Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

catatan sebuah dendam zombie

Cerpen sebelumnya:
- "CINTA SABDA KU" -
Cerpen selanjutnya:
alienasi

 

Sumi datang dari jauh dan sampai di kota Kuala Berlumpur dengan bas. Dan pada keesokan hari selepas malam itu sumi dan aku pun berjumpa.

 

Sumi dengan segala hormatnya dijemput naik ke dalam motokar ku. Waktu itu langit sedang hujan. Sumi berasa dingin lantas lehernya dililitkan dengan selendangnya yang ungu bercorak cinta. Selendang ini selepas ini harus dirujuk sebagai ‘selendang cinta’.

 

Sumi mahu makan nasi aku pun membawa sumi makan nasi. Sumi makan sampai habis dan pergi membasuh tangan. Kemudian sumi kembali dan mencari sesuatu di dalam beg tangannya sehingga dia berjumpa “lipbam”. Sumi membuka penutup lipbam dan menenyeh-nenyeh rata lipbum di atas bibirnya sehingga bibirnya tampak mungil dan mengiurkan. Selepas itu sumi bercerita dengan ku tetapi aku tidak berapa mendengar kerana aku sedang asyik menonton wajah sumi yang menawan, lebih2 lagi pada bibir mungilnya. 

 

Hujan sudah berhenti dan hari telah malam. Dari bongkah-bongkah kota motokarku menuju ke kawasan hutan gelap sehingga sampai di sebuah rumah usang yang ada banyak hantu. Tempatnya sunyi jauh dari orang ramai. Cuma malam itu rumah hantu tersebut bertukar menjadi tempat suatu pesta.

 

Menurut penganjur, pesta kali itu ialah kali yang ke dua puluh satu dianjurkan di situ. Pada malam itu tiada siapa pun nampak hantu di rumah tersebut kerana hantu-hantu disuruh pergi ke tempat lain. Telah termaktub dalam perjanjian bertulis antara penganjur pesta dan penghulu hantu rumah tersebut, sejak pesta kali pertama dibuat, bahawa semua hantu-hantu kena duduk jauh-jauh tidak boleh tinggal di rumah semasa pesta berlangsung, takut-takut nanti orang tak mahu datang.

 

Malam semakin larut manakala kami pun semakin larut dengan pesta yang menghidangkan muzika-muzika, kudapan dan minuman percuma sirap bandung campur cincau kelolaan syarikat minuman Pak Akob Sendirian Berhad. Pak Akob pemilik syarikat mempunyai hubungan persaudaraan dengan penganjur pesta sebab itulah beliau mendapat tender menghidangkan sirap bandung campur cincau yang yang masyur lagi berzat itu.

 

Apabila malam semakin larut cuaca pun semakin sejuk. Sumi melilitkan selendang cintanya ke leherku. Terasa hangat sekali seperti berada di celah ketiak bonda sendiri ketika tidur malam sewaktu aku masih kecil.

 

Tiba-tiba sumi menggelupur tergedik-gedik kerana kantong kencingnya telah penuh. Aku menyuruh sumi pergi ke jamban di belakang rumah usang. Belakang rumah usang itu amat gelap dengan rimbunan pokok-pokok besar dan semak samun. Sumi mahu aku menemaninya. Aku pun tak ingin sumi pergi sendiri kerana takut kalau-kalau sumi digigit Pontianak, atau dirasuk mak lampir, atau dirogol manusia berbentuk separa binatang yang tiba-tiba menerkam dari semak atau terjun dari atas pokok.

 

Sumi masuk ke dalam jamban. Sebelum itu sumi berpesan kepadaku supaya berkawal di luar jamban dan bersiap siaga dengan ancaman pontianak atau mak lampir mahupun komunis. Lamanya menunggu di situ sampai aku termaki dalam hati: “Tadi kata nak kencing takkan sekarang berak pulak!!”.

 

Setelah sekian lama menunggu akhirnya sumi membuka pintu jamban dan muncul laksana seorang puteri yang turun dari singgahsananya dengan penuh cahaya mengiringi. Aku bertanyakan sumi pasal apa dia lama sangat dan samada dia telah berak sebentar tadi. Sumi memberitahuku dia terpaksa mencuci mangkuk jamban dengan sabun sehingga bersih, kemudian mengelap tempat duduk dengan tisu sehingga kering dahulu sebelum duduk di atasnya. Sumi memberitahuku dia amat menjaga kebersihan punggungnya. Aku pun amat berkenan perbuatan sumi itu kerana aku menyukai perempuan yang berpunggung bersih dan rajin mencuci jamban.

 

Ketika itu kedengaran daun-daun di atas pokok berhampiran kami bergerak-gerak sehingga daun-daun berguguran di atas kepala kami. Kami pun mendongak ke atas. Tiba-tiba seorang zombie melompat hendak menerkam kami. Kami sempat mengelak mengakibatkan kepala zombie pun terhempas ke batu besar berhampiran kami.

 

Kepala zombie telah pecah sebahagiannya namun masih hendak menyerang dengan rupanya yang mengerikan. Sumi menjerit ketakutan separuh gila sehingga memaksa aku menamparnya dua kali kiri dan kanan supaya sumi terdiam. Serentak itu zombie datang menerkam ke arah kami. Aku cepat-cepat menolak sumi ke tepi sehingga zombie tersebut menerpa aku seorang.

 

Aku terjatuh dan zombie bergelut-gelut denganku. Zombie menggigit-gigit telingaku. Aku menjerit kesakitan dan sedaya upaya mencabut lilitan selendang cinta di leherku. Kemudian aku melilitkannya ke leher zombie dan menjerutnya dengan kuat sehingga zombie pun sesak nafas dan terbatuk-batuk sebelum mati.

 

Aku tercungap-cungap kerana keletihan selepas bertarung dengan zombie celaka tersebut. Sumi pun mendapatkan aku dan memeluk aku sama seperti babak filem mat saleh selepas si hero menyelamatkan si heroin. Sumi menangis teresak-esak di dada ku dan aku pun mengusap-usap ubun-ubun sumi untuk menenangkannya. Ketika itu hujan mulai turun rintik-rintik dan menjadi lebat dengan segera.

 

Dengan tidak semena-mena terdengar bunyi guruh berdentum di langit. Serentak itu kilat memancar dari langit menyambar tubuh zombie maka terbakar dan matilah zombie tersebut dalam kekufuran. Kemudian orang ramai pun datang hendak melihat kecoh apa yang berlaku berdekatan dengan jamban tersebut. Kami pun menceritakan perihal kami diserang zombie sebentar tadi. Hadirin yang mendengar pun berasa takjub dengan peristiwa itu.

 

Malam semakin larut dan kami berasa penat. Aku pun membawa sumi balik ke rumah tumpangannya. Sepanjang perjalanan aku tak putus-putus berdoa supaya tidak diekori zombie-zombie yang hendak membalas dendam sedangkan sumi telah sedang terlelap di sebelahku di dalam motolar.

 

Sumi telah sampai di rumah tumpangan. Sumi lalu menghamburkan terima kasihnya kepadaku dan aku menyambutnya sebagaimana badang menyambut muntah hantu. Aku hendak memulangkan selendang cinta kepada sumi tetapi sumi menghadiahkan saja selendang cinta itu kepadaku kerana jijik selendang cinta telah terkena darah zombie yang berlendir dan berbau hanyir. Lalu aku pun pulang ke rumahku.

 

Malam itu aku tidur lewat. Malam esoknya aku berdendam rasa rindu dengan sumi. Malam selepas esoknya aku pun bertukar menjadi zombie kerana telingaku telah digigit zombie pada dua malam sebelumnya. Sebelum aku seratus peratus bertukar menjadi zombie dan hilang waras, aku sempat mencatatkan cerita ini sehingga habis.

Cerpen sebelumnya:
- "CINTA SABDA KU" -
Cerpen selanjutnya:
alienasi

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

heylelaki

aku saorang lelaki yg \agak\ gemar menulis dan membaca. 
heylelaki | Jadikan heylelaki rakan anda | Hantar Mesej kepada heylelaki

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya heylelaki
mariah oh maria | 2408 bacaan
kerana supercar | 1943 bacaan
hikayat pengembaraan lisa suriyana | 2063 bacaan
Kisah Norlia yang pertama kali diceritakan. | 12511 bacaan
cerita ajis anak harlem shake | 2054 bacaan
alienasi | 1746 bacaan
UFO | 1923 bacaan
khabar angin budak bernama aboi | 1951 bacaan
angelina julie | 2017 bacaan
siapakah ramli? | 243 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya catatan sebuah dendam zombie
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik