Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

- "CINTA SABDA KU" -

Cerpen sebelumnya:
UFO
Cerpen selanjutnya:
catatan sebuah dendam zombie

 

CINTA SABDA KU

Contengan: Remy El sauZarr

@sirRaimi

Hmmm, sebenarnya aku pun tak tahu nak tulis apa ni. Otak aku punya berligat fikir nak citer ape tapi idea tak datang-datang. Blur sekejap aku. Hmmm, kat mana aku nak mula ni ekk. Bersepah citer dalam kepala aku ni tapi ia tak boleh nak kuar. Kuar ke kanvas putih ni. Zaman dulu penulis menulis dengan sebatang pen ditangan ditemani beberapa keping kertas putih dan sebotol dakwat hitam. Ya, tidak dinafikan zaman telah berubah maju kehadapan, terutama dalam kecanggihan teknologi. Kini menulis menjadi lebih mudah, tidak lagi menggunakan pen dan kertas mahupun botol dakwat hitam. Semua itu telah digantikan dengan peralatan canggih yang dinamakan komputer atau pun laptop. Ini lah zaman ku. Orang cakap zaman milineum.

 

Hanya perlu menaipkan sahaja aksara-aksara bila perlu. Yang baiknya, aku boleh jimat kertas bila salah menulis. Tak perlu nak royokkan kertas bila tension. Cuma tekan butang delete atau backspace je. Semudah itu untuk menulis zaman sekarang. Huhuhu. Baru je aku nak mula menaip tiba-tiba kedengaran satu suara memanggil ku.

 

Awak! hey awak! Tunggu”

 

Huh! Kacau betul la, aku baru nak naik sheikh nak menaip ni. Aku menoleh, perghh! Awek cun! Free hair lagi tu.

 

Ha? Kenapa saya perlu tunggu pulak?” aku bertanya hairan.

 

Pinjam jap laptop awak, saya nak email kan sesuatu pada kawan saya. Urgent. Boleh tolong?” pintanya pada ku sambil dia buat muka comel dia dengan berkelip-kelip matanya kat aku. Tambah dengan senyuman dia, memang cair la aku kan. Hampeh tul. Memandangkan aku sorang je yang tengah guna laptop kat situ, aku tolonglah.

 

Err err boleh. Gunalah” jawab ku. Awek tu terus duduk di kerusi yang kosong sebelah aku. Tanpa segan silu dia menggunakan laptop aku tu dah macam laptop dia plak! --” …hmm, layan kan je lahh.

 

Aku memerhatikan rambutnya yang melepasi bahu itu, hitam ikal tidak lurus, sunsilk kut dia guna. Pandai pulak aku membuat andaian. Huhuhu. Lantaklah bukan dia tau pun. Baju hijau hitam berkotak-kotak! Hahaha awek baju kotak-kotak, macam pernah dengar aku ayat ni tapi kat mana ekk. Hmm, aku tak ingat. Seluar jeans dan yang awesomenya dia pakai kasut Converse! All Star! Sah! Awek ni rock siuuuttt!! Hahahaha.

 

#np come out and play – The Offspring !

 

Starting lagu ni memang menaikkan semangat aku dan segala aliran adreline darah lelaki eksistensial aku untuk mengayat awek cun ni. Hehehe bak kata P.Ramlee, jangan marah eaa kawan-kawan!. Masa untuk memancing ikan! Pancing dah ade, umpan pun dah ade tinggal nak bagi kat ikan je. Tengok dia termakan ke idak umpan aku ni. Hehee.

 

Done! Dah sent email kat kawan saya. Terima kasih banyak ye awak!” ^_^ dia menoleh dan senyum kat aku. Perghhh. Nak je aku cubit pipi dia yang gebu tu. Comel betul!

 

Haha. No problem, my pleasure” ;) aku senyum kembali.

 

Sebagai tanda terima kasih, apa kata saya belanja awak minum? Coffee or tea perhaps?” Dia bertanya pada ku. Ahaa, sudah menjadi kebiasaan orang melayu untuk membalas budi bila dihulurkan pertolongan. Tak nak berhutang budi la katakan. Inilah masanya aku perlu menarik pancing aku! Hehee.

 

Sound good. Tea its better!” balas ku, seraya aku mematikan laptop dan mula mengemas. Off to drink! Kita minum duluuu!! :D

 

Begitulah permulaannya aku mengenal Karina. Awek Converse All Star! Dalam kata lain, awek chuck taylor! Hahaha. *Pinjam ayat Nami*. Ya, setelah tiga tahun lebih perginya puisi ku yang lalu. Tidakku sangka hadir pula puisi yang baru! Lagi rock seyy. Namun puisi ini ada sesuatu rasa yang ganjil.

Kini genap enam bulan aku mengenalinya. Boleh la nak ‘declare’ couple. Dalam mengenalinya, satu je yang aku tak suka sangat dengan sikap dia ni. Karina ni suka membuatkan aku untuk berjanji. Maknanya dia ni suka berkehendakkan kepastian yang mana aku sendiri pun tak pasti. Huhh pening gak aku. Contohnya macam aku datang lambat kalau pegi dating dengan dia. Mati-mati dia pegang janji pada masa yang telah ditetapkan. Kalau pukul 2 petang, pukul 2 la datang. 2.05 pun tak boleh! Fuhh Marah betul dia. Puas jugaklah aku nak pujuk Karina time tu. Masak beb!

 

Tapi ape yang dapat aku simpulkan adalah girls ni memang suka buat lelaki berjanji dalam ketidaksedarannya meminta sesuatu kepastian sebagai jaminan. Maka, Sang lelaki semua akan berada dalam keadaan serba salah untuk memberikan jawapan yang mana akhirnya akan menjerat diri lelaki itu sendiri bagi memenuhi permintaan orang yang disayangi, walhal lelaki itu pun belum tahu pastinya dapat menunaikan permintaan itu walau pun ia mampu.

 

Jawapan aku senang je. InsyaAllah, jika diizinkan oleh-Nya, maka, jika berlaku, berlakulah diatas kehendak-Nya seiring dengan usaha yang kita lakukan. Memang dia menyampah dengar jawapan aku tu. Argghh, aku malas nak bertekak dengan Karina ni. Yelah kan, girls ni memang nak berpegang pada janji lah, kata-kata lah dan tindakkan. Lama-lama nak kejujuran, ketelusan bagai. Memang lah dalam sesuatu hubungan itu tidak dinafikan perlu ada kesemua itu. Aku adalah aku. Kau adalah kau. Tidak perlu aku menjadi orang lain untuk menyenangkan mu. Memuaskan hati mu. Terima seadanya aku. Perghh ayat ni memang klise bagi semua orang. Bagi aku, hak tuii ! hahaha. Kau faham ke maksud terima seadanya tu macam mana??

 

Bagi aku, terima seadanya itu bukan pada sikap dan sifat peribadi seseorang. Ia adalah merangkumi semua asek kehidupan kau disekeliling yang membentuk akal dan pemikiran mu untuk menjadi lebih baik. Lebih baik dari semalamnya. Bukan ada seadanya diri mu itu. Setiap hari yang dihadapi mestilah kita hadapi dengan lebih baik semalamnya. Jika semalam aku malas, esoknya aku mesti rajin. Tapi jika masih malas juga dan tiada apa perubahan dari semalamnya, maka kita adalah sebahagian golongan yang sangat rugi.

Maka, terima seadanya itu tak boleh pakai dalam kamus aku la kan. Sebab aku akan sentiasa mempelajari dan memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Kalau kau terima aku ‘seadanya aku’, maka takat tu jelah diri aku untuk kau!. Hahaha. Ada faham?!

 

Tetiba fon aku berbunyi. Whatsapp dari Karina. Hmmm..

 

  • Miss karina: awak buat pe tu?

  • PendekarLaut: dok buat pe pun.

  • PendekarLaut: Ingat kat u la

  • PendekarLaut: ^^

  • Miss karina: Alololo

  • Miss Karina: sweeettnya!

  • Miss Karina: Jom dinner?

