Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Selam.

 

Demam? Aku pun tak tahu.

Aku baring di atas katil, berselimut tebal. Siang merangkak ke dalam bilik tidur melalui jendela aku, dan aku cuma mampu memejam mata. Kalau boleh, aku nak bangun dan tarik langsir supaya cahaya tak bermaharaja lela kat dalam bilik aku. Aku baring lemah, aku tak larat angkat.

Aku dengar pintu aku diketuk. Suara Bella dari luar. "Makanan dah siap. Makan, lepas tu makan ubat." Aku hanya berbuat bunyi mendandakan aku mendengar. Sekadar respon supaya dia tak kacau aku. Aku tak dapat pandang Bella sekarang.

Aku ditinggalkan dengan suasana senyap sekali lagi.

Seketika kemudian, pintu terbuka perlahan. Suara maskulin datang menyapa. Suara yang membuatkan aku rasa sebak, suara simpati. "Imaan, jom makan."

Suara itu membuatkan aku bangkit dari katil dalam keadaan yang serabai, dan aku pun meninggalkan bilik aku tanpa mempedulikan Hafiz. Aku tak lalu makan. Rumah yang dikongsi sewa bersama Bella, Hafiz dan penjaga kami Mr David tak berapa ceria siang ini. Mungkin sebab Mr David dah pergi outstation meninggalkan kami bertiga selama beberapa hari. Mungkin sebab aku demam - selalunya aku jadi hantu kat dalam rumah ni, tiada yang lagi nakal daripada aku. Mungkin sebab Bella dan Hafiz sering keluar meninggalkan aku keseorangan, jadi aku pun mudah emosional.

Aku sedar Hafiz pandang aku kehairanan. Aku duduk di meja makan, mengambil sepinggan nasi dan mengambil sedikit lauk ikan bawal goreng. Hafiz menarik kerusi dan duduk di sebelahku di meja makan bulat itu. Dia duduk dekat.

Aku bangkit membawa pinggan yang berisi nasi dan lauk itu ke ruang tamu. Aku tak mahu dekat dengan Hafiz. Aku menarik cushion, lalu duduk di atas lantai. Pinggan aku letak di atas meja kopi. Aku menatap TV flat screen yang sedang menayangkan siri 'How I Met Your Mother'. Season terakhir. Bagus.

Mama cakap jangan main dengan makanan, tapi aku cuma menguis-nguis lauk tanpa selera.

Hafiz duduk di belakang aku, mencapai sikat yang ada di atas meja. Dia sikat lembut rambut aku. Langsung tidak kasar. Dan sambil belaiannya pada rambut aku membuatkan aku hanyut dalam seribu perasaan, dia bertanya, "kenapa Imaan selalu elak Hafiz?"

Aku tahan nangis, dan aku biarkan dia selesai menyikat rambut aku sebelum aku bangkit lagi sekali dengan pinggan aku, menahan kat hujung anak tekak, sebuah jawapan yang Hafiz tak boleh dengar, tidak sekalipun.

"Sebab Imaan masih sayang Hafiz, lebih dalam daripada laut yang mampu Imaan selam."

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan Effy_Lndg

Read all stories by Effy_Lndg