Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

ANJING (PART 2)

 

Hari ketiga, selepas kejadian anak anjing itu disimbah air panas.

Pada waktu pagi, kebetulan lelaki itu bercuti hari ini. Kelihatan lelaki itu baru balik dari mini market yg berhampiran. Di tangan lelaki itu kelihatan menjenjeng TIN MINYAK TANAH yg kosong. Apa yg hendak dilakukan lelaki itu? Sampai saja di rumah lelaki itu terus membersihkan tin minyak, kemudian dijemur bawah mentari. Setelah kering, dipotong buntut tin itu dalam bentuk TIGA  SEGI kepada EMPAT BAHAGIAN. Kemudian ditolak setiap bahagian yg berbentuk tiga segi itu KE DALAM tin seperti BUBU yg MENANGKAP IKAN. Lelaki itu tersenyum puas bila hasil kerjanya siap.  

"Mampus kau, anjing bodoh kali ni" kata lelaki itu dalam hati. Pada sebelah petang lelaki itu berdiri di tebing sambil menghisap rokok, matanya kekal memandang ke arah tempat pembuangan sampah. Di mulut lelaki itu sedang bercakap sesuatu, kemudian beredar masuk ke dalam rumah. Botak pun tidak pasti apa yg diperkatakan lelaki itu. Selepas waktu maghrib lelaki itu keluar dari rumah menuju ke tebing kemudian turun ke bawah tebing menuju tempat pembuangan sampah. Di tangan kanannya memegang tin minyak tanah dan di tangan kirinya memegang satu beg plastik. Sampai saja di tempat pembuangan sampah, matanya melilau mencari tempat yg sesuai utk meletakkan PERANGKAPNYA itu. Akhirnya lelaki itu memilih di tepi timbunan sampah. Ditegakkan tin minyak tanah itu kemudian diambil beg plastik itu lalu dituang isi kandungnya ke dalam tin minyak tanah. Ohhh rupanya isi kandung itu adalah sisa2 makanan yg dikumpul dari rumahnya. Setelah siap segalanya dibaringkan tin minyak tanah itu dengan perlahan2 di tepi timbunan sampah. Setelah pasti kerjanya berjalan lancar lelaki itu pun beredar.

 

Di ruang tamu, lelaki itu sedang duduk di sofa menonoton tv tetapi pintu depan di biar terbuka luas. Kerap kali lelaki itu memandang ke arah pintu sambil tersenyum dan dengan gerak tubuh tidak sabar2. Dilihat jam dinding sudah menunjukkan pukul 11.00malam.

"Bila nak start show ni" kata lelaki itu sendirian dengan senyuman masih kekal di bibirnya. Lelaki itu sangka keluarganya semua telah tidur... Betul tapi bukan semuanya. Sebenarnya isteri lelaki itu belum tidur, isteri lelaki itu telah melihat segala perbuatan suaminya sejak dari siang tadi. Isterinya tahu ada sesuatu yg suaminya akan lakukan pada anak anjing itu. Sedang leka menonton tv, tiba2 terdengar bunyi salakan bergema yg penuh dengan erti kesakitan di bawah tebing. Pantas lelaki itu pandang ke arah pintu dan bingkas bangun keluar dan berlari ke tebing. Dengan memakai baju t-shirt putih dan berseluar pendek lelaki itu berdiri di tebing sambil memandang ke bawah. Dengan ketawa terbahak2 dan menepuk tangan berkali2

"YES, YES, kantoi gak kau anjing bodoh" kata lelaki itu sambil memandang ke bawah. Di bawah kelihatan anak anjing itu terhoyong-hayang berlari membawa tin minyak tanah. Dimana kepala anak anjing itu telah tersekat di dalam tin itu. Anak anjing itu cuba menarik2 kepalanya keluar tetapi tidak berdaya kerana setiap kali ditarik keluar kepalanya, setiap kali itu kesakitan dirasanya. Kerana zink yg berbentuk tiga segi itu akan terus menusuk2 ke lehernya. Jelas kedengaran suara rintihan kesakitan anak anjing itu minta tolong. Tetapi siapa yg sudi menolongnya sebab dia ANJING. Anak anjing itu berlari2 tidak tentu arah, dengan kesakitan di tepi jalan utama dengan kepalanya di dalam tin minyak dan lehernya dicucuk dengan zink tin itu.

 

Sudah berapa kali anak anjing itu terjatuh dan melanggar apa saja yg di depannya kerana anak anjing itu tidak nampak apa2. Akhirnya anak anjing itu mengaku kalah kerana keletihan dan kesakitan. Anak anjing itu rebahkan badannya di tepi jalan. Anak anjing itu tidak larat lagi membawa tin minyak yg berat itu. Dengan nafas yg tercungap2 dan kepala di dalam tin menahan kesakitan. Memang anak anjing itu dah tak mampu berbuat apa2 tetapi dia BELUM MATI. Lelaki itu yg masih berdiri di tebing masih tergelak tak habis2. Kemudian lelaki itu turun dari tebing dan terus berlari ke tempat anak anjing itu rebah. Bila terdengar saja ada pergerakkan, anak anjing itu cuba bangun melarikan diri tetapi anak anjing itu tidak berdaya lagi. Hanya suara dan rintihan saja yg anak anjing itu dapat merayu. Bila lelaki itu sampai saja, di tangan kanannya terdapat sebiji batu bata terus dihayun pada perut anak anjing itu. Menjerit sekali lagi anak anjing itu dan cuba bangun tetapi masih tidak berdaya. Terdengar sekali lagi suara rintihan yg bergema2 di dalam tin minyak itu. Dengan pantas lelaki itu terus mengangkat kaki kanannya terus dipijak sekuat hati ke permukaan tin minyak itu berapa kali. Tidak puas dengan apa yg dilakukan kemudian lelaki itu memukul2 tin itu dengan sebatang kayu yg memang dibawanya semasa turun tadi. MENJERIT, MENYALAK, MERINTIH DAN MENGELUPUR anak anjing itu menahan kesakitan. Kelihatan darah mulai membasahi dan mengalir di atas jalan. Akhirnya suara anak anjing itu senyap dan tubuhnya keras kaku. Setelah pasti anak anjing itu mati lelaki itu terus beredar pulang. Di tepi tebing ada kelibat tubuh seseorang yg sedang memerhati segala2nya. Lelaki itu adalah Ahmad.

 

Kini sudah 3 hari kematian anak anjing itu, dalam pukul 10malam. Lelaki itu duduk di ruang tamu bermain2 dengan kedua2 anaknya. Si isteri membawa secawan teh utk suaminya...

"Dah2 nita, amir dah lewat ni pergi masuk tidur" kata si isteri mengarahkan anak2nya.

"Baik mak..." kata anak sulungnya. Seketika tinggallah lelaki itu dan isteri di ruang tamu duduk berbual2.

"Abg sihat ke..." kata si isteri tiba2 yg perasan perubahan pada suaminya.

"Entah la awak, abg rasa panas sejuk je badan ni" kata lelaki itu sambil memegang bahu kanannya.

"Abg nak ubat ke? Saya ambil kan" kata si isteri lagi.

"Tak payah awak, mungkin letih keje ni" jawap lelaki itu.

"Abg nak apa2 lagi ke, saya nak masuk tidur ni" kata si isteri yg sudah bangun sambil memandang suaminya.

"Tak pe, terima kasih awak" 

"Baik la abg, saya masuk tidur dulu" kata si isteri kemudian memberi salam pada suaminya dan terus berjalan menaiki tangga naik ke tingkat atas. Di ruang tamu tinggallah lelaki itu keseorangan. Lelaki itu hanya termenung memandang cawan teh yg terletak atas meja. "Apakah maksud mimpi aku, dah dua malam aku mimpi yg sama?" lelaki itu bercakap sendiri tentang mimpinya. Apakah yg dimimpikan oleh lelaki itu?

 

Dalam pukul 4pagi... Keadaan menjadi cemas bila si isteri tersedar dari tidur dan melihat suami dalam keadaan mengigil seluruh badan dan mata terbeliak memandang ke atas. Si isteri cuba memanggil nama suaminya berkali2, tapi tidak berjawap. Si isteri memegang ke tubuh suaminya terasa panas yg amat sangat. Si isteri cuba bertenang, kemudian berlari ke bawah dan meminta pertolongan pada jiran2. Dalam berapa minit rumah lelaki itu dipenuhi oleh jiran2 yg datang untuk membantu. Dalam setengah jam kemudian kedengaran siren ambulan memecah kedinginan pagi di kawasan perumahan itu. Dalam 2 hari juga lelaki itu di TAHAN di hospital. Doktor mengata lelaki itu DEMAM PANAS.

 

Kini sudah masuk 3 hari lelaki itu keluar dari hospital. Tingkah laku lelaki itu pun dah mula berubah. Kalau dulu selalu makan malam bersama keluarga tetapi sekarang tidak lagi. Lelaki itu lebih suka makan lewat malam dan keseorangan. Si isteri juga tahu perubahan suaminya kerana jika bersetubuh suaminya suka melakukan aksi seperti ANJING YG SEDANG MENGAWAN, dulu suaminya tidak begitu. Setiap pagi di kawasan dapur pasti berselerakkan, terutama di bakul sampah. Kesan sisa2 nasi dan lauk malam tadi penuh di lantai. Hinggakan si isteri pelik melihat keadaan itu, tetapi si isteri diamkan saja apa yg berlaku. Di hatinya terasa sangat ingin tahu, siapakah yg punya angkara melakukan semua ini?

 

Suatu malam, lelaki itu berdiri di tebing sambil melihat ke arah jalan utama.

"Abg, tengok apa?" kata si isteri yg tiba2 muncul dari belakang.

Lelaki itu diam, matanya masih pandang ke arah jalan.

"Abg, abg tengok pa ni?" kata si isteri berulang yg sudah berdiri disebelah.. Perlahan lelaki itu menjeling ke isterinya...

"Abg tengok anjing bodoh tu" kata suami serius.

Si isteri tersentak tapi diam, kemudian mula bersuara perlahan "Abg, anak anjing itu dah mati..."

"Mana ada mati, abg selalu nampak dan dengar dia menyalak" kata lelaki itu tapi matanya kini memandang ke jalan utama...

"Abg jom kita masuk, kat sini sejuk" kata si isteri yg menukar topik sambil memegang tangan suaminya. Lelaki itu akur kata isterinya dan berjalan masuk kerumah.

 

Hari yg lain, dalam pukul 2pagi. Si isteri terdengar bunyi bising di tingkat bawah. Di atas katil, si isteri lihat suaminya tiada di sebelahnya. Perlahan si isteri bangun berjalan ke bawah. Sampai di bawah, si isteri melihat hanya gelap saja tetapi matanya masih liar mencari bunyi itu. Tiba2 si isteri tersentak bila memandang ke arah dapur, dilihatnya ada cahaya. Si isteri pasti bunyi itu datang dari dapur, perlahan si isteri berjalan menuju ke dapur walaupun dihatinya rasa berdebar2 dan takut. Tetapi disebabkan rasa ingin tahu si isteri gagahkan diri juga. Sesampai saja di pintu dapur yg terbuka itu, si isteri berlindung tepi dinding. Si isteri dapat mendengar dengan jelas bunyi itu. Dengan badan rapat ke dinding perlahan si isteri mengintai dari pintu dapur utk melihat ke dalam. Bila sebaik saja matanya dapat melihat ke dalam kawasan dapur, cepat2 si isteri menarik kepalanya  dan dengan badan yg rapat ke dinding si isteri menutup mulutnya dengan kedua2 tangan. Ada titisan yg mengalir lemah di pipinya. Hampir setengah seminit juga si isteri berdiri di dinding itu, kemudian si isteri mengintai semula kedalam dapur...

 

Dengan bantuan cahaya dari peti sejuk yg pintunya masih terbuka, si isteri dapat melihat dengan jelas dimana SUAMINYA DALAM KEDUDUKAN MERANGKAK SEDANG MEMAKAN MAKANAN MENTAH DI LANTAI YG DIAMBIL DALAM PETI SEJUK. Suaminya tidak makan seperti manusia lagi sebaliknya seperti BINATANG iaitu seperti seekor ANJING. Sambil makan itu, terkadang suaminya mengeluarkan bunyi yg pelik. Dilihat dengan jelas juga suaminya menggunakan LIDAH MENJILAT SISA MAKANAN yg terdapat di lantai. Dan ini adalah hari pertama si isteri membuang semua saki baki makanan di luar rumah. Akhirnya si isteri tidak sanggup melihat lagi  dan terus berlari menuju ke bilik. Semasa berbaring di katil, si isteri menangis mengenang nasib suaminya. Bila si suami masuk ke bilik, si isteri buat2 tidur...

 


"DS PASTI TUNAI"

 

  

Kepala otak-BOTAK 

  Ditulis-DIN TWIN

  

 

 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444