Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

AKU & KAU

 

+ babi comel kan?

- apa maksud kau? lagi satu, bukan BABI tetapi KHINZIR.

+ apa maksud kau dengan BABI dan KHINZIR?

- ye lah, BABI itu agak kasar bunyinya. KHINZIR tu kan lebih sopan dan tertib sikit.

+ aku tak tahu la tapi sama je kan?  aku tak tahu kat mana yang tak kena nya.

- kita ni orang Timur, Melayu makanya wajar lah kita ini sopan.

+ kedua-dua membawa maksud yang sama, maka apa bezanya? Apakah bilamana aku menyebut khinzir itu aku lebih mulia dan terpuji berbanding bila aku menyebut babi?  Begitu?

- iya, begitulah adanya.

+ maka apakah kau katakan pada mereka yang tidak bernikah tetapi berlagak seperti orang bernikah, melakukan perkara-perkara yang tidak dibenarkan?

- BERSEKEDUDUKAN lah. apa lagi.

+ aku tak tahu dimana silap kita sebagai orang Melayu tetapi kita sering kali menyopankan diri tak kena masa. Ini yang tak kena nya.

- kalau tak kena, apa perlu kita panggil?

+ kalau sudah bersekedudukan tu, bukankah itu BERZINA namanya?

- ish, kasar benar bunyinya. tak sopan lah kau ni.tapi....

+ tapi tepat dan lebih berat dosanya bukan?  Kita menyorokkan hakikat penzinaan dengan menggantikan BERZINA dengan BERSEKEDUDUKAN. Maka bagi mereka yang kurang faham, BERSEKEDUDUKAN tidak lah dilihat sebagai satu dosa. Tambah pulak, kes BERSEKEDUDUKAN makin banyak. Kalau aku, aku budget BERSEKEDUDUKAN ni macam berdua-duaan atau erti kata Melayu nya "berkhalwat".

- tapi itu kurang ajar. kita bukan bangsa kurang ajar.

+ bagaimana kurang ajar kita terhadap peradaban kita dengan menyorokkan perzinaan dan penzina-penzina tu pulak? Aku tak tahu kalau kau mahu percaya ataupun tak, tapi di Malaysia ini ada juta-juta umat yang masih tak faham pasal dosa dan pahala, halal dan haram secara jelas maka kau agak mereka faham apa beza BERSEKEDUDUKAN dengan BERZINA tu? 

- aku boleh faham. kau boleh faham. 

+ maka, cukupkah aku dengan kau sahaja yang faham? Bagaimana budak-budak yang duduk melepak kat shopping complex tu? macam mana dengan budak-budak yang ponteng kelas agama tu? Mereka perlu tahu dan hakikat bahawa bersekedudukan = berzina tidak pernah diberitahu secara rasmi, bukan begitu?

- tetapi mengubah satu perkataan tidak cukup untuk mengubah hakikat  bahawa kita begitu berat menghadapi masalah BERSEKEDUDUKAN yang berleluasa.

+ kau salah disitu. Kalau KAU, AKU dan KITA SEMUA memberikan "kuasa" terhadap perkataan "ZINA" tu, kita boleh berbuat sesuatu. Mungkin kau lihat perkara ini sebagai satu perkara picisan menukar BERSEKEDUDUKAN kepada BERZINA, sekadar satu patah kata yang tak bermakna tetapi jika kita memberikan imej yang betul terhadap sesuatu, kita mampu mengubah persepsi juta-juta umat Malaya ni. Faham?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ini antara AKU dan KAU. Siapa mereka? Entah. Mungkin saja kamu. atau kamu yang bertudung coklat. atau kamu yang berkemeja merah tu. SIAPA mereka tidak penting, APA mereka cuba memberitahu kita itu lebih penting. Itupun jika kita benar-benar mendengar. Siapa mendengar? Kau dengar? Aku dengar? 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ntahlah. sopan tapi mengesankan bila menegur? ini pendapat saje
  • 2) sopan mengesankan kalau hati dia bersih dan membuka deria..bagus artikel ni..perkataan tu hampir2 mengubah persepsi manusia terhadapt hukumnya..

  • (Penulis)
    3)

    sama juga seperti beza antara "kemalangan jalan raya" dan "kecelakaan jalan raya". MALANG dan CELAKA. lebih jelas buruknya sikap pemandu bila disebut CELAKA daripada kita sebut MALANG. MALANG itu bersifat kasihan bilamana CELAKA itu bersifat mengeji. Jelas, kebanyakkan KECELAKAAN jalan raya disebabkan oleh KECELAKAAN pemandu yang memandu secara membuta tuli.

    Maka, antara BERZINA dan BERSEKEDUDUKAN, dimana yang lebih kukuh dosa/kesalahan nya? Jelas bukan?

    Bukan tak mahu jadi sopan, tapi cukup sudah jadi sopan tidak bertempat.

  • 4)

    ishhh..camne bm ni.. BERSEKEDUDUKAN tu kan maknanyer tinggal berdua tanpa ikatan yang sah.. BERZINA tu maknanya bersetubuh even xhalal hubungan..maka..BERSEKEDUDUKAN tu membawa kepada perkara ZINA tapi xley didefinisikan ZINA sebab maknanyer lain... orang nak berZINA mana2 pon bley.. takyah berSEKEDUDUKAN pon.. err.. btol ke pemahaman bm sy ini?? hehehhee.. ..

    ZINA tu bley berlaku dimana2 saje.. tapi BERSEKEDUDUKAN tu menjurus ke arah ZINA yang berat.. tgk org pakai seksi2 pon ZINA gak pe..ZINA MATA! ahakz

  • 5) sy rasa sy setuju ngn syud.. fullstop

Cerpen-cerpen lain nukilan mangifera

Read all stories by mangifera