Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hahaha

  • 0
  • zf13
  • 11 years ago
  • 2,277
  • FREE

 

 Hai. Nama saya Farid. Tujuan saya berada di sini ialah untuk menyampaikan satu cerita kepada anda. Cerita mengenai seorang lelaki yang kehilangan diri sendiri dalam dunia ciptaan dirinya sendiri. Macam mana perkara itu berlaku? Saya pasti di akhir cerita anda akan faham. Itupun kalau anda tidak hilang dalam dunia dia. Itu pasti lebih teruk kalau hilang di dunia orang lain.

 Saya akan menceritakan bagaimana lelaki ini melakukan transisi di depan mata saya. Saya pasti lelaki yang bernama Amar ini tidak sedar akan kehadiran saya. Saya berharap benar dia tidak. Kalau tidak, hancurlah segala pemerhatian saya selama ini, kerana semua tindak tanduk tingkah laku pemuda itu tinggal lakonan. Sebelum saya terus hanyut dalam bebelan saya, marilah saya teruskan kepada tujuan saya di sini.

 Dia datang agak awal petang itu. Walaupun mengikut tiket keretapi nya waktu jadual berlepas adalah 8.20 malam, dia terpaksa datang awal. Dia tiada penghantar lain kecuali kawan dia yang hanya mempunyai masa lapang ketika itu sahaja. Petang itu, stesyen agak lengang. Selain penjual tiket dan dia (dan saya), tiada orang lain di situ. Dia duduk di satu antara 6 buah kerusi batu di stesyen itu. Dia mengeluh. “Kenapalah aku tak banyak kawan yang ada masa untuk hantar aku on time?” Dia menunggu. Dia memerhati sekeliling. Dia seperti sedang mencari sesuatu dan saya tak pasti apakah dia.

 Amar sebenarnya tinggal berseorangan di sebuah rumah setinggan di Lorong Perak. Dia mempunyai sebab untuk tinggal berseorangan walaupun ada rakan sekerjanya mengajak untuk tinggal bersama di sebuah rumah teres 2 tingkat di Taman Bersatu. Sebuah rumah yang 40 kali lebih selesa daripada tempat tinggalnya sekarang. Sebab dia menolak tawaran dia akan anda ketahui sepanjang penceritaan ini.

 “Ah, train lambat lagi ni.” Dia bangun dari kerusi dan terus menuju ke luar stesyen. Saya segera mengikuti Amar tanpa tahu ke mana tujuan dia. Dia berjalan menuju ke sebuah lorong dan melalui lorong itu, kami sampai di sebuah jalan utama. Dari jalan utama, dia terus berlari melintas jalan untuk ke seberang. Dan dari situ saya dapat meneka ke mana tujuan Amar.

 “Nasi Goreng Paprik Daging satu, air kasi Milo Ais.” Pelayan itu mencatit sesuatu sebelum berlalu pergi dari meja Amar. Saya cuba mencari tempat duduk yang berhampiran tapi cukup jauh untuk dia menyedari kehadiran saya. Saya lihat dia seperti berada dalam ketidakselesaan. Entahlah, selama saya memerhati Amar ni, saya jarang faham akan tingkah laku dia yang jarang boleh dijangka. Bukanlah saya ni seorang pemerhati yang tidak bagus, tetapi Amar ni berlainan. Lagipun Amar bukanlah satu satunya orang yang telah saya perhatikan sepanjang saya berkecimpung dalam aktiviti sebegini.

 Kelihatan seorang wanita mendekati meja Amar, dan di tangan wanita itu seperti dia sedang memegang sesuatu. Diletakkan nya di atas meja. Oh, makanan dan minuman yang dipesan Amar tadi. Servis yang pantas. Tiada pelanggan lain barangkali. Amar tanpa menunggu sesiapa, terus menjamu selera perutnya. “Erm, tawar je pun. Patut ah takde orang.” Bisik Amar di dalam hati. Usai makan, Amar menuju ke kaunter untuk membayar.  

“Berapa semua Kak?”  
                                                                                                                                         
“Makan apa?” balas Kakak di kaunter tersebut.    
                                                                                                 
“Ah! Saya sorang je kut kat gerai ni! Makan apanya Kak yang hantar tadi!” getus Amar yang memang seorang cepat panas      baran. Memang silap langkah Kakak tu bersifat sambil lewa di depan Amar.

“Okay, okay, okay. Tak perlu lah marah dik.” Kata wanita bernama Faridah itu sambil terus menyelongkar kertas kertas        yang bersepah di atas meja. 
                                                             
“7 ringgit”. Perkataan itu disebut dangan penuh keikhlasan hati dari Faridah untuk seorang budak lelaki kurang ajar pada        pandangan peribadi Faridah.
                                                       
 Amar meletakkan duit sebanyak RM7 tepat di atas meja dan terus pergi. Dia sudah malas untuk berurusan dengan wanita di depannya dengan lebih lama. 

D’rindu Corner. “Memang tak ah aku nak datang kedai ni lagi!” Amar mengomel sambil melintas jalan utama atau Lebuh Sultan Abdul Halim kalau dilihat nama jalan ni. Saya yang sedang terkial kial menuruti dari belakang segera berlari cuba mengejar Amar.

Poonnnnnnn! Ponnn! Skreeeeeeetchhhhhhh! Bang!!!                                                                                          

 Whoa… saya rasa seperti mimpi. Saya cuba bangun mencari Amar yang saya cuba kejar tadi. Dan saya nampak dia, Berjalan melalui lorong tadi menuju ke stesyen untuk menaiki kereta api.  

“Eh! Halamak. Dik.. Kenapa lintas jalan tak tengok ki……”

Itulah perkataan perkataan terakhir yang Farid dengar sebelum dia tidak sedarkan diri.
 
********* 


“Kat mana saya sekarang?” Katanya sambil meronta ronta.

“Sabar Farid, sabar" Kata seorang pemuda yang berada di tepi katil Farid.
 
"Hah? awak siapa? Kanapa saya kat sini hah?" Farid menyoal pemuda tadi.  

"Saya Dr Amar. Sudah, awak tak sepatutnya lari daripada Hospital ni lagi, Farid. Sekarang saya nak awak berehat." Kata Dr Amar sambil memicagari sesuatu ke dalam I.V drip Farid.

"Nurse, saya nak awak masukkan dia dalam bilik 2. Make sure awak pasungkan dia betul betul kali ni, faham?" 

Farid ketawa. "Hahahaha Kahkahkah! 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan zf13

Read all stories by zf13
No stories.