan chiton juga! Tiba-tiba pintu bilik guru besar terbuka.

“Encik Gajali bin Sukati, sila masuk!”

Gajali bingkas bangun dan bergerak takut melangkah ke dalam bilik guru besar sekolah yang bernama Encik Kecut bin Kemunchup itu.  Selepas dipersilakan duduk, Gajali pun bersedia menghadapi sesi temuduga. Tiada orang lain di dalam bilik itu sekarang melainkan Gajali dan guru besar Kecut sahaja.

“Encik Gajali,  nak minum apa-apa? Jin and tonik? Atau setan and tonik atau kopi?”

Gajali  menjawab,

“air cincau soya tambah laici satu..”

Guru besar mengangkat telefon dan memesan air yang dipinta Gajali kepada setiausahanya.

“baiklah Gajali,..emm…kenapa awak nak jadi tukang cuci jamban sekolah kami?”

Gajali menarik nafas sekali banyak dan berkata,

“saya dah bosan duduk di rumah tuan..jadi saya nak bekerja mencari rezeki yang halal..”

“ya..betul..tapi kenapa tukang cuci jamban?!”

Gajali tersentak dengan nada suara guru besar yang tiba-tiba meninggi.

“sebab..kalau dirumah, saya lah yang mencuci jamban. Bukan sekadar najis mak dan saya, kadang-kadang kucing, biawak, dan jiran-jiran mak yang datang bergosip juga membuang najis, jadi, saya akan membersihkan jamban di rumah sehingga berkilau”.

Guru besar Kecut ternganga dengan penjelasan Gajali.

“baiklah..awak diterima, selamat bekerja..”

“terima kasih tuan! Bila boleh mula tuan?”

“hari ini jugak!!”

…………………………………….

Maka, bermulalah kerjaya Gajali sebagai seorang tukang cuci jamban sepenuh masa. Mula-mula Gajali membaca senarai dan inventori alatan jamban dan bilik air. Seterusnya beliau mengira jumlah jamban di dalam semua bilik air yang ada di sekolah itu. Selepas itu beliau memahamkan jadual cucian jamban dan akhirnya Gajali mencuci jamban.

Hari kedua, ketiga dan seminggu yang pertama, Gajali dibuli. Pelajar sekolah yang nakal sengaja berak ‘sipi’ dan menjatuhkan ‘bom’ jauh daripada lubang jamban. Ada  beberapa kali, Gajali tergelincir dan tersembam di atas ‘bom’ pelajar. Tapi Gajali tetap tabah. Selepas seminggu, Gajali dah expert. Beliau sudah tahu di mana jamban yang ada berak ‘sipi’ yang mana tak. Gajali sudah pandai berjalan di jamban agar tidak terpijak ‘bom’ jangka yang sengaja diletak di depan pintu jamban.

Satu perkara yang sering dilakukan oleh Gajali semasa mencuci jamban ialah menyanyi. Gajali akan menyanyi berbagai jenis lagu daripada pelbagai genre. Pagi mungkin lagu dangdut, tengahari mungkin lagu jazz, petang pulak mungkin lagu irama Malaysia.

Pada suatu hari yang berbau masam kepam di dalam jamban di tingkat dua atas blok guru, Gajali sedang mencuci sebuah jamban yang memiliki berak ‘sipi’. Waktu itu baru pukul 9.30 pagi. Seperti biasa, Gajali akan menyanyi sambil menyental kotoran. Kali ini beliau memilih lagu Meggi Z yang berbunyi,

“anggur merah, yang selalu memabukkan diriku..tidak seberapa!!! Dahsatnya!!...”

Tiba-tiba ada satu suara menyampuk,

“dahsatnya!!!”

Gajali yang sedang terbongkok-bongkok tersentak dan terus keluar dari jamban tersebut. Rupa-rupanya orang yang menyampuk itu ialah seorang yang Gajali minati sekali. Beliau ialah seorang composer dan pencari bakat nyanyian program PENYANYI YANG KITA TAK SANGKA BOLEH MENYANYI WALHAL MUKA HUDUH itu. Gajali tergamam dan berus jamban ditangannya jatuh ke lantai dan menghentam ‘bom’ sipi yang masih degil. Percikan ‘bom’ dan air kotor terkena pipi sang composer.

Esoknya, Gajali sedang merakamkan single pertamanya yang berjudul “BERAK SIPI HATI LUKA” di studio milik si composer. Minggu depan jangan lupa buka radio dan nikmatilah nyanyian Gajali si pencuci jamban bersuara emas.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa