Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

alienasi

 

 

Malam tu lepas isyak aku naik basikal balik dari masjid ke rumah. Malam tu aku sorang-sorang sahaja. Aku melalui satu jalan sunyi yang tak ada rumah di kiri kanan. Sebelah kanan cuma ada padang luas dan sebelah kiri  ada ladang getah.

 

Aku tidak berasa takut sebab sudah banyak kali aku melalui jalan itu sorang-sorang. Dan tidak ada apa yang hendak ditakutkan sebenarnya sebab cerita ni bukan cerita hantu puaka, toyol, pocong langsuir, penanggal mahupun serigala jadian.

 

Sedang aku mengayuh perlahan-lahan tiba-tiba datang satu cahaya di atas kepala aku. Belum sempat aku tengok benda apa yang muncul atas kepala otak aku tu terus aku ditelan dengan cahaya tu. Dalam sekelip mata saja.

 

Lepas itu aku tak ingat apa-apa dah kecuali aku sedar-sedar sahaja aku sedang terjelepok di tengah-tengah padang di tepi jalan tu. Basikal aku entah ke mana aku tak tahu. Aku kena balik rumah berjalan kaki sebab aku tak nampak siapa-siapa lalu lalang dekat jalan itu masa itu.

 

Kemudian tu ada orang kampung naik motor berhenti tahan aku. Dia memarahi aku bertanya aku pergi mana. Waktu itu baru aku tahu sekarang waktu sudah hampir  subuh. Baru aku tahu orang-orang kampung jenuh mencari aku dari tadi tak jumpa-jumpa.

 

Aku dibawa balik ke rumah. Mak abah aku terpa aku. Abah aku marah aku. Dia tanya aku pergi mana. Aku diam saja sebab tak tahu nak cakap macam mana. Kalau aku cerita perkara sebenar pun takkan ada siapa yang percaya. Lepas tu abah tanya mana pergi basikal aku, aku cuma jawab tak tahu.

 

Sampailah 10 tahun kemudian aku tak pernah cerita apa-apa dekat siapa-siapa. Orang-orang kampung pun dah boring nak tanya benda yang sama dekat aku. Ada juga orang kampung buat teori aku kena buat lari dengan bunian sampai hilang ingatan. Terus abah aku bawa aku jumpa dua tiga orang bomoh. Daripada bomoh  siam sehingga bomoh orang asli Australia. Bomoh-bomoh bahlol itu pula macam-macam yang dikencingkan dekat abah aku.

 

Waktu kes aku hilang ingatan sebab ditelan cahaya aku baru budak-budak. 10 tahun selepas itu aku dah besar panjang dan bekerja sebagai despatch boy. Tiap-tiap hari aku tunggang motor pergi hantar surat. Suatu hari yang malang aku eksiden. Motor aku bergesel dengan lori sampai aku terjatuh atas jalan raya. Kemudian lori tersebut tanpa belas ihsan tergelek tangan kanan aku sampai hancur.

 

Tangan kanan aku kena potong sampai atas siku di hospital. Sebab aku dah tak ada tangan girlfriend aku nama Tini yang cun melecun tangkap leleh itu pun lari berpacaran pula dengan alex tiger si hidung kemek yang bekerja sebagai budak penghantar pizza tepi ofis tempat aku kerja.

 

Seminggu selepas itu aku keluar wad dan rehat di rumah. Seminggu yang berikutnya luka tangan aku bekas kena potong dah kering. Suatu hari aku perasan ada setompok daging tumbuh di tempat kena potong tu. Semakin hari semakin daging itu membesar. Bila aku tekan-tekan daging tersebut dengan jari tangan sebelah lagi, aku dapat rasa tulang dalam daging. 

 

Tapi aku tak rasa sakit pun. Doktor kata disebabkan aku tak rasa sakit dan benda alah tu tak mudaratkan aku, maka baik biarkan saja. Doktor pun dan tak dapat explain peristiwa tu dekat aku.

 

Selepas tiga bulan daging dan tulang tumbuh sempurna membentuk tangan yang boleh berfungsi macam tangan seperti biasa Cuma yang peliknya tangan tu ada 3 jari sahaja termasuk ibu jari. Jari-jari tersebut lebih panjang berbanding jari biasa sama macam tangan alien yang berkulit manusia.

 

Sejak itu aku yakin abdomen aku yang putus boleh tumbuh balik dan jadi macam tangan alien sebab ada kena mengena dengan kes aku kena telan cahaya masa budak-budak duhulu. Aku yakin waktu itu aku kena culik masuk dalam spaceship alien. Aku confirm masa aku tak sedar dalam spaceship, alien bikin sesuatu dengan tubuh aku.

 

Kemudian aku mula berfikir lebih advance. Aku syak pada waktu itu alien telah membuat sesuatu dengan testis atau benih aku. Bila aku make love dengan bini aku, bini aku akan mengandung anak alien atau anak separa alien. Mungkin tangan anak aku nanti ada 3 jari juga atau mempunyai kepala lebih besar macam alien.

 

Aku percaya alien dari planet lain sedang berusaha untuk melahirkan populasi mereka di planet bumi ini. Oleh yang demikian alien kena mencipta kaum kerabat mereka yang boleh adaptasi dengan atmosfera planet kita, iaitu dalam bentuk separa manusia!.

 

Oleh sebab itu aku tak boleh berkahwin atau melakukan hubungan seks ditakuti akan menyebabkan kelahiran anak separa alien yang mampu hidup dengan atmosfera bumi. Kemudian alien-alien akan menguasai dunia apabila populasi mereka telah ramai.

 

Aku yakin kalau aku pergi jumpa doktor suruh dia check air mani aku mesti doktor tu jumpa abnormality atau pun lebih tepat lagi unsur-unsur alien pada sperma aku. Aku juga percaya ada banyak lagi manusia yang diculik oleh alien untuk ditanam dengan baka alien sama seperti aku dahulu.

 

Wahai umat manusia, sedarlah semua bahawa sebenarnya alien-alien sedang menakluki bumi kita!

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan heylelaki

Read all stories by heylelaki