  • Miss Karina: I blanje! :3

  • PendekarLaut: Really??

  • PendekarLaut: Nak makan kat mane ni?

  • Miss Karina: Ikut je lah

  • Miss Karina: I drive ^^

  • PendekarLaut: Ok, pick up me then

  • PendekarLaut: wait for u ;)

 

Tak sampai setengah jam kemudian, Karina telah pun sampai di hadapan rumah ku. Laju gila minah ni pandu kete. Bangsar ke Seksyen 14, Pj hhmm…. Bolehlah. Hampir tengah malam macam ni kenderaan dah tak banyak kat jalan raya tu, lagi pun si Karina ni memang drive macam hantu!. Aku pun kecut perut. Hahaha.

 

Malam tu kitaorang lepak kat Paparich café kat fourteen tu. Hmmm, masih ramai lagi yang duk menebeng kat café ni. Tapi rata-ratanya Chinese. Karina ni memang taste dia café-café urban yang macam ni selalu lepak. Gerai tepi jalan cuma kekadang je, itu pun puas aku yang menganyat ajak. Bukan ape, aku memang suka biasa-biasa je tapi makanan dia awesome macam rojak dengan cendol kat KFC jalan universiti tu. Perghh, memang mengancam beb rasa dia.

 

Kalau fikir pasal makan, memang lapar di buatnya! Lagi-lagi tengah malam macam gini. Aku dan Karina pun order makanan. Nasi lemak rendang ayam special dengan Ice lemon tea! Heheee jemput makan ye kawan-kawan! :p

 

U…bila kita nak kahwin?” tetiba Karina berbicara.

 

Pfftttt!! Nak tersembur nasi yang aku tengah kunyah ni. Tersekat kat kerongkong. Aku capai air ice lemon tea aku tadi, aku teguk perlahan-lahan. Setelah aku hadam kesemuanya yang ada dalam mulut, aku memandang Karina semula. Riak wajahnya serius menyembunyikan tanda-tanda kerisauan didalam benak hatinya.

 

Tak kan kita nak selamanya begini?” soalnya lagi meminta jawapan dan kepastian.

 

Bila-bila pun boleh!” balas ku.

Tapi U kena convert dululah. Sudi?” aku menyoalnya semula.

 

Ya, untuk pengetahuan, Karina ni adalah seorang keturunan melayu mengikut yang tertera di sijil kelahirannya tapi rupa tak macam melayu sebab dia ni anak angkat tunggal ibu bapanya yang berbangsa cina beragamakan Kristian. Sejak kecil lagi karina telah dibesarkan dalam suasana fahaman Kristian. Pergaulannya bebas dan terbuka dengan sesiapa sahaja. Berkawan tanpa mengira kaum, warna, kulit dan bangsa. Ini semua adalah hasil dari sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, membolehkan semua kaum tak kira bangsa dan agama berkongsi kuasa dan keamanan dibawah satu langit. Cuma bab agama ni dia sensitif sikit. Aku dengan karina selalu berdebat hal perbezaan agama ni. Antara Islam dan Kristian. Memang panas beb topik ni, sampai esok pun tak habis aku dengan karina bertekak pasal bab agama ni muncul. Tapi perbincangan aku dengan dia adalah secara sihat sebenarnya dalam mencari keserasian dan memahami diri masing-masing.

 

Hinggalah ke saat ini. Kemuncaknya telah sampai. Perlu ada jawapan dan kepastian.

 

Convert to Islam?? Why I have to do that?” soal karina semula sambil dia mengerutkan dahinya. Dia mencapai gelas minumannya. Lalu diteguk perlahan Green tea pilihan kegemaran tehnya. Dia memandang ku semula.

 

Ape kata U je yang convert? U said that u love me! Right?” balasnya lagi pada ku sambil menjeling.

 

Perghhh. Soalan ni memang nak memerangkap aku je. Pandai betul perempuan sekarang ni buatkan lelaki berasa serba salah dengan atas nama CINTA. Antara agama dan cinta, mana satu pilihan korang semua? Jawab dalam hati jelah ekk. Tepuk dada tanya iman masing-masing! Hahaha ayat yang biasa juga aku dengar. Korang bercakap senang la, yang menghadapinya? Yang akan melakukannya? Bukan aku juga?

 

Kalau aku buat survey ni mesti percentage ramai yang memilih dan mempertahankan agama dari cinta. Ya, cinta boleh dicari lagi bukan? Tapi bukan agama. Dalam Islam kau akan dipanggil murtad dan hukumnya boleh dibunuh! Tapi dalam kristian tiada murtad. Jika masing-masing kuat berpegang dan mempertahankan agama sendiri ditambah lagi tentangan dari kaum keluarga, saudara mara, rakan dan sahabat, tiadakah jalan penyelesaiannya?

 

Malam itu aku dan Karina mencari melting point diantara agama dan cinta. Aku Islam, dia Kristian. Tapi aku dan dia taksubkan cinta! Sangat-sangat mencari apakah itu cinta? Persoalannya, bolehkah kami bersama, sebumbung atas dasar cinta tapi tetap berpegangkan agama dan fahaman masing-masing? Dalam Negara yang mengamalkan sistem demokrasi tapi bukan undang-undangnya? Dimana hak kami bersuara tentang hal ini? Beginikah rasa CINTA ku dan Karina berakhir? Mengapa hidup ku penuh duri? Adakah dalam satu keluarga tapi berlainan agama ini menimbulkan keganjilan dalam masyarakat kita? Aku rasa, masyarakat sekeliling pun tak ambil kisah tentang jiran sebelah, inikan pula aku dan karina!. Selagi mana urusan aku dan karina tidak mengganggu orang lain, selagi itulah masyarakat sekeliling pun okay! Itulah scenario penyakit yang menular dalam masyarakat kita yang dikatakan berfikiran terbuka!. Tau-tau, lepas dua minggu ada bau busuk dari rumah sebelah. Tengok ada mayat terkujur layu kulai.

 

Balik citer aku tadi, hmm, Karina telah menghadirkan suatu puisi sebegini kepada ku. Adakah aku akan kehilangan puisi ini untuk kedua kalinya?

 

Setelah puas masing-masing bertikam lidah, aku dan Karina telah mencapai dengan satu tekad! Atas dasar CINTA, ketulusan dan keihklasan dengan ketaksuban hati masing-masing. Saat seterusnya aku dan Karina berjuang, berperang dengan takdir!

 

Aku luahkan dalam puisi ini,

Berat benar mata ku untuk dilelapkan,

Kala fajar semakin mula membelah langit,

Masih ku berjaga.

Kerut dahi ku memikirkan dogma mu,

Khilaf kah niat ku?

 

Kau bermain dengan kata-kata,

Seakan-akan api itu kawan mu.

Kau taksub dengan janji mu,

Hidup apa yang kau impikan?

Hidup apa yang kau inginkan?

Yang hanya ada satu garisan kelabu.

Khilaf ku jua.

 

Sesudah kau berlalu, tawa ku kesepian.

Intan, berlian yang diimpikan,

Kini abu yang berterbangan.

Hanya rupa paras, harta kepuasan hati mu,

Bukan aku!

Mendongak. Melelapkan mata. Bermuhasabah.

Dalam memilih mu…

Khilaf kah aku?


6/05/2013 pukul 04:11:51 AM

 

 

******

 

Malam itu, Karina meminta ku menemaninya pulang. Rindu katanya, dia sangat-sangat menginginkan diri ku disisinya kali ini. Ini bukanlah kali pertama permintaannya, aku dan dia sudah banyak kali bersama melakukannya. Ya, its means sex!. Aku sebagai yang ‘pernah’ dulunya berkahwin, memang la berpengalaman bab ni kan. Hehee. Aku tahu perempuan ni bila sekali dah dapat, dia akan nak lagi dan lagi. Ia satu perasaan keinginan yang kau sendiri takkan dapat menolak sama sekali! Walhal pak imam yang berserban juga mempunyai nafsu bukan? Apa ntah lagi aku yang imannya turun naik. Lagi la si Karina ni yang beragama Kristian. Tapi aku yang pertama merasa baginya!.

 

Sesampai je di rumah karina yang terletak dibangsar, ku lihat jam ditangan. Perghhh, dah pukul 2 pagi! Nasib esok hari ahad, cuti. Huhuhu. Aku merebahkan badan ku di sofa kat ruang tamunya yang luas itu. Letih badan dan akal ku berdebat dengan karina tadi tak habis, lalu aku ambil remote diatas meja dan turn on radio. Ku cari channel #traxxFM. Siaran radio ni memang salah satu favorite channel aku la. Haahh! Jumpa!

 

#np Stand by me by Ben king ! now playing on #traxxFM

 

Memang kena la lagu ni. Layan jeee aku memalam cenggini. Hehehee.

 

Baru saja mata aku nak terlelap, tetiba satu tubuh hangat menindih ku dari atas, terus bibirku di kucup rakus oleh Karina! Pucuk dicita ulam mendatang! aku terus membalas ciumannya. Aku dan dia berulang kali bertarung lidah seakan masih lagi kelaparan! Ummpphh memang karina ni seorang yang pandai bermain bibir. Kedua-dua tangan ku terus merangkul tubuh dan pinggulnya. Karina cuma berpakaian bra dan panties sahaja!

 

Please…stand by me, will u?” bisiknya ke telinga ku, sambil itu dia terus menggigit nakal telinga ku seterusnya ke leher dengan ghairahnya.

 

Aku terus menikmati kucupannya, dia duduk diatas ku terus membuka baju ku perlahan. Lantas di ciumnya bidang dada ku sambil tangannya merayau ke pangkal peha. Digigit puting ku perlahan, nakal! Aaahhhh, aku mengerang dalam kenikmatan malam. Ketaksuban kami dalam cinta melemaskan aku dan karina dalam kenikmatan yang sebegitu nikmat! Ya, aku cintakan karina sepenuhnya. Mungkin menjangkaui agama ku sendiri. Begitu juga Karina, dia sangat mencintai ku melangkaui agamanya. Ini bukanlah kata yang lahir dari titah agama ku tapi lafaz sabda cinta kami yang lahir dari kelompok kecelaruan masyarakat demokrasi!

 

******

 

Memang cinta itu indah! Raikan lah, rasai akan ia. Kerna ia telah menyatukan aku dan karina kini. Hampir sudah lapan bulan aku dan karina sebumbung, bersekedudukkan seperti suami isteri tanpa sebarang ikatan yang sah! Bak kata undang-undang lah, tapi undang-undang mana yang membenarkan berlainan agama berkahwin diantara satu sama lain di Negara demokrasi ini? Melainkan salah seorangnya memeluk agama pasangan dengan rela dan bukan dengan paksaan. Cinta kami bukan paksaan. Oleh itu agama juga tidak boleh dipaksa hanya semata-mata kerana ingin bersama. Adakah korang akan korbankan agama demi cinta? Atau korbankan cinta demi agama? Tak bolehkah dua-duanya tidak dikorbankan?.

 

Telah ku putuskan jalan ku, aku pilih cinta ku! Aku pilih agama ku! Berdosakah aku? Sebelum ini pun dosa ku telah bertimbun. Bukan kau yang menilai ku nanti dialam sana, bukan jua titah kau yang ku terima kemudian. Ya, korang boleh kata aku taksub dengan cinta ku, habis semua aku langgar. Janji aku dan karina dapat bersama. Aku tak kacau korang bukan? So, buat apa korang nak amik peduli dosa pahala ku? Korang fikir Karina telah merosakkan fikiran ku? Karina telah meracuni aku? Hanya kerana dia seorang penganut Kristian?

 

Bukan, bukan…semua itu tidak kena mengena sama sekali. Inilah yang ku sebutkan CINTA! Rasa cinta yang sukar untuk aku jelaskan dalam aksara hitam ini. Jika ini dipanggil ketaksuban aku terhadap rasa cinta ku, membutakan aku dari segala-galanya sekalipun agama ku, maka aku tidak sesekali merasa kesal sekelumit dalam hati ini. Kerna ini adalah apa yang aku mahukan. Akal fikiran ku juga telah dikaburi dengan ketaksuban rasa cinta ini. Adakah aku gila? Adakah korang fikir aku gila? Hahahaa.

 

U, I’m pregnant!!” jerit Karina kegembiraan sambil menarik tangan ku ke perutnya.

 

Sudah berapa bulan?” ku balas senyuman kegembiraannya. Ku kucup dahinya.

 

Three month!” balasnya pantas, lalu karina merebahkan kepalanya ke bahu ku.

 

We should think a name” Karina mencadangkan kepada ku. Jemari ku di gengam kemas.

 

I already have a name!” sambut ku. Ku lihat dalam ke matanya. Ku belai rambutnya, ku kucup bibirnya.

Lalu lagu #np Don’t Go by Bang joon seok, muncul dalam kepala ku. Indah melodinya.

~ Don’t go

I’v been waiting

For A love like this

That makes me surrender

I hold you tight

Stay with…. Me

Don’t go

I take care of you

You know it’s true

Just look into my eyes

I hold you tight

Stay with…. Me ~

 

Itu lah kebahagian ku kini. Merekalah yang menghadirkan kasih dan bahagia pada ku. Namun cuaca tak selalunya cerah bukan? Mendung pastikan tiba. Cabaran ku melawan takdir pun bemula pada jalan yang telah ku pilih ini. Akan ku pastikan anak ini akan mendapat haknya sebagai rakyat yang demokrasi! Prosesnya mungkin menyulitkan tapi tiada yang mustahil. Hanya jalan penyelasaian yang perlu ku usahakan, bukan mencari punca kepada masalah yang timbul!

 

Telah ku bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang seperti ini. Hanya menunggu waktu dan masa itu tiba! Aku dan karina telah maklum kesulitan yang akan menimpa di atas ketaksuban cinta kami. Petang itu, ku bawa karina ke tepian pantai, berjalan seiringan, tangan kami bergengaman erat, memandang sinar cahaya lewat petang tenggelam ke perut bumi. Terukir senyuman di birai bibir kami. Hari esok pasti kami lalui! Kami bersabda bukan titah!

 

Akhir puisi ku;

 

Ada tikanya langkah ku terhenti,

Sang Suria malap dari satu sisinya,

Aku menyaksikan zaman berjalan kekabutan,

Aku melihat waktu melaju melanda masyarakatku,

Memandang wajahmu dari segenap jurusan.

Aku merindui wajahmu.

Dan rasa itu datang mengundang gelojak jiwa,

Rasa itu… ia tidak pernah hilang.


Suatu malam aku bertemankan bayu pantai,

Sepi menjadi kosong.

Bunga-bungaan yang ajaib bertebaran di langit.

Aku inginkan kamu, tetapi kamu tidak ada.

Sepi menjadi kosong.

Rasa itu… ia tidak pernah hilang.


Air lautan bagaikan cermin hidup,

Suara lautan adalah suara kesepian,

Dan rasa itu menerawangkan wajahmu.

Kamu menjadi makna.

Makna menjadi harapan.

Sebenarnya apakah harapan?


Harapan kerna aku rasa ingin membelai rambut mu,

Harapan kerna aku rasa ingin memeluk mu,

Harapan kerna aku rasa ingin kan kamu disisi,

Tika dan saat ini.

Kerna rasa itu… ia tidak pernah hilang,

Ku renung bunga-bugaan di kaki langit,

Di akhirnya, kamu yang menghilang...


2/05/2013 pukul 14:39:22 PM

 

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
UFO
Cerpen selanjutnya:
catatan sebuah dendam zombie

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

sirRaimi esau zar

Keterbukaan akan mengundang keperitan, Seraya dalam keraguan menyimpan kepedihan ^^
sirRaimi | Jadikan sirRaimi rakan anda | Hantar Mesej kepada sirRaimi

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya sirRaimi
Dengan Izin-Mu | 2272 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya - "CINTA SABDA KU" -
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